Destinasi seterusnya hari ini, tak lain dan tak bukan jatuh kepada Akihabara. Bandar metropolitan yang diberi jolokan nama The Electric Town kerana menyajikan keriangan berganda kepada penggemar gajet dan anime.
Teaser skit. Waaa poster besar pelakon Jepun pujaanku, Yamapi.
Subway Ginza Line: Asakusa - Ueno
change to
JR Yamanote Line: Ueno - Akihabara
Takyah nak berebut bagai, keretapi kat Jepun ni setiap 2-5 minit sekali je. Kalau terlepas yang ni, sekelip mata je gerabak lain datang.
Ok, dah nampak papan tanda dia tu.
JR Akihabara Station.
Keluar je stesen, angin sejuk menyerbu muka.
AKB48 Cafe & Shop.
One of the poster of AKB48.
Story telling slot:
AKB48 (AKB short form for Akiba) is Japanese idol group known also "idols you can you meet" because they perform daily in their own theater including this cafe. The group expands into 130 members, aged from early teen to mid 20's. The group rotates their members during each performance and event so that fans can meet them regularly. Over 6 years since 2011, their single have occupied first five spots of the Oricon Yearly Singles Chart (Japan biggest music chart).
Bersebelahan AKB48 Cafe, Gundam Cafe.
Dua replika mini gundam sebagai daya penarik pengunjung ke cafe ini.
Aku duduk kat satu ruang rehat depan AKB48 Cafe. Perut dah berbunyi muzik lagu tema Great Teacher Onizuka (GTO).
Hape lagi, buka plastik kebab yang beli tadi makan kat situ je. Takdenya nak malu dengan orang yang lalu lalang sebab dorang tak hirau pun kat kita. Hahaha.
Dah habis membahan kebab, baru aku sambung menapak ke Akihabara.
Wohoo, happening giler tempat ni dengan giant anime billboards.
Shot from another angle.
Maid Cafe antara kedai makan hipster yang terkenal kerana berkonsepkan pelayan wanita yang memakai kostum anime.
Di luar, ada la amoi amoi Jepun berkostum tengah promote cafe masing masing. Kalau nak bergambar, kena bayar maa. Aku cuba jugak nak amik gambar tetapi dorang memang cekap tutup muka dengan flyer. Hampes betul. Takpe takpe, aku amik gambar billboard cafe pun jadi la.
ALERT!!!! Otaku zones spotted.
Aku kalau anime takde minat gila sampai boleh dikategorikan sebagai otaku (orang yang obses dengan manga dan anime). Bab teknologi memang tahap gaban aku minat. Jadi Akihabara ni memang syurga jugak la bagi aku sebab ada beratus kedai elektronik kat sini tapi aku masuk 3 kedai yang besar je iaitu Laox, Yamada Denki dan Don Quijote.
Pergh, laptop macam macam jenama.
Wohoo (sorokan kegembiraan) tengok model MacBook.
Lepas dah puas cuci mata tengok gajet tadi, aku angkat kaki dari kawasan tu. Cari benda yang aku nak beli pun tak jumpa yang berkenan di hati.
Orang baru balik kerja berpusu pusu datang ke Akihabara.
Langit senja di Akihabara.
(Tengah menunggu pokok krismas tu menyala tetapi akhirnya aku berlalu hampa sebab tak nyala nyala sampai sudah).
Orang ramai tengah berpusu beratur, ada show AKB48 malam tu.
Sepatutnya aktiviti terakhir hari ni ialah melihat suasana malam Bandar Tokyo dari Tokyo Metropolitan Government Building. Baru je separuh jalan, kaki aku mula cramp. Sakit urat mencucuk cucuk sampai terhencut hencut masuk ke JR station. Terpaksa la aku tukar haluan balik ke hotel terus. Sebelum tu, singgah Family Mart sebab terkenangkan kek keju dengan biskut topping kacang tadi. Bab makanan tak boleh tinggal walau sakit camner sekalipun.
Sakit sakit pun sempat aku snap mural mozek dekat JR station.
Mural yang menceritakan pelbagai jenis sambutan perayaan masyarakat Jepun.
Sampai hotel, terus amik back pack dengan kunci bilik kat kaunter. Masuk je bilik rasa lega yang teramat. Terus cabut kasut, panjat katil nak baring dan legakan urat kaki. Roommate aku sorang je tapi takde kat bilik. Lagi 2 katil, kosong belum ada penghuni.
Yeay, dapat jugak bilik warna kegemaran yang aku request dalam booking.com.
Female dorm with 4 bed and private bathroom.
Kelakar jugak dia punya jawapan pasal 2 tilam tu. Kikiki. Tunggu aku cuba buat kejap lagi.
Lepas mandi dan solat, aku sapu ubat kat kaki. Then, study plan untuk esok sikit dan terus tidur.
Tamat Hari Ke-6.
No comments:
Post a Comment