Yeay, hari ini dah nak balik Malaysia. Rindu masakan mak. Sob sob. 12 hari makan tak tentu hala. Plan hari terakhir nak pusing sekitar Osaka sahaja, jadi aku beli subways weekend pass 600 yen. Kalau weekdays 700 yen tak silap aku.
Jumpa vending machine 100 yen kat luar media cafe.
Dari Umeda, aku gerak naik train dan turun di Tennoji. Ingat nak ke Tennoji Zoo sebab hari tu tak sempat nak ke sana.
Bandar Tennoji.
Kreatif betul papan tanda Tennoji Park.
Pokok dah botak di Tennoji Park. Kalau datang awal musim luruh, gerenti penuh kekuningan macam di Ueno.
Unik taman permainan dia. Hampir semua permainan guna kayu.
Tennoji Zoo tutup lagi maa. Maka kita berhuhu la di situ.
Singgah Family Mart di Tennoji Park mengubat hati yang duka lara.
Snek menyelerakan tetapi status halal tak dapat dipastikan.
Foodpack yang dah siap. Tunggu panaskan dalam ketuhar je 5 minit.
Ini je sarapan yang mampu dibeli. Knos Deli Soup. Pepagi pekena sup cun jugak dengan cuaca suam suam sejuk camni. Duduk makan dalam kedai je.
Lepas habis secawan sup dalam Family Mart tu, aku gerak ke Dotonbori.
Suasana pagi di terusan Dotonbori. Pelik tengok gelagat orang Jepun. Korang mendayung sampan ke berkayak ni? Siap berdiri lagi.
Misi di Dotonbori sebenarnya nak mencari kedai Don Quijote. Aku teringin nak buat inkan. Kalau negara lain biasanya tanda tangan digunakan dalam urusan rasmi tetapi berbeza bagi Jepun dan Korea. Mereka gunakan inkan atau cop nama.
Jumpa dah vending machine inkan.
Oleh kerana mesin ini cuma ada arahan dalam Jepun, semalam aku dah google dan siap study cara nak menggunakannya.
Pilih inkan plate plastik paling murah, 500 yen. Kalau yang riban riban yen tu, jenis kayu cantik punya.
Inkan tu tengah diukur dengan nama aku. Setiap inkan muat empat huruf je.
Tadaa, dah siap. (Aku lupa nak ambil gambar hasil ukiran nama haha)
Pelik pelik je barang jual kat Don Quijote ni.
Kalau terasa nak jadi ahli silap mata, boleh la beli mantel ni satu. Kostum lain yang lagi unik pun ada.
Pergh, kurita bbq.
Gula gula panda (gerenti tak makan sebab cute sangat).
Setel pusing dalam kedai, jam 1100 gerak ke Higobashi.
Boleh buat scene drama cinta cintun kat sini. Pokok masih kekuningan dedaunannya.
Wandering sorang sorang di Higobashi bertemankan merpati jalanan.
Terserempak dengan patung chubby comel.
Asalnya memang aku berhajat nak masuk ke Osaka Science Museum memandangkan semalam tak jumpa Miraikan di Odaiba. Bila tengok jam macam tak sempat so plan terpaksa dibatalkan. Huhu.
Jadi la ambil gambar dari luar.
Kiri: National Museum of Art Osaka, kanan: Osaka Science Museum (bentuk burung)
Bangunan berbentuk unik, tak tahu bangunan apa.
Jam 1200 terus amik train ke Kansai Airport. Janji dengan member nak jumpa jam 1300 nanti di kedai mee udon halal.
Kedai halal pilihan kami.
Menu pilihan aku. Mee udon dengan sup pekat macam stok ikan tapi sedap.
Meronda airport tengok makanan.
(tak dapat beli pun takpe janji dapat amik gamba)
Gebu gebu dan nampak crunchy roti dorang. Apakah rahsianya??
Kaunter Japanese Airline. Bila la dapat merasa naik JAL ni??
Sebelum beratur masuk imigresen, aku pegi kaunter pos beli setem dan pos 1 poskad untuk diri sendiri. Nak pos banyak kat orang lain yen dah takde. Hahaha.
Jam 1650 flight selamat berlepas. Bye bye Jepun. InsyaAllah ada rezeki memang aku nak repeat lagi plus ke Sapporo pulak.
- Tamat -
No comments:
Post a Comment