Assalamualaikum...
Nervous...Nervous...Nervous...
Semalam memang tido tak lena. Kejap kejap terjaga. Kejap kejap terjaga. Last last, jam 0500 am aku terus bangun, lipat sleeping bag n terus naik level 3 untuk mandi di shower tepi Balai Perlepasan Domestik (terasa seronok pulak mandi kat airport).
Dalam jam 0615 am setelah setel wangi bagai (even pakai baju semalam, hahaha), terus ke Balai Perlepasan Antarabangsa. Ini first time berada kat sini. Terasa sedikit awkward, takut prosedur nak ke luar negara ni lain pulak. So sampai tempat scanning, amik bag semua letak atas scanner. Tetiba kakak pegawai tu mintak abang pegawai ni check bagpack aku. Katanya ada 3 illegal liquid stuff (aku takde bawa ubat batuk weh).
Bila check, la rupanya air, minyak Bio Oil n shower mandian aku tak lepas.
"Eh, pelik tambah ajaib nih. Asal pisau aku kat poket kecik tu korang tak check eh???"
Aku tertanya tanya sendiri pasal pisau tadi tapi takpe la. Lagi ok camtu, tak payah beli yang lain. Ingat tadi dah kena rampas sebab biasanya kalu balik Sarawak, gunting dalam pencil case selalu imigresin amik. Huhuhu. Sekarang shower dah takde tapi nasib baik ada bawa sabun susu beras siap bahagi dua, satu cuci muka n satu lagi sabun badan. Bio Oil??? Dah nama pun backpacking Ain oooiii, penjagaan kecantikan n solekan tu jatuh paling last dalam list daa...
Lepas je scan pasport, cari kat board flight Krabi kat pintu bape. Waktu tu tinggal 5 minit lagi nak boarding. Alhamdulillah gate agak dekat, L8. Sampai je gate L8 tengok dah penuh manusia duk menunggu. Aku cari seat kosong dan sempat la duduk 2,3 minit hingga la flight attendant panggil untuk boarding.
Tepat jam 0715 am waktu Malaysia, flight selamat berlepas ke Krabi. Oleh sebab seat aku tepi lorong, memang sepanjang perjalanan aku tido je (semalam kan tak tido lena). Perjalanan amik masa lebih kurang 1 jam 15 minit, jadi tepat jam 0730 am waktu Thailand (Thailand lewat sejam) aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Krabi.
Macam biasa kena custom check dulu sebelum boleh keluar Arrival. Masa tengah jalan tu, aku duk perati penumpang yang naik flight sekali tadi sume ada 1 borang putih di tangan dorang. Aku pun rasa pelik dari mana pulak dorang amik borang tu hen. Tetiba blur kejap tak dapat pikir.
Borang camni la. Immigration card rupanya |
Aku tengok ada kaunter tempat amik gambar untuk mohon visa. Alhamdulillah tanya kakak tu, "Do you have the document like that?" sambil tunjuk kat papan notis. Kakak tu tanpa banyak soal buka laci meja keluarkan borang tu untuk aku. Thank you, kak. Aku isi cepat cepat terus beratur untuk cop pasport. Alhamdulliah immigration check no problem.
Keluar je Arrival Hall, nampak ada dua booth jual sim card. Ha, tips untuk backpacker or traveller jangan lupa beli sim kad tempatan untuk kegunaan online bagai. Usha usha tengok ada satu pakej yang murah, 200 Baht untuk 7 hari unlimited data. Apa lagi, rembat la satu. Luckily, ejen yang jual tu tolong setupkan dalam iphone aku. So terus boleh guna.
Truemove 3G tourist inter sim = 200 Baht |
Setel beli sim kad, ada kakak abang tengok promote pakej tour tempat menarik sekitar Krabi. Siap boleh speaking Malay lagi. Bila tanya, kakak tu cakap dia orang Narathiwat. Tengok tengok sambil survey harga je kot. Memang takde niat nak ambil pakej kat airport sebab boleh predict harga mahal. Ao Nang boleh dapat lagi murah. Pantai tu tempat tumpuan tourists, confirm confirm la banyak booth yang jual pakej ni. Lagipun dah baca kat blog orang, banyak boleh dapat pakej yang macam macam siap boleh tawar menawar kat Ao Nang. Jadi, aku lari senyap senyap pegi ke kaunter shuttle bas. Beli tiket pegi Ao Nang je.
Kaunter tiket bas dan teksi Krabi Airport (gambar ihsan Google) |
Tiket bas ke Ao Nang = 150 Baht |
Lepas je beli tiket, aku berjalan pegi pintu depan airport. Tetiba ada seorang miss ni dengan pegang walkie-talkie n satu kertas tanya aku nak pegi mana. Aku agak dia ni mesti ala ala konduktor bas. Bila aku cakap nak pegi Ao Nang, miss ni terus catat kat kertas yang dia pegang. Dia suruh aku tunggu dulu kat kaki lima. Aku nampak ada satu couple dari Malaysia duk tunggu bas jugak. Haa, ni mesti baru kawin, datang Krabi nak honeymoon ye. Nampak yang perempuan tu inai masih merah di jari. Hurm, aku jugak yang forever alone (HAHA gelakkan dia beramai ramai).
Dalam 10 minit duk tunggu tetiba miss tu panggil kitaorang ni suruh ikut dia. Ke mana la dia nak bawak ni. Ooo, dia cakap bas ada kat terminal sebelah sana, terminal 2. So, berjalan la kitaorang dengan beg segala bagai. Beg aku dah la berat tahap tak hingat. Terpaksa la buat buat tough pikul beg (bukan ada orang tolong pun kalu buat buat tak larat haha).
Ha, ni la dia shuttle bus airport. Putih, suci dan segar. Syahiiiraa. Eh (Gambar ihsan Google) |
Bas berhenti kat beberapa pit stop nak drop penumpang sebab tak semua nak pegi Ao Nang. Ada mat and minah saleh nak pegi Phi Phi island la, Phuket la, Ko Lanta beach la (ada ke nama tempat ni?) etc. Last last tinggal aku, 1 couple mat saleh dan beberapa orang tempatan. Sampai kat satu guest house, ada sorang uncle ni naik bas and cakap cakap dengan driver bus. Lepas tu uncle ni speaking dengan aku. Woo, MANTAP!!! Dia cakap aku kena turun sini sebab dia dah bincang dengan driver bus tadi untuk hantar aku ke Ao Nang Backpacker. So aku and 1 couple mat saleh ni turun and stay kejap kat satu guesthouse. Uncle ni tolong bawakan bagpack aku turun bas. Nampak gentleman dan boleh dipercayai. Thank you uncle. Tengah duduk duduk kat luar guesthouse tu, dia hulurkan business card dia. Ooo, owner guesthouse ni rupanya. So dia offer untuk amik pakej tour sekitar Ao Nang. Mula mula macam berminat tapi lama duk pikir baik aku usha sendiri kat Ao Nang beach petang ni. Dalam 10 minit jugak baru kitaorang (aku and couple omputih) naik kete Uncle Choke ni pegi Ao Nang Backpacker.
Uncle Choke business card, a very nice guy, speak fluently in english even orang tempatan |
Dalam perjalanan aku ada tanya jugak Uncle Choke ni bape jauh hostel aku dari pantai Ao Nang. Dia cakap dalam 15 minit berjalan kaki. Ooo, tak jauh la tu. Buleh la aku merayau pegi pantai tengok mat saleh smart. Eh. Bukan bukan, tengok pantai sambil usha harga pakej tour daaa..
Mana hostel aku??? Ha, nampak tak board warna biru belah kanan tu 'Ao Nang Backpacker' |
Sampai Ao Nang backpacker dalam jam 1030 am, terus pegi meja depan jumpa owner dia (perempuan). Alhamdulillah lepas bagitahu buat reservation kat booking.com selama 3d2n, dia terus siapkan bil dan bagi key bilik tapi jam 1100 baru boleh naik bilik sebab pekerja tengah kemas katil. So aku menapak dulu kat lobi hilangkan lenguh pikul beg (len kali tak perlu lagi bawa baju bebanyak sangat, buat lenguh bahu je pikul beg).
Hostel expenses = 500 Baht + 300 Baht (deposit for key card pintu utama) |
10 minit sebelum jam 1100 am owner tadi bagitahu dah boleh naik kat bilik. So aku pikul bagpack naik ke bilik. Mak aii, masuk je dorm ada manusia manusia yang tak dikenali bangsanya masing masing tengah terbungkang atas katil masih tido.
"Woi bangun la, dah jam 1100 pagi nih"
(monolog dalam hati je, mahu kena lempang kalu aku betul betul menjerit kuat kuat)
Katil double deck tapi katil aku tingkat atas. Menjadi satu kerjaan pulak nak memanjat katil dengan kaki yang tak bape nak panjang ni. Nasib baik aku ni kurus je, takde la bergegar sangat katil sewaktu proses memanjat. Aku baring kejap buat hilang sakit belakang sakit pinggang.
Tetiba hujan turun. Lor, camne nak berjalan kalu hujan. Baju hujan payung hapa satu pun takde ni. Sambung tido dulu la. ZzZzZz
Jam 0100 pm aku terjaga, hujan dah berhenti. Cuaca agak baik walaupun masih mendung skit skit. Ha ni la peluang nak berjalan ke pantai (memang kerjaan giler pegi pantai kul 0100 pm, tak penah dibuat orang kecuali Nurul Ain).
Menyusuri jalan raya Ao Nang yang kecil tapi selalu penuh dengan moto skuter
|
Aku duk perhatikan ramai penduduk Ao Nang lebih prefer menggunakan moto or skuter berbanding kereta or hilux. Even ramai mat saleh aku tengok duk membonceng motosikal sepanjang jalan. Maybe that the easiest and cheapest vehicle in Ao Nang kot. Ramai jugak Muslim kat sini sebab motosikal yang melintas kat jalan raya dinaiki wanita bertudung, muda or tua. Kedai halal tepi jalan pun banyak. Setel satu hal bab makanan tak perlu nak runsing sangat.
Memula ingat Ao Nang pekan kecil je dengan kedai kedai kayu tapi rupanya urban jugak. Habis je kedai berkayu terus bersambung dengan bangunan mewah. Macam ala ala mini Bukit Bintang la lebih kurang cuma takde shopping compleks je (tak silap aku la). Jalan jumpa restoran mahal, hotel mahal, bank, mekdi etc. Kagum kejap. Jumpa 7-11 terus masuk cari air mineral, tak tahan kehausan. Memula terkejut tengok harga 7.00. Mak ai, ni air mineral ke jus laici sampai 7 hinggit. Eh, buleh terlupa pulak tu dalam Baht, so kalau convert RM dalam 80 sen je la. Kepala ni belum sort lagi dengan benda benda kat Krabi ni. Takpe Ain, slow and steady je.
Dari kedai papan ke bangunan berbatu and bersimen |
Boleh tahan jauh jugak berjalan tapi macam tak terasa sebab syok duk tengok kiri kanan, environment baru katakan. Tambah tambah dah ada air mineral kat tangan. Lebih kurang 20 minit berjalan baru nampak pantai Ao Nang. Woo, excited tahap tak hingat macam tak penah jumpa pantai.
Sampai je pantai, mak aii ramai giler mat saleh berseluar pendek and minah saleh berbikini. So Ain, jaga padangan mata kamu. Hihihi. Sepanjang pantai penuh dengan dorang. Aku nak snap pic pun kena bertapis tapis. Terpaksa check satu persatu pic kot kot ada figures seksi seksa ni.
Sampai je pantai, mak aii ramai giler mat saleh berseluar pendek and minah saleh berbikini. So Ain, jaga padangan mata kamu. Hihihi. Sepanjang pantai penuh dengan dorang. Aku nak snap pic pun kena bertapis tapis. Terpaksa check satu persatu pic kot kot ada figures seksi seksa ni.
Tertangkap jugak gambar minah saleh berbikini. Huhu.
(Aku nak gamba pantai weyy)
|
Oleh sebab nak melarikan diri daripada mereka yang terlalu ramai, aku berusaha berjalan hingga ke hujung pantai sebelah kiri. Bermujahadah sungguh nak bergambar tanpa orang berseluar dalam dan berbikini. Alhamdulillah hujung pantai tak ramai dah dorang. Cantik sungguh pantai Ao Nang yang membiru dengan gua gua menghijau. MasyaAllah kagum.
Scenery Ao Nang beach yang cukup menenangkan jiwa |
Gua di sekitar daratan pantai Ao Nang |
See, tak ramai orang di hujung pantai. Jom selfie sekeping |
"Hai la monopod, kekadang beci jugak aku dengan ko ni. 5,6 kali snap pics nampak separuh je gua kat belakang tu. Dah la aku ni beginner, tulun tulun la aku skit"
(berbebel dalam hati dengan gaya nak patah patahkan monopod).
Tengah aku nak membetulkan kedudukan cam kat batang monopod, ada satu couple ni minta tolong aku snap pic dorang. Sebagai balasan dorang tolong amik gambar aku yang cuba nak amik tapi tak dapat dapat dari tadi. Alhamdulillah dapat jugak background gua kat belakang tu. Gorgeous nye scenery Ao Nang ni.
(berbebel dalam hati dengan gaya nak patah patahkan monopod).
Tengah aku nak membetulkan kedudukan cam kat batang monopod, ada satu couple ni minta tolong aku snap pic dorang. Sebagai balasan dorang tolong amik gambar aku yang cuba nak amik tapi tak dapat dapat dari tadi. Alhamdulillah dapat jugak background gua kat belakang tu. Gorgeous nye scenery Ao Nang ni.
Dapat la gamba sekeping (mujur ada orang tulun snap) |
"Are you local?"
(tanya aku kat miss ni)
"Yea, i'm local but my friend not."
(jawabnya sambil senyum pada kawan lelaki dia)
"Definitely he's not (sambil senyum sebab dah uncle ni omputih). So, where are you from Sir?"
(tanya aku kat kawan lelaki miss)
"I'm from Germany. Are you travel here alone, no friend?"
(tanya Sir ni kat aku)
"Yup. Alone, just arrive this afternoon."
(jawab aku)
Dalam berbual bual tu walaupun dah tak ingat nama Sir ni. Aku letak je la nama dia Uncle Nick (kenape Nick? Sebab aku minat F1 driver yang hensem tu Nick Heidfeld). Aku cukup respect dengan Uncle Nick dari Germany ni. Merantau ke negara orang selama 3 bulan walaupun umur dah cecah angka lewat 40-an (tak silap aku la, main agak je umur dia sebab nampak dia agak berusia). Katanya kat Ao Nang baru stay dua minggu. Tengah rancak berbual sambil berjalan tetiba hujan turun lagi. So kitaorang main redah je berjalan sebab dia minta tolong aku tunjukkan Ao Nang Backpacker sebab dia cakap macam tak percaya ada hostel harga 250 Baht semalam. Dia kata kalau ok nak check in kat situ. Lepas tu tak jadi sebab baru dia faham, aku bukan sewa bilik tapi sewa katil je (gaya dorm kan). So sebelum berpisah kat simpang masuk pantai, kitaorang amik gambar tapi kat kamera Uncle Nick tu. Kamera aku sendiri lupa la nak amik. Huhu.
Pemandangan Ao Nang dari simpang masuk pantai |
Hujan dah reda. Tadi dah pegi sebelah kiri pantai. Apa kata teroka sebelah kanan pantai pulak. So aku berjalan atas laluan pejalan kaki yang memang dah memang ada kat sepanjang pantai. Ada jugak yang baru tengah renovate. Bagus betul tourism department kat Krabi ni, jaga kebajikan pelancong. THUMB UP!!!
Lagi long tail bot |
Seronoknya adik ni naik buaian. Teringin aku nak naik jugak |
Sambil mengusha pakej nak jenjalan esok, aku singgah jugak kat money exchanger tanya kadar rate duit Malaysia sekarang. Rata rata tak menepati jangkaan yang aku nak. Terlalu mahal rate hari ni. Tunggu esok je la, lagipun duit tukar kat KL Sentral hari tu masih ada.
Banyak tuk tuk dan booth tourism kat sini including farmasi |
Macam macam kedai ada. Baru lepas hujan, jalan and kedai sume lengang tanpa manusia.
Kalu tak, jangan harap ko nak berjalan dengan tenang camni.
|
Walaupun ke Thailand dengan kewangan yang terhad, sebolehnya aku nak jugak amik 1 pakej jenjalan yang murah supaya hari esok masa tu terisi. Lusa takpe sebab dah nak ke airport, standby kemas barang duk airport je. So, plan untuk esok memang berhajat nak amik pakej yang paling murah dan simple iaitu pakej tour 4 island. Aku pun usha usha la di sekitar kaki lima ni dan akhirnya dapat la pakej yang aku nak dengan harga kanak-kanak 400 Baht. Tu pun lepas puas mencari and membodek miss cantik tukang jaga kedai tu. Hihi
Takde kerjaan betul ko Ain duk kutip brochures tour, hihihi (Asal aku lalu booth je, dorang bagi) |
Pakej yang menjadi pilihan = 400 Baht (save money, time and simple but look exciting) |
Lepas setel bayar pakej tour, aku terus balik sebab jam 0500 pm. Sejam lagi nak maghrib di Krabi. Sepanjang jalan aku stop lagi kat money excharge tanya rate. Ada satu gerai ni tawar pada aku 9.42, rate paling tinggi aku penah jumpa setakat hari ni. Konon nak tunggu RM naik lagi so aku hold dulu tukar duit. Terus berjalan balik lalu jalan yang sama aku datang pantai tadi.
Masjid Ao Nang |
Suasana senja yang mendamaikan jiwa |
Melalui pembacaan dari blog orang, kat tepi masjid ni ada gerai gerai makanan halal buka waktu petang hingga malam. Kebetulan rezeki aku hari ni cun cun jenjalan balik dari pantai, dah nampak gerai gerai tersusun di kawasan luar masjid. Aku pun berjalan la dari mula gerai ke hujung usha makanan. Dah rasa macam hati dah tetap nak beli apa, patah balik ke gerai yang berkenan tadi.
"Dari kiri cepat jalan". Usha makanan minuman untuk dinner |
Sesi patah balik |
Gerai pilihan dinner malam ni, nampak macam best je (ingatkan sticky rice ni nasi tapi pulut rupanye) |
Berjalan ke hostel, dekat jam 0600 pm baru sampai dengan membimbit plastik makanan air ni semua. Hurm, nak makan dalam bilik tak boleh, takut roommates ada. Takkan nak dorang tengok je aku makan, tak pelawa. Macam tak kena pulak. So aku duduk sorang sorang kat lobi luar hostel makan sambil menikmati pemandangan senja sekitar Ao Nang.
Dinner sambil menikmati pemandangan senja Ao Nang |
Menu dinner, 2 grilled sweet chickens + 2 sticky rice + ice lemon tea = 55 Baht |
Habis je makan terus naik bilik. Semua roommates ada. Sesi beramah mesra berlangsung dengan 1 Malaysian, 1 Chinese from Tanah Besar, 2 lagi aku dah lupa dari mana tapi minah saleh. Hihi. Panjat katil untuk rehat kejap bagi dinner turun betul betul dalam perut dulu. Sejam kemudian aku mandi, check kewangan dan tulis journal. Agak agak dalam jam 1100 pm jugak baru aku menidurkan diri.
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Total damage = 1312 Baht
No comments:
Post a Comment