Hampir setel memburu karikatur welded iron. Hanya satu je aku tak jumpa, ingat kan dah boleh bungkus hari ni. Esok je la cari. Nak teruskan misi memburu street arts dan meneroka kedai serta bangunan sejarah pulak.
Moh la kita tengok dan hayati dulu suasana dan pemandangan sekitar Georgetown ni.
KOMTAR from backpacking hostel area
Deretan beca tengah menunggu penumpang.
Aku puji and tabik usaha baik kerajaan serta penduduk setempat untuk preserved khazanah kat sini untuk tatapan generasi muda dan pelancong luar. Benda ni aku rasa sangat penting dan perlu untuk kekalkan identiti Pulau Pinang sebagai salah satu hub pelancongan di Asia Tenggara.
Pelancong asing pilih beca sebagai pengangkutan untuk pusing pusing bandar Georgetown. Aku jalan kaki je jimat sket duit.
The Old Camera Shop
Colourful retro building
Deretan rumah kedai lama
Deretan kedai menjual souvenir dengan sentuhan dicat baru
Kedai Jeruk yang terkenal serantau Malaysia, Jeruk Pak Ali
Colourful purses
Penang Trick Art Museum
Cheong Fatt Tze Mansion (dari jauh je)
Deretan bunga api, ada sambutan perayaan ke? aku tak tahu pun ada.
Old Bicycle Shop
Mini museum
Gerai goreng pisang cheese. Siap ada mascot besar gedabak depan gerai hahaha.
Another mascot found, Hokkien Kid
Masjid Jamek di Lebuh Acheh.
Syed Naquib Al-Attas Mansion. Tak dapat masuk sebab tak dibuka untuk pelawat pun.
Sambil wandering tu, terjumpa juga objek yang pelik but yet creative hasil cetusan idea orang sini.
Kereta lama yang dijadikan tapak untuk tanam bunga.
Basikal tua lama dijadikan hiasan di depan kedai.
Colourful old van.
Jeans dengan kasut sapa ni tertinggal ha? Hahaha.
Selain jumpa Masjid Acheh tadi, di kawasan Armenian Street memang banyak sangat tokong tokong lama dan baru.
The temple with ancient architecture.
The temple with ordinary architecture.
The temple with luxurious architecture and design.
Another luxurious architecture.
Okay HIGHLIGHT post ni mestilah street arts yang bertebaran sekitar Georgetown kan. Macam biasa semua nama lukisan yang jumpa aku reka cipta sendiri je sesedap rasa, ikut kesesuaian penceritaan lukisan tu la.
1. The Sampan Man
2. Tree with No Leaf
3. The Old Lady
4. Roses Ice Cream
5. Poverty Boy
6. The Wedding
7. Melaut Dahulu Menerbang Kemudian (peribahasa baru ke ni??)
8. The Kung-fu Girl (HEAYHHHH)
9. Girl Ride a Turtle
10. Ramayana (i think??)
11. Beat it!!! MJ
12. Vanished!!!
13. The Red Tree
14. Chinese Pau
15. Tiger And Her Cabs
16. Cat And The Trishaw Guy
17. The Trishaw Old Man
18. The Creepy Old Man
19. Motorcyclist kid
20. APEK The Goalkeeper
21. Boy is reaching up
22. Step By Step Lane
23. The Minions
24. Bruce Lee Kicks The Cat
25. The Slam Dunk Kids
26. Boy Plays Kite
27. Kids on Bicycle Ride
28. The Marching Cats
29. Girl in Shock (ARGHHHHHH)
30. Penang Girls in Traditional Costume
31. The Hokkien Kid
32. Chinese Lion Dance
33. Old Chinese Characters
34. The Giant Mouse
Aku perasan banyak binatang yang ada dalam street arts ni rata ratanya kucing. Contohnya macam Bruce Lee terajang kucing tadi. Ni contoh contoh lain street arts yang watak utamanya adalah MEOW.
35. Meow in Three Round Colour
36. Powerful Meow Kicks Minion (DUSHHHHH)
37. Meow is observing Mouse (YUMMY)
38. Giant Meow
39. Meows in Color Blind Test
40. Please Care and Bathe The Meows
41. The Meows Kiddo
Ni pulak antara street arts yang aku jumpa dekat area jalan ke Pelabuhan Weld. Jauh skit dari Armenian Street. Sampai sesat jugak aku mencari.
42. The Harbour
43. A Boy and Pigeons (SORRY for the timbunan kayu)
44. Shopping and Photographing
44. Penang People
45. Urban City vs Penang
Jam 1700 dengan kelaparan yang mencucuk pankreas dan perut, aku tukar haluan berjalan dari Pelabuhan ke Padang Kota. Tengok bangunan kerajaan negeri yang asalnya merupakan bangunan yang dibina British semasa pemerintahan di Tanah Melayu dulu.
City Hall of Penang, 114 years old building.
Perut dah tak sabar menyanyi lagu rock kapak minta diisi makanan. Aku menapak ke area foodcourt di sebelah kawasan Esplanade.
Ramai pulak manusia petang petang camne. Aku pening tengok pilihan makanan, so akhirnya pilih dua kedai ni je.
Gerai ABC dengan Char Koay Teow sebelah sebelah je.
Char Koay Teow Kerang RM5 and Cendok Pulut RM3.50.
Lega perut kenyang senang hati nak chau pergi tempat lain pulak.
Jam 1900, aku naik bas CAT (free shuttle bus) ke Prangin Mall. Saje la singgah mall ni sebab nak cari tali untuk sjcam aku, esok nak pakai.
Night view of KOMTAR.
Tetiba perut lapar lagi. Tampar perut supaya tidak bunyi. Hahaha. Masuk KFC je la beli ayam 2 ketul RM8. Singgah 7-11 beli roti, plaster dan air mineral RM10.
Pastu aku jalan kaki je dari Prangin Mall ke Roommates II. Malas nak tunggu bas CAT tu. Lagipun orang tengah ramai lagi, takde la takut sangat nak jalan sorang sorang.
Sampai bilik jam 2000. Uncle yang jaga hostel bagitahu bilik aku dah ada 3 orang baru check in petang tadi. Ok, uncle. Bisa aje. Masuk bilik nampak katil kosong pagi tadi penuh barang je. Orangnya takde. Takpe la esok lusa je kalu nak berkenalan. Kaki ni rasa nak tercabut jalan tadi. Aku nak rehat dan mandi cepat cepat. Lepas mandi dan makan ayam seketul, revise plan skit untuk esok. Jam 2130 dah tido.
Selamat malam Georgetown.
[bersambung.....]
No comments:
Post a Comment