Wednesday, October 14, 2015

Penang & Medan Solo Backpacking Day 3 : Fort Cornwallis & Medan Departure


Wah, dah hari terakhir di Penang. Tetiba rasa sedih pulak. Lepas sarapan dengan KFC beli semalam, aku keluar ke India street sekali lagi untuk cari karikatur welded iron yang tak jumpa sebelum ni. Bila tanya orang kat situ, benda tu dah dicabut masa nak bina pasar baru tapi sampai sekarang belum dipasang semula. Aisemen. Musnah harapan nak kumpul semua koleksi welded iron. Jom la berlagu sedih gerak ke lokasi lain.

Okay, final destinasi in Penang goes to Fort Cornwallis. 



Sedikit sejarah mengenai kota lama ni yang dibina tahun 1786 oleh Sir Francis Light. Kota ini dinamakan bersempena dengan Gabenor Jeneral India ketika itu iaitu Charles Earl Cornwallis. Penubuhannya untuk mempertahankan kepentingan British di Pulau Pinang dari serangan Perancis. Kalau korang masih ingat sejarah dulu, Pulau Pinang menjadi selalu menjadi rebutan antara kuasa Barat disebabkan kedudukannya yang strategik sama macam Melaka.



Bayaran masuk dah mahal sekarang. RM10. Dapat tiket armband ni dengan mineral water 1 botol kecil.



Tugu Sir Francis Light.



Deretan kubu lama. Terasa sedikit seram bila tengok dari jauh. Jom usha apa yang ada dalam tu.



Takde la seram sangat bila masuk menapak dalam kubu tadi tapi aku masih tak nak masuk tengok dekat. Ada model Fort Cornwallis dalam kotak kaca. 



Dekat satu kubu ada pintu pagar macam penjara siap dengan uniform pesalah. So sad jadi prisoner hari ni.

Habis tengok kubu lama, aku gerak ke kawasan yang berdekatan dengan lautan.



Wow, ada lokasi pergambaran kat sini. Kalau datang bertiga, boleh la bergambar dengan member jadi askar askar British.



Meriam Sri Rambai, senjata yang selalu digunakan oleh Sir Francis Light semasa memerintah Pulau Pinang dulu tetapi ia kepunyaan asal Syarikat Hindia Timur Belanda. Meriam ini dihadiahkan pada Sultan Johor sebelum ia berpindah milik dari satu kerajaan ke kerajaan yang lain.



Ada bilik senjata. Jom masuk dalam. Usha usha takde senjata pun kat dalam. Hahaha.



Gambar lighthouse dari dalam bilik senjata tadi. SERAM. Takleh duduk lama lama dalam tu.



Tabik hormat pada bendera Pulau Pinang.



Rumah api Fort Cornwallis.



Amik satu keping selfie untuk kenangan di Fort Cornwallis.



Victoria Clock Tower dari Fort Cortwallis.

Jam 1000 aku keluar dari situ, naik bas CAT di depan Fort Cornwallis dan terus balik hostel. 



Check out hostel dan berjalan di Armenian Street sekali lagi. Tukar duit Rupiah skit dalam RM100. Pastu beli poskad RM6, fridge magnet 5 ketul RM10.



Beli poskad banyak tapi nak guna 2 je. Selebihnya simpan buat kenangan.


Kalut kalut tulis poskad terus pos di pejabat pos tepi Masjid Kapitan Keling. Aku terus berjalan macam lipas kudung pergi jeti amik shuttle bus RM2.70 ke airport jam 1130. Dalam bas aku terus online check-in untuk flight ke Medan.


Lagi 1 jam lebih flight nak berlepas tapi aku masih belum keluar Bandar Georgetown. Akak driver bus ni sangat baik, cekap dan superb. Aku tengah gelabah takut tak sempat sampai airport tapi dia jamin boleh sampai.



Sempat snap Jambatan Pulau Pinang dari dalam bas.



Dah nampak sign airport Bayan Lepas.

Akhirnya sempat jugak sampai jam 1240. Cun cun calling for boarding time.


Aku lari mengalahkan Usain Bolt ke tempat scan barang dan pintu perlepasan (sempat lagi snap gambar sekeping kihkihkih). Alih alih sampai sana, flight delay. Fuh, selamat. Alhamdulillah.


Flight selamat berlepas jam 1320 and dijangka tiba di airport Kualanamu Medan jam 1320 waktu tempatan (Medan sejam lewat berbanding Malaysia). 

Game Face On For Medan.  

[bersambung....]

1 comment:

  1. Betvictor Hotel and Casino - Mapyro
    A casino, also known 제천 출장안마 as 태백 출장샵 a slot machine and 전라북도 출장샵 slot machine, is a casino located 평택 출장마사지 in Sydney, Australia. Betvictor Hotel and Casino is situated on the beach, 대전광역 출장안마

    ReplyDelete