Tuesday, October 20, 2015

Penang & Medan Solo Backpacking Day 4 : Si Piso Piso ft Gundaling Hill


Jam 0430 aku dah jaga untuk sahur. Ini kali pertama puasa masa travel, so kena sahur skit biar tak lembik nak jalan sana sini. Hari ni motif nak gi air terjun Si Piso Piso dan Bukit Gundaling. Kenapa pilih tempat ni, satu sebab ialah dari Si Piso Piso aku boleh tengok Danau Toba. Dua, aku nak tengok gunung berapi yang aktif.



Nah, teaser Si Piso Piso yang sangat underrated di Medan, Sumatera Utara.



Jam 0615 Mas Aldi datang pick up aku kat hotel dengan Toyota Innova. Pergh, bagi aku kira grant la sewa MPV sorang sorang. Borak la skit skit dengan dia dalam perjalanan. Tunjuk ramah. Kang nanti dia cop orang Malaysia ni sombong. Rupanya dia pun first time ke Si Piso Piso. Lor, aku ingat dia orang tempatan penah la sampai kan. Hahaha. 

Sedikit sejarah tentang etnik di Medan. Suku kaum Batak yang terkenal dengan karnibalisme sekitar kurun ke-16. Mitos tentang mereka yang memakan daging manusia tu tak dapat nak pastikan sahih ke tak. Batak ada 5 jenis suku iaitu Karo, Mandailing, Pakpak, Simalungun dan Angkola.



MPV kami melewati Sibolangit sekitar jam 0740. 



Cuaca sejuk dan bergabus dengan pemandangan tersangal la awesome sebab jalan yang kami lalu tu membelah Pergunungan Sibayak. Aku tak tahu nak describe macam mana dalam ayat or perkataan. Nak tunjuk gambar pun, dapat snap sekeping dua je.



Sungguh wey aku tak lupa sampai sekarang pengalaman MPV kami mendaki, nampak kenderaan kat atas gunung pastu bila dah di atas kami nampak kenderaan lain pulak kat bawah.



Aku nampak banyak lori bawa hasil kraf tangan macam anyaman bakul. Ada jugak banyak saluran paip dan lori angkut air. Mas Aldi kata ada air mineral yang dijual diambil dari pergunungan ni, itu yang banyak lori bersusun tepi jalan kumpul air.



Pergh, jajan banyak giler wey. Mampu telan air liur tengok dari dalam kereta. Sabar sabar. Kau tu puasa, ingat Tuhan.



Jam 0800 kami sampai satu pekan kecil di Berastagi. Kami stop kejap sebab Mas Aldi request nak breakfast



Awal pagi yang lengang. Keluar kereta je angin dingin menyerbu muka. SEJUK!!!



Hey, mana semua orang ni ha???



Kedai tempat berhenti, Warung Wajik (tetiba teringat wajik yang selalu arwah nenek aku buat huhuhu).

Aku bagitahu Mas Aldi nak wander kejap check kawasan situ. Tak kuasa aku nak duduk melangut saje tengok beliau makan. Kang kurang pulak pahala puasa aku duk telan air liur. 



Banyak ladang sayur dan buah area pekan ni. Suasana pekan seperti Cameron Highland. Dingin dan menghijau dengan tanaman.



Banyak pokok pine tumbuh, sesuai dengan suhu sejuk kat sini kot.



Van warna warni tengah mengangkut hasil tanaman.

Dah siap Mas Aldi breakfast, kami bertolak meneruskan perjalanan melalui kawasan Bandar Berastagi pulak. 



Cantik dia punya atap pondok tengah jalan tu. Memang asli Batak punya architecture.



Tugu Peringatan Rakyat Tanah Tinggi Karo (Berastagi).



Tugu kubis melambangkan majoriti penduduk Berastagi bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan.



Papan tanda ucapan dengan perkataan yang dibentuk daripada bunga bunga kecil. Sape pulak yang meninggal tu???

Habis sahaja jalan bandar tadi, perjalanan kami merempuh kawasan perkampungan sebelum sampai Pekan Kabanjahe jam 0830. Kalau dah sampai Kabanjahe nanti, maksudnya Si Piso Piso dalam 30 km lagi.



 Sepanjang perjalanan banyak bertembung dengan lori penuh dengan petani nak turun ke ladang or kebun.



Lelaki atau wanita, semua berangkut dalam lori. 



Senyuman diukir di wajah wajah rakyat jelata bila aku tujukan lensa kamera dari dalam kereta. Betapa gembiranya mereka walaupun dengan kehidupan yang terhad di sini. 



Sampai di Bandar Merek kami stop sebab Mas Aldi tak pasti lokasi Si Piso Piso. So dia pegi tanya orang meniaga sayur kat tepi jalan.



Lepas dapat direction, kami sambung balik perjalanan dalam 20 minit dan sampai di satu persimpangan masuk ke Si Piso Piso. Ada pintu gerbang kat jalan tu. 



Drive lagi 10 minit masuk ke dalam sebab Si Piso Piso tepi Danau Toba, jauh dari jalan raya.



Belum nampak lagi kelibat Danau Toba, cuma ada bukit dan gunung dengan kabus nipis. Aku ada baca kat blog sape ntah, dia cakap sebelum sampai Si Piso Piso pun kita dah boleh nampak Danau Toba. So aku bagitahu Mas Aldi pasal tu. Dia cakap ok, kalau ada nampak boleh berhenti kejap. Tiba tiba........hampir nak menjerit aku suruh dia berhentikan kereta. 

Sebelah kiri, Danau Toba beb.



Terpukau tengok alam. Berdiri tegak 5 minit menghayati keindahannya. Perkampungan Tongging tak kelihatan dalam ni.



Setel snap gambar, sambung perjalanan 5 minit lagi baru la sampai Si Piso Piso dalam jam 0910. Bayaran masuk RpH 8k and parking RpH 5k. Menapak dulu kawasan sekeliling tengok apa yang ada.



Terjumpa papan tanda tentang proses terbentuknya Danau Toba.



Okay, mari cerita skit tentang lokasi pertama hari ini. Air Terjun Si Piso Piso merupakan salah satu tempat pelancongan terpencil di Sumatera Utara. Berada di Tanah Tinggi Karo dan tidak jauh dari pemukiman penduduk Desa Tongging. Air terjun ini berada di perbukitan dengan ketinggian sekitar 800 mdpl dan dikelilingi oleh hutan pine.  



Dengan memiliki ketinggian sekitar 120 meter, ia merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia. So i can called it, Little Niagara of Sumatera. Terpegun tengok air mencurah curah keluar dari lubang kecik tu.

Si Piso Piso ini mengalir dari satu sungai bawah tanah di Pergunungan Karo dan membentuk aliran gua 120 meter ke dalam dasar Danau Toba. Meaning kat sini, hampir keseluruhan air terjun ni mengalir dalam tanah. Mungkin dasar yang aku nampak itu je aliran air atas permukaan tanah. Menakjubkan bukan. Kuasa Tuhan semua tu, tak terjangkau dek pikiran manusia.



Bergambar kenangan di sebelah Si Piso Piso.



Deretan anak tangga menuju dasar air terjun. Sumber dari Encik Google cakap ratusan, malah ada cakap ribuan anak tangga. Pergh nak turun takde la masalah sangat, nak naik kemudian tu la haru biru jadinya. 

Bincang dengan Mas Aldi nak turun ke tak kat dasar air terjun. Kalau nak turun dan naik semula, ambik masa hampir 2 jam. Ingat skit Ain, kau tu puasa. Kang pengsan kat situ takde sape nak usung naik. So kami berpakat turun ke post pertama je la sebab takut makan masa nanti.



Mas Aldi lead, aku turut dari belakang.



Sape punya keje vandalisme ni ha??? Suka suki je conteng sana sini.



Seram jugak bila pandang belakang waktu turun tu sebab hutan. 

For me, maintainance of this is not well enough. Tangga dah pecah sana sini. Pastu laluan tanah licin especially lepas hujan. Masa nak turun tu pun aku hampir 2,3 kali nak tergelincir.



Sampai di pos pertama. Kat sini pemandangan lagi cantik wey. Kenapa cantik? Ni la sebabnya.



Bila kau toleh tepi nampak air Si Piso Piso tu mencurah laju ke bawah ibarat hirisan tajam pisau. Pastu ada tanah tinggi menghijau. Boleh nampak dengan jelas ada dua tiga lagi pos kat bawah.



Bila tengok depan kau akan nampak Danau Toba terbentang luas dengan Perkampungan Tongging ibarat model lego, kecil bangat.



Terharu giler tengok pemandangan camni. Rasa nak nagis kat situ jugak. Malangnya Mas Aldi ada kat tepi tengah snap gambar, so tak jadi la emosi sangat. 

Habis sesi touching tadi, sambung lagi menapak turun ke bawah sehingga sampai satu warung kecik. Waktu ni kaki dah rasa kebas semacam. Tak sempat nak membilang berapa anak tangga dah aku menapak turun.




Sape yang nak basahkan tekak, boleh la singgah rehat dan minum sebentar.



Mas Aldi memang sporting. Siap jadi photographer aku tu. Dia pun siap selfie sorang sorang lagi. Dah dua dua jakun tak pernah sampai sini. Hihihi.



Jumpa pokok kopi kat sini. Indonesia kan terkenal dengan kopi luwak. Mane si musang? Aku nak suap buah kopi ni. 



So, sampai sini je pengembaraan menuruni anak tangga Si Piso Piso. Misi nak mendaki naik anak tangga pula ke atas.



Lemah wey tengok anak tangga yang banyak. Hadoi hadoi, pandai turun kena la pandai naik balik. So menapak naik dekat 20 minit.



Singgah gerai souvenir dulu sambil rehatkan kaki.



Beli frigde magnet getah 3 keping dapat la harga RpH 20k lepas tawar menawar dengan akak tuan kedai.



Souvenir seperti tshirt, sweater, topi, aksesori lain ada kalau nak membeli. 

Mas Aldi pelawa nak bawak aku tengok secara dekat Perkampungan Tongging. Ok, set. Lagipun aku dah bayar mahal mahal kat dia. So dia drive dalam 15 minit turun ke sana.



Perkampungan Tongging semakin jelas.



Mas Aldi kata cuba tengok belakang. Ya Allah. Si Piso Piso kat sebelah kiri. Tadi tinggi galah, sekarang kontot je dari bawah perkampungan Togging.



Perlahan je Mas Aldi drive Toyota untuk aku amik gambar sebab waktu sampai Tongging, hujan dah rintik rintik turun. So kami menyusuri jalan dengan berkereta je.



Bot untuk angkut pelancong teroka Danau Toba. 

Macam tak percaya, depan aku ni adalah Danau Toba yang terbentuk ribuan tahun dahulu hasil letusan seminggu supervolcano sehingga mengorbankan lebih 60 juta manusia. Kajian menyebut abu letusan disebar angin selama dua minggu sehingga meliputi separuh dunia dari China ke Afrika Selatan. Satu perkataan je aku boleh kata, DASHYAT!!!!



Sumber pendapatan masyarakat Tongging, menternak hidupan laut seperti ikan dan ketam.



Memerhati kehidupan seharian masyarakat di Tongging.



Kehidupan yang serba kekurangan. Terasa bertuah hidup aku sekarang. Sekali lagi sebak di dada.



Adakah sungai ni dari air Si Piso Piso and mengalir ke Danau Toba? Tak dapat nak pastikan sebab orang kampung takde nak bertanya.

Habis jelajah perkampungan Tongging selama 15 minit, kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Bukit Gundaling. Tujuannya nak tengok gunung berapi aktif Sinabung dan Sibayak. Lokasinya terletak di Bandar Kabanjahe. So kiranya ini perjalanan pulang tapi untuk sampai ke sana ambil masa 1 jam sebab bukit tu 1.5 mdpl dan jauh ke dalam kampung. Lebih kurang jam 1200 baru sampai sana. 

Bayaran masuk RpH 7k and parking RpH 5k.



Selfie dengan patung Puteri Gunung Beru Patimar.



Puteri Gunung Beru Patimar dan kekasihnya. 

Lagenda tentang puteri ini menghidapi penyakit misteri dan hanya madu Tualang yang mampu menyembuhkannya. Madu itu akhirnya berjaya diperoleh oleh seorang pawang terkenal dan berjaya mengubatinya. Aku tak pasti apa kaitan kekasihnya tu dalam cerita ni sebab pawang itu dikatakan hodoh tapi aku tengok patung lelaki tu hensem je. Cerita yang tak lengkap. Aku google pun tak jumpa jumpa.



Menyusuri jalan masuk ke tempat melihat Sinabung dan Sibayak ada deretan gerai cenderamata.



Banyak sweater yang dikait dengan pelbagai jenis design yang menarik. Aku tengok tengok je la, tak membeli pun kat sini. Mas Aldi ada membeli tshirt.



Ini kali pertama aku tengok dengan jelas gunung berapi yang tengah aktif. Tak pasti mana satu Sinabung atau Sibayak tetapi ada dua gunung kat situ yang tengah keluarkan kepulan asap. Ni kita tunggu masa nak muntahkan lava agaknya.



Selfie skit dengan Sibayak dan Sinabung.



Perkampungan Berastagi dan Kabanjahe. Kalau dua gunung tu meletus, gamaknya semua rakyat jelata kena pindah dari situ.



Bagi yang nak duduk lama ada je khemah kecik dengan tikar untuk disewa. Kalau tengok sunrise or sunset memang cun. Harganya aku taktau pulak, tak sempat nak bertanya.



Kuda ku lari gagah berani.... (monolog nyanyian)



Aku nak belai kuda ni tapi takut si dia terkejut pulak. Kang naik minyak si kuda ni kejar aku, tak cukup tanah lari nanti. 

By 1245 kami segera bertolak untuk balik ke Medan. Singgah di tepi jalan dekat Kabanjahe untuk beli buah. Masa turun kereta, sjcam aku jatuh. Gedebuk. Lens calar. Damn.



Lepak je mak cik ni tunggu pelanggan singgah gerai.



Aku beli 1 kg limau. RpH 10k je, murah siot. Aku bahagi dua, separuh bagi kat Mas Aldi. 

Plan nak stop di Pasar Berastagi terpaksa pula cancel sebab hujan semakin lebat. Mas Aldi drop aku di surau (somewhere in Berastagi) untuk solat Zuhur dan dia pegi makan tengah hari.



Tersnap pulak haiwan exotic ni dalam perjalanan balik.

Aku pesan kat Mas Aldi untuk drop aku di pejabat pos Medan je sebab aku nak ke sana. Pastu nak wander sekitar bandar hingga waktu berbuka. Jam 1600 baru sampai Medan sebab jem teruk. Heran aku, Indonesia ni kat mana je yang tak jem ha.



Lepas said thanks dekat Mas Aldi, aku terus je masuk pejabat pos sebab takut tutup. 



 Pejabat Pos Utama Medan.



Beli poskad di kedai cenderamata dan setem RpH 24k di kaunter. Lepas siap tulis, terus pos pada diri dan member aku. 



Bismillah, moga cepat la sampai poskad ni. 

Waktu tu dah 1645. So ada masa skit nak cari Tjong A Fie Mansion. Semalam masa baru sampai Medan, aku ada ternampak satu bangunan macam pagoda berdekatan stesen kereta api Medan.



Itukah Tjong A Fie Mansion? Ok, lintas guna jejantas nak ke sana.



Ada parkson. Huh, rasa malas la nak pegi sana. Esok esok la kalau aku rajin. Lagipun kat Malaysia pun ada Parkson.



Pemandangan landasan kereta api dari atas jejantas.



Stesen kereta api di sebelah kiri, mall di sebelah kanan.



Penuh sepanjang jejantas tu orang menjaja air dan makanan. Tak berani pulak aku nak rasa street food ni. Kebersihan diragui, kang tak pasal pasal esok lusa berulang masuk tandas cirit birit.



Masa turun tangga jejantas, nampak ada gerai buku buku terpakai. Bagusnya la orang Medan ni, memartabatkan ilmu. 

Dah sampai bangunan padoga warna hijau kuning tadi. Letih ambo jalan kaki. Bila tanya guard, ini sebenarnya Wisata Setia Budi. Tokong Buddha rupanya.




Wisata Setia Budi. 



Ukiran Buddha pada pagar wisata.



Aku tak masuk dalam temple tempat ada patung Buddha besar tu sebab ada upacara sembahyang. So amik gambar dari luar bangunan je la.

Energy dah nak deplete ni. Aku berjalan balik ke Merdeka Walk dan tunggu masa nak buka puasa.



Jalan sentiasa sibuk di Medan, terutamanya waktu petang.



Oh, ada McD rupanya. Taknak la aku fast food. Puasa seharian so aku nak makan nasi. Trip Medan kali ni dilarang makan makanan segera. Hihihi. Kalau nak McD, dekat rumah aku pun hade.



Dataran Merdeka Walk. 

Aku duduk kat restoran semalam je sebab dah blur dan tak larat nak jalan sana sini. Order pun makanan yang sama. Cuma air tukar and tambah desert hari ni kira macam reward untuk diri sebab puasa.



Nasi urap ayam bakar, air kelapa gula aring and bubur sumsum pulut hitam 
RpH 75k.
  
Alhamdulillah berbuka dengan selamat. Lepas habis je makan aku berjalan balik ke Permata Inn sekitar jam 1930. Sampai bilik terus mandi solat semua. Kunci jam dulu sebab esok Hari Raya Haji nak bangun awal untuk solat di masjid. Jam 2100 aku dah pengsan tido…

SELAMAT MALAM MEDAN.

No comments:

Post a Comment