Friday, July 10, 2015

Bali Duo Travel Part 2: Pandawa and Uluwatu ft Jimbaran


Pemandangan Jawa dan Bali dari atas kapal terbang memang menakjubkan. Seat aku tengah, dapat jenguk huduh huduh macam tu je la. Takpe, simpan semua view tu dalam ingatan. InsyaAllah selagi tak hilang ingatan, selagi tu akan terbayang bayang kat minda.


"What you see with your heart will always keep forever in mind". 
-Anonymous-


Lebih kurang jam 1245 kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali. Tempat ini betul betul tepi laut so sebelum landing kapal terbang seolah olah terapung atas air. Pergh, memang suka giler aku naik kapal terbang camni. Hari hari dapat naik flight yang view landing dia camni pun takpe. Hahaha, rabak poket cheq!!!

Sampai je terus masuk immigresen, pastu pegi amik bagpack besar kat luggage collection. Tadi kan lenggang kangkung je naik Malindo. Dah dorang bagi free baggage, hape lagi campak la bagpack hijau tu dalam kargo. Hohoho.




Di Ngurah Rai ni takde public transport lain melainkan teksi. Tengok signboard teksi ada nama kawasan hotel yang kami dah booked, terus bayar Rph 35k dan dapat resit. Sepanjang perjalanan ke hotel, pemandu teksi ni ada tanya tentang jadual perjalanan kat Bali. Kami memang bercadang nak sewa private transport je memandangkan dua orang dan jadual perjalanan yang padat. Mula mula bila pemandu teksi bagitahu harga mencecah Rph 700-800k (~RM200-250) terus tak jadi nak booked teksi ni. Mahai giler, tobat tak nak teksi ni.


Bandar Kuta

Dalam 15 minit perjalanan, sampai jugak ke Hotel Home@Condotel, hotel dalam bangunan Discovery Shopping Mall. Pergh, boleh cuci mata tengok barang barang dalam mall. Saje booked hotel ni sebab tepi pantai. View nampak macam cantik macam comel je dalam internet. Benda pertama yang kami terkam tengok adalah beranda or kawasan lobi hotel. Sebenarnya kalau nak tahu, area Bali ni bersepah je hotel kat mana mana ceruk dengan harga cikai RM40 satu malam sampai la harga beriban riban mahal. Hahaha.




Sambil tengah setelkan bayaran hotel, tanya pekerja hotel berapa sewa private transport untuk petang ni dan esok ke tempat tempat yang kami plan. Rupanya lagi mahal dari teksi yang naik tadi, harga sekitar Rph 800-900k. Argh, plan asal semua dah kacau bilau dengan jadual perjalanan yang mustahil untuk dilaksanakan dalam masa 3d2n. Masa discuss kat Malaysia dulu, kurang cermat susun jadual serta terlepas pandang kedudukan dan jarak masa perjalanan setiap tempat.

PENGAJARAN: 
PLAN JADUAL DENGAN MENGAMBIL KIRA KEDUDUKAN DAN MASA PERJALANAN SETIAP TEMPAT!!!!

Masa makin suntuk, dah jam 0200 pm. Takpe, naik bilik dulu solat. Mudah mudahan Allah buka jalan untuk permudahkan urusan kami. Dah la perut tengah lapar. Nasib baik beli coklat semalam kat KLIA 2. Dapat la alas perut sekejap sementara dinner nanti. Lepas pecah kepala pikir, akhirnya plan asal berjaya diubah dengan beberapa tempat terpaksa dikorbankan. Sadis. Huhuhu.

Lepas masing masing dah setuju (aku dan member), kami telefon pekerja hotel minta dia confirmkan balik teksi. So dalam jam 0245 pm, driver kami Pak Wayan dah sampai menunggu di lobi hotel. Pada mulanya kami plan petang ni ke Uluwatu sahaja untuk tengok sunset di sana tetapi Pak Wayan cadangkan boleh singgah sebentar di pantai. So kami terima cadangan Pak Wayan ke Pandawa Beach, pantai yang paling cantik katanya.


Pandawa Beach, Kuta




Perjalanan dari hotel ke Pandawa Beach ambil masa lebih kurang 45 minit. Kami spend masa lebih kurang dalam 15 minit kat situ. Pak Wayan memang baik giler sebab dia ajar tips untuk mengelakkan diri daripada bayar harga tiket pelancong masuk ke pantai ini. Bayaran untuk local dan pelancong agak besar bezanya. So, dia cakap kalau guard tanya, "Ngomang aja Jakarta. Ngak perlu ngomang lebar". So kami bayar Rph 35k je seorang instead of kena bayar harga pelancong ~ Rph 60k. Terima kasih Pak Wayan.



Pantai Pandawa putih membiru. Jernih tapi tak boleh lawan Krabi. Terletak jauh dalam ceruk Kampung Kutuh, Kuta. Di sepanjang jalan masuk ada batuan dan tebing tinggi seolah olah tengah bongkah batuan tu dipecah pecahkan untuk dibina jalan masuk ke pantai. Jalan menuju turun ke pantai curam dengan tersusun 6 ukiran patung Hindu iaitu Dewi Kunti, Dharma Wangsa, Bima, Arjuna, Nakula dan Sahadewa di sepanjang laluan.



Sape yang gemar dengan sukan air boleh berkayak kat sini walaupun pantai agak penuh dengan orang ramai. Sukan udara pun ada iaitu paragliding (yang gayat takut tinggi tak digalakkan).





Sepanjang pantai, ada deretan kedai makan dan cenderamata. Aku usha separuh jalan je sebab masa dah suntuk dan cuaca memang membahang panas. Lepas tu keje snap gambar je la.




Pura Luhur Uluwatu


Perjalanan ke Uluwatu dari Pandawa Beach ambil masa kira kira 45 minit. Tempat ni terletak di kawasan atas Bukit Peninsula, famous dengan tebing tinggi batu kapur dan pantai yang membiru. Pendek kata tempat ini perfectly marvelous untuk tengok sunset. Harga tiket Rph 15k.



Gayat ambo semeta tengok pantai tinggi sungguh

 Sesiapa yang nak masuk ke Uluwatu kena pakai ikatan kain kuning kat pinggang. Katanya, itu salah satu syarat sebagai tanda menyucikan diri. Jadi kain tu akan ikat nafsu jahat sesape sahaja yang berkunjung masuk dalam kawasan ni. Masyarakat Bali percaya Uluwatu ni tempat suci yang dapat melindungi Bali dari roh jahat.


Alololo, sweetnyer. Anak sape la dua orang nih!!!!!
Terjumpa mak cik jual gelang souvenir 

Salah satu makhluk yang terkenal di Uluwatu ialah monyet. Monyet di sini dipercayai penjaga kuil tapi pergh, boleh tahan lincah jugak bergayut sana sini. Macam kawasan tu mereka yang punya pulak. Huhuhu. Ada yang terserempak dengan kami tepi jalan tengah berselera memamah spek hitam sape ntah. Arwah dah spek tu. Kesian.

ULUWATU: AWAS DENGAN MONYET!!!!!



Bila berjalan sambil snap gambar di sepanjang laluan Uluwatu ni terasa macam berjalan di China Great Wall pulak (macam la ko penah pegi Great Wall hahaha). Laluan memang panjang, ada la kot dalam 1 km.


Khusyuknyer amik gambar!!!!!
Sesak dengan pelbagai manusia. Jemmm!!!!!

Sempat la jugak singgah tengok kawasan temple tapi bahagian dalam ditutup untuk orang awam hari ini. Kebetulan waktu kami datang ada upacara keagamaan masyarakat Hindu di situ. Mungkin sebab tu kot pengunjung tak boleh masuk.


Senyum je pak cik ni kita ambik gambar dia...

Sayup sayup dari jauh dengar muzik. Ha, ni mesti Kecak Kecak Dance. Kami tak tengok pun sebab satu, ada payment lain untuk tengok show tu dan dua, masa dah suntuk dengan matahari dah nak terbenam.


Tengok dari jauh je

 Lebih bagus dan afdhal bagi seorang backpacker (aku punya opinion la) untuk menikmati sunset yang marvelous.


Mentari mula mengundurkan diri
Sunset di Uluwatu

WAKTU MATAHARI TERBENAM ULUWATU: JAM 1745 – 1800


JIMBARAN


Selesai je jamah mata dengan sunset, kami bertolak ke Jimbaran untuk dinner. Perjalanan lebih kurang 40 minit dari Uluwatu ke Jimbaran. Pergh, lapar giler nih dengan sepetang berjalan di Pandawa dan Uluwatu. Air setitik pun tak minum.


Pilihan kami (sebab Pak Wayan berhenti depan restoran ni terus)

Why choose Jimbaran? First, tempat ini yang paling famous di Bali dan direkomen oleh kebanyakan bloggers dengan suasana makan di tepi pantai disapa angin sepoi sepoi bahasa. Second, kami nak makan seafood.  Hihihi.



Menu: Udang butter, Sotong BBQ kot (tak ingat) & sayur

Sekali hambik ko, makan tak la sebest mana tapi bila tengok bil terbeliak mata aku. Rph 380k+ include tax. Pergh, makan seafood kat Top Spot hari tu lagi syok dan tak semahal nih. Apa apa pun makanan dah masuk perut, bayor je lah. Berhuhuhu la kami di situ. 


Pengamen (pemuzik jalanan) tengah beraksi di meja sebelah.
Meja kami next. LARIK!!!! (takde duit nak bagi tips hihihi)

LARIK dari pengamen tengok akak ni menari hihihi

JIMBARAN: 
PILIH RESTORAN YANG SESUAI DENGAN BAJET!!!!
(Lepas balik Bali baru tahu setiap kedai menyediakan pakej makanan yang berbeza mengikut bajet pengunjung tapi kalau tahap backpackers, aku sarankan baik tak payah pegi la sini hihihi)

Perut dah kenyang, hati pun sonang la sikit walaupun duit banyak melayang (huhuhu sadis). Balik Kuta singgah masuk Discovery Mall sekadar untuk window-shopping. Alih alih masuk Giant ke Watson apa ntah beli ubat gigi dengan bedak. Naik bilik mandi solat semua. Then tido. Recharge energy untuk hari esok :) 


TAMAT HARI PERTAMA DI BALI...

No comments:

Post a Comment