Sunday, July 26, 2015

Trans Java Solo Backpacking: Chapter 3 - Probolinggo ft Cemoro Lawang

....Sedar sedar MPV dah masuk pekan Bayuwangi. Aku sampai motel jam 0850. Kena cepat sebab Mr. Leo janji nak pick up untuk ke Probolinggo jam 0930. Bersiap mandi semua ala kadar, pack barang, check out bilik dan tunggu di lobi.

Jam 0940 pekerja Mr. Leo datang pick up. Will pun ada dalam MPV. Sebenarnya tadi semasa dalam perjalanan balik dari Ijen, kami ada berborak. Rupanya Will pun nak ke Bromo. So dia join transport dengan aku tapi bayaran tetap harga sekepala (tak dapat den nak jimat duit tambang, huhuhu).

Perjalanan dari Bayuwangi ke Probolinggo ambil masa kira kira 4 jam. Sepanjang perjalanan kejap tido kejap bangun check dah sampai ke belum.


Pemandangan sawah sepanjang jalan ke Probolinggo

Jam 1400 kami selamat sampai di Probolinggo. Driver drop kami di satu kawasan kedai makan.




Kawasan ini merupakan destinasi tempat berkumpul untuk ke perkampungan Cemero Lawang iaitu kampung pergunungan Bromo, Batuk dan Semeru. Aku ada terbaca mengenai scamming pasal transport mini van di Probolinggo ni, jadi kena hati hati skit.  Mujur ada Will as Man Power, tak berani la dorang nak tipu tipu ni. Lagipun aku paham sikit sikit apa yang dorang cakap walaupun Bahasa Indon dengan Melayu agak berbeza.




PROBOLINGGO: BEWARE OF MINI VAN SCAMMING!!!!!

Kami duduk di satu kedai makan untuk tunggu mini van tu bertolak. Bayaran sekepala RpH 50k tapi perlu tunggu sehingga cukup 10 orang. Waktu tu aku dengan Will je backpackers yang ada nak ke Cemero Lawang.



Nampak gaya macam lama lagi la kena bermastautin kat kedai makan ni. So aku order nasi dengan ayam bakar. Recharge tenaga lepas dari pagi semalam mendaki Ijen. Probolinggo kawasan Muslim Jawa, jadi takde keraguan untuk aku makan. Sedap jugak nasi dengan ayam nih. Memang licin pinggan aku makan.




Selesai makan, aku mintak Will jagakan backpack sebab nak pegi solat. Masjid kira kira 100 meter je dari kedai makan tadi. Aku solat di surau stesen minyak sebab tak perasan sighboard masjid. Dengar orang azan asar jam 1500 baru perasan ada masjid rupanya di belakang stesen minyak.





Lepas solat aku round sepanjang jalan kedai makan tadi tengok kedai kedai lain. Bosan tunggu nak cukup 10 orang ni. Tengok Will pun duk mengadap laptop, tengah buat keje agaknya.








Last last aku beli sepaket kurma buat bekal untuk hari hari seterusnya. Takut payah nak jumpa makanan halal lagi.


Tik tok…tik tok…tik tok…3 jam kemudian...


Maghrib. Gelap. Hujan lebat. Baru 8 orang yang ada untuk ke Cemero Lawang termasuk aku dan Will, 3 lagi pasangan mamat minah saleh iaitu Aaron, Lily, Mike, Monica, Leslie and Sharon. Kami terperangkap di sini sebab driver tak nak jalan selagi tak cukup 10 orang. Ada unsur unsur scamming di situ. Sharon pergi berunding untuk menurunkan harga sebab bila tak cukup penumpang driver nak charge harga tinggi sekepala. Runding punya runding dapat harga RpH 55k. Semua angkut beg masuk mini van yang kecik tu bersumbat macam sardin dalam tin (nasib baik aku duduk tepi tingkap, luas sikit tempat duduk). Lelah aku tunggu dari jam 1400. Jam 1800 baru bertolak. 

Perjalanan dari Probolinggo ke Cemero Lawang ambil masa kira kira 2 jam. Jalan bersimpang siur dan kabus tebal sebab kawasan pergunungan. Tambah tambah hujan. Jam 2000 sampai. Hujan renyai. Cabaran seterusnya nak cari hostel murah sebab semua 8 orang termasuk aku memang tak book bilik lagi. Masing masing nak walk in je. Check phone dengan ipad. Pergh jangankan line internet, line phone pun takde kat sini (ke telco IndoSAT je masalah? Hahaha)


NOTED: Semua gambar di bawah diambil pada keesokkan harinya!!!!!

Suasana yang tenang dan nyaman di perkampungan Cemero Lawang. Terasa macam di Pergunungan Switzerland. Hihihi.








Sekolah tadika Cemero Lawang


CEMERO LAWANG:
MANY CHEAP HOSTELS AVAILABLE!!!!
NO PHONE AND INTERNET COVERAGE FOR INDOSAT TELCO!!!!!



Aku dan Will melilau cari bilik dalam kesejukan. Akhirnya lepas 20 minit mencari, kami dapat bilik dengan harga 120k, mahal dari motel di Bayuwangi tapi ini yang paling murah di Cemero Lawang. SETIAKAWAN HOSTEL. Bilik semata mata sebab tv takde, plug takde, bilik air berkongsi. Di luar bilik ada la set sofa untuk rehat dengan 2 plug untuk kegunaan penghuni hostel.


Setiakawan Homestay

 Lepas check in bilik, aku teman Will pegi makan di CafĂ© Lava, cafe paling dekat dengan pintu masuk ke Bromo. Kesian mamat tu lapar katanya. Tadi sape suruh tak makan kat Probolinggo. Hihihi. Mesti korang sangsi kan kenapa aku berani ikut si Will ni. Mamat ni baik je aku tengok, travel sorang sorang. Layang orang perempuan elok je, kira macam gentleman la. Lagipun semua geng perempuan tadi ada partner travel masing masing. Tak kuasa aku nak jadi orang ketiga dorang. Hahaha.

Jam 2200 baru balik bilik sebab duduk makan semeja dengan Aaron dan Lily sambil berbual bual.  Aku pack barang sikit untuk pagi esok. Mike dan Monica yang stay hostel sama dengan kami bercadang ke Bromo pakai jalan pintas sebab bayaran masuk bagi tourist memang bapak mahal, RpH 300k. mereka dapat tahu ada short-cut bila tanya local. So aku ikut je cadangan dorang. Sebenarnya, bayaran bukan masalah sebab aku orang Asean. Kalau cakap aku orang Jakarta pun pak guard percaya (ingat balik tips Pak Wayan masa di Uluwatu). Namun, kalau hiking ni lagi bagus berkumpulan even aku tak kenal pun mereka bertiga tapi rasa selamat tetap ada. Mungkin sebab kami berkongsi sesuatu yang sama. BACKPACKERS!!!!!

So semua dah setuju jam 0300 akan mulakan perjalanan guna short-cut.  Aku masuk bilik lepas charge powerbank dan camera, solat dan tido.

RECHARGE ENERGY!!!!!

[bersambung…..]

No comments:

Post a Comment