Wednesday, October 7, 2015

Penang & Medan Solo Backpacking Day 1 : Georgetown Street Arts Hunting Part 1

"In the name of Allah"

Raya Haji tahun ni aku tak balik rumah lagi. Aku terplan pulak trip ke Penang feat Medan sebab tertengok tiket return tak sampai RM150 Penang-Medan. 



Nak dipendekkan cerita, cuti hari sabtu aku balik macam biasa ke Semenanjung dengan backpack hijau kesayangan tu.



Aku suka amik gambar kalu duk seat tepi tingkap.

Sampai je KLIA2 petang tu aku terus amik shuttle bus RM11 ke KL Sentral. Pastu naik LRT dan tukar coach di Masjid Jamek ke TBS RM3. Lama tak menapak kat Stesen Bas TBS ni. Usha usha tiket akhirnya beli la tiket TBS-Butterworth RM34.30 jam 2325. Melangut la kejap aku kat TBS tu.


Lama dah tak naik bas. Semua dah maju sekarang, banyak perubahan.



TBS atau Terminal Bersepadu Selatan ini besar la jugak bagi aku. Siap ada Balai Berlepas macam airport pulak. Kalau kau dah turun ke sana, dah tak boleh nak naik tingkat atas tempat kaunter tiket lagi.



Departure Gate 5 : TBS - Georgetown



Bas gerak on time. Aku amik seat belakang sekali sebab mudah nak tido. Selesa dan takde orang kat sebelah nak kacau ke hape ke. Seronok tido sampai tak hingat dunia. Jam 0450 bas sampai di Butterworth dan berhenti di hadapan pintu masuk terminal feri.



Dengan mata sedikit mamai, aku berjalan ke jeti ikut untie India ni.



Tengah beratur beli tiket. RM1.20 je.



Tunggu pintu masuk ke feri buka.



Naik feri pertama jam 0500. 

Sampai je Georgetown dalam 0530, aku berjalan kaki cari masjid nak solat subuh.



Terjumpa bangunan dengan lampu warna warni. Mana la ni masjid, dah la sunyi pulak jalan takde orang. Jalan macam lipas kudung tak toleh kiri kanan dah. 15 minit menapak baru la nampak masjid dari kejauhan. LEGA.



Masjid Kapitan Keling. 



Lepas solat aku lelap dalam masjid sampai la jam 0700. Hari dah siang elok. Baru best berjalan cari hostel yang aku dah tempah guna booking.com. Hostel ni area Jalan Chulia, kira tak jauh la dari masjid tadi. 

Mempersembahkan...



Roommates Hostel. Recommended by Tripadvisor.

 Uncle Cina yang jaga hostel cakap dorm wanita belum buka. So aku tinggal backpack keluar pegi memulakan misi STREET ARTS HUNTING.

PEMENANG PERTAMA JATUH KEPADA....



Mr. Bean is here.. 

Ok sebelum tu, aku cerita skit la street arts di Penang ni. Setakat pembacaan aku, ada street arts jenis mural yang dilukis pelukis Lithuanian, Ernest Zacharevic dan satu lagi jenis welded iron caricatures. Benda ni semua antara tarikan Georgetown yang merupakan UNESCO World Heritage Site. 



PEWITTTT...
Marilyn Monroe is here too.. 

Ni antara welded iron caricatures yang sempat aku jumpa pagi tu sebelum check in hostel. Ada yang tak bernama tu aku reka sendiri, tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Harap maaf.




1. Narrowest Five Foot Way (Lorong Stewart)



2. Wrong Tree : Tuak (Lorong Pasar)



3. Cheating Husband (Love Lane)



4. Tourist (Love Lane)




5. Kopi-O (Lorong Kimberley)



6. Property (Lebuh Victoria)



7. Escape (Lebuh Acheh)



8. No Plastic Bag (Lorong Prangin)



9. Chicken Alley (Che Em Lane)



10. Beca (Lorong Chulia)



11. Rope Style (Jalan Pintal Tali)



12. Waterway (Gat Jalan Prangin)



13. Cow and Fish (Lebuh Melayu)



14. Bullock Cart Wheel (Jalan Masjid Kapitan Keling)



15. Iron Welding (Jalan Tok Aka)




16. Mahjong (Stewart Lane)



17. Tok Tok Mee (Jalan Masjid Kapitan Keling) 

Dalam 1045 kaki dah mula rasa kebas (tanda letih), aku balik check in kat Roommates tadi untuk 3 hari 2 malam. Bayaran cuma RM52. Murah giler wey.



Roommates II (Dorm Wanita). Ancient Chinese Old Buiding.




Tengah mendaki anak tangga ke bilik, nak luruh jantung aku. Hampir terkezut babun tertengok anjing ni, ingatkan hidup rupanya patung aje. 




Bilik ada 4 katil tapi aku sorang je yang check in hari ni. Heaven giler. Aku mandi dan membuta lagi sampai la zohor. Hahaha.

Lepas zohor dalam jam 1315, aku keluar balik untuk sambung balik hunting yang tak setel tadi di kawasan Armenian Street dan sekitarnya.



18. Ting Ting Thock (Lorong Seck Chuan)



19. Pawnshop Lady (Carnamon Street)


20. Thief and Guard (Campbell Street)




21. Policefighter (Chulia Street Ghaut)




22. Procession (Lebuh Armenian)




23. Gedung Rumput (Queen Street)




24. Road to Hajj (Acheen Street Ghaun)




25. Yeoh Clan (Chulia Street Ghaun)




26. Preach (Church Street)




27. Report Card (Chulia Street)




28. Japanese Camera Shop (Cintra Street)




29. Bengal bread (King Street)




30. Cantonese street food (Cintra Street)




31. Untrained Parakeet (Lebuh King)




32. Three Generations (Lebuh Kimberley)




33. Mr Five Foot Way (Jalan Transfer)




34. Jimmy Choo (Lebuh Keith)




35. One Leg Kicks All (Lebuh Muntri) 


Note: No. 35 ni paling susah nak cari sebab tersembunyi di sebalik papan kayu, ada construction work.




36. Win Win Situation (Lebuh Muntri)




37. Backpackers' Main Street (Chulia Street)




38. Nasi Kandar Origin (Ah Quee Street)




39. Kapitan Chung (Ah Quee Street)




40. Too Narrow (Lorong Soo Hong)




41. Cannon (Cannon Street)




42. Novelist birthplace (Lumut Line)




43. Coppersmith's Street (Armenian Street)




44. Happy Hour (Transfer Road)




45. Course Salt (Green Hall)




46. Indian Goldsmith (Queen Street)




47. Limousine (Lebuh Carnarvon)




48. Goddess of Mercy Temple (Lorong Muda)




49. Too Hot (Pengkalan Weld)




50. Barber (Sungai Ujong Road)




51. No Name (Location undetected) Kikiki


[bersambung...]

No comments:

Post a Comment