Friday, July 17, 2015

Bali Duo Travel Part 4: UNESCO Jatiluweh & Tanah Lot


UNESCO JATILUWEH RICE TERRACES


Jam 1500 kami bergerak ke rice terraces di Jatiluweh. Perjalanan dari Restoran Taman Sari ke sana dalam 40 minit. Hujan turun semakin lebat. Bersyukur jugak amik private transport. Kalau pakai public transport alamak tak sampai la ke Jatiluweh ni. Jalan dalam kampung turun naik bukit, bersimpang siur macam ular. So rasa mengantuk tadi dah hilang sebab jalan camni.

Bayaran masuk RpH 2500 aje. Bayaran local (kot..) walaupun kami bukan warganegara Indonesia. Hihihi. Masuk je kawasan sana, pergh kira kanan suasana hijau kuning. RICE TERRACES. Kejap pandang kiri, kejap pandang kanan. Boleh tersalah urat tengkuk aku. Hahaha.


Sampai jugak akhirnya di kawasan rice terraces yang paling luas di Jatiluweh. Hujan masih turun. Kami tetap bersungguh keluar kereta sambil berpayung untuk tengok kawasan sekeliling. Ala, payung tu pakai kejap je. Pastu sedar sedar payung dah tutup, baju dah basah kuyup. Nasib hujan dah tak lebat.

Pinjam payung Pak Udin turun ke kawasan sawah 
Merakam setiap sudut Jatiluweh
(payung dah hilang entah ke mana)

 Masha Allah view memang cantik tak terkata. Speechless!!!!! Hanya sorok mata memandang Bumi Jatiluweh dengan padi menghijau dan pergunungan dilitupi awan yang seakan akan sayu dan tenang je pemandangan.



Zoom sikit gambar kat atas tu (agak agak tu Gunung Agung kot)

Terjumpa local. Seorang pak cik. Dia bercerita tentang rice terraces Jatiluweh. Kebanyakan tanah di sini milik orang kampung dan padi ditanam hanya untuk keperluan harian, bukan untuk dijual atau dieksport. Kawasan ini baru sahaja diwartakan sebagai salah satu UNESCO site di Indonesia. Tak tahu pulak aku. Rezeki jejak UNESCO hari ni lepas ubah plan asal nak pegi Ubud rice terraces. 

Alhamdulillah Allah sebaik baik Perancang.


Hujan tetap hujan tapi bergambar dengan rice terraces adalah WAJIB!!!!!


UNESCO TANAH LOT


Lepas spent time 20 minit di Jatiluweh, kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Tanah Lot. Ini memang aku dah sedia tahu UNESCO punya site sejak dirasmikan pada tahun 2003. Perjalanan lebih kurang 20 minit (ingat ingat lupa) dari Jatiluweh ke Tanah Lot. Bayaran masuk Rph 10k.

Tanah Lot yang dirasmikan oleh Presiden Megawati 
Pintu gerbang paling utama

Sebelum masuk ke kawasan Tanah Lot (temple lama di tengah pantai), kami pusing pusing tengok kedai souvenir. Member aku duk berkenan dengan mini gitar yang saiz sebesar kerusi budak budak. Aku cakap kalau betul nak, beli lepas ni. So kami janji dengan auntie tuan punya kedai tu untuk datang semula.

Kedai yang dipercayai telah menarik minat member aku hahaha
Topeng topeng yang eksotik

Sayup sayup dengan bunyi muzik. Pastu tengok orang ramai berkumpul depan pintu masuk. Eh, takkan sini ada kecak kecak dance kot. Usha usha rupanya ada perarakan keagamaan. Hindu. Macam macam lapisan umur ada, dari kanak kanak hingga veteran. Lelaki perempuan berpakaian tradisional putih macam budak budak di Bratan tadi. Ada yang pegang alat muzik, pegang kain dan macam macam lagi la.

Team panji utama
Team junjung 
Team payung
Team tebar kain

Highlight dalam perarakan tu mereka pegang satu binaan macam tandu orang Cina selalu naik tu. Aku usha usha takde pun orang dalam tu. Agaknya bukan untuk letak orang kot.

CANTIK tandu tu tapi KOSONG…. KOSONG….
 (baca dengan nada nyanyian lagu Najwa Latiff hihihi)

Lepas habis tengok perarakan baru masuk tengok kawasan Tanah Lot. Pergh, ramai sungguh manusia dalam tu. Semua menanti untuk menyaksikan matahari terbenam.

Sikit lagi dah nak sampai Tanah Lot

 Pergh akhirnya dapat lagi tengok sunset dengan suasana tepi pantai walaupun suram suram je sunset sebab hujan tadi.

Moment favourite aku, langit jingga
Sempat posing gaya model 
Yeay, pink and grey shoes dah sampai Tanah Lot!!!!!

Pusing pusing kawasan situ, amik gambar tapi sadisnya bateri cam aku habis. So kat Tanah Lot ni tak banyak sangat aku amik gambar. Pakai cam handphone je.

This is TANAH LOT BALI... 

Waktu kami sampai di kawasan ini, air pantai tengah surut. So semua pengunjung dapat jalan di kawasan sekitar tanpa perlu risau dan takut basah terkena air pantai. Kalau air pasang, memang Tanah Lot ni akan jadi macam sebuah pulau. 

Peace!!!!! (belanja gambar last di Tanah Lot)

 Lepas dah habis usha kawasan Tanah Lot, kami singgah semula kedai gitar tadi. Last last member aku tak jadi beli. Naik angin jugak auntie tu sebab kami, dia lambat tutup kedai. Sorry auntie. Kami balik dengan tangan kosong tapi penuh dengan memori indah di Jatiluweh dan Tanah Lot hari ini.

Takpe simpan duit dulu. Kita akan berbelanja dan bershopping sakan lepas ni....


[to be continue.....]

No comments:

Post a Comment