Wednesday, July 22, 2015

Trans Java Solo Backpacking: Chapter 1 - Ubung ft Bayuwangi

Korang masih ingat dengan adventure Bali aku post lepas. Ni entry sambungannya di mana aku memulakan pengembaraan secara solo....bismillah


Seketika pikiran jadi bingung, macam kucing hilang anak. Memang perasaan seperti backpacking Thailand dulu datang lagi tapi lagi teruk kali ni.  Then, aku duduk kejap di kerusi cafe airport tu sambil study pelan pelan route map untuk teruskan perjalanan bersendirian dari Bali merentasi Tanah Jawa. 


Bila dah tenang dan dapat bayang lepas ni kena buat apa dan apa, aku turun ground floor amik teksi dengan bayaran RpH 165k untuk ke stesen bus di Ubung. Perjalanan ambil hampir 1 jam 15 minit, sempat singgah di kedai telco untuk beli simkad IndoSat. Internet memang wajib dah sekarang sebab solo dan moving from one place to another place (dah jadi nomad huhuhu). So tak boleh nak harap wifi hotel.

Sampai Ubung dah jam 1315. Pening kepala bila turun je teksi ada mamat mamat Indon sibuk serbu nak bawakkan backpack aku. Silap tadi letak backpack dalam bonet teksi. Terpaksa aku bagi upah kat seorang mamat ni sebab dia dah bawak beg aku siap masuk bas lagi (Weyyy, aku belum suruh apa apa pun korang dah memandai).

UBUNG: 
MAKE SURE YOU CARRY YOUR OWN BAG!!!!!

Mereka asyik sibuk tanya aku nak pegi mana. Aii, sekali aku cepuk kang baru tahu. Dah la kepala tengah berdenyut dengan rasa mual panas panas camni. Pikiran dah siap set. Aku perlu naik bas ke jeti Gilimanuk dan ambil feri merentasi laut untuk sampai Bayuwangi di timur Jawa bagi meneruskan hajat pendakian Ijen awal pagi esok.

 Akibat salah informasi dan perbualan, tiket bas dan feri aku dikenakan lebih mahal dari biasa iaitu RpH 200k sebab mereka ingat aku akan terus ke destinasi terakhir bas iaitu Probolinggo (bila sampai Jawa baru aku perasan hal ni, sudah terlambat!!!)

UBUNG BUS STATION: 
ASK GUARD OR AUTHORITIES FOR BUS AND FERRY TICKET PRICE!!!!!

Dalam kalut ribut, aku cari surau untuk solat jama’ qasar. Hampir hampir nak tertinggal bas dan backpack aku dalam tu. Janji tak serupa bikin. Cakap jam 1400 bas jalan, ini 1345 dah gerak. Alhamdulillah, setel satu hazab lepas dapat naik bas dan jumpa backpack aku dalam bas tu.


Perjalanan dari Ubung ke jeti Gilimanuk ambil masa 3 jam. Dalam bas memang penat giler sebab aksi kejar mengejar tadi, ingat nak tido je dalam bas tapi tak jadi. Aku berbual bual dengan akak yang duduk kerusi sebelah, Kak Halimah. Dia banyak cerita pasal pengalamannya bekerja di Malaysia, beri tips dan cadangan bila dapat tahu aku nak ke Ijen. Dapat jugak aku tengok sekali pemandangan pantai dan sawah padi di sepanjang jalan. 


MasyaAllah comel sungguh. Memang tak rugi tak tido tadi

Bas sampai jeti Gilimanuk jam 1615. Hujan renyai. Bas masuk dalam feri besar macam feri di Pulau Pinang. Bila naik feri ni teringat pulak aku kes tragedi feri karam di Korea Selatan. Mintak jauh la dari segala musibah.


Kelibat feri dah nampak tuuu...
Sempat jugak mengusha kedai makan dari dalam bas (lapaaaaaa...)

Feri merentasi laut selama lebih kurang 40 minit dari Gilimanuk, Bali menuju Ketapang, Bayuwangi yang berada di Timur Jawa.


Awan dan laut gelap (sedikit mendebarkan jiwa raga)
Comel pulak ada gunung sejemput dari pemandangan tengah laut ni

Bosan dalam bas aku turun mengusha kawasan sekeliling feri. Takut jugak sebab ramai mamat Indon. Asal aku jalan je, dorang tengok. Eeeee, tak penah tengok orang ke.


Relaks je dorang ni naik feri
Ada kemudahan ruang solat dalam feri
Stairways to Heaven. Eh
Pintu ajaib ke ruang legar paling atas dalam feri

Naik tingkat atas feri, pergh angin bertiup kuat. Aku jalan pun nak terhuyung hayang. Sapa yang mabuk laut gerenti dah termuntah dekat situ kot. Nasib baik simptom pening kepala dan mual tadi dah hilang. Lagipun aku bukan jenis yang mudah mabuk laut ke hape kalau perjalanan jauh.


Sampai di jeti Ketapang, daerah Bayuwangi aku turun dari bas lepas ucap terima kasih pada Kak Halimah. Cadangannya aku pertimbangkan iaitu bermalam di Bayuwangi, bukan ikut plan asal iaitu di Sempol.  Itu pun bergantung pada harga transport ke Ijen dan hotel menginap malam ini. Plan aci redah je ni.


Tourist information center dah tutup sob sob sob

HOW TO REACH IJEN:
FROM BALI: Taxi to UBUNG BUS STATION (1 hour 15 minutes) --> Bus to GILIMANUK PORT (3 hours) --> Ferry to KETAPANG BAYUWANGI (40 minutes) --> Private transport/Ojek to POS PALTUDING BASE (1 hour 20 minutes)


Jam dah 1700. Gelap. Dah maghrib. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Jumpa travel agent yang tawarkan kos pengangkutan dan tiket masuk ke Ijen dengan harga murah berbanding biasa.  Kedai lebih kurang 50 meter di sebelah kanan seberang jalan jeti Ketapang. Ijen Tour and Transport Ketapang. Bodek punya bodek bos kedai, Mr. Leo dapat la harga transport RpH 170k ke Ijen, Rph 130k ke Probolinggo untuk esok dan tiket Ijen harga local RpH 10k aje. Kalau tiket harga tourist memang mencecah ~RpH 100k. Dapat la cover balik duit aku yang ‘terhilang’ kerana tiket bas tadi.

Mr. Leo siap rekomenkan motel murah. RpH 55k siap ada tv dalam bilik dan private bathroom. Sebelum dia hantar aku pegi motel dalam kampong Bayuwangi tu, aku sempat singgap pegi IndoMart (macam kedai 7-E) cari mask, bekalan air dan makanan untuk malam ni dan seterusnya.

Sampai motel jam 1830. Mandi solat bagai. Makan roti sikit, seharian tak makan dari tengah hari tadi. Set alarm jam 2330 kerana aku perlu bangun persiapkan diri. Transport ke Ijen akan datang pick up jam 0030. 

Gambar ni je sebab katil dah penuh dengan barang barang (malas nak kemas balik)

Charge semua phone dan camera. Masa untuk recharge energy. Tido.

[bersambung…..]



NEXT POST: IJEN YANG AZAB TAPI MENAKJUBKAN!!!!!

No comments:

Post a Comment