Saturday, October 17, 2015

Penang & Medan Solo Backpacking Day 3 : Medan Arrival


Selamat sudah mendarat di Kualanamu Medan. Tetiba jadi blur taktau nak buat apa. Selalu jadi camni bila aku backpacking sorang sorang. Mungkin rasa gemuruh pertama kali di tempat asing bukan sebab kurang persediaan.



Lukisan Masjid Raya di dinding Lapangan Terbang Kualanamu. 

Aku melilau airport ambik nafas kejap pikir apa yang patut. Tengok kedai simkad terus beli sim Indosat RpH 35k. Kalau takde internet masa travel, rasa macam patah kaki je tak sedap nak berjalan.


Aku pergi kaunter ARS beli tiket RpH 100k jam 1433. ARS or Medan Airport Railink Service ini merupakan rangkaian kereta api yang khusus menghubungkan airport dengan Bandar Medan.



Stesen ARS yang bersambungan dengan lapangan terbang Kualanamu. Tunggu kereta api sampai dulu.



Suasana dalam ARS. Lengang je, ada dua tiga orang je makhluk sekali dengan aku.


Sampai stesen kereta api Bandar Medan jam 1530. 

Kat luar stesen, aku amik becak RpH 60k untuk pergi money exchange tukar duit dan mintak terus hantar ke hotel. 



Stasiun Medan.

Sebelum bertolak dengan becak, aku deal dengan sorang supir ni, Mas Aldi untuk plan ke Si Piso Piso dan Buki Gundaling esok. Terpaksa bayar mahal skit RpH 800k sebab aku sorang je tapi dia janji service tip top. Harap harap macam tu la.

Medan sama je dengan Surabaya. Macet. Jem. Jam 1630 selamat tukar duit dan check in hotel Permata Inn, RpH 390k untuk 4 hari 3 malam. Semua ok kecuali bilik air kat luar. Huhuhu.



Katil dua single. Heavennya. Satu untuk tido, satu untuk letak barang.



Aircond ada.



Meja untuk letak barang ok la daripada takde langsung.



Layan tv sekejap sambil rehatkan kaki.

Lepas mandi dan rehat, aku keluar hotel jam 1730 cari dinner di Merdeka Walk. Jenuh den berjalan sebab hostel aku jauh skit, dalam 30 minit tu nak sampai.



Terjumpa monumen Guru Patimpus dalam perjalanan. Siapakah beliau? Jom la aku cerita skit. Guru Patimpus Sembiring Pelawi merupakan orang yang bertanggungjawab membuka kota Medan pada tahun 1590. Kawasan yang mula mula diterokai beliau di tepi dua batang sungai iaitu Sungai Deli dan Sungai Babura.



Menara jam dan air terjun. Bangunan dengan bentuk atap macam minangkabau di sebelah kiri.



Dah nak gelap. Bila mau sampai nih?



Akhirnya sampai jugak Merdeka Walk. Aku berjalan dari kedai depan sampai la hujung mengusha menu best best dari tempatan hingga la western.



Deretan gerai makanan, taktau nak pilih yang mana satu.



Gerai berkonsepkan taman permainan. Boleh la datang sini yang ada anak kecil, sambil makan sambil tengok anak naik kuda.



Sate. Kegemaran aku. Tak try pun sebab lapar nasik.



Dessert pun ada, brownies.



Landmark Merdeka Walk.



Orang masih bersenam di Lapangan Merdeka walaupun dah nak maghrib. Balik la rumah wahai rakyat jelata wey.



Kedai pilihan aku, Warung Kopi Srikandi.

Oleh sebab asid dah menghakis perut tahap kronik, aku settle down je dengan nasi urap ayam bakar and es serai limau RpH 56K. Ayam bakar kedai ni sedap sama macam di Yogjakarta.



Rasa masakan sebenar Medan. Rugi datang jauh makan fastfood je.

Setel makan dekat jam 1930 terus berjalan balik hotel. Kenderaan bertali arus di jalan. Bila la nak lengang jalan kat Medan ni.



Tersinggah la pulak di mall, saja la intai suasana pasar raya di negara orang kan. Padahal nak masuk tengok jajan best kat bahagian makanan. Hahaha.



Hypermart H. 



Wow, gelap mata tengok pilihan air banyak sangat.



Biskut famous, Tim Tam. Beli 1, percuma 1.



Biskut yang tak bape nak famous, Genji. Kalau Genji dalam loghat Kabong maksudnya ganas. Orang Kelantan royak debbe.



Lepas jamu mata tengok snack yang banyak tu, habis jugak la duit aku RpH 20k beli bekal air dengan makan untuk sahur esok. Hajat di hati nak puasa Hari Arafah esok, moga moga terjaga la sahur nanti.


Sampai hotel jam 2030. Aku mesej sekali lagi Mas Aldi untuk ingatkan plan esok hari. Pastu terus tido awal. 


Selesai Hari Pertama di Medan.

No comments:

Post a Comment