Saturday, August 15, 2015

Trans Java Solo Backpacking: Chapter 12 - Jakarta

Jam 0300 aku bangun and siap semua. Jam 0415 check out bilik aku tinggal kunci je sebab awal pagi sangat. Aku berjalan keluar ke jalan besar untuk cari teksi. Harap harap ada la pagi pagi buta ni. 

Ni kira suicide mission sebab pagi buta tahan teksi entah dari mana. Aku amik precaution semasa dalam teksi tu buat buat cakap telefon dengan family bagitahu lokasi aku katne sekarang. Alhamdulillah teksi memang terus ke Stesen Kereta Api Bandung.


Lepas bayar Teksi RpH 28k, aku terus masuk stesen sebab dah tak lama nak bertolak. Jam 0500 train selamat bertolak ke Jakarta, my final destination for Jawa backpacking route.


Suasana dalam train pagi Bandung - Jakarta 



Jam 0815 train selamat sampai di stesen Gambir, Jakarta. Lega.


Aku tinggalkan backpack besar di tempat menyimpan barang di stesen (tak silap aku bayaran RpH 20k kot) dan ambil angkut. Shopping lagi dan lagi. Beli baju lagi untuk abah and adik.



Angkut RpH 30k ke Pasar Abang



Dah sampai Pasar Tanah Abang. Tempat ni takde jauh sangat dari Stesen Gambir, lebih kurang 15 km je. Oleh kerana jalan jem memanjang je kat Indonesia ni, pastu kuasa angkut yang tak seberapa, maka perjalanan ke sini ambil masa 30 minit.



Pasar Tanah Abang ni lebih luas dari Pasar Baru di Bandung aku rasa sebab blok bangunan lagi besar dari A - H. 5, 6 kali aku sesat tak jumpa tangga turun dan pintu keluar. Suasana dalam bangunan tak sempat snap gambar sebab kejar masa beli barang and tak nak duduk sini lama lama.

Habis pusing pasar aku balik stesen naik angkut jugak RpH 30k. 



Waktu ni hujan dah mula turun. Gi mana nih nak berjalan jalan nanti. Waduh, gawat. Aku suruh ankel driver angkut drop aku di pejabat pos beli poskad dan pos pada diri sendiri lagi. Hihihi.



Pejabat Pos Utama Jakarta 



Nasib, orang tak ramai berurusan kat pejabat pos. Kaunter pun banyak buka, lagi cepat urusan.


Satu untuk aku, satu untuk member aku. Thank you beb sebab banyak bagi info bantu Trans Java aku kali ni.

Sempat mengusha Cathedral Roman Catholik Jakarta yang bertentangan dengan Masjid Istiqlal.



Gereja yang berusia hampir 100 tahun lebih, mula dibuka pada tahun 1901. Sekali tengok macam Castle dalam cerita kartun Disney pun ade.

Then, aku menapak ke Masjid Istiqlal untuk combo tour and ibadah. Zuhur dah masuk, better solat jama' qasar sini je.

 
Binaan masjid kompemporari sebab masih mengekalkan ciri kubah tapi struktur lain macam bangunan pejabat.



Pintu masuk masjid. Ada kaunter untuk register pelawat asing. Kat sini kena tinggalkan kasut dalam loker.



Ada banyak tadika or taska or taski dalam masjid.



Anak anak yang ceria tengah tunggu parents masing masing datang amik sebab sekolah dah habis hari ni. YEAY!!!!!



Terjumpa 'baby' ni dalam kawasan dalam masjid. Alololo, sedapnya dia tido. Bangun, bangun solat zuhur. Hihihi.



Ruang utama solat. Rasanya macam dah betul aku naik ke tingkat bahagian wanita tapi kenapa ada lelaki ek??? Aneh. Terus solat sini je, lagipun dah lengkap pakai tudung semua lepas amik wudhu tadi kat tingkat bawah.

Selesai solat aku berjalan balik semula ke Stesen Gambir. Hajat di hati nak explore Merdeka Square yang bersebelah dengan stesen tadi.



Woah, ada orang berdemo. Larik sebelum kena tangkap polisi.

Sampai je area stesen, hujan mencurah curah turun semula. Sedey aku.



Amik gambar dari kejauhan je. Aku berteduh bawah landasan MRT dulu sebab nampak sesuatu menarik selain Monumen Nasional ni.

Apa yang menarik??? Ha, hujan telah membawa aku kepada pertemuan street art yang dilukis pada setiap tiang landasan MRT.


Monumen Nasional




MRT Jakarta.



Berlatarkan Monumen Nasional dan Kempen Jaga Kebersihan Jakarta.



Pakaian tradiosional Jawa.



Another traditional costume street art. 



Another one.



Jakarta Baru Maju.



Jam hampir 1400. Hujan masih belum berhenti. Aku terus masuk stesen untuk amik beg yang ditinggalkan tadi.



Suasana petang di Stesen Gambir. Orang dah ramai.


Wah, ada KFC Krushers la dalam stesen. Sedapnya. 


Donut pun ada jual. Menarik la KFC kat sini tapi semua aku tak beli pun. Hahaha. Jangan ikut nafsu Ain.

Jam 1400 aku terus ambil teksi untuk ke Airport Soekarno Jakarta. Bertolak awal untuk elak jem. Nasib baik takde jem lagi.


Jam 1515 sampai airport. 


Mempersembahkan.....Terminal 3 Soekarno-Hatta International Airport.


Masuk dalam check in diri and beg dulu.

Last sekali, perabihkan duit rupiah dengan makan kali terakhir masakan Jawa di satu restoran dalam airport.


Nasi Ayam Penyet Special.

Jam 1830 flight sepatutnya berlepas tapi delay 1 jam. 


Air Asia bagi nasi bungkus dengan air free. Ok jugak tu, aku pun dah mula lapar balik ni.


Pilot pun dah mula boring tunggu flight nak board.

Akhirnya 1935 flight selamat meninggalkan Indonesia. Banyak sangat kenangan tercipta di Bumi Jawa ni. Terima kasih Tuhan atas pengalaman yang tak ternilai sepanjang 8 hari di sini.


Bye bye Indonesia. THE END.

No comments:

Post a Comment