Aku dah mula mati kutu. Camne la nak keluar dari Cemero Lawang ni kalau van tak nak gerak. Amik gambar dulu sekeping buat hilang boring.
Will dan Mike cuba pujuk driver. Akhirnya dengan bayaran RpH 75k (lagi mahal dari tambang semalam), kami berempat berjaya keluar dari Cemero Lawang jam 1130. Rasa sayu pulak nak tinggalkan kampung ni. Pemandangannya memang cantik sebab pergunungan. Sejuk. Hijau. Tenang. Aman. Damai.
Rumah kampung Cemero Lawang. Humble je dengan pemandangan gunung di belakang tapi aku pelik kenapa jarang nampak orang kampung kat sini (melainkan budak sekolah dalam entri aku yang lepas).
Van bergerak perlahan-lahan meninggalkan Cemero Lawang. Bye bye Bromo. Bye bye Penanjakan. Bye bye Semeru. Bye bye segala-galanya. Terima kasih kerana menghadiahkan satu lagi memori pendakian yang takkan aku lupa seumur hidup. Sob sob.
Gambar terakhir Cemero Lawang.
Masing masing senyap je sepanjang perjalanan ke Probolinggo. Ada yang melayan perasaan. Ada yang tido (aku la tu hahaha). Jam 1240 kami selamat
tiba di Probolinggo. Kami bergerak menuju ke stesen bas utama Probolinggo yang tidak jauh dari tempat van berhenti tadi.
Parking bas yang akan menuju ke pelbagai daerah di Indonesia.
Mereka bertiga ingin menempah overnight minivan terus ke Yogjakarta sementara aku mahu singgah bermalam di Surabaya. Tulang belakang aku ni mintak katil untuk direhatkan. Hihihi.
Ha, bas hijau ini kah yang aku naik sekejap lagi???
Sementara menanti bus
ekpress ke Surabaya, aku ke surau untuk solat. Surau terletak di sudut sebelah
kiri stesen bas. Bila aku kembali mereka bertiga dah takde. Kata orang yang jaga kaunter aka Kak Fatimah, mereka
sudah pun bertolak naik van. Aku tak sempat pun nak ucap terima
kasih kat mereka terutamanya Will sebab bersama susah senang dalam pendakian
dua hari ni. Contact number pun takde ambil. Takpe la, ada rezeki jumpa lagi di
Jogjakarta.
Aku berbual bual
dengan Kak Fatimah. Banyak nasihat dan tips yang dia cerita terutamanya pasal
keselamatan diri dan penyeluk saku.
TIPS TO AVOID PICK
POCKET:
ALWAYS CARRY YOUR
SMALL BACKPACK IN FRONT!!!!!
Jam 1320 aku selamat
menaiki bas ke Surabaya dengan bayaran RpH 50k. Perjalanan dari Probolinggo ke
Surabaya menggunakan bus ekspess mengambil masa kira kira 2 jam. Sepanjang perjalanan
aku tido lagi dan lagi. Tak larat buka mata tengok pemandangan. Serius penat giler.
Jam 1520 bas selamat
tiba di stesen bas utama Gubeng Surabaya. Orang orang sini tengok pelik je bila aku turun bas amik gambar. Salah ke saya nak amik gambar??? Huhuhu.
Suasana dalam stesen bas. Ada banyak kaunter tiket untuk perjalanan destinasi dekat mahupun jauh. Destinasi aku nak cari platform bus kota ataupun lebih dikenali sebagai Damri. Ha, dah nampak dari jauh signboard dia tu.
Ke mana kita nak naik Damri nih??? Damri aku jauh di hujung platform, letih menapak lepas tanya orang tadi.
Sebenarnya aku memilih untuk tinggal di hotel berdekatan dengan Stesen Kereta Api Gubeng. So kena la naik Damri ni dari stesen bas. Murah dari ojek dan teksi, RpH 6k je. Lagipun esok aku nak jalan sekitar Gubeng je, plan santai kat Surabaya selepas ekspedisi hazab Ijen dan Bromo.
Ke mana kita nak naik Damri nih??? Damri aku jauh di hujung platform, letih menapak lepas tanya orang tadi.
Sebenarnya aku memilih untuk tinggal di hotel berdekatan dengan Stesen Kereta Api Gubeng. So kena la naik Damri ni dari stesen bas. Murah dari ojek dan teksi, RpH 6k je. Lagipun esok aku nak jalan sekitar Gubeng je, plan santai kat Surabaya selepas ekspedisi hazab Ijen dan Bromo.
Yes, aku nombor 1 naik bas dulu. Even driver pun takde lagi ni. Hahaha. Macam empuk je kerusi bas ni, terasa macam nak tido je. Aku amik port kerusi depan sekali belakang driver supaya senang nak tengok jalan dan bagitahu nak turun kat mana-mana nanti.
Sementara menanti bas bergerak, rehat sambil berpikir sejenak apa lagi cabaran yang akan aku tempuhi di Bandar Surabaya ini…
[bersambung….]
No comments:
Post a Comment