Hari ini konon konon nya nak amik gambar kat depan gate Disneyland je untuk buat kenangan. Alang alang dah sampai Jepun ni asal dapat jejak kat depan pintu pun jadi la. Nak harap pegi US jauh panggang dari api la kan.
Lepas bersiap ala kadar, kitaorang check out dari manga cafe singgah Lawson minum kopi dulu 100 yen (itu je yang mampu sob sob). Dari Shibuya tadi, amik subways pastu tukar naik train yang JR Line.
JR Line : Tokyo - Maihama
Yeay, dah sampai Disneyland. Dah amik gambar sekeping, jom balik...
(nampak sangat yang aku ni tak tahan sejuk, tiga lapis baju aku baham sarung kahkahkah)
Ada satu kedai cenderamata yang besar tahap tak hingat kat depan pintu masuk. So masuk je la kenkonon nak beli satu keychain or button badge pastu cepat cepat blah dari situ.
Penuh giler dengan patung comel dari saiz sebesar tapak tangan kau hinggalah sebesar manusia.
Patung pun pakai spek mata hitam.
Karekter Disney Chip and Dales.
Stitch tu cantik tapi mampu telan air liur je tengok harga bendalah ni sambil nanges di bucu kedai sob sob.
Kau ingat dorang jual patung je ke? Tengok, biskut pun ada. Nasib baik dah minum kopi tadi. Takde la tergoda sangat nafsu makan aku.
Aku dah berkenan tengok button badge Minnie Mouse pakai kimono. Ah sudah. Beli ke tak nak beli?? Tapi harga 1000 yen. Omaigod!!! Dapat beli dua kebab. Aku dalam dilema. Pikir punya pikir aku beli je sebab ini je kenangan Disneyland.
Sekali bila keluar dari kedai, bertambah lagi situasi dilema aku (sayup sayup lagu Dilema Nora berlagu dalam benak pikiran). Member aku memulakan bisikan halus beliau ajak aku masuk Disneyland. Apa??? Dengan tiket mahal pastu game plan takde macam di USS dulu??? Kuat betul dugaan lagi nih. Hahaha.
Sedar sedar kaki terpacak di kaunter jual tiket dah =.=' (dah termakan pujuk rayu member aku, hampesss)
"Ain, sekali seumo idup je datang Disneyland. Duit takpe boleh cari lagi"
Lebih kurang begitu la ayat memujuk diri walaupun duit dah melayang 6900 yen. Kahkahkah. Bila pikir balik, ok je datang sini berdua dengan beliau sebab ada orang boleh amik gambar aku.
Disneyland, here we are!
(seronok tahap bebudak dapat lolipop)
Kemudian, sampai kat sini jadi blur sekejap. Eh, nak main apa dulu? Nak masuk zon mana dulu? Ah, berkecamuk pulak rasa di jiwa. Masuk mode meja bulat dengan member aku. Pong pang pong pang bincang sambil mengadap peta, akhirnya dapat kata sepakat plan bidan terjun Disneyland.
Permainan 1 - Pirates of Carribean.
Mainan roller coaster pendek dengan tema cerita pengembaraan Jack Sparrow. Ada la scene olok olok dia perang tapi siap ada api kampung terbakar semua tu. Pastu siap ada harta karun Jack Sparrow dengan lighting cantik. Bila tengok dari jauh serius macam emas dengan berlian betul. Tempat lain gelap gelita, so sekeping gambar pun aku tak amik. Hahaha.
Permainan 2 - Jungle Cruise:Wildlife Expeditions.
Ini permainan air sebab kau akan dibawa naik bot menyusuri sungai di Hutan Amazon yang penuh dengan binatang buas. Takde lah, aku melawak je tapi memang korang dibawa naik bot menyusuri hutan rimba dengan binatang olok olok je.
Bot cruise macam dalam movie Rogue tapi yang ini vogue dan glamer skit sebab ropol ropol kat atas. Hehe. Ada petugas berpakaian ala ala ranjer hutan pelawa korang naik bot. Boleh acah acah berangan VVIP sekejap (berjalan dengan gaya pegang handbag macam mak datin).
Pemandu pelancong bot aku. Dia duk speaking Jepun apa ntah aku tak paham tapi senyum memanjang je. Siap suruh kitaorang lambai lambai kat hidupan rimba yang olok olok tu. Kanak kanak ribena sungguh. Ada sorang lagi yang lelaki tukang pandu bot je.
Kawasan hutan rimba memang macam perkampungan betul punya. Siap dengan rumah, bot, alat memburu lagi.
Ada 'orang' menjual lagi.
Tengah syok layan pemandangan hutan, terkezut aku ingat geng sumpit tengah menyorok dalam rimbunan daun pokok. Watak macam drama bersiri "Sir Arthur Conan Doyle: The Lost World".
Woargh, makan budak!
Ini lagi terkejut. Tetiba badak air muncul sambil nganga mulut luas. Nasib badak je, kalau rimau tadi mahu melompat peluk member aku kat sebelah.
'Pasangan anak beranak gajah' yang berbahagia bermain air. Tak caya cuba tengok si anak tu, bukan main dia senyum lebar kat aku. Hahaha.
Permainan 3 - Big Thunder Mountain.
Permainan no 3 beratur paling lama, dekat 40 minit. Korang tengok la barisan tu sendiri. Omaigod, lemah kaki ambo.
Roller coaster yang lebih laju (sikit je) berbanding di Pirates of Carribean. Latar belakang tu yang cun dengan batu tanah liat, ibarat korang tengah mengembara naik kereta api kat kota Texas.
Permainan 4 - Haunted Mansion.
Nama je haunted tapi tak seram sangat pun. Walaubagaimanapun (cewah siap guna penanda wacana bagai kau) background music yang sedikit spooky boleh menyeramkan kanak kanak. Hahaha. Ada pelbagai jenis watak hantu dalam rumah ni dan yang paling terkenal mestilah Jack Skellington dalam movie Nightmare Before Christmas.
Asalnya nak masuk dalam tapi punya la ramai manusia beratur so tak jadi. Sob sob. Amik gambar bangunan dari luar je. Menariknya setiap sejam, struktur bangunan ini boleh bergerak gerak dengan muzik tema berlainan. Jam tu memang menunjukkan waktu yang betul.
Permainan 5 - Starjets.
Permainan paling tak masuk akal sekali pernah aku naik. Korang tahu sebab apa? Sebabnya bendalah ni untuk budak budak tapi ada la mak mak yang teman anak dorang naik. Kitaorang dengan muka tembok dan tersengih malu malu meow boleh balun naik camtu je. Aku berlakon jadi mak, member aku yang kecik tu jadi adik. Hahaha.
Habis main, duduk berehat kejap sambil pusing pusing ambil gambar.
Punya la susah nak cari tempat nak solat sebab semua sudut ada orang. Akhirnya kitaorang solat bergilir gilir kat pintu besar gedabak ni. Elok elok habis solat, ada pekerja keluar. Mujur dia tak pandang semacam dengan kitaorang.
Pendapat peribadi aku, Disneyland takde la mengujakan sangat kalau nak main permainan yang jenis adrenaline rush. Banyak permainan lebih kepada family-oriented iaitu sesuai untuk ibu bapa yang membawa anak anak bercuti atau pasangan kekasih berdating.
Bunga apa ni aku tak tahu tapi banyak dan macam macam jenis warna ada kat sekitar sini.
Cherry (lapar la pulak lepas tengok pokok nih).
Beli ni je untuk alas perut, inti telur. Harga 290 yen.
Cuma kelebihan di Disneyland yang takde di taman tema lain (perhaps), banyak bangunan dan spot menarik yang korang boleh amik gambar sampai lebam. Boleh la kalau nak buat music video, amik gambar pre-wedding ke apa apa lah.
Spooky Pumpkins.
Donald's Boat.
Ukiran tiang unik giler dengan watak tikus dalam animasi Cinderella.
Dinding bangunan dihiasi mozek kisah cerita Cinderella.
Istana ni paling gah kat dalam Disneyland. Tak silap aku namanya, Cinderella Castle. Aku masuk dalam dewan istana dan jumpa benda kat bawah ni...
Kasut Cinderella yang keciciran seperti dalam movie animasi yang aku tengok zaman darjah 6 dulu.
Ambil dari sudut mana pun memang sangat cantik. Bak kata omputih, Enchanted! Macam dijampi jampi sebab terkesima dengan seni bina hebat orang Jepun walaupun semua karikatur Disney berasal dari US.
Duk tenung istana ni lama lama sambil bermonolog "kalau la rumah aku nanti besar camni alangkah bestnyer..."
Pandangan hadapan istana.
Laman utama Cinderella Castle.
Tomorrowland: Monster Inc.
(Tak sempat nak ziarah masuk haha)
Splash Mountain.
(Malas nak main sebab ramai manusia tengah beratur pastu takut basah)
Chip 'N Dales House.
Masuk kejap sebab takde budak main kat situ.
Teringat zaman kecik dulu selalu ulang tengok cerita kartun ni dalam DVD yang abah aku beli.
'Si budak kecik' tengah tilik mainan kat rumah Chip n Dales. Hahaha.
Ada sesi fotografi dengan Donald di Toontown City Hall. Ingatkan free, rupanya kena book beli tiket asing. Hampess =.='
Funky dia punya simbol restroom.
Pelik aku kenapa ada disposal untuk benda tajam dalam tandas. Tak tercapai dek akal nak cari jawapan untuk persoalan camni.
Dah petang, jom balik walaupun hati macam tak mau lagi.
Goofy sibuk bergambar dengan orang lain sampai tak layan pun permintaan aku nak bergambar dengannya. Huhu.
Dapat Si Musang berpakaian ala Peter Pan je. Jadi la dari takde langsung.
Habis pengembaraan yang suam suam kuku kat Disneyland. Aku bagi 6/10 bintang sebab kurang mencabar permainannya macam Fuji-Q. Hahaha.
Malam tu member aku pergi Akihabara tapi aku follow sekali walaupun dah pergi sebelum ni sebab nak cari kebab lagi. Hahaha (bab makan no1 punya)
Member aku ajak masuk Tamtam store. Ingat kedai jual biskut Tamtam yang lazat tapi kedai mainan rupanya. Dalamnya penuh dengan model kereta biasa, kereta lumba, shinkansen, patung anime dan macam macam lagi la (tak larat aku nak senarai satu satu).
Thomas and Friends dengan Nankai Line train model. Terliur jugak aku nak beli tapi tengok la harga sampai riban riban yen.
Ini lagi cun melecun. Model train yang ada lukisan anime di setiap gerabak.
Model kereta lumba.
Limited edition Petronas F1 car siap ada tanda tangan Michael Schumacher dengan Nico Rosberg. Nanges dalam hati takde duit nak beli.
Aku paling berkenan dengan yang ni sebab team favourite aku, Ferrari.
Model Ferrari 248 tahun 2006. Michael Schumacher menang 6 perlumbaan dengan kereta ni waktu mewakili team Ferrari sebelum berpindah ke Petronas. Bila tengok harga sekali lagi aku nanges dalam hati. Sob sob. Penderitaan jiwa betul masuk TamTam.
"Dengan kuasa bulan akan menghukummu"
Sailor Jupiter figure.
Watak anime mane ni aku tak tahu, nak kata Sakura Cardcaptor pun bukan.
Aku keluar Tamtam dapat beli dua benda je dengan duit poket yang tinggal. Satu, button badge berbentuk kepala Shinkansen. Jenuh aku tukar duit syiling dengan member aku sebab beli bendalah ni dalam vending machine. Harga 200 yen setiap satu.
Satu lagi, model Doctor Heli yang digunakan dalam drama bersiri "Code Blue" lakonan Yamapi dan kereta peronda polis Dubai yang berkelajuan 350 km/j jenis Lamborghini Avendator. Harga 410 yen setiap satu.
Puas hati aku dapat membeli especially model Doctor Heli sebab aku memang minat giler dengan cerita doktor tu. Tak sangka dapat jumpa model helikopter yang dorang selalu naik bila bertugas ke scene kemalangan.
Sebelum balik hotel singgah Star Kebab membeli kebab ayam. Macam biasa bagi laluan kat member aku beli dulu sebab dia hantu kebab. Hahaha. Siap membeli balik hotel terus. Makan, solat dan tidur sampai ke pagi.
Tamat Hari ke-10 di Jepun.
No comments:
Post a Comment