Baki duit rupiah yang tinggal.
Ini sahaja souvenir dari Medan. Fridge magnet getah yang dibeli kat Si Piso Piso semalam.
Hajat nak amik ARS jam 0700 tapi sebab sesat birat ikut jalan lain ke stesen kereta api, akhirnya terlepas. Bye bye train. Sob sob.
Nak tak nak terpaksa amik train jam 0800 RpH100k. Ni satu lagi suicide mission sebab flight balik KL jam 0910. Train pulak amik masa 30 minit dari Bandar Medan ke airport.
Singgah kedai sebentar sebelum train sampai.
Kedai serbaguna kegemaran aku di Indonesia.
Kekacang dan biskut.
Mee segera dan kopi Indonesia.
Roti terkenal Indonesia, Sari Roti. Lagi lembut dan sedap dari Gardenia.
Lunch or dinner pack. Terliur tengok tapi duit tak cukup nak beli. Kahkahkah.
Sementara tunggu train, ni je la yang sempat dibeli hasil sisa duit rupiah. Pastu aku terus check in online pakai hanset je sebab gerenti scene kejar mengejar bakal berulang lagi seperti di Penang bila dah sampai airport Kualanamu.
Train bertolak tepat waktunya.
Pemandangan dari dalam ARS sebelum sampai airport Kualanamu.
Train selamat sampai airport jam 0835. Pintu train terbuka terus je berdesup aku lari dari bangunan stesen ARS ke terminal antarabangsa.
Immigration lepas dengan cepat sebab tak ramai orang. Masa kat check bag tu yang beratur panjang. Lagi 5 minit gate nak tutup ni. Geram je aku nak pintas barisan tapi aku sabar je tunggu giliran. Lepas je selesai check bag, berdesup lagi sambung lari ke Gate 2 macam Usain Bolt.
Kapal terbang mula berlepas.
Medan samar samar kerana jerebu pembakaran. Bye bye Medan, banyak kenangan tercipta di sini. Selesai satu bahagian Sumatera telah aku jejaki. InsyaAllah ada rezeki nak ke Banda Aceh pula.
Aku selamat tiba di KLIA2 jam 1055 waktu Malaysia. Alhamdulillah. Tamat pengembaraan 6 hari di Penang dan Medan.
THE END.
No comments:
Post a Comment