Saturday, February 13, 2016

Japan Day 9 - Kagelow Mt Fuji ft Prep to Fuji-Q Highland

Hari yang dinantikan telah pun menjelma. Kaki aku dah menggelupar nak ke Fuji-Q Highland. 


Bagi teaser brochure je dulu, hahaha

Sebelum tu kita review dulu hotel yang aku menginap iaitu Kagelow Mt. Fuji Hostel. Lepas subuh aku tido sekejap, sejuk sejuk ni best pulak berselimut bungkus dengan toto tebal yang hotel sediakan.


Hah, dah jam berapa ni? Terkezut tengok hari dah cerah dari tingkap katil aku. Tengok jam baru jam 0630. Hahaha. Biasa la, matahari kan terbit awal kat Jepun. Aku bangun kemas barang. Dah bagitahu owner semalam, aku nak check out jam 0730.


Female Dorm with 4 beds.

Sampai ke hari ni takde orang masuk kecuali aku. Katil aku yang bawah tu dah berkemas elok.


Reka bentuk dalam hostel ni macam rumah lama Jepun dengan pintu dorm jenis sliding, pastu tingkap dengan lantai berkayu. Aku menapak turun untuk mandi sebab shower ada kat bawah je. Lepas mandi dan bersiap semua, aku turun untuk ke lobi.


Aku rembat tisu ni buat souvenir. Hahaha.

   

Lobi gaya mewah. Aku duduk sini sambil tunggu owner sebab selain nak pulangkan kunci, aku nak dapatkan deposit balik.


Pintu depan hotel. Unik kan?

Seperti yang dijanjikan, owner hostel semalam muncul jam 0730. Aku terus pulangkan kunci dan dapatkan deposit balik. Pastu dia pesan kalau nak keluar guna pintu kaca kat lobi tadi, pintu kayu depan ini berkunci.


Aku pun keluar je la macam yang dia suruh. Nampak tak pintu tu ternganga luas terbuka? Aku tutup la sebelum blah. Ingat aku ni takde perikemanusiaan ke? 


Aku menapak ke Stesen Kawaguchiko. Ha, semalam gelap gelita tak nampak hape hape. Pagi ni dapat hirup udara segar di Kawaguchiko. Sunyi sepi tak nampak orang keluar, pintu rumah pun tertutup rapat. Heran jugak aku.


Orang Jepun memang suka betul dengan bongsai.


Ha, baru nampak ada manusia. Terserempak dengan budak baru nak ke sekolah. Dekat jam 0800 baru nak ke sekolah? 

Mesti korang tertanya tanya sesi persekolahan di Jepun ni mula jam berapa? Menurut Mr. Google, kebanyakan sekolah kat sini bermula jam 0830. Fuh, berbeza dengan sekolah di Malaysia yang bermula seawal 0730. So, tak heran la kalau budak tadi baru nak terkayuh kayuh basikal pergi sekolah.


Semalam shot waktu malam, ni shot waktu siang pulak.


Model lama 1897 Carneigie di hadapan pondok tourist information di Stesen Kawaguchiko.


Sampai stesen, tengok jadual kereta api. Ha, ada lagi 20 minit. Jom merayap dulu.


Window shopping kat kedai souvenir Stesen Kawaguchiko.


Ramen pelbagai jenis perisa.


Coklat putih bentuk Fuji San.


Sayur jeruk ke hape ni aku tak pasti.


Teh hijau khas ditanam di tanah Kawaguchiko.


Macam jem roti tapi ada daun mapel kecik dalam tu.


Onigiri bentuk Fuji San.


Comel giler pemadam. Kalau dapat ni, memang sampai ke sudah aku takkan pakai sebab sayang. 


Fridge magnet.


Batu pun nak jual ke? Tak paham aku.


Yeay, hari ini dapat naik kereta api ada kartun Fuji San.


Jom masuk.

Fujikyuko Private Line : Kawaguchiko - Fuji-Q Highland


Lengang kereta api pagi ini.


Nak layan tv ke pemandangan. Of course la dua dua sekali.

Ok, sambil tengok pemandangan meh aku cerita sikit pasal Fuji-Q Highland. Taman tema ini lama dah buka sejak 1968 lagi. Kenapa aku nak sangat pergi taman tema ni? Dua sebab utama.

1. Terletak di kaki Gunung Fuji.
(bermakna aku dapat tengok Fuji San puas puas setengah hari ni).

2. Permainan dia giler giler havoc punya. 
(Ada yang tertinggi, terlaju, jatuhan paling curam, rumah hantu paling seram, maze runner, macam macam lagi la)


Ok, dah sampai Fujikyu Highland.

Heh, asal takde orang ni? Aku mimpi ke? Tampar pipi 2,3 kali. Lain benar dengan USS kat Singapura dulu. Ada 2 orang manusia je ni wey. Jam dah 0900.  Lagi 30 minit nak buka. Mana semua orang ni?????? Aku bingung, hairan.......

[bersambung...]

No comments:

Post a Comment