Sampai Sagamiko dah jam 1740 tapi dah gelap gelita wey. Jangankan bayang member aku, even bayang aku sendiri pun dah tak nampak. Sebelum ni, memang kami janji jumpa kat sini jam 1730. Adakah aku yang terlewat sampai beliau pergi meninggalkan daku? atau beliau belum sampai lagi? Macam mana nih? Tik tok tik tok....
Akhirnya aku buat keputusan belasah je dulu ke tempat lampu kelip kelip berbilion di Sagamiko iaitu Sagamiko Resort Pleasure Forest.
Menapak pelan pelan ke bus stop yang terletak di luar stesen kereta api tadi. Mana tahu kot kot magik member aku tetiba muncul dari belakang kan. Kosong takde orang, seram jugak.
Jadual perjalanan bas ke Sagamiko Illumination, kekerapan setiap 1 jam. Bayaran 200 yen.
15 minit tunggu akhirnya bas sampai. Aku orang pertama naik, so aku duduk tempat sekali. Sambil tunggu bas loading penumpang yang semuanya orang Jepun, aku jenguk jenguk kerusi belakang kalau kalau member aku ada. Bas dah nak penuh. Tetiba....jeng jeng jeng muncul wajah yang ku kenali.
Rasa nak nangis tahap gaban tengok member aku (tapi aku tak nangis pun hahaha). Terharu beb. 8 hari merantau Jepun, susah senang baham sorang sorang akhirnya jejak kasih terlaksana jugak.
15 minit perjalanan dalam bas sampai tempat yang dituju.
Lepas mendaki anak tangga sikit, nampak entrance dia.
Illuminasi Big Ben dengan Menara Jam Gergasi London.
Tiket masuk taman, 600 yen.
Berjalan lagi, jumpa iluminasi taman, piramis dan unicorn.
Ala pak cik. Dalam gambar aku jugak kau nak enter-frame kan.
Tetiba ternampak roda ferris, member aku dah eksited ajak naik benda tu. Aku ok je tapi masing masing setuju untuk tengok harga dulu. Bila travel ni, semua kena catu. Mana boleh nak semua yang ada kan, rabak la poket camtu.
Dalam perjalanan ke roda ferris, terserempak dengan penyu sesat di tengah tengah taman. Hihi.
Ikan sesat.
Ketam sesat.
Sampai je platform kereta kabel untuk ke roda ferris, masing masing eksited. Bila tanya harga tiket, 800 yen sehala. Tak jadi la. Tadi dah berhabis duit beli tiket masuk. Hurmmm...Bye bye roda ferris. Kitaorang lagi rela simpan duit tu untuk beli kebab nanti kat Shibuya.
Menapak la ke tempat lain untuk menghiburkan hati yang sedikit duka ini. Terjumpa terowong panjang yang dicahayai lampu 3 jenis warna.
Ungu.
Kuning.
Biru.
Keluar dari terowong lampu tadi, aku nampak lautan lampu pelbagai warna. Tadi masa kat bawah memang tak nampak pemandangan camni.
Cantik kan.
Ternampak roda ferris yang tadi dari jarak dekat
(tetiba hiba tak dapat naik sob sob).
Kitaorang lepak masuk cafe kat situ cari wifi. Masing masing dengan hanset tak pandang kiri kanan sebab sibuk hantar khabar berita dengan keluarga.
Keluar cafe lepas berwifi 20 minit. Jumpa abang Big Ben lagi.
Double decker bus dengan Big Ben.
Nampak sekelompok manusia tengah mengelilingi satu benda. Korang tengah puja apa tu???
Lor batu pertama Untie Rosmah rupanya.
Kitaorang turun bawah semula, nak balik dah. Hampir sejam pusing kat sini.
Singgah tengok pertunjukan animasi bercahaya.
Animasi Askar London. Comel je.
Gaun pengantin bercahaya.
Dalam jam 0830, kitaorang gerak balik ke Tokyo. Pasni nak cari kedai kebab dengan manga cafe kat Shibuya.
Dah sampai Shibuya. Fefeling orang Jepun sekali lagi bila melintas kat sini.
Pusing pusing akhirnya jumpa kedai kebab. Member aku dah tak sabar tu nak makan kebab. So bagi dia beli dulu. Hahaha.
Ini la kebab 500 yen aku. Pedas giler sebab aku baham je mintak letak sos apa entah. Makan tak habis pun tapi aku simpan. Mana tahu nanti kat manga cafe lapar balik.
Tempat tidur malam ini, Popeye Media Cafe 1200 yen. Internet cafe yang ada ruang private untuk surf internet, baca komik, makan, minum dan mandi.
Penuh wey komik. Malangnya semua dalam bahasa Jepun.
Jumpa Death Note.
Mesin air kopi.
Mesin makanan.
Ruang rehat aku, keluasannya memang cukup cukup untuk letak beg dengan tidur je. Lepas letak beg, baru perasan wey ruang ni takde kunci pun. Pastu aku dengan member dah cuak skit. Takpe takpe, kita tidur ala kadar je pun pesan aku. Bukan tidur nyenyak macam kat hotel lima bintang. Lepas solat, terus tidur tidur ayam seperti yang dijanjikan. Last last keesokkan hari, terbangun lambat. Terpaksa bayar denda.
Hampeh =.='
[bersambung]
No comments:
Post a Comment