Thursday, February 11, 2016

Japan Day 8 - Ueno Park ft Kawaguchiko Arrival

Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari ke-8 di Jepun. Sesungguhnya aku dah mula merindui rumah, merindui masakan mak, merindui segala galanya tentang Malaysia. Huhuhu. Ok, sudah sudah la bersedih bagai. 

Masuk mood ceria... 

Hari ni plan memang mudah sahaja. Melawat Ueno Park dan gerak ke Kawaguchiko tengah hari nanti. 


Teaser sikit daun autumn di Ueno Park.
(Sapa la mamat yang tengah berdiri angkat tangan tu, kejap lagi aku cerita)


Teaser gambar muzium. 
Muzium pilihan aku, Tokyo National Museum.

Memandangkan lusa akan kembali menginap di Khaosan Tokyo Laboratory, maka dengan yakinnya aku buat keputusan tinggalkan back pack besar kat kaunter pertanyaan. Kiranya lenggang kangkung dengan beg galas kecik je ke Kawaguchiko. Dalam tu isi la sepersalinan baju dengan toiletries. Hahaha.

Moh la kita gerak ke Ueno Park.

Subway Ginza Line: Asakusa - Ueno


Dah nampak papan tanda ke Ueno Park.


Menariknya di Ueno Park ni korang masih dapat merasai suasana autumn dengan daun pokok kekuningan walaupun dah masuk musim sejuk. Kalau musim bunga, gerenti cherry blossom cantik kaw kaw kat sini.


Perkara kedua, Ueno Park terkenal dengan kompleks muzium (4 muzium) dan zoo di kawasan hujung taman. Gambar kat atas ni, Western Art Museum.


National Museum of Nature and Science. 
(Tokyo Metropolitan Art Museum takde gambar)


Ha, ni la mamat berdiri yang ada dalam gambar mula mula tadi. Patung ni korang akan jumpa di tengah tengah Ueno Park.

Siapakah beliau????

Dr. Hideyo Noguchi, saintis terkenal Jepun yang menjumpai agen penyakit sifilis pada tahun 1911. Banyak penyelidikan dan kertas kerja beliau mendapat pencalonan anugerah Nobel kategori perubatan. Wajah beliau ada diabadikan dalam duit kertas Jepun 1000 yen sekarang. 


Dalam keriangan daun autumn, terselit kuntuman bunga tulip yang ditanam sebagai hiasan dalam kolam hadapan Tokyo National Museum.

Masa aku pergi tu, ada pameran Terracotta Army. Dah alang alang ada aku masuk beli je tiket combine, 1600 yen. Nak tunggu ke Xi'an belum tentu dapat pergi dalam masa terdekat ni.

Muzium ini ada lima dewan pameran iaitu Honkan, Toyokan, Hyokeikan, Heiseikan dan Horyuji Homotsukan.


Dewan Honkan.

Aku gerak ke pameran Terracota Army dulu di dewan Heiseikan. Ada sebahagian kecil patung askar tanah liat yang asli diimport khas dari China untuk pameran ni, yang lain cuma replika je la.


The Great Terracotta Army of China's First Emperor.


Replika untuk pengunjung bergambar.

Kemudia aku menapak ke dewan Honkan untuk tengok khazanah Jepun sebab dewan ini khas untuk pameran tentang artifak Jepun sahaja. Honkan ini ada 2 tingkat di mana setiap tingkat ada 10 bilik pameran. Oleh kerana masa aku agak terhad, aku berlegar legar di Honkan je. 3 lagi dewan pameran tak sempat nak menyinggah.


Woi, tengah tengah balai ko boleh pose menggoda camtu pulak? 

Ada banyak patung kat tingkat satu ni. Semua acah posing seksi seksa. Aku gerak ke bilik pameran lain nak tengok pedang.


Hiasan pemegang pedang. Halus dan teliti ukiran dia.


Hiasan pada sarung pedang.


Lagi hiasan pedang atau katana.


Katana dengan sarung daripada buluh.


Katana tanpa sarung yang digunakan pada kurun ke 17 di Zaman Edo.


Pedang Tanto (lebih pendek dan sedikit lebar berbanding katana).


Pedang Tachi (lebih panjang dan nipis berbanding katana).


Pedang Tachi dengan sarung sekali.


Pedang Hoken (lebih kurang sama seperti Tachi).


Gerak ke bilik pameran yang ada koleksi tembikar. Aku paling suka yang ni sebab sekali tengok corak macam pokok pinus, dua kali tengok macam bulu burung merak pun ada.


Ini corak flora, bunga sakura kot.


Pintu belakang kat tingkat pertama.


Ada taman di kawasan belakang Honkan. Aku tak tahu camne nak seberang ke sana. So aku masuk balik dewan naik tingkat dua untuk sambung belajar sejarah Jepun. Hihihi.


Upacara memanjat anak tangga ke tingkat kedua.


Apa yang menarik sangat tu? Jom usha. 

Sudut ini ialah Education Center: Education Space. Dalam bilik pameran ini ada disediakan poskad kosong dan stamp pelbagai corak. Aku amik 2 keping kertas buat poskad ikut corak citarasa sendiri. 


Ha, dah siap pun. Dapat poskad percuma.

Gerak ke bilik pameran lain pulak. 


Antara koleksi pakaian marhaen pada zaman Edo.


Pakaian lelaki Jepun. Sekali tengok macam jubah mandi. Ringkas tapi nampak elegan sebab corak kain cantik.


Baju kanak kanak.


Yang ni corak lagi menawan sebab bersulam benang emas. Agaknya baju bangsawan la kot.


Ini lagi mewah corak dia. Aku tak ingat ini baju siapa. Mungkin kepunyaan Maharaja Jepun dulu.


Sulaman naga dengan benang emas pada jubah.


Ni bilik pameran kaligrafi.


Apa la yang tertulis ni??? Aku tak paham langsung.


Macam cop mohor yang berdakwat merah tu.


Tetiba gambar kotak perhiasan berbentuk kucing (random hahaha). 

Pusing lagi ke bilik pameran seterusnya untuk tengok perisai samurai kurun ke 16 dan 17.


Haramaki armour.


Akaito-odoshi Oyoroi. 


Gosuke type armour. 


Another Gosuke armour.


Close up sikit sebab tengok topi perisai dia unik sangat.


Topi perisai Akodonari suji kabuto.

Masuk bilik pameran terakhir terjumpa la sekumpulan objek objek aneh. Objek bentuk labu Halloween pun ada.


Koleksi objek Putera Takamado iaitu Natsuke.


Close up salah satu koleksi. Seram je tengok, macam jin.


Aku menyinggah masuk kedai cenderamata. Dalam banyak banyak pin badge, ada la satu aku paling berkenan. Fikir punya pikir aku beli je la walaupun harga kalau tukar duit Malaysia lebih kurang RM10.


Pin patung wooden man yang cute.

Jam 1330 aku keluar dari Ueno Park untuk ke Kawaguchiko.

JR Yamanote Line: Ueno - Shinjuku
change to
JR Chuo Line Limited Exp: Shinjuku - Otsuki


Tren menyusuri pinggir bandar Tokyo.


Pemandangan bukit dengan daun pokok yang mula bertukar oren.


Lagi gambar gunung dengan daun autumn kuning, oren.


Gambar kabur sebab tingkap tren, tak nampak sangat keindahan yang aku cuba nak kongsi dengan korang. Aku sumpah pemandangan sebenar masa tu memang cantik giler.


Sampai di Otsuki dah hampir jam 1515, aku beli tiket Fujikyuko Line 2 Days Unlimited Pass 2450 yen. JR Pass tak cover private line ini. Kalau beli tiket satu hala dah harga 1440 yen, better beli unlimited pass je kalau korang nak ulang alik sampai lebam tengok Fuji San.

Fujikyuko Private Line : Otsuki - Kawaguchiko

Kalau korang nak tahu, train Fujinkyuko Line dibina dengan kerjasama Matterhorn Gotthard Bahn iaitu kereta api di Pergunungan Alps Switzerland. Excited tak nak naik kereta api yang lebih kurang sama dengan teknologi di Switzerland? Kalau aku, tentulah teruja. 

Ada benda yang mendukacitakan aku berlaku di Otsuki. Masa sampai kat sana, aku terbaca di papan tanda kereta kabel Kachi Kachi ditutup untuk proses penyelenggaraan. Adoi, masa aku sampai jugak korang nak selenggara benda tu. Takde hari lain ke. Sob sob. Harap harap Fuji San boleh menggembirakan aku nanti.


 Fujinkyuko Line Maroon Train. Dari Otsuki ke Kawaguchiko, aku naik yang ini la. Kereta api line ni memang meriah sikit warna. Nanti aku tunjuk gambar tren yang lain.


Saje aku reserve tempat duduk sebab train ni jenis Wide View. Penumpang boleh tengok pemandangan Gunung Fuji dari dalam kereta api nanti.


Kerusi pun bentuk lain berbanding tren biasa. Empuk pulak tu, nasib baik tak lena kat situ. Aku conquer dua kerusi sebab train tak penuh pun. Hijau ni sebelah kanan. Merah tadi sebelah kiri. Aku tak duduk sangat pun sebab main ulang alik kiri kanan tengok dan snap gambar pemandangan.


Perjalanan akan ambil masa kira kira 1 jam melewati beberapa stesen.


Dekorasi dalam kereta api nak menyambut Hari Natal tak lama lagi. Ada brochure kat kaunter, boleh la korang amik baca.

 

Akak yang berdiri pakai tie tu pelayan kereta api. Kau jangan risau, dia boleh speaking kalau nak tanya apa apa.


Pemandangan sepanjang perjalanan dengan gunung berkabus tebal.


Kereta api berhenti di Shimoyoshida Station selama 10 minit. Driver siap umum penumpang boleh turun untuk tengok dan amik gambar Gunung Fuji dari dekat.


Perkampungan Shimoyoshida.


Take 1: Mount Fuji.


Take 2: Mount Fuji. 

Betul la ada satu pepatah yang aku dengar, lebih kurang camni bunyinya. 

"You never go to Japan if you never see Mount Fuji". 

Dapat tengok Fuji San yang besar gedabak tu depan mata buat aku rasa kerdilnya diri atas muka bumi. Terubat jugak kecewa aku pasal Kachi Kachi tadi.


Sampai stesen Kawaguchiko, aku tunggu train seterusnya untuk ke Fujikyu Highland Station. Tadi berhajat nak turun kat situ sebab ingat nak usha beli tiket Fuji-Q Highland tetapi tak sempat nak keluar pintu kereta api dah tutup. Nasib baik beli unlimited pass. 

Hemah dan toleransi bangsa Jepun ni sangat tinggi tau. Kenapa aku cakap camtu? Mulanya petugas train nak bawa aku percuma ke stesen Fuji-Q selepas aku cerita pasal terlepas stesen tadi. Lepas dorang sedar aku dah beli unlimited pass, tak jadi la jawabnya. Hahaha. 


Bandar Kawaguchiko.

   

Tadi aku ada cakap nak tunjuk kereta api jenis Fujikyuko Line kan. Ini versi Thomas and Friends. Kalau bawa budak naik, mesti dorang seronok. Aku tengok orang tua dalam tu pun bukan main senyum lebar je naik Thomas and Friends ni.


Ini pulak kereta api versi Gunung Fuji kartun. Kreatif betul dorang promote Jepun melalui gambar di kereta api. Fuji San kesejukan, Fuji San tengah bercinta, samurai Fuji San, Fuji San tengah berlagak macam pelancong. Terhibur hati aku sekejap tengok animasi Fuji San.


Sambil tunggu train, aku menapak tengok ruang risalah dengan pamplet dalam stesen. Belek punya belek terjumpa la kupon diskaun Kachi Kachi, Fuji-Q dengan bot Tasik Kawaguchiko. 


Kereta api dah sampai. Jom naik dulu.


Dah sampai stesen Fujikyu-Highland. Aku pergi kaunter tiket tanya boleh nak beli tiket untuk esok malangnya tak dapat. Huhuhu. Terpaksa esok turun awal kena stand by beratur.


Teaser skit Eejanaika Fuji-Q Highland. Tak sabarnya nak tunggu esok. Jom blah ke seberang sebab nampak Lawson. Nak membeli air dengan makanan jap sebelum kereta api sampai.


Hari dah gelap masa sampai balik Kawaguchiko. Merayau dalam kegelapan cari hotel. Walaupun jalan sunyi sekali sekala je ada kenderaan tapi aku rasa sangat selamat. Setakat ni takde jumpa orang mabuk ke, pengemis ke yang kacau kacau pejalan kaki. Anjing liar pun takde.


Lepas 20 minit menapak, jumpa jugak Kagelow Mt Fuji Hostel.


Aku tempah katil di dorm perempuan tetapi aku sorang je dalam bilik. Cantik, boleh conquer sorang sorang. Esok pagi aku buat review pasal hotel ni sebelum ke Fuji-Q Highland. 


Bekal dari Lawson tadi. Hahaha.


Aku tukar baju, keluar cuci muka dengan amik wudhu. Lepas solat, aku turun tingkat bawah amik air panas baham pasta segera jenama Deli. 

Lepas makan, gosok gigi terus tido. Esok kena bangun awal sebab nak main puas puas dalam Fuji-Q Highland. Energy kena tip top. 

Oyasuminasai.

No comments:

Post a Comment