Hari ni hari kedua di Georgetown.
Macam biasa bangun bersiap dan breakfast dengan ayam KFC semalam. Jam 0730 terus keluar hostel untuk meneruskan pemburuan streets arts yang terakhir di Jalan India.
Terjumpa Upside Down Museum, belum buka sebab awal pagi.
Pusing 3, 4 kali di India Street intai tak jumpa jumpa. Nampak pasar pagi tapi aku tak masuk, malas nak menyibuk dengan orang ramai kat situ. Huhuhu.
Pasar pagi di Pasar Street.
Mana la welded iron yang last nih. Cari punya cari memang tak jumpa. So aku buat keputusan sambung esok je kalau ada masa. Then, aku pergi bus stop naik bas CAT berhenti depan Fort Cornwallis. Saje nak amik gambar menara jam dekat roundabout kat situ.
Victoria Clock Towel
Then aku naik semula bas CAT berhenti kat bus stop depan pejabat pos. Dari situ aku jalan kaki je untuk ke perhentian bas dekat jeti.
Waa, colourful jalan masuk ke Penang 3D Museum.
Dalam jam 0910 aku sampai stesen bas kat jeti. Ni kira pertama kali nak naik bas awam berbayar, sebelum ini naik bas CAT free je.
Perhentian bas lengang awal pagi.
Aku naik bas Rapid 101 untuk ke destinasi pertama hari ini iaitu Taman Tema ESCAPE. Tambang bas RM4. Perjalanan ke ESCAPE ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalananan aku disajikan dengan pemandangan pantai dan jalan bersimpang siur. Boleh mabuk bagi orang yang tak biasa. So tolong la sedia ubat ubatan yang sepatutnya.
Jalan bersimpang siur
Teluk Bahang ke ni???
Cantiknya!!!!! Tapi pelik takde orang pun.
Bersih dan suci je pantai ni.
Jam 1030 baru sampai ESCAPE. Yeay!!!!! Tak sabar dah ni. Kaki dah menggelupar nak memanjat sana sini.
Meh la aku cerita skit pasal tempat ni. ESCAPE ni adalah sebuah taman tema yang
dipenuhi dengan macam-macam jenis aktiviti lasak dan permainan untuk semua lapisan umur masyarakat. Aku memang dah lama mengidam nak
datang tempat ni. Nak ajak member aku, dorang tak free. So aku datang sorang je lah.
Senarai aktiviti dengan kategori umur, berat dan tinggi yang sesuai. So parents yang datang kena take note permainan mana yang sesuai untuk anak, yang mana tak. Kalalu aku yang dah tua tapi badan kecik, semua sesuai. Hahaha
Oh, awal awal dah bagi amaran kena bertukar jadi KID. Tak jadi la nak berlagak macam orang dewasa. Hihihi.
Hi akak. Nak beli tiket boleh???

Bayaran masuk untuk dewasa (walaupun tadi dorang warning suruh jadi kanak kanak) ialah RM72 plus RM10 untuk armband (yang ini refundable bila hantar balik armband sebelum keluar). Armband ni berguna untuk scan waktu masuk dan guna locker.
Tempat locker. Bayaran RM9.
Lepas simpan beg galas kat locker, aku
bawa sjcam je sangkut kat leher. Nak bergayut terbang sana sini mana boleh
bawak kemera besar. Hanset pun tinggal je.
Waaa, Monkey Business. Sabar dulu, game ni main pasni sebab nak pegi main 'Musang Terbang' (flying fox) dulu.
Waaa, Monkey Business. Sabar dulu, game ni main pasni sebab nak pegi main 'Musang Terbang' (flying fox) dulu.
Menapak sekitar 10 minit ke kawasan Flying Lemur.
Aktiviti lasak pertama ialah Flying Lemur yang merupakan 3 rangkaian flying fox. Ramai budak budak sekolah datang sebab cuti sekolah. So aku buat buat menyamar je la jadi budak sekolah sesuai dengan saiz badan padahal aku ni cikgu sekolah. Dorang datang dengan kawan bersuka ria tapi aku bersuka ria sorang sorang. Hahaha.
Tengah tunggu giliran nak main Musang Terbang.
Seronok giler Flying Lemur. Sempat snap sekeping dua je gambar sebab teruja terbang.

Aktiviti kedua ialah Atan's Leap iaitu
lompatan dari platform setinggi 12 meter. Tinggi mana 12 meter? 12 batang
pembaris kayu warna kuning yang cikgu kita selalu pakai dulu buat hempuk budak kalau
tak siap keje sekolah. Tinggi la kot bagi aku yang kerdil ini. Hahaha.
Ada instructor or trainer tengah briefing cara pakai harness. Pastu kena panjat tangga naik platform tu, takde lif lif hokey. Letih den.
Ada instructor or trainer tengah briefing cara pakai harness. Pastu kena panjat tangga naik platform tu, takde lif lif hokey. Letih den.
Nervous wey tunggu giliran.
Makkkkk, ambo gayat!!!!!
Tiba giliran aku, rasa macam jantung nak pecah masa mula nak lompat dari platform. Bila dah lompat, eh rasa kejap je kaki dah cecah tanah. Kira lompatan yang lancar walaupun mendebarkan. Apa la ko Ain, lebih lebih je takut tadi.
Jam 1200 kebanyakan aktiviti ditutup untuk petugas rest dan lunch. Jam 1300 baru buka, bergantung pada setiap stesen. So aku pusing pusing ambik gambar dulu.
Hebat lukisan kat bangunan tandas dia. Nasib baik sisi belakang, kalau depan taktau chombi nak kata apa. Hahaha.
First Aid Room.
Sapa yang terseliuh sana sini boleh dapat rawatan kat sini agaknya.
Dekat ESCAPE ada kafeteria tapi harga mahal la dari biasa. So kalau dahaga ke lapar, korang kena tahan je la sebab mereka tak bagi pelawat bawa masuk makanan dan minuman dari luar. Kena beli kat dalam je. Huh, hampagas betul.
Rehat kejap main buaian. Hihihi.
Takde wifi, so toksah nak bermuka buku, insta bagai.
Ni antara aktiviti yang aku tak main. Satu, sebab kena ada partner baru best main. Dua, ada yang untuk kanak kanak je. Tiga, aku yang malas. Hahaha.
Tuber Racer.
Ala, main gelongsor pakai pelampung tu tapi tak best lah. Sebelum main, kau kena daki gelongsor tu heret pelampung ke atas and then baru slide ke bawah dengan gembiranya.
Gecko Tower.
Panjat tower ni, seronok kalau ada geng. Korang boleh lawan sapa cepat sampai atas dan turun bawah. Sapa kalah bagi je denda. Hahaha.
Jumping Jack.
Melompat macam atas trampolin tapi badan diikat dengan tali.

Balance Beam.
Meniti atas kayu. Biasa je. Toksah main. Meniti kat tali air kat rumah dah ada.
Aerobat.
Akrobat melayang layang di udara dengan partner anda. Boleh gulung, pusing macam orang sarkas selalu main tu. Ada safety net kat bawah.
Discovery Dig.
Mendulang kepingan emas. Sape dapat kumpul semua, dia akan dapat token dari ESCAPE. Akak trainer tu tak bagi aku main sebab katanya untuk budak budak je. Hey akak, semua yang dah masuk sini dikategorikan budak budak tau.
Malas la aku nak bertekak dengan akak tu, aku proceed ke aktiviti ketiga iaitu Monkey Business. Lokasi memang betul betul di hadapan pintu masuk tadi, yang ni je masih buka waktu rehat tengah hari. Mendulang kepingan emas. Sape dapat kumpul semua, dia akan dapat token dari ESCAPE. Akak trainer tu tak bagi aku main sebab katanya untuk budak budak je. Hey akak, semua yang dah masuk sini dikategorikan budak budak tau.
Monkey Business.
Korang boleh mencabar ketahanan fizikal mental dengan melepasi 3 level halangan kayu dan tali-tali yang bergantungan. Kekuatan tangan dan kaki memainkan peranan untuk URUSAN MONYET. Silap hari bulan boleh sakit urat seminggu.
Sebelum mula aktiviti ada
briefing oleh petugas. Aku terduduk sebelah budak yang main Flying Lemur tadi.
Ingatkan melayu tapi mix Chinese-Indian, nama Cee Lee. Budak Form 4 SMK Dato’
Lokman Kuala Lumpur. Pergh, jauh giler bercuti dengan member dia. Benda paling
kelakar ialah Si Cee Lee ni ingat aku budak Form 5. Terasa nak gelak guling
guling kat situ jugak. Nasib baik tersedar diri. Hahaha.
Lepas habis briefing, uncle petugas tu tanya aku nak try level mana. Jap uncle, saya pikir dulu.
Level 1 = mudah, Level = Sederhana, Level 3 = Mencabar.
Setelah 10 saat pikir, aku ambil keputusan skip level 1 and main Level 2 sebab nak jimat masa. Pakai harness terus mendaki anak tangga naik ke Level 2.
Bagi orang kat depan habis dulu. Tak boleh bersesak sangat dalam tali tu, putus kang sape nak jawab.

Fuh, mencabar giler dengan meniti
atas tali, kayu dan sebagainya. Nasib baik ada banyak pit stop untuk setiap
halangan. Dapat la rehatkan urat lengan dan kaki untuk sesaat dua. Kalau orang
depan aku lambat gerak, dapat la aku rehat lama kat pit stop.
Aku main separuh level 2 pastu
abam petugas tanya, tak nak cuba level 3 ke dik? Dia panggil aku adik? Hahaha.
Ye la abam petugas, saya cuba level 3 la pulak.
Level 3 siap ada flying fox dalam hutan lagi.
Yeay!!! Jadi MUSANG TERBANG lagi.
Selfie la satu buat kenangan di ESCAPE.
Lepas main separuh Level 3, lengan
dah mula sakit urat. So aku tamatkan Monkey Business ni dengan kejayaan lebih
kurang 50% je la sebab level 2 dan 3 main separuh separuh. Waktu tu jam dah pukul 1410.
Aktiviti terakhir aku ialah
melompat Atan’s Leap sekali lagi tetapi setinggi 20 meter dari platform.
Tengok platform ni rasa teruja sekali lagi.
"Gemuruh jiwa, semangat membara..." (monolog nyanyian)
Bersedia sekali lagi menunggu giliran.
Kali ni aku berpeluang amik video selfie dari atas platform hingga la selesai lompatan. Gambar gambar ni aku extract dari video.
Persiapan terakhir di platform bersama uncle trainer.
Skit lagi nak jejak tanah.
Dah jejak tanah. Pendaratan yang selamat.

...1,2,3...
LOMPAT!!!!
Yeayhhhh!!!! (sori ambo terexcited lebih pulak)
Skit lagi nak jejak tanah.
Dah jejak tanah. Pendaratan yang selamat.
Lompatan 20 meter lagi
menyeronokkan, rasa adrenalina menyerbu ke seluruh badan. Thumb up untuk diri sendiri sebab dapat mengatasi gayat.
Jam 1500 aku pergi amik beg dan
solat kat surau. Lepas pulangkan armband, aku gerak keluar dari ESCAPE.
Pintu keluar dari ESCAPE melalui kedai souvenir.
Tunggu bas balik ke Georgetown.
Pintu keluar dari ESCAPE melalui kedai souvenir.
Tunggu bas balik ke Georgetown.
Sampai KOMTAR dah jam 1700.
Sempat lagi ni nak ke Bukit Bendera, hari pun masih cerah. So aku amik Rapid 204 RM2.
Ternampak Kek Lok Si Temple dalam perjalanan.
Kuil Sri Mariamman.
Ok, dah sampai Bukit Bendera jam 1750. Orang takde la ramai sangat kat bawah, taktau la kalau atas bukit tu camne.
Aku terus beratur beli tiket return kereta kabel RM10. Tunjuk MyKad kalau nak murah sebab warga asing harga lain dan lebih mahal.
Korang boleh nampak landasan kereta kabel atas bukit. Aku beratur depan sekali tunggu kereta kabel supaya boleh dapat seat best.
Sedikit maklumat tentang kerata kabel Bukit Bendera. Landasannya sepanjang 2 km. Kalau nak mendaki, boleh je cuba laluan trekking 2-3 jam. Kalau nak driving ke puncak bukit, ada jalan bertar sejauh 5.1 km.
Kereta kabel dah mula mendaki. Yeay, seronok giler sebab dapat seat hujung.
Nak sampai puncak Bukit Bendara dah ni.
Ok, dah sampai puncak Bukit Bendera.

Pusing pusing dulu tengok kawasan, amik gambar sepukul dua.
Ada stesen teropong kalau nak tengok Georgetown dari puncak bukit tapi sedia la duit syiling sekupang dua.
Pelukis potret RM10 satu lukisan.
Hampir 90% sama dengan orang sebenar. Pandai abang ni lukis.
Ada muzium burung hantu. Malas la nak masuk sebab berbayar tak silap aku. Dekat area muzium ni ada satu dataran, terjumpa patung kanak kanak Cina yang comel ni.
Boy with angpau.
Girl with butterfly.
Girl with orange.
Boy with windmill.
Ada bangunan ala ala rumah kincir angin Belanda. Usha flora yang ada la pulak kat kawasan situ.
Orchid.
Bunga apakah ini???
Macam lada hitam je??? Hahahah.
Kemanakah kita??? Ok, yang ni aku pilih Moscow, Tokyo, Sydney.
Ni pulak aku pilih Ho Chi Minh, Mumbai, Paris, London. Hihihi.
Melilau atas bukit jumpa banyak mangga-kunci cinta macam orang Korea buat di Namsan Tower.
Berderet penuh satu pagar. Kalau aku, takdenya nak membazir duit beli mangga pastu tinggal kat sini. Hahaha. Jom belek mangga baca luahan hati rakyat jelata.
Tulisan jawi pun hade. Banyak tulis nama diri dan pasangan je. Ok dah puas belek mangga. Jom pusing lagi.
Aku menapak naik lagi kawasan berbukit kat atas jumpa masjid dan kuil.
Sri Aruloli Thirumurugan Temple
Tak dapat nak masuk dalam masjid, tengah selerenggara.
Ada cafe dan gerai buah. Aku tengok tengok je, tak beli pun.

Aku rasa hari ni terbuat keputusan bijak pulak datang Bukit Bendera waktu petang sebab dapat tengok suasana Georgetown waktu siang bertukar ke malam dari puncak bukit. Romantik giler fefeling sorang sorang kat situ.
Night view: Sky Terrace of Penang Hill.
Platform untuk ambil gambar dan tengok pemandangan Bandar Georgetown.
Ni antara shot siang vs malam yang sempat aku ambil sepanjang 2 jam lebih meneroka sekitar Bukit Bendera.
Shot 1.
Landasan kereta kabel dan Bandar Georgetown.
Shot 2.
Bandar Georgetown.
(suppostly with Jambatan Pulau Pinang tapi jambatan langsung tak kelihatan, sedey aku)
Shot 3.
The other side of Georgetown.
Shot 4.
Banglo Misteri.
Hohoho. Sangat suka shot ni sebab suasana langit biru-jingga walaupun ada sedikit unsur horror di situ.

Aii tak reti reti nak balik ke?
Dah malam cik adik oii. Aku amik kereta kabel jam 2015 turun ke bawah.
Ramai pulak manusia nak turun waktu ni. Selamat turun dan keluar dari kawasan Bukit Bendera.
Bye bye Penang Hill.
Ramai pulak manusia nak turun waktu ni. Selamat turun dan keluar dari kawasan Bukit Bendera.
Bye bye Penang Hill.
Jam 2045 naik bas Rapid 204 RM2 untuk
balik semula Georgetown. Sampai Prangin Mall jam 2130. Dah lewat giler nih.
Kalau mak aku tahu aku keluar malam mesti kena bebel tapi tadi aku dah roger orang rumah bagitahu lokasi aku katne.
Oleh sebab lapar tahap gabang, aku
masuk KFC (lagi!!!!!) beli dinner plate RM13.50. Naik bas CAT and berhenti di pit stop no.15 pastu berjalan balik ke
hostel dalam 5 minit camtu.
Sampai bilik jam 2200. Lewat giler wey. Aku roger je family bagitahu dah sampai hostel. Pastu terus mandi, rehat dan sapu ubat yoko yoko nak elak sakit urat. Esok last day di Penang.
Tamat Hari Kedua.
Sampai bilik jam 2200. Lewat giler wey. Aku roger je family bagitahu dah sampai hostel. Pastu terus mandi, rehat dan sapu ubat yoko yoko nak elak sakit urat. Esok last day di Penang.
Tamat Hari Kedua.
No comments:
Post a Comment