Assalamualaikum
Selamat Pagi Bali!!!
Selamat Pagi Bali!!!
Hari ni masuk hari
kedua di Bali. Driver dah bertukar sebab Pak Wayan ada hal katanya. So driver
baru Pak Udin yang pick up kat hotel. Breakfast ala kadar dalam bilik dengan
bekalan yang ada. By 0930 kete Avanda kami dah bertolak ke Pura Ulun Danu Bratan di Bedugul.
Driver baru, Pak Udin tengah bawa kami ke Bedugul |
Masa terluang dalam kereta aku guna untuk kira balik bajet sebab semalam tak sempat nak buat. Kelakarnya, aku masih tak dapat nak biasakan diri dengan nilai mata wang Rupiah ni. Boleh pulak tersilap bagi duit Rph 100k dengan 1juta kat member aku. Dah kena tegur dengan dia. Hahaha.
PURA ULUN DANU
BRATAN, BEDUGUL
Bedugul terletak kira kira 60 kilometer dari Kuta. Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit. Jalan ke sana memang ada iras iras Highway kawasan Bukit Tujuh di Bentong. 40 minit pertama
jalan raya biasa. Selebihnya pergh jalan berbukit. Waktu tu cuaca memang
kurang mengizinkan. Hujan renyai. Kawasan berbukit memang semakin berkabus dan sejuk. 15 minit jalan menuruni bukit dan sampai la di kawasan Tasik Bratan.
Bayaran masuk ke Bratan RpH 10k (rasanya ini bayaran local hihihi). Waktu kami datang pengunjung lain dah ramai dalam kawasan temple. Hujan dah berhenti tapi awan masih mendung menandakan ada potensi lagi untuk hujan. Tak sampai 15 minit kemudian, hujan turun semula. Jadi, meneroka dalam hujan. Lalala.
Temple yang dikelilingi tasik Bratan ini dibina pada tahun 1663. Kawasan ini dikatakan tempat dijalankan upacara pemujaan Ida Batara Dewi Ulun Danu iaitu Dewi Air, Tasik dan Sungai Bali. Menurut orang tempatan, Tasik Bratan ini menjadi sumber pengairan untuk kawasan setempat yang subur suatu ketika dahulu.
Pemandangan Pura Ulun Danu dari kiri Tasik Bratan |
Pemandangan Pura Ulun Danu dari kanan Tasik Bratan |
Masing masing bawa haluan untuk mengusha keadaan sekeliling. Lepas tu jumpa balik untuk tukar tukar jadi photographer amik gambar.
Hah, ada pintu gerbang emas??? |
Banyak binaan temple lama |
Akhirnya dapat sekeping gambar yang cantik hihihi |
Bagi yang datang dengan keluarga, boleh sewa kenderaan air yang bentuk macam perahu dan angsa untuk teroka tasik Bratan. Peliknya, takde sorang pun yang aku tengok naik kenderaan tu. Kedai tutup ke sebab hujan???
Kat sini ada perkhidmatan jurufoto yang akan ambil gambar kita menggunakan kamera DLSR yang besar gedabak tu sekali
dengan service printing. Satu gambar dalam RpH 15k camtu (aku dah ingat ingat
lupa pulak harga dia). So aku snap 2 gambar RpH 30k sebab rata rata gambar yang guna kamera sendiri gelap gelemak bak kata orang kelantan. Ok la gambar beli sebab camera DSLR mahal kan dan kualiti pun superb.
Hujan masih tidak berhenti. Sambil menikmati hujan, aku mengusha sekumpulan kanak kanak
tengah duduk bersila dalam temple. Ada upacara sembahyang. Tanya guard kat
situ, dia cakap Hindu. Pakaian sebijik macam yang aku tengok di Uluwatu semalam. Hindu di Indonesia ni macam tipikal Indonesian lain. Kalau tengok memang kita takkan dapat bezakan yang mana Muslim, Buddha atau Hindu. Lagipun Hindu Jawa berkulit cerah berbanding Hindu Malaysia.
Ucapara tengah berlangsung (ada yang seronok, ada yang muka dah boring hihi) |
Yeay, dah habis sembahyang |
Wajah riang anak anak kecil Bali (sampai sudah tak sempat tanya apa yang ada dalam plastik merah) |
Marilah menuju kejayaan!!!!! (dengan bersolat) |
Masjid Besar Al-Hidayah, Bedugul |
Kenderaan berpusu pusu keluar masuk kawasan Tasik Bratan |
Pemandangan Tasik Bratan dari kawasan masjid |
Lepas solat, pegi lunch sebab lepas ni takkan jumpa makanan dah selain malam lepas dah habis merayap ke semua tempat yang dah plan. Dalam perjalanan kami singgah di gerai tepi jalan beli strawberi untuk bekal makan. Member aku beli untuk family dia.
Pergh macam macam kerepek ada tapi buah merah ini jugak yang menjadi pujaan hatiku |
RESTORAN TAMAN SARI
Pak Udin bawa kami ke
satu restoran yang dikatakan memang famous dengan pengujung ke Bratan. Restoran
Taman Sari. Orang ramai sebab memang waktu semua nak lunch lepas lawat temple tadi. Restoran atas bukit dengan pemandangan kampung di lereng bukit. Cuaca suam suam sejuk. Satu sebab tanah tinggi. Dua sebab hujan.
Makan sini lagi berbaloi berbanding dengan Jimbaran semalam. Lauk ayam bakar, sambal yang pedas sampai ke telinga, nasi putih, goreng pisang coklat cheese dan air teh botol cuma RpH 85k je. Sedap hingga menjilat jari. Alhamdulliah kenyang sungguh.
Makan sini lagi berbaloi berbanding dengan Jimbaran semalam. Lauk ayam bakar, sambal yang pedas sampai ke telinga, nasi putih, goreng pisang coklat cheese dan air teh botol cuma RpH 85k je. Sedap hingga menjilat jari. Alhamdulliah kenyang sungguh.
Pekena air teh botol kejap (first time minum teh dalam botol) |
Ayam bakar dan sambal pedas sudaa sampai. Yum yum |
Menghilangkan kepedasan sambal dengan dua pencuci mulut ini |
Kenyang kenyang ni tetiba ngantuk pulak den. Dah la tengah hujan sekarang. Aish Ain, jangan tido. Banyak lagi tempat nak pegi nih....
[to be continue.....]
[to be continue.....]
No comments:
Post a Comment