Thursday, October 22, 2015

Penang & Medan Solo Backpacking Day 5 : Eidul Adha in Medan


Aku tersedar jam 0600. Dah siap semua terus aku keluar hotel berjalan ke Masjid Raya. Ingat dekat tapi jauh giler sampai aku dah peluh peluh berjalan. Lalu lapangan Merdeka tengok semua orang dah mula solat raya. Aduh, macam mana ni. Nak solat sini ke masjid??? Last last aku sambung je berjalan ke masjid.



Sampai masjid jam 0815 orang dah siap solat dan khutbah pun. Sedih giler tak dapat jemaah tapi takpe la, solat sendiri pun ok gak.



Aku tunggu orang ramai keluar masjid dulu. Tak pernah aku tengok orang solat raya sampai ke jalan, lapik surat khabar je. Meriah sungguh tengok orang ramai di luar perkarangan masjid.



Kasih sorang bapak. Comel je budak pakai baju raya ikut bapak dia solat kat masjid.



Aku masuk dan berdiri je tengok gelagat manusia. Ada sepasang adik beradik ni tolong mak dia kumpulkan surat khabar yang orang tinggalkan. Tetiba je aku rasa sebak teringat keluarga kat rumah. Tu la, sape suruh kau backpacking masa raya haji.



Masjid Raya Medan Indonesia. 

Lepas dah clear, aku masuk masjid solat sendirian. Pastu sempat la call mak aku ucap selamat hari raya. Huhuhu. Sebelum keluar aku usha interior dalam masjid dengan perkarangannya.



Kubah masjid.



Mimbar masjid.



Bergerak keluar dari kawasan solat wanita ke pintu utama masjid.



Pastu tertengok lembu yang nak ditumbangkan sempena korban. Malas la pulak aku nak tunggu lembu tu kena sembelih. Macam lama je lagi.



Gerai di perkarangan luar Masjid Raya. Beskal ice cream Wall's!!! Aku tengok ia berlalu begitu sahaja. Bila pikir balik, kenapa ek aku tak beli ice cream hari tu. 

Sekitar jam 1030 aku berjalan ke Istana Maimun. Istana ni dekat je dengan Masjid Raya, dalam 5 minit berjalan kaki.


Maimoon Palace.



Waktu melawat. Siap ada live music performance.



Main entrance of the palace.



Balai Utama. Cantik chandelier dia. Rasa macam balik ke zaman lampau je. 

Aku spent masa kat sini lama jugak sebab tak rush ke mana mana. Istana ini milik Kesultanan Deli yang pernah memerintah Medan dahulu tapi sekarang mereka dah tak power nak rule lagi sebab sekarang dah pakai sistem demokrasi. So takde dah sultan sultan ni. The last keturunan Kesultanan Deli masih hidup tapi takde di Medan sebab sambung belajar di Kalimantan. He was like 15 years apabila ditabalkan sebagai Sultan Deli selepas ayahanda baginda mangkat akibat plane crash.



Potret keturunan terakhir Kesultanan Deli.



Ni gambar sebenar. Hensem bukan??? Comel je.



Selfie sekeping dengan Sultan Deli.



Puteri Raja sesat. Kikiki. Ramai jugak orang hari raya pun. 

Dalam istana ni ada kedai sewaan pakaian diraja. So sapa nak rasa jadi raja, boleh la sewa baju RpH10k dan ambil gambar RpH10k di singahsana Istana.



Singsahsana Istana.



Satu lagi spot yang sesuai untuk bergambar dalam istana ni. 

Sambil tengok gelagat manusia kat situ, sempat la borak dengan local. Ada satu group pelajar sekolah perubatan, 4 orang bakal nurse. Nurul yang paling peramah. Dia siap puji kata kerajaan Malaysia bagus la apa la. Pastu boleh pulak dia condemn Medan kata orang sana jenis kasar. Hahaha.



Bergambar dengan adik adik jurusan sekolah nursing Medan.



Ada pak cik menjual model motosikal berkuasa tinggi di perkarangan Istana Maimoon. 

Dalam tengah hari jugak baru aku gerak ke Tjong A Fie Mansion. Alhamdulillah kali ni tak sesat lagi. Bayaran masuk RpH 35k.



Pintu gerbang Tjong A Fie Mansion.



Sedikit info tentang wisata ini yang ditulis dalam bahasa Inggeris.



Perkarangan luar mansion.

Ini kiranya salah satu tempat sejarah jugak la kat Medan. Tjong A Fie sebenarnya taiko China and datang merantau ke Medan. Dia ni best friend kepada Sultan Deli pada waktu tu. So dia banyak menyumbang pada pembangunan dan kebajikan rakyat di Medan.



This is Tjong A Fie.

Dia pernah kawin dengan gadis dari Pulau Pinang tapi isteri dia tu tak hidup lama. Wife terakhir dia gadis kacukan Cina Melayu Medan. So keturunannya dari wife terakhir yang masih tinggal di mansion ni. Waktu tu takde pula aku dapat jumpa.



Rumah dengan seni bina seperti rumah baba nyonya di Melaka.



Master room kepunyaan Tjong A Fie.



Alat dan bahan kerja yang digunakan Tjong A Fie semasa hayat beliau.



Pakaian Tjong A Fie semasa sampai ke Medan.



Tas tangan kepunyaan isteri beliau.



Salah satu bilik kepunyaan anak Tjong A Fie.



Meja makan. Menurut petugas mansion, Tjong A Fie amat mementingkan makan bersama keluarga.



Bilik sembahyang.



Peta lama Bandar Medan.



Foto tongkat emas kepunyaan Tjong A Fie.



Tingkat atas mansion yang menempatkan koleksi gambar keluarga Tjong A Fie.



Foto lama Chinatown Medan dan keluarga Tjong A Fie.



Butik pakaian masyarakat keturunan Cina Medan. Pelawat boleh membeli mana mana koleksi tersebut.



Tjong A Fie Mansion mendapat pengiktifan sebagai antara wisata di Medan yang kerap dikunjungi pelancong.



Mengabadikan kenangan dalam buku pelawat. 

Dalam jam 1400 aku menapak nak berjalan balik ke hotel. Semalam aku google ada satu restoran yang makanannya lebih murah dari Merdeka Walk. Ingat kalau restoran tu area sini memang aku nak singgah la makan tengah hari. Rezeki Hari Raya berjalan 10 minit jumpa restoran tu.



Mempersembahkan, Restoran Tip Top. Tetiba aku teringatkan nama fb member sekolah aku, Tipah Tip Top. Hahaha. Apa lagi, silalah masuk order makanan.



Lama jugak duk kira duit congak bajet. Last last aku order nasi putih, ayam panggang cabik hijau and air alpokat mix fruit RpH 34k je. 2x ganda lagi murah dari makanan kat Merdeka Walk.  Hihihi.

Selesai makan, aku berjalan singgah Merdeka Walk untuk redeem kupon di restoran semalam masa buka puasa, Warung Srikandi. Dapat la free honey roast bread dengan es teh limau. 



Makan lagi. Alhamdulillah kenyang sungguh.

Jam 1500 aku gerak balik. Sempat lagi singgah hypermarket untuk beli breakfast esok dengan duit lebihan ada RpH 50k.



Agak lengang Bandar Medan di Hari Raya Aidiladha.

Sampai hotel dekat jam 1600. Mandi solat and tengok tv. Hari ni takde night walk sebab nak packing barang. Esok nak catch up train awal pagi untuk ke airport Medan. Yeay, esok nak balik Malaysia dah.

Lepas siap tulis journal and packing barang jam 2100 terus tido.


SELAMAT HARI AIDILADHA.

1 comment:

  1. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.



    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete