Friday, July 24, 2015

Trans Java Solo Backpacking: Chapter 2 - Ijen


....Alarm phone berbunyi. Rasa macam kejap je tido tapi memang dah jam 2330. Aku bingkas bangun mandi supaya segar dan bertenaga sikit. Lepas mandi, solat sunat mohon perjalanan selamat dan diberkati. Go and back in one piece alive.

Aku duduk di birai katil makan roti cicah nutella sikit buat alas perut nak mendaki sambil masukkan barang dalam beg. Air, torchlight, gula gula, camera, glove, phone dengan mask checked. Sarung sweater kerana suhu memang luar biasa sejuk di kawasan pergunungan.

BEFORE HIKING: 
CHECK ALL YOUR THINGS AND EQUIPMENTS!!!

 Jam 0015 aku turun ke lobi motel ternampak ada sorang jejaka duduk di sofa. Tinggi. Rambut perang. Owh, baru teringat petang tadi Mr. Leo bagitahu group pendakian hanya aku, this blond guy (maybe) and another guy from another motel. Hiking guide akan tunggu kami di Ijen. Aku tegur mamat blond tu untuk pastikan betul ke tidak dia group aku. Mujur betul. Will. Mamat Melbourne, Australia. Umur sekitar lewat 20an or awal 30an.

Jam 0030 sebuah MPV datang. Mr. Leo sendiri yang drive. Nampak kelibat another man, ahli group sorang lagi rupanya. John, orang German. Aku masuk je MPV, dia ucap ‘Hi’.  


My teammates yang baik baik belaka. 
Dari kiri: John, Me, Will (gambar diambil di puncak Ijen)

Perjalanan ke Ijen dari Bayuwangi ambil masa 1 jam 15 minit. Dalam MPV, semua tido termasuk aku (tido tido ayam je). Jalan ke sana pergh macam 3x ganda lagi teruk dari Jalan Lama Selalang di Kabong. Dalam mamai mengantuk, kepala tengah pikir aku ni tengah naik van ke naik kuda. Hahaha.

Jam 0145, selamat jugak kami sampai di Pos Paltuding, base pendakian Ijen. Gelap gelita tapi agak cerah sebab ada banyak bintang. Orang memang ramai ibarat macam ada pesta pulak kat sini. Mr. Leo perkenalkan hiking guide kami. Local. Mas Ari. Mr. Leo pegi ke pintu utama untuk selesaikan bayaran tiket. Aku mula pakai glove dengan mask, tak tahan dengan sejuk dingin suhu di Ijen. Siap keluar wap sejuk bila bercakap. Pergh, macam Winter di Switzerland pulak.

NOTED: Sebahagian besar gambar diambil sewaktu turun Ijen sebab dah cerah!!!!!



Jalan masuk tempat pendaki berkumpul
Tempat kami berkumpul 
Pintu masuk sempit je, so jangan main lari lari ye

Jam 0200 pintu utama jalan pendakian dibuka. Bila dah dapat lampu hijau dari ranjer bertugas dan Mr. Leo, kami memulakan langkah pendakian dengan berbekalkan torchlight masing masing. Aku dengan Mas Ari di hadapan. John dan Will di belakang. Rasa macam kerabat diraja pulak. 3 hulubalang escort seorang puteri raja. Hahaha.

10 minit (~200 meter pertama) pendakian yang landai. Semua masih sihat walafiat dan dalam susunan asal. Sebaik je pendakian curam bermula, John dah bergerak laju meninggalkan kami bertiga di belakang. Mana tak laju kalau badan sasa macam hulk. Tinggi 190 cm macam Hanamichi Sakuragi dalam kartun ‘Slam Dunk’. 





Pendakian 1 jam (~2km) yang curamnya tak tahu bape darjah, hanya dua tiga kali je berselang dengan jalan landai. Aku yang badan kecik molek ni terpaksa berhenti setiap 5 minit. Berpuluh kali kot aku berhenti, tak terkira. Torture giler. Sesak nafas dengan udara sejuk dan kaki lenguh kebas. 



PREP FOR HIKING: 
MAKE SURE YOUR STAMINA IN GOOD CONDITION AT LEAST A MONTH BEFORE BACKPACKING!!!!!

Aku tak tahu la kekuatan tu datang dari mana. Aku tak pernah mendaki sepanjang 28 tahun hidup kat muka Bumi ni. Sesungguhnya pendakian pertama ni mencabar jiwa raga. Separuh nyawa tahan lelah dalam kesejukan. Nak nanges pun hade (sape suruh tak build stamina sebelum backpacking). Ada yang potong aku, ada yang aku potong dorang. Macam lari 100 meter je. Potong memotong yang perlahan. Aku rehat, mereka mendaki. Aku mendaki, mereka rehat. Camtu la situasi ketika itu.

Aku rasa yang ni kot paling hazab nak naik tadi, huhuhu

Ah, pedulikan yang lain. KUAT. KUAT. KUAT. Matlamat aku nak sampai puncak dengan selamat. Sambil mendaki, kunyah coklat untuk recharge energy. Silap jugak sebenarnya tak bawak stick untuk sokong mendaki kerana pendakian curam hampir hampir membuatkan aku nak tergolek ke bawah dengan tanah licin lagi. Kadang aku terpaksa merendahkan badan untuk elak terjatuh ke belakang. Huhuhu.

HIKE THE IJEN: 
BRING STICK AS SUPPORT FOR SMALL PEOPLE LIKE ME!!!!


Alhamdulillah, separuh pendakian berjaya dilalui. Kami berhenti rehat selama 10 minit bersama dengan hikers lain di satu pondok kecil. Waktu tu aku ingat dah habis pendakian hazab. Bila tanya Mas Ari, dia cakap sambung lagi 1 km pendakian curam baru sampai kawasan kawah.


“Heh, lagi 1 kilometer???? Ya Allah. Bertabah la Ain” [monolog]


Waktu pagi tak nampak apa apa
Ni waktu masa turun dah siang
Selamat tiba pada ketinggian 2214 meter

Dengan tangan sejuk membeku, kaki rasa kebas dah tak jejak tanah akhirnya jam 0320 selamat tiba di kawasan kawah. Kawah Ijen paling terkenal dengan nyalaan api biru atau ‘Blue Fire’. Kalau amik package hiking macam aku ni siap ada hiking guide boleh turun ke kawasan kawah melihat Blue Fire.

Berseronok la pakai mask khas pemberian Mas Ari (macam orang pegi tapak radioaktif tu) turun ke kawasan kawah ingatkan hazab mendaki dah tamat tapi….Subhanallah laluan turun sempit, barbatu dan licin. Terpaksa berpaut pada batu batu kiri kanan, kejap terduduk kejap berdiri untuk turun ke kawasan Blue Fire. Silap langkah pijak batu tak kukuh, memang arwah jauh tergolek dalam kawah. Bayangkan puncak dengan kawah ketinggiannya 200 meter.


Menuruni Kawah Ijen yang keputihan untuk ke Blue Fire
(Sebelah Ijen yang tersergam indah tu Gunung Marapi)

20 minit menuruni ke kawasan kawah. Semua rasa hazab dan letih hilang bila dapat menyaksikan sendiri the famous Blue Fire. Keadaan sekeling gelap so gambar pun tak jelas mana. Aku berdiri agak jauh dari kawasan Blue Fire. Mas Ari kata bahaya (memang pun gas sulfur tu bahaya even dah pakai mask camni).  So dia offer untuk tolong aku amik video dari jarak dekat pakai phone aku. Dalam 5 minit lepas aku bagi phone, dia datang tunjukkan video yang dia amik dari jarak dekat. Boleh tahan lawa Blue Fire ni. Siap bunyi berdesir macam ada letupan.



Proses Blue Fire berlaku akibat tindak balas haba gunung berapi Ijen dan sulfur yang ada di kawasan tersebut lalu menghasilkan api biru dan gas sulfur (pergh belajar sains sikit ye).

Jam 0415 selesai tengok Blue Fire, kena mendaki naik ke atas semula. Turun tadi pun hazab, ni nak naik apatah lagi. Tak terucap dengan kata kata dah. Apa yang penting sekarang kena naik atas cepat untuk solat subuh dan menyaksikan sunrise dari puncak tertinggi Ijen. Setelah sampai atas, kami berjalan lebih kurang 30 minit melalui kawasan semak dengan pokok pokok renek. 


Kawasan semak yang aku cakap tadi (ni waktu nak balik)

Jam 0450 kami sampai di puncak paling tinggi or spot paling cun untuk menyaksikan sunrise. Aku tanpa berlengah hampar portable sejadah untuk solat subuh dulu. Bersyukur sangat separuh pendakian telah selesai. 


Subuh di bawah langit nan biru

Jam 0500. Langit membiru bercampur jingga menandakan mahatari mula menampakkan diri. Aku terkesima, hilang seketika segala rasa sakit dan mengantuk menyaksikan detik detik perlahan pertukaran waktu malam ke siang. Gelap bertukar cerah. Aku berdiri dari Gunung Ijen pada ketinggian 2987 meter dari aras laut menyaksikan matahari terbit di sebalik lautan. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan Penguasa Alam.








Kaki yang rasa lembik macam sotong ini telah berjaya sampai di puncak Ijen

Kemudian tengok pulak air tasik asid kawah Ijen yang hijau-kebiruan disinari mentari pagi di sebalik awan.  Sungguh tak percaya. Masya Allah. Lagi la SPEECHLESS!!!!!



Kawah Ijen dari puncaknya (Asap berkepul tu tempat Blue Fire tadi) 
Berchenta dan menikmati saat saat terakhir di puncak Ijen

Jam 0615 kami mula bergerak turun. 3 jejaka tadi dah tinggalkan aku kat belakang sebab aku asyik berhenti snap gambar dan tengok kawasan sekeliling. 


Ijen yang tidak lagi aktif 
Laluan puncak Ijen



Ha, nampak si Mamat Will kat depan tu terus aku paksa jadi jurugambar sebab tengok dia free je tak buat apa apa. Amik gambar pun sekeping dua je, jadi photographer aku pun ada baiknya jugak. Kahkahkah. Thank you Will.



Posing sebelah Marapi skit, hihihi

Macam canvas lukisan. Cantik. Marvelous.

Rupanya ramai lagi orang yang baru sampai puncak. Mungkin mereka tengok sunrise di spot lain kot.




Puncak Ijen mula dipenuhi manusia dari segelap pelusuk dunia
Mat saleh ni eksited giler aku amik gambar dia

Perjalanan menuruni puncak Ijen takla sehazab seperti mendaki. Namun tetap curam cuma mudah sikit sebab turun gunung. Sesekali asyik nak tergelincir jatuh tergolek sebab pijak pasir di sepanjang laluan. Alhamdulillah selamat takde jatuh sekalipun. Waktu cerah camni baru dapat tengok dengan jelas laluan pendakian awal pagi tadi.  Pergh, tobat tak nak daki lagi Ijen bila tengok laluan pagi tadi. GERUN!!!!! SERAM!!!!!












Sempat jugak usha pemandangan sekeliling Ijen yang seperti pergunungan di Europe. Hijau cuma takde salji je.

Gunung 3 beradik yang cantik comel belaka.
Dari kiri: Marapi (tidak aktif), Raung (aktif), Sukot (tidak aktif)
The magical valley and mountain

Sepanjang turun terserempak jugak dengan pak cik pak cik pengangkut batuan sulfur. Ada yang baru naik, ada yang tengah load sulfur dalam bakul, ada yang tengah pikul beban turun gunung.





Memang aku tabik dengan mereka. Setiap hari naik turun Ijen angkut bebanan seberat 80-90 kg dengan upah bayaran sekitar RpH 50-70k. Ada yang betul betul berjalan turun depan aku sambil mengangkut bakul penuh dengan sulfur. Sesekali dia berhenti rehat di tepi jalan. Sayu tengok. Tabahnya Pak Cik Pak Cik Sekalian.




Wajah wajah ceria menguntum senyuman mencari sesuap rezeki yang halal. SALUTE!!!



Biasanya bila sampai pondok istirehat tadi, mereka akan timbang sulfur dan mungkin dapat bayaran kat situ terus kot. Entah, aku pun tak tahu. 

Khusyuk mat saleh ni tengok pria terhebat tengah timbang bebanan sulfurnya.

Antara koleksi cenderamata dari Kawah Ijen. Aku ada beli 2 ketul sulfur bentuk LOVE tertulis 'I Love Ijen' dari sorang pak cik. Kalau convert ke RM harga tak sampai seringgit dua ketul sulfur tu. Tergamam kejap aku sebab murah yang teramat.




Jam 0730 aku selamat turun dan sampai semula di base Pos Paltuding. Semua ahli group aku dah sampai awal tadi lagi. 



Ada jugak yang bercamping kat tapak Ijen 
Gambar terakhir sebelum meninggalkan Ijen

Alhamdulillah. Berakhirnya pendakian yang cukup menakjubkan. Hazab tetapi penuh dengan keinsafan dan kenangan. Seumur hidup aku takkan lupa panjat Ijen.

Dalam MPV, semua lentok tido. PENAT!!!!!!


[bersambung…..]

No comments:

Post a Comment