Assalamualaikum...
Pejam celik pejam
celik dah hari terakhir di Bali. Hari ni aktiviti sempoi je. Sekadar nak amik
gambar area Kuta ni sambil mengusha art market. Jam 0500 dah bangun packing
semua barang sebab tak nak kalut bila nak check out nanti.
Lepas subuh kami siap
berfashion dengan jubah ala ala Bella Ammara tu. Konon nak photoshoot la ni
tepi beranda hotel dengan view tepi pantai. Mana tahu dapat offer dari mana
mana designer untuk peraga pakaian mereka.
Sekali amik gambar
semua background gelap sekali dengan orang dalam gambar. Dah la dua dua buta
kayu ilmu pasal photography. Lighting tak tahu celah mana, angle amik gambar
pun kira cukup cukup makam je. Segala cubaan ambil gambar yang sempurna gagal.
Hampeh. Sesi photography 99.99% FAIL!!!
Dalam banyak ni je yang tak fail. Member aku memang pandai bergaya. Aku??? Mampu sengih aje |
Orang dah start
ramai. Malu. So baik naik bilik tukar baju. Tukar mood sekali sebab tadi
sedikit moody sesi photography fail. Tengah kalut turun boleh pulak aku
tertinggal cam di bilik, so patah balik naik dan janji dengan member kalu tak
jumpa tengah jalan nanti, by 0930 dah kena ada di bilik. Kami bawak haluan
masing masing sekejap pagi tu.
Aku wandering
sepanjang pantai Kuta tengok gelagat manusia. Kebanyakan local. Pelancong dua
tiga kerat je aku jumpa.
Tengok surf rescue tetiba aku teringat cite Spongebob, episod jadi pengawal. Patrick klakar giler tak habis habis dengan aiskrim dia hahaha |
Pengawal pantai tengah kawat (Control uncles, control. Dalam barisan tu tak boleh senyum) |
Tu diaaa. Awal pagi belasah main bola budak budak kat sini |
Dah boring kat sana,
aku masuk kawasan Kuta Art Market. Tak menarik sangat kerana satu, dua tiga
kerat kedai je baru buka (waktu tu baru jam 0830). Dua, kedai souvenir macam
rantau panjang je sebab jual baju, jersi camtu. Ingat jumpa la patung patung
exotic dan pelik ke. Akhirnya bertembung jugak member aku dalam market. Kami
sempat beli 2, 3 ketul fridge magnet kat situ.
Mana satu pilihan hati nih??? |
Berjalan balik
melalui kawasan hotel beriban riban mahal. Berhenti di situ sekadar untuk amik
gambar je. Nak merasa bercuti kat situ berjanggut lambat lagi la jawabnya.
Kemudian, pergi money
changer untuk tukar duit dan beli poskad. Pos pada diri sendiri dan antara satu
sama lain. Pastu terbeli la jugak beg “I Love Bali’ 2 bijik. Beg tu boleh bagi
kat adik aku sebijik. Sampai hotel minta receptionist tempahkan teksi untuk kami
ke airport.
Naik bilik bersiap
ala kadar. Amik beg semua turun dan check out. Menulis poskad sambil tunggu
teksi datang dan minta receptionist hotel tolong poskan.
Dalam jam 1100+, kami
sampai airport. Member masuk dalam untuk check in. Aku kena tunggu kat luar
sebab satu takde tiket. Dua, tak khatam lagi backpacking Indon. Duduk spent masa
sekejap tukar tukar gambar yang mana ada dengan member. Salam salam semua tu.
Feeling sedih pulak macam nak hantar adik pergi belajar.
Seronoknyer dia nak balik kampung dah. Bye bye Mighty Friend :) |
Bila kelibat member dah hilang masuk ke Boarding Room, rasa berdebar mula datang dan semmakin lama rasa macam nak pecah jantung.
Aku dah keseorangan.
Otak jem.
Tenang Ain. Chill.
Cool.
Backpacking sebenar bakal bermula...
[to be continue.....]
No comments:
Post a Comment