Dah masuk hari ke-11 di Jepun. Esok dah nak balik Malaysia. Maka kita selesaikan dulu urusan di Tokyo sebelum menerjah Shinkansen terakhir malam ini ke Osaka.
Idaman kalbu hari ini.
Lepas bersiap ala kadar, aku turun ke Nakamise Street untuk kali kedua. Hari tu usha usha tengok harga je barang barang yang nak dibeli. Hari ini kira membeli terus.
This guy, Rui boleh bercakap bahasa Melayu. Terjumpa dia di pintu Kaminarimon. Katanya pernah berkerja lama di Indonesia. Sekarang
dia bekerja tetap sebagai penarik beca di Asakusa.
Kedai belum buka lagi. Dapat la aku snap gambar karikatur seni lama Jepun. Bendalah ini dikenali sebagai ukiyo-e.
Watak lelaki tua.
Berseri seri jalan kat sini walaupun takde orang sebab lukisan bergambar tradisonal di setiap pintu kedai.
Sunyi jalan di sini tetapi selamat je kalau berjalan sorang sorang.
Himpunan tapak tangan artis popular Jepun di lantai Asakusa Public Hall.
Tangan artis mana aku tak tahu tapi ambil la satu gambar bahan bukti aku dah sampai Asakusa.
Jauh aku berjalan sehingga terjumpa Asahi Beer Hall di tepi Sungai Sumida. Bangunan tinggi warna emas tu berbentuk jug besar beer dengan tompok buih kat atas. Bangunan pendek sebelah kanan pulak berbentuk gelas beer dengan objek berbentuk api keemasan di bahagian atas.
Kedai dah buka. Beli beg untuk dua orang adik perempuan aku daripada nenek ini. Kami menggunakan bahasa badan je sebab aku tak reti speaking Japanese dan nenek ini tak faham English. Bila nak tawar menawar masing masing tekan kalkulator tunjuk harga. Bila ingat balik, lucu betul gelagat kami. Hahaha.
Kedai nenek ini aku beli yukata comel untuk dua orang anak sedara aku. Yukata ini baju mandi tradisional orang Jepun dengan seluar melepasi paras lutut, bukan seksi macam biniki tu. So sesuai dipakai oleh budak budak, takde la terdedah menampakkan badan.
Selesai misi membeli barang, aku balik hostel dan terus check out sebab dah jam 1200. Lepas ini plan nak ke pulau buatan di Tokyo iaitu Odaiba.
Book seat dulu untuk Shinkansen terakhir ke Shin-Osaka malam ini.
Bagpack besar gedabak yang besar tu aku humban masuk loker dulu di stesen Akihabara. Tak larat den nak aksi pikul memikul di Odaiba nanti.
Odaiba terletak di luar kawasan JR Line. Jadi tak boleh guna JR Pass, terpaksa tukar ke stesen monorel dan beli tiket satu hala lain untuk ke stesen paling hampir di Odaiba.
JR Line : Akihabara - Shimbashi
change to
Yurikamome Line : Shimbashi - Odaiba Kaihinkoen
Tiket satu hala, 320 yen.
Pemandangan Kepulauan Odaiba dari dalam train.
Kapal kapal laut berhampiran dengan Tokyo Bay.
Dah nampak Rainbow Bridge yang menghubungkan Tokyo dengan Odaiba. Kalau di zoom lebih rapat, jalan jambatan tu bertingkat dengan laluan kereta di bahagian atas dan landasan laluan monorel Yurikamome di bahagian bawah.
Rasa gegar gegar gitu bila lalu bawah jambatan. Maklumat tambahan, jambatan ni ada pedestrian access route. Kalau korang larat dan banyak masa, boleh cuba pusing Odaiba seharian dengan berjalan kaki atau berbasikal.
Ok, dah sampai di sebarang. Dari Odaida kelihatan kota metropolitan Tokyo.
Keluar je stesen monorel, kebluran melanda. Hilang pedoman nak explore tempat mana dulu. Nak cepatkan masa, aku ikut je laluan pejalan kaki.
Wuhu, Statue of Liberty di Jepun. Sebijik macam di New York Harbour.
Headquarters of Fuji TV.
(teringat zaman remaja dulu selalu layan drama bersiri Jepun sebelum kpop melanda Malaysia)
Aku turun ke kawasan pantai olok olok di bahagian bawah taman terserempak dengan patung muka orang chubby nih. Hahaha.
Kapal selam ke hape nih? Macam space ship pun ada. Tenung lama lama baru teringat ooo ini la Tokyo Water Bus.
Salah satu pengangkutan alternatif lain kalau nak bersiar siar dari Tokyo ke Odaiba. Aku ada terbaca dalam blog sape ntah, ada yang water bus siap boleh candle light dinner bagai.
Aku naik semula ke atas dan menapak mencari Miraikan atau National Museum of Emerging Science. Malangnya sesat tak jumpa jumpa.
Decks Tokyo Beach Shopping Mall.
Ada muzium lilin Madame Tussauds dan Legoland tapi tak masuk sebab duit dah habis licin masuk Disneyland semalam. Hahaha.
Tetiba ada mamat Jepun buat street perfomance pulak kat situ. Tengok sekilas pandang pastu blah cepat cepat, takut dia minta bayaran nanti. Haha.
Giant Gundam statue di hadapan DiverCity Tokyo Plaza.
Nak kata besar tak besar Gundam ni, korang boleh tengok kakinya. Manusia yang tinggi macam Hanamichi Sakuragi (watak animasi Jepun SlamDunk) pun takat paras kaki Gundam je.
Sudut dari bawah pulak.
Pandangan belakang Gundam.
Ok, cukup la dulu gambar Gundam waktu siang. Tunggu ambil waktu senja atau malam pulak kalau sempat. Aku gerak ke tempat lain.
Siapa yang tak larat berjalan, boleh sewa basikal di Odaiba.
Lokasi seterusnya, Tokyo Mega Web.
Bangunan ni merupakan showroom terbesar yang mempamerkan model terkini kenderaan dan teknologi Toyota.
Sebelum menempuh showroom tadi, aku disajikan dengan seni bina bangunan usang di Amerika Syarikat sekitar tahun 60-an.
Pergh, mengancam kereta model lama.
Lagi deretan kereta model lama.
Ada petugas cantik tengah melayan budak pilih lagu dalam jukebox lama.
The famous signboard, Route 66.
Berjalan di kawasan ini membawa imiginasi aku ke Bandar New York atau Texas sekitar tahun 60an.
Kawasan muzium yang menempatkan model mini pelbagai jenis kenderaan dari pelbagai negara.
Cadillac 1975 keluaran Amerika Syarikat.
Ford Thunderbird 1956 keluaran Amerika Syarikat.
Mercedes Benz 1974 keluaran German.
Wolkswagen 1960 keluaran German.
Ferrari F40 1987 keluaran Itali.
Fiat 1965 keluaran Itali.
Peugeot 1969 keluaran Perancis.
Nissan 1985 keluaran Jepun.
Honda Vamos 1971 keluaran Jepun.
Van Subaru 1960 keluaran Jepun.
Ok, ini paling win sebab kereta Mr. Bean.
Daihatsu 1959 keluaran Jepun.
Ada jugak model kereta F1 pasukan Toyota.
Keluar je muzium, aku menapak masuk shopping mall. Venus Fort. Tempat ni unik sebab semua bangunan kedai direka bentuk mengikut senibina bangunan Eropah kurun ke-18.
Siling atas Venus Fort diolah dengan meletakkan animasi hidupan laut, sebijik macam real. So bila pandang atas, aku rasa macam dalam akuarium gergasi bukan di shopping mall. Strategi yang bagus untuk mengalihkan perhatian pengunjung dari membeli belah tak hingat dunia.
Hamboi merpati dua sejoli tengah berdating kat situ pulak.
Lepas pusing dalam Venus Fort, baru aku menapak ke Toyota showroom. Kalau peminat kereta gerenti akan melekat kat sini berjam jam. Korang bayangkan setiap tingkat penuh dengan model baru Toyota. Meh aku kongsi sikit koleksi kenderaan yang dorang pamerkan.
Toyota FCV, belum ada di pasaran Malaysia.
Smart Car (tak tahu model apa) yang cun melecun. Serius aku jatuh cinta. Kalau ada kat Malaysia, dah lama beli satu.
Toyota Porte, pun takde kat pasaran Malaysia.
Ini bukan model Toyota tapi smart reka bentuk. Sesuai untuk orang muda muda.
Model Crown Athlete untuk gaya orang mewah.
Merincik sport car ni dengan warna kuning pikachu (model apa aku tak pasti).
Terserempak dengan sekumpulan budak Jepun, stylo siot rambut pink.
Ada sesi pandu uji Toyota i-Road. Kalau lepas ujian pemanduan kita akan dapat certificate rasmi dari Toyota. Mula mula excited giler aku nak cuba tapi malangnya pekerja dia kata hari ini khas untuk orang tempatan sahaja. Pelancong boleh cuba esok (Esok aku dah balik Malaysia akak oii).
Tingkat bawah ada sesi pencarian bakat kut sebab banyak budak kecik tengah beraksi atas pentas. Kiut je. Ok, dah habis explore jom blah.
Hari semakin senja. Serius cantik pemandangan langit jingga waktu ni.
Langit warna ungu.
Sebelum asar melabuhkan tirai, aku sempat solat di satu kawasan tersorok depan bangunan DiverCity Tokyo. (Sebenarnya dalam bangunan ini ada je ruang solat tapi aku malas masuk takut sesat nanti tak sempat nak solat).
Lepas solat ambil gambar Gundam sekeping lagi. Orang semakin ramai waktu ni. Tunggu punya tunggu nak tengok Gundam bercahaya tapi dapat tengok mata je yang bersinar hijau kemerahan. Maka aku blah cepat cepat dari situ untuk gerak ke stesen Akihabara.
Sambil berjalan sempat snap beberapa keping lagi pemandangan senja Odaiba.
Terkezut aku sebab dari Odaiba boleh spot Fuji San. Koleksi gambar rare betul. Nanges terharu sebab cantik sangat pemandangan.
Ada jugak Odaiba Illumination tapi tak banyak hiasan lampu macam di Sagamiko.
Hiasan lampu kelip kelip pada pokok krismas.
Bangunan Fuji TV disinari cahaya biru.
Statue of Liberty dan Rainbow Bridge waktu malam.
Now i know why they called it "Rainbow Bridge".
Terpegun seketika tengok pemandangan malam kota Tokyo.
Masih berbaki dua jam sebelum shinkansen berlepas. Aku naik monorel ikut cara yang sama waktu datang tadi ke stesen Akihabara untuk ambil bagpack.
Sempat aku rembat beli beg laptop 1078 yen kat Akihabara. Hahaha.
Malam ini kerja gila sebab aku sampai Shin-Osaka jam 2316 (lewat giler). Pastu pecut berjalan naik train ke Umeda cari media cafe. Korang jangan buat macam aku ni sebab sebagai wanita kena extra careful bila travel sensorang. Lewat malam jangan keluar la tapi kes aku ni sebab dah terdesak. Takut tak takut kena redah jugak tapi setiap saat tak leka jaga keselamatan diri.
Mujur tak sesat cari tempat ini.
Umeda Media Cafe lebih besar sedikit berbanding di Shibuya hari tu. Harga pun mahal la skit, 2020 yen untuk 5 jam.
Setel semua urusan terus menapak ke ruang rehat aku untuk letak barang. Pegi bilik air cuci muka, kemudian solat dan terus tidur. Esok jam 0500 dah kena check out. Jangan pisang berbuah dua kali seperti hari itu.
Selamat Malam.
No comments:
Post a Comment