Lagi 10 minit Fuji-Q Highland nak dibuka. Barisan manusia yang beratur dah bertambah menjadi 7 orang termasuk aku. Kehairanan aku masih belum pudar dengan bilangan manusia yang kurang. Balik Malaysia baru tahu yang pintu Fuji-Q Highland yang aku masuk tu pintu belakang. Sebab tu orang tak ramai. Hahaha gelak kat diri sendiri.
Kahkahkah, takde orang wey.
Berbekal kupon diskaun semalam yang jumpa di stesen Kawaguchiko, aku berjaya membeli One Day Pass Unlimited Ride dengan harga 4900 yen. Harga sebenar 5200 yen. Fuh, banyak jugak penjimatan yang berlaku.
Bagi yang nak masuk dan main beberapa permainan sahaja, korang boleh beli Entry Pass 1300 yen. Tiket setiap permainan boleh dibeli melalui mesin.
Tips aku untuk Fuji-Q Highland amat mudah. Berdasarkan nasihat bloggers, pengunjung wajib terkam untuk main roller coaster dulu. Waktu menunggu, beratur dan naik setiap roller coaster paling cepat dalam 20 minit. Itu pun kalau orang tak ramai. Kalau ramai, sampai 1 jam kena tunggu untuk 1 roller coaster.
So, plan aku untuk sesi pertama ialah berkejaran untuk naik 4 roller coasters havoc mereka iaitu Eejanaika, Fujiyama, Takabisha dan Dodonpa.
Sesi kedua, aku akan ke Haunted Super Scary Labyrinth of Fear, Ultimate Fort dan permainan ringan lain seperti Panic Clock, Mad Mouse, Tekketsu Bancho dan Red Tower.
Sesi ketiga dan terakhir aku plan ke Evangelion: World dan La Ville de Gaspard et Lisa.
GAME 1: EEJANAIKA.
Stesen Eejanaika. Kalau ikut kedudukan, Eejanaika terletak paling hujung dalam kawasan Fuji-Q Highland tetapi paling dekat dengan pintu belakang.
Kalau turun di stesen kereta api Fuji-Q Highland, memang track Eejanaika yang korang akan nampak tersergam indah meliuk lintuk macam ular .
Tengah tunggu giliran. Dah nampak kerusi dia.
Pengunjung tak dibenarkan membawa sebarang peralatan termasuk kamera atau handphone semasa menaikinya. Jadi semua beg wajib disimpan dalam loker. Lucunya masa ni aku ada pakai chest mount untuk seludup sjcam kononnya nak rakam video tetapi tetiba petugas kat situ hulur hoody jacket suruh aku pakai. Siap berzip sampai hoody tu diikat kemas kat kepala aku. Dah macam hantu bungkus rupa aku, dah la jaket tu saiz XL.
Mula mula bengang jugak aku. Camne nak rakam dah tertutup semua. Apa motif dia suruh aku pakai ha??? Kalau ikutkan, jaket aku sendiri ada topi. Tetiba aku terperasan, lor aku pakai tudung. Roller coaster kat sini kan ganas, mesti dorang tak nak tudung aku terbelit diri sendiri atau tercabut dan terbang merata jatuh atas track ke hape ke kan. Mekasih la Fuji-Q sebab tolong jaga aurat dan keselamatan aku. Hihihi.
SLOT PENCERITAAN:
Eejanaika adalah 4-D (4-Dimension) roller coaster yang kedua di dunia selepas X2 roller coaster di California. Ia mempunyai ketinggian 76 meter dengan kelajuan 126 km/j. 4-D pula bermaksud kerusinya boleh berpusing 360 darjah ke belakang dan hadapan menyebabkan pengunjung akan merasai pusingan sebanyak 14 kali semasa menaikinya sedangkan track sebenar cuma ada 3 pusingan sahaja.
REVIEW AKU: 5/5
CRAZIEST AND WILDEST.
Penderaan emosi. GILA. Aku ulang sekali lagi. GILA. Speechless tak menjerit pun sepanjang 3 minit berada atas kerusi. Part paling syok, masa kerusi menghadap langit biru, yang ni berlaku masa roller coaster tengah mula perlahan mendaki landasan.
Part paling hazab, masa roller coaster memecut laju sambil kerusi berpusing 360 darjah mengadap segenap alam. Hati aku tak berhenti doa jangan la jadi macam scene Final Destination yang seat pelakon tu terbuka sampai semua bercelabuk jatuh ke bawah. Huhuhu. Kalau toreh muka aku waktu tu gerenti tak kuar darah sebab ketakutan yang teramat.
Sayang jugak tak dapat nak rakam scene aku tonggang terbalik masa ni. Waktu tu memang aku sumpah takkan naik lagi kali kedua untuk rakam balik dengan kamera tetapi sekarang rasa macam rindu pulak dengan Eejanaika. Hihi.
Turun je Eejanaika, kepala pusing beb. Tersengih sengih aku dengan sepasang uncle auntie yang naik sekali tadi. Walaupun tak bercakap tapi masing masing dapat memahami perasaan menggilakan Eejanaika tadi. Raba tudung kat kepala. Dah tak nampak rupa, senget benget dah jadinya. Oh my tudung. Hahaha.
GAME 2: FUJIYAMA.
Tudia, tinggi aku nak ha'bai kat ampa.
Kalau malam, sebahagian dari track Fujiyama akan disinari nyalaan neon berwarna warni.
SLOT PENCERITAAN:
Fujiyama mempunyai ketinggian 79 meter dengan kelajuan 130 km/j. Fuh, lagi laju dari Eejanaika. Ia pernah dinobatkan oleh Guiness World of Record sebagai The Tallest Roller Roaster in The World. Sekarang Fujiyama adalah ke-8 tertinggi, ke-5 terpanjang dan ke-10 terlaju di dunia.
Sijil pengiktirafan dari Guiness World Record.
Sambil beratur, aku cabut sjcam dari harness tadi. Pasni nak seludup letak dalam poket seluar, masa naik boleh pegang dengan tangan je. Moga tak jatuh berkecai waktu roller coaster berpusing. Kahkahkah.
Lagi sikit turn aku. Serius kecut perut. Adrenalina dah mencurah curah ke segenap badan.
REVIEW AKU: 5/5
Kalau Eejanaika penderaan emosi, Fujiyama pulak penderaan fizikal. Rasa macam nak patah leher dengan kelajuannya seperti halilintar. Seat pulak jenis takde tempat menyandar untuk leher. Kau akan rasa macam duduk atas kerusi di taman tapi kerusi tu berpusing berbelas kali dan gerak berdesup lajunya tahap pergerakan cahaya.
Rakaman video amatur dari aku sendiri.
(mohon maaf dengan jari aku tu termasuk sekali dalam video, muzik latar lagu kpop sebab suara menjerit aku ngeri sangat nak bagi bagi korang dengar pun hahaha)
Part part yang syok Fujiyama (Aku cut dari video je).
Pendakian menuju ke ketinggian 79 meter.
Waktu dah sampai ketinggian 79 meter.
Bahagian track lurus dapat tengok pemandangan. Masa ni semua masih tenang. Mana Fuji San?
Sebelah kiri track.
Fuji San ooo Fuji San?
Sebelah kanan track.
Fuji San tak dapat dijejaki dari atas Fujiyama.
Thrill giler waktu ni, roller coaster tengah pusing macam 1 inci je nak berlanggar dengan track.
Part part paling tak syok,
Waktu nak turun dari ketinggian 79 meter tu. Dorang bukan main seronok angkat tangan tapi aku nak angkat muka pun tak dapat. Daya rintangan angin yang tinggi (hukum fizik sikit!!!)
Tiap kali roller coaster pecut turun landasan, tiap kali tu la seksa macam nak tercabut leher sebab laju melampau lampau impak maksima.
Aku pening, aku pening, aku pening....
Habis main dua roller coaster, pace aku dah mula perlahan. Kesan dari pusingan Fujiyama kot. Rasa berat kepala, nak muntah pun ada. Aku menapak perlahan lahan cari Takabisha, tak boleh rehat lama nanti orang ramai. Sekarang pun dah jam 1030.
Plan bertukar sebab terjumpa Dodonpa dulu. Stesen Doponda bertentangan dengan Fujiyama. Bangunan putih dengan tulis Jepun. Mula mula ragu ragu juga tapi bila tengok peta ha betul la tu.
GAME 3: DODONPA.
Bangunan kecil warna putih sebelah kiri tu stesen Dodonpa. Nampak tak dia tengah beraksi tu.
SLOT PENCERITAAN:
Dodonpa mempunyai ketinggian 52 meter dengan kelajuan 172 km/j. Ia pernah dinobatkan sebagai The Fastest Roller Roaster in The World. Sekarang Doponda adalah ke-4 terlaju di dunia tetapi masih mengekalkan rekod terlaju di dunia ketika waktu pelancaran.
REVIEW AKU: 4/5
Paling tak boleh blah, dia pecut 170 km/j semasa pelancaran keluar dari track. Aku rasa macam otot muka ni nak tertanggal keluar je dari tulang muka. Nak tekan button record kat sjcam pun tak sempat. Tudung aku takyah cerita la, memang dah tak nampak rupa (walaupun dah pakai hoody jacket yang petugas bagi) tapi ok la bagi aku, takde la hazab sangat macam Fujiyama. Naik pun rasa macam sekelip mata je, tak sempat panas pun seat tu.
GAME 4: TAKABISHA.
Dari jauh, pemandangan superb track Takabisha.
Teruja tak korang? Aku gabra. Excited pun ada.
Kalau korang masuk dari pintu belakang macam aku, stesennya agak tersorok sebab berada pada bahagian hujung kiri kawasan Fuji-Q.
Takabisha paling lama aku beratur, dalam 30 minit. Waktu tengah hari, orang dah mula ramai.
Lagi satu, seat Takabisha tak banyak dan panjang macam roller coaster lain. Aku dapat naik kereta yang 8 seat, pastu dapat barisan depan pulak tu. Fuh, cuak dan mendebarkan.
Sijil pengiktirafan dari Guiness World Record.
SLOT PENCERITAAN:
Takabisha memegang rekod The World's Steepest Roller Coaster kerana memiliki jatuhan bebas 121 darjah pada ketinggian 43 meter dengan 7 pusingan utama pada landasan sejauh 1000 meter.
REVIEW AKU: 5/5
Semasa pelancaran, laju jugak si Takabisha keluar track. Memang tak nak kalah dengan Dodonpa tadi. Part paling thrill semestinya waktu nak naik landasan tegak dan jatuhan curam. Boleh pulak aku tersasul cakap Jepun waktu tu. Kahkahkah. Harap harap, budak perempuan sebelah aku tu tak dengar la aku merapu broken Japanese.
Selesai misi pertama aku menawan kesemua roller coaster yang menggilakan. Waktu ni memang kepala aku dah bingung tahap gaban. Fikiran dah meracau menyanyi lagu Nirwana "sudah cukup, cukup sudah....". Aku terus skip permainan yang jenis pusing pusing.
GAME 4: EVANGELION: WORLD
Pintu masuk.
SLOT PENCERITAAN:
Tempat yang diilhamkan dari animasi bersiri Jepun Neon Genesis Evangelion. Ia mengisahkan kehidupan budak bernama Shinji menerbangkan kapal angkasa, Evangelion pada zaman futuristik Jepun.
REVIEW AKU: 3/5
Tempat yang sesuai untuk orang yang gemar anime dan berselfie lepas main roller coaster. Banyak spot korang boleh bergambar, dengan watak dan prototype robot dalam cerita tu pun ada.
Peta kawasan.
Evangelion Type-01.
Sticker photo booth.
Antara spot nak bergambar dengan watak cerita Evangelion.
Watak utama, Shinji Ikari.
Asuka Langley Soryu.
Dah kenapa pulak Asuka ni mengamuk tumbuk cermin?
Infinite Love with Shinji.
(Patutnya kerusi kosong tu tempat duduk aku tau tapi sebab takde orang nak suruh amik gambar berdua, Shinji sorang pun jadi la)
Busy meeting nampak.
Mak kau!!! Luruh jantung terkejut ingat Asuka dengan Rei betul tadi.
Pening dah hilang. Jom main lagi permainan pusing pusing. Destinasi seterusnya ke tempat yang tapak pembinaan yang tak siap ini. Dari jauh dah dengar lagu tema permainan dia...banchou...banchou....banchou. Hahaha.
GAME 5: Tekkotsubanchou
SLOT PENCERITAAN:
Menara buaian di Jepun yang pertama dengan tempat duduk tergantung bebas di langit terbuka dan berpusing turun naik sehingga ke ketinggian 49 meter.
REVIEW AKU: 4/5
Seronok jugak naik bendalah ini. Relaks dan boleh tengok pemandangan sekeliling dengan jelas. Siap dapat tengok Gunung Fuji lagi. Bagi yang takut tinggi dan tak suka suasana tergantung, aku tak galakkan. Sebelum naik, aku takut jugak kalau tetiba waktu tengah pusing tu boleh terputus tali dan melayang ke udara. Free free je arwah di Jepun kan. Huhuhu. Alhamdulillah selamat naik dan turun.
Habis naik Tekkotsubanchou, aku gerak ke hospital berhantu iaitu Haunted Super Scary Labyrinth of Fear.
Malang sungguh nasibku disebabkan datang berseorangan, maka tak dapat masuk. Memang peraturannya pelawat tak dibenarkan masuk kalau sorang sorang. Agaknya mereka takut kita histeria sorang sorang dalam tu.
Dapat la ambil gambar sekeping dua hospital berhantu yang pernah dikunjungi Kpop star Big Bang. Terbayang si Daesung lari mengalahkan perempuan dalam program tv yang siar pasal mereka ke sini. Hahaha.
Serius menakutkan kalau tengok dari luar bangunan, macam bangunan usang terbiar 100 tahun. Tu belum tengok dalam lagi. Mau terkencing dalam seluar (bukan aku).
Aku blah dari hospital berhantu tu pergi tandas. Setel amik wudhu, aku usha usha cari tempat tersorok nak solat kejap.
Lokasi solat dan landing untuk seketika.
Lepas ini, nak pergi ke bangunan putih depan tu. Tapak Ultimate Fort.
Malang kali kedua, Ultimate Fort pun tak boleh masuk sorang sorang. Hampagas betul. Ingat aku tak cukup bijak ke nak selesaikan puzzle dan jalan berhalangan dalam tu?? Bengang seketika dengan Fuji-Q.
Hilangkan bengang menaiki Red Tower. Luruh jantung beb, rasa bergelora perut bila part dia turun laju tahap gaban. Ok, khatam bab permainan.
No more to games!!!!
Ini pulak permainan yang aku tak main. Salah satu sebab, permainan berair. Lagi satu, tahap kanak kanak je tak sesuai orang dewasa nak main. Sebab terakhir mood aku dah tepu dengan permainan. Hahaha.
Track Cool Jappaan: Roller coaster yang landing masuk kolam dengan air berkepuk kepuk terpercik keluar.
Mad Mouse: Baby Roller Coaster.
(sapa yang takut naik Eejanaika, boleh la try yang ni haha)
Panic Clock: Pusingan 360 darjah seperti jarum jam.
Nagashimasuka: Water Raft Ride.
Comel pulak dua patung kucing emas tengah tengah tu.
Thomas Land.
Taman tema untuk kanak kanak sahaja. Bayaran berasingan dari bayaran masuk Fuji-Q.
Cafe Fuji-Q.
Matahari dah elok tegak atas kepala. Ini la masa untuk menjejaki Fuji San lagi.
Naik 2 kali roda ferris semata mata untuk amik gambar gambar menarik dari udara pulak terutama gambar Fuji San.
Tapak ice skating tiruan.
Merry Go Round.
Alololo comel nya Fuji San bersebelahan dengan track Takabisha.
Close up sikit.
Lagi dan lagi. Tak puas memandang.
Awan melitupi puncak Gunung Fuji.
Pemandangan kawasan bertentangan dengan Fuji San. Pergunungan menghijau dengan track Doponda, Red Tower and Tekkotsubanchou.
Suasana perkampungan di Kawaguchiko dengan puncak tertinggi track Dodonpa.
Mercu tanda gah Takabisha.
Puncak tertinggi Eejanaika.
Panic Clock dan Tondemina Pizza-la.
Dah puas dengan hasil gambar tadi, aku gerak ke pintu masuk dan keluar Fuji-Q. Sebelum keluar kena cop kat tangan sebab nanti nak masuk balik.
Dekorasi pokok Krismas menyambut pengujung.
Lokasi terakhir sebelum meninggalkan Fuji-Q iaitu La Ville de Gaspard et Lisa.
Bangunan yang dibina persis deretan kedai di kota Paris.
Kota cinta dan membeli belah. Duit je yang takde. Hahaha.
Gerai ais krim.
Fish and Chips Cafe.
Pilih ke mana dulu.
Lagi dekorasi sempena Hari Natal.
Pokok krismas paling besar kat sini.
Pemandangan Fujiyama dari La Ville de Gaspard et Lisa.
Papan tanda wajib selfie untuk pasangan bercinta.
Replika Eiffel Tower dengan pemandangan Takabisha tengah beraksi pusingan 360 darjah.
Eiffel Tower with Fuji San.
Eiffel Tower stand alone.
Jam 1530 aku masuk semula Fuji-Q dan keluar ikut pintu belakang tunggu kereta api seterusnya ke Otsuki. Kereta api sampai terus duduk tak bangun bangun nak hilangkan lelah.
Pengalaman Fuji-Q memang sangat awesome. Kalau diberi pilihan aku akan ke sini lagi, itu pun kalau ada orang nak belanja la tiket masuknya. Hahaha.
Fujikyuko Private Line : Kawaguchiko - Otsuki
Aliran air sungai cantik dan bersih.
Memori terakhir di Kawaguchiko.
Dah sampai Otsuki. 30 minit lagi untuk naik kereta api seterusnya.
JR Chuo Line Limited Exp: Otsuki - Sagamiko
Plan seterusnya ke Sagamiko dengan misi jejak kasih nak bertemu member aku semula selepas 8 hari terpisah secara sengaja. 8 hari terpisah, 8 hari la tak bertanya khabar. Hahaha. Internet takde kat Otsuki, maka tak dapat nak whatsapp update lokasi. Kalau ada jodoh bertemu la kita di Bandar Bercahaya Sagamiko nanti.
[bersambung...]
No comments:
Post a Comment