Sunday, August 2, 2015

Trans Java Solo Backpacking: Chapter 6 - The Hectic of Surabaya

Tik tok tik tok…(dah bersarang blog aku, eh ni sambungan Trans Java daa)

Jam 1600 baru Damri bergerak selepas hampir separuh dari kerusi penuh dengan penumpang. Aku duduk kerusi barisan depan supaya senang nak bagitahu driver di mana nak turun.

Damri mula masuk ke jalan raya kawasan Bandar Gubeng. Pergh jem giler mengalahkan Kuala Lumpur. Motosikal sana sini. Setiap 5 saat driver bus bunyikan hon untuk mengelak dari motosikal. Aku buka Google Map. Stesen keretapi Gubeng tak sampai 1 kilometer pun dari stesen bas tapi perjalanan amik masa 30 minit. Jem punya pasal. Orang Indon bilang MACET....




Ada seorang kakak ni baik sangat. Dia tolong bagitahu driver aku nak turun di Stesen Keretapi Gubeng. Alhamdulillah bas berhenti betul betul depan stesen keretapi. Stesen Gubeng di seberang jalan. Pergh, cabaran melintas jalan dengan kenderaan giler punya banyak. Aku amik masa 15 minit untuk melintasi jalan.

CROSS THE ROAD IN SURABAYA:
DON’T STOP AND HESITATE!!!
KEEP WALKING AS FAST AS YOU CAN!!!

Kenapa aku berkejar ke stesen keretapi dulu? Sebab ini hujung minggu. So aku nak beli tiket terus untuk pagi esok ke Yogjakarta. Takut tiket habis. Apabila tanya staff, booking dan pembelian tiket untuk hari esok hanya boleh dibuat di Stesen Gubeng Baru. Aiya, ada dua stesen rupanya. Maknanya stesen yang aku pegi ni stesen lama.

Tanya staff arah ke stesen baru. Sedikit ragu ragu sebab dia terangkan dalam bahasa Indon tulen. Buka Google Map takde dalam list. Pergh, cabaran ni.

Hari semakin gelap. Jalan keluar dari stesen ke sebelah kiri kira kira 100 meter, terjumpa pondok polis. Tanya abam polisi la senang. Hihihi. Setel masalah. Aku berjalan belok kiri, lintas landasan, belok kiri lagi, berjalan 100 meter dan tadaaaa. Stesen Gubeng Baru di depan mata.



Booking tiket untuk keesokkan hari bukannya mudah. Masuk service office, tanya staff jadual perjalanan keretapi esok, amik borang sebelah kaunter booking tiket, isi dengan segala maklumat, amik nombor giliran dan tunggu bila dah sampai turn baru buleh beli tiket. Waktu aku sampai tadi memang orang dah ramai giler. Kerusi tempat menunggu pun penuh.  Hangpa nak pi mana ramai-ramai ni??? Waktu untuk booking pulak sehingga jam 2000 saje. Harap harap sempat la den book tiket.



BOOKING TRAIN TICKET IN INDONESIA:
SERVICE OFFICE --> ASK TIMETABLE AND SEAT AVAIBILITY --> FILL BOOKING FORM WITH ALL DETAILS --> TAKE NUMBER --> WAIT FOR YOUR TURN --> BUY TICKET AT BOOKING COUNTER --> DONE

Alhamdulillah, jam 1900 aku selamat membeli tiket kelas ekonomi jam 0815 pagi esok dari Gubeng Surabaya ke Lempuyangan Yogjakarta. Aku singgah masuk IndoMart cari air dengan jajan buat bekal esok. Dinner malam ni kena cari nasi sebab dah dua hari tak makan nasi. Akhirnya berjaya beli nasi lauk ayam goreng kat gerai tepi jalan landasan keretapi. Lapar yang teramat dah ni. Sedap ke tak sedap kira, lain kira yang penting HALAL dan SUCI BERSIH.




Aku singgah masuk Hotel Gubeng berdekatan stesen keretapi lama tadi. Taraf 1 bintang je walaupun nama hotel. Ada bilik kosong. Private bathroom. Harga RpH 130k satu malam untuk king size bed. Jadi la setakat nak buat tempat berteduh malam ni.



Fefeeling LOVE STORY la aku tido malam ni..hahahaha..TV yang antik sebab badannya gemuk di belakang, macam TV masa aku zaman kecik kecik dulu.



Buka TV sambil study sikit perjalanan untuk esok. Jam 2100 dah selamat menidurkan diri.


[bersambung…..]

No comments:

Post a Comment