Assalamualaikum...
Bali
Dari dulu lagi aku memang teringin nak jejak Kawah Ijen dan Borubodur di Jawa sebab teruja tengok gambar gambar marvelous yang orang lain post. Bulan Mei lepas aku telah pun selamat merasai satu lagi bacpacking duo-solo yang agak extravaganza berbanding Thailand pada tahun lepas.
Al kisah camne backpacking boleh jadi duo-solo dengan Bali terjoin venture dengan Jawa ni semua bertitik tolak dari perselisihan faham aku dengan member aku. So, salah satu cara yang paling senang nak hilangkan rasa awkward untuk berbaik adalah dengan bercerita pasal backpacing dan tiket murah. Ada la satu hari tu aku duk mengusha tiket murah sebab waktu tu dah memang plan nak ke Jawa. Cuma dilema tak tahu nak mula kat mana. Tengok tiket Air Asia Surabaya mahai giler, Jogja pun sama.
Alih alih Malindo buat promosi KL-Denpasar RM60+. Return pulak 3d2n dalam RM160+. Wow, murah giler. Ini tak boleh dibiarkan. Aku terus rembat one way punya tiket sebab niat nak cross Java kan. Berita baik harus dikongsi walaupun tengah gaduh perang dingin ke hape ke sebab kalau bab backpacking kami memang profesional. Hahaha. Akhirnya member aku pun termakan la 'hasutan' pegi backpacking ke Bali jugak sedangkan dia sendiri cakap cuti bulan Mei nak off backpacking (ye la tu). Selang 3,4 hari lepas tu Air Asia buat promosi Jakarta-KL RM99. Hoh, hajat hati nak backpacking sampai Bandung je lepas shopping. Alang alang tiket murah ni belasah sampai hujung Jawa la. Nak tengok jugak ibu negara Indonesia ni camne walaupun bukan lokasi tipikal backpacking.
Tiket waktu tu beli awal bulan April kalau tak silap. So aku dengan member discuss la sikit sikit tempat yang menarik kat Bali. Akhirnya lepas berhempas pulas dengan paper exam budak yang sememangnya aku tak sempat siap nak semak habis, maka hari yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Kejap je rasa, tetiba "Eh dah nak cuti sekolah lagi, Yeay!". Dah la tengah gian benar nak backpacking ni.
Orang lain excited nak balik kampung, cuti sekolah siap drive terus habis sekolah hari Jumaat. Aku excited berganda ganda sebab backpacking dan balik kampung sekali tapi 'heroin dok gaduh' bak kata orang kampung. Keesokkannya baru bertolak ke airport Kuching dengan member member lain.
Test skill amik gambar kat Old Town Kuching Airport (berazam nak photoshoot katakan) |
Flight petang so berjakun jugak la 2,3 jam lepak di airport Kuching. Dah la diganggu 'makhluk makhluk' yang tak sepatutnya. Hilang seri wajah excited nak backpacking. Hahaha. Finally, selamat fly and touch down KLIA 2. Tengah jalan kuar Arrival hall, member ternampak la patung merah kuning ni. Diajaknya aku bergambar dengan patung ni sampaikan dua orang member lagi dah lesap tinggalkan kami. Huhuhu.
Versi sopan M&M Merah |
Lepas makan, member heret aku pegi tour KLIA 2. Katanya nak beli stokin. Banyak banyak tempat yang ada, airport jugak tempat ko nak beli stokin? Last last shopping coklat konon untuk bekalan masa Bali nanti.
Mak ai, kecur air liur tengok energy bar nih |
Malam tu macam biasa nak tidur bergelimpangan kat 2M, lokasi favourite sejak sekian lama malangnya situ dah jadi kawasan larangan untuk marhein macam kami ni. Akhirnya, tidur sejuk dingin beku dalam surau tingkat atas International Boarding. Esoknya rutin macam biasa mandi, solat subuh siap breakfast sekali sebab flight KL-Denpasar jam 0920. So ada masa sikit nak relaks slow slow jalan dalam KLIA yang agak pack dengan pelbagai jenis manusia.
Menikmati mentari pagi dari beranda KLIA 2 sebelum breakfast |
Pepagi pekena roti sos coklat dengan ais krim, manis tahap tak hingat |
No comments:
Post a Comment