Friday, February 5, 2016

Japan Day 7 - Echigo Yuzawa Snow ft Shibuya

Hari ini misi mencari salji. Walaupun aku tahu sekarang ni baru awal musim sejuk dan salji agak mustahil untuk ditemui di Tokyo kecuali Sapporo. So, aku pilih lokasi pergunungan di Yuzawa iaitu Kagura, kira kira 1 jam 30 minit dari Tokyo dengan Shinkansen. 

JR Joetsu Shinkansen: Tokyo - Echigo Yuzawa


Berbaris tunggu nak masuk Shinkansen Max Toki 319.


Rombongan budak sekolah Jepun siap naik Shinkansen lagi uols. Kalau lawatan sekolah kat Malaysia, mampu bas sekolah warna oren tu je. Sob sob.


Shinkansen Max Toki dah sampai. Waaaaa, dua tingkat ma. Pertama kali ni naik Shinkansen dua tingkat.


Ok, breakfast dulu dengan biskut pai kacang.

Sepanjang perjalanan aku disajikan dengan permandangan yang menarik. Tak bosan langsung tengok kat luar tingkap. 


Bandar metropolitan Tokyo.


Shinkansen mula meninggalkan Bandar Tokyo. Dari jauh, nampak pergunungan bersalji. Adakah itu Pergunungan Kagura-Naeba?


"Grand Canyon" Jepun.


Max Toki merentasi Tokyo - Ueno - Omiya - Kumayaga - Honjo-Waseda - Takasaki - Jomo-Kogen - Echigo Yuzawa.


Jam 1224 aku selamat sampai di Echigo Yuzawa.

Aku keluar stesen untuk mencari perhentian bas ke Mitsumata Ropeway. Aku terpaksa pilih Mitsumata sebab ski dan ropeway lain belum buka sehinggalah penghujung Disember. 


Jadual perjalanan bas awam lalauan Yuzawa St. - Naeba Prince Hotel.


Pergunungan Kagura-Naeba di sebalik Bandar Yuzawa.


Humble je Bandar Echigo Yuzawa. Baru lepas hujan.


Aku tunggu bas kat perhentian No.1. 
Mana orang lain ni? Sorang pun aku tak nampak. Tetiba pulak rasa seram walaupun dah tengah hari.


Ok, bas dah sampai. 


Bayar tambang dalam bas je, 170 yen. Sedia je la duit syiling atau duit kertas nilai kecik kalau kau tak nak poket rabak dengan baki syiling nanti.


Deretan pokok pinus yang hijau. Pokok lain tinggal dahan je, daun semua dah luruh.


Bas mula mendaki pergunungan, kabus sejuk di atas gunung nampak semakin dekat.


Jalan raya berterowong.


Akhirnya setelah 15 minit perjalanan, aku sampai di lokasi.


Kiri kanan semua pergunungan tapi belum bersalji. Kalau datang penghujung Disember mesti lagi cantik pemandangannya. Selfie sekeping buat kenangan.


Laluan ski Kagura. 


Aku beli tiket ropeway return 1100 yen. Naik sekadar nak tengok pemadangan, tak berhajat pun nak ski (Pandai ker???? Kahkahkah)


Excited jugak bila tengok pemandangan dari ketinggian camni. 


Kereta kabel semakin tinggi memanjat pergunungan Kagura.


Dah sampai puncak ternampak ada sisa salji yang turun 3,4 hari lepas.


Tuhan nak bagi rezeki hari ni. Aku keluar je dari kereta kabel, tetiba terasa ada sesuatu yang jatuh atas tudung aku. Aku tadah tapak tangan. 

SALJIIII!!!!!!!


Walaupun salji turun suam suam kuku tetapi pengalaman pertama merasai salji turun memang tak dapat digambarkan. TERUJA!!!! Aku angkat muka mengadap langit sambil depa tangan pusing pusing kat situ gaya Elsa. Hahaha. Takde orang, so takyah nak malu sangat.


Waaa, ada lagi sisa salji kat atas sana.


Lagi pemandangan salji turun dengan kereta kabel mini.


Slope olok olok untuk ski. Dorang hampar mat putih je dulu sementara nak menantikan salji yang betul turun nanti.


Mamat yang jaga kereta kabel mini ni tak bagi aku naik, katanya itu untuk peluncur je. Sapa yang tak main tak boleh naik. Sadis pulak rasa.


Salji turun sekejap je masa aku mula mula naik tadi. Lepas itu mungkin dah cair jadi air hujan rintik rintik. Ada jugak 5,6 orang yang datang main ski, saje kot nak seronok seronok.

Hampir 30 minit jugak aku kat atas puncak ropeway. Jam 1330 baru aku turun.


Tunggu bas semula nak balik stesen Echigo Yuzawa. 


Suhu 3 darjah celcius sekarang, belum tahap negatif tapi sejuknya memang hingga ke tulang. 


Aku menapak ke cafe bersebelahan dengan stesen kereta kabel tadi sebab dah tak tahan sejuk. Jam 1500 baru bas awam masuk kawasan situ untuk ambil penumpang. 


Sampai stesen, aku ambil Shinkansen Max Toki yang seterusnya jam 1639 untuk balik ke Tokyo.


Max Toki dah sampai.


Lunch aku pada hari ini, kek keju jepun. Minuman, air masak je. Sob sob nangis dalam hati mengenangkan nasib hidup perantau.


Sampai Tokyo dah gelap, jam 1800. Sempat jugak tersnap Shinkansen hijau-merah ni.


Aku naik tren JR Yamanote Line ke Ebisu. Ni je sempat amik gambar, takde yang istimewa pun kat Ebisu.

Kemudian, aku naik train balik ke Shibuya. Nak tengok Shibuya Crossing yang tersohor tu. Keluar stesen Shibuya, tak jumpa Shibuya Crossing. Berpusing pusing jugak aku mencari.


Akak ni tengah buat live performance. Sedap jugak suara dia. Singgah dengar kejap dia nyanyi satu lagu even tak faham langsung.


Uncle ni buat pertunjukan bakat, main biola. Kalau nak beli cd dia, tu ada dijual dengan harga 1000 yen.


Finally!!!!
Kalau korang terjumpa lampu neon sejambak ni maknanya dah sampai la tu Shibuya Crossing. 

Ok, jom merasai suasana lintas melintas jalan dulu.


Take 1: Crossing pertama, sempat snap Shibuya 109. Bonus dapat gambar Yamapi. Kikiki.


Take 2: Crossing kali kedua dengan rakyat marhaen.


Take 3: Crossing kali ketiga, tetiba terperasan ada satu bangunan tinggi bercermin yang lengang takde orang.

Sebenarnya kalau nak naik bangunan lain untuk amik gambar boleh tapi kebanyakannya dah penuh dengan manusia. Kalau nak masuk cafe di bangunan tinggi tu mesti la kena membeli kan. Tak kuasa la aku kalau nak beli kopi mahal setakat nak amik gambar Shibuya Crossing sekeping.


Akhirnya dapat jugak pemandangan Shibuya Crossing dari atas. Baru nampak jelas manusia melintas dari pelbagai sudut, tak silap aku ada 5 zebra crossing kat situ.

Lepas puas hati dengan gambar tadi, aku balik hotel jam 2000. Malam ni nak bermimpikan suasana main salji di Yuzawa tadi. Adios.

Selamat Malam.

No comments:

Post a Comment