Terjaga. Jam 0300. Langsung
tak sedar bunyi alarm phone. Alamak, mereka dah gerak ke Bromo ke? Aku capai
tudung keluar bilik ke bilik air. Nampak Will dah siap duduk di birai katil
bilik dia, siap ucap ‘Hi’ kat aku (mak aii, malu giler dengan Will, hahaha).
Berselisih dengan Mike yang baru habis gosok gigi. Aku cepat cepat bersihkan
diri. Amik wudhu siap siap. Masuk bilik, bersiap dan capai beg.
Jam 0320 baru kami
(Aku, Will, Mike dan Monica) bergerak. Mike tak pasti di mana laluan pintas. Terserempak
dengan local, terus dia tunjukkan.
SHORT CUT SKIPS THE
MAIN GATE TO BROMO:
FIND THE AREA WHERE HUGE ATHENNA LOCATED NEAR
SETIAKAWAN HOSTEL, THERE IS A SMALL PATH CLIMB DOWN TO THE DESSERT!!!!!
Gambar ni aku ambil waktu balik dari Bromo. Pagi buta tadi nak ambik gambar satu hape pun tak nampak.
Jalan hutan.
Berbukit. Berlumpur akibat hujan malam tadi. Will lead jalan, aku di tengah,
Monica dan akhir sekali Mike. Berbekalkan torchlight, kami turun perlahan lahan.
Berhati hati kerana terlalu licin dan mengelakkan diri dari terpijak lumpur. Kalau
tak, boleh terguling dan tergolek jatuh ke bawah secara berjemaah. Hahaha. Kiri kanan tak nampak apa
apa. Kelam. Gelap. Cahaya bintang bulan pun takde.
20 minit ambil masa
turun bukit. Nampak samar samar kawasan luas. Aku suluh kawasan sekeliling,
langsung tak nampak pokok. Jauh di sebelah kanan kami, berderet jip dan ojek
menuju ke Penanjakan. Pada mulanya kami tak pasti nak bergerak ke arah mana
sebab langsung takde papan tanda. Dah la gelap. Akhirnya kami sepakat ikut arah
pergerakan jip dan ojek.
|
Kawasan lapang ni la yang kami lalui sebelum sampai ke Penanjakan |
PATH TO PENANJAKAN:
FOLLOW THE LIGHTS FROM JEEP AND OJEK!!!!!
30 minit berjalan.
Melintasi satu gunung. Besar. Tak tahu ni gunung apa. Waktu pagi baru tahu rupanya itu Gunung Batok.
|
Gunung Batok di tengah tengah kawasan savana Bromo |
Belum nampak lagi jalan
pendakian ke Gunung Penanjakan. Eh, kata nak ke Bromo tapi kenapa nak mendaki
Penanjakan pulak??? Untuk pengetahuan anda, bagi melihat pemandangan gunung berapi
3 beradik iaitu Batok (2440 m), Bromo (2329 m) dan Semeru (3676 m) pendaki perlu mendaki Gunung Penanjakan
yang mempunyai 2 Viewpoint. Gunung Penanjakan setinggi 2770 meter dari aras
laut.
Jam 0410 pendakian
Gunung Penanjakan baru bermula. Lewat. Sesekali ojek berhenti menawarkan
khidmatnya untuk membawa kami ke atas tapi kami menolak. Kata rider ojek, pendakian
masih jauh ke atas. Dalam hati, aku rasa memang kami takkan sempat untuk
menyaksikan matahari terbit dari mana-mana Viewpoint. Bajet pun tak banyak jadi
kena sacrifice pakai kaki je sekarang. Sempat atau tidak nak tengok sunrise, tu
lain cerita. Apa yang penting, pengalaman pendakian!!!!!
Gambar laluan pendakian Penanjakan ni aku ambik lepas matahari dah terbit. 3 orang teammates aku memang sentiasa lead pendakian. Aku macam biasa tertinggal kat belakang. Hohoho.
Berbeza dengan Ijen, laluan pendakian Gunung Penanjakan berturap seperti jalan raya biasa. Takde masalah nak tergelincir ke hape ke tapi hazab mendaki tetap ada. Mula mula lenggang kangkung je aku berjalan atas jalan landai. Sekali habis je jalan landai, hambik ko jalan curam 45, 60, 45 dan macam macam darjah lagi. Pergh kebas kaki rasa tak jejak Bumi muncul lagi. Berkali kali juga berhenti amik nafas. Pastu cover malu dengan buat buat amik gambar. Hahaha.
Pergh, tinggi giler dah daki Penanjakan tapi Viewpoint tak nampak batang hidung lagi.
Jam 0500. Langit mula
bercahaya keemasan jingga menandakan mentari bakal muncul. Kami masih mendaki. Masih
jauh untuk sampai Viewpoint 1. Sesekali bertemu dengan anak anak muda tempatan
(lebih muda dari aku) bermotosikal yang turut sama ingin ke atas. Mereka
menyapa aku dengan salam. Aku membalas. Mereka memberikan kata kata semangat untuk
aku meneruskan pendakian kerana laluan masih lagi panjang.
Yeay, Hidup Malaysian
dan Indonesian!!!!
Tetiba rasa semangat tu berapi api….
Jam 0515. Langit semakin jingga. Tiada pilihan. Aku buka sejadah dan solat subuh di satu kawasan landai yg lapang di tepi jalan. Will, Mike and Monica meneruskan pendakian.
Selesai solat, aku meneruskan pendakian mengejar mereka bertiga. Jam 0530 kami berempat menyaksikan matahari terbit di sebalik pergunungan perkampungan Cemero Lawang dari jalan pendakian Gunung Penanjakan. Kami tidak berjaya sampai ke Viewpoint. Berjaya melihat Gunung Batok dalam kabus tebal. Batok, salah satu gunung berapi mati setinggi 2440 meter sangat tenang berdiri megah diwarnai warna jingga mentari. Bromo dan Semeru belum dapat dikesan. Mungkin perlu mendaki lebih tinggi.
Kelihatan Batok diam tersengam, Bromo di tengah dilitupi awan, Semeru di belakang sekali tidak kelihatan.
PENANJAKAN: START
YOUR HIKING AT LEAST AT 0130 TO WATCH SUNRISE PERFECTLY AT VIEWPOINT 1 or 2!!!!!
“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” [al-Nahl:15]
Langit sudah cerah. Kami berempat meneruskan
pendakian. Jam 0615 selamat tiba di Viewpoint 1.
Taman Nasional Tenggera Semeru meliputi Penanjakan, Batok, Bromo dan Semeru.
Kelibat Gunung Batok jelas
kelihatan. Kami mencari Gunung Bromo dan Gunung Semeru, 2 gunung berapi yang
masih aktif sehingga sekarang tapi kabus dan awan tebal menyukarkan
pemandangan. Tidak berjaya mengesan mereka!!!!! HAMPA!!!!!
Kami berhenti rehat
dan minum di satu gerai kecil kawasan Viewpoint 1. Semua dah sepakat tidak akan
meneruskan pendakian ke Viewpoint 2 walaupun tidak dapat melihat kelibat Bromo
dan Semeru dengan jelas kerana masa semakin suntuk.
Kelihatan nun jauh di atas sana Viewpoint 2.
Banyak ojek dan jip dah mula turun dari Viewpoint 2.
Aku gunakan masa terluang untuk ambil beberapa keping lagi gambar.
Pasangan bahagia Mike dan Monica.
Dua hari travel dengan Mamat Will ni baru dapat ambik gambar dia sorang sorang. Katanya, dia tak suka bergambar. Travel pun ambik gambar pakai iphone je. Santai giler mamat ni.
Selepas snap gambar,
kami turun untuk melihat Bromo dan kawahnya dengan lebih dekat menggunakan ojek. Aku takde pilihan. Terlalu letih. Non-stop pendakian, semalam Ijen hari ni Penanjakan pulak.
Pergh. Laju. Macam naik kuda. Tangan
berpaut sekuat mungkin pada bahagian tempat duduk belakang (sesekali aku takkan
pegang rider ojek hahaha). Rasa nak tercabut nyawa. 15 minit penunggangan yang
mengGILERkan!!!!!
BROMO: DON’T HIRE AN OJEK
IF YOU NEVER RIDE A MOTOCYCLE!!!!
IT’S TOTALLY A CRAZY
RIDE!!!!!
Jam 0645 sampai di
kaki Gunung Bromo. Masya Allah cantik.
Banyak pulak manusia mendaki Bromo. Batok besar giler weh tapi senyap tenang je sebab dah tak aktif.
Semeru
memang takkan nampak melainkan kita panjat naik Bromo or dari Viewpoint Penanjakan tadi. Jauhnya lagi nak sampai Bromo. Fuh, kaki dah lembik macam sotong nih.
Sapa yang ada bajet lebih, boleh la try naik kuda dari kawasan savana hingga ke tangga kuning atas sana. Tengok uncle ni stand by je kot kot ada orang nak pakai khidmat kudanya.
Jalan bukit berpasir selama 10 minit menuju tangga kuning ke puncak Kawah Bromo. Orang ramai. Ada yang baru nak mendaki macam aku. Ada yang dah selesai sedang turun untuk pulang.
Nampak kabus or asap tebal. Bau yang kurang menyenangkan. Gas sulfur. Aku buka beg cari mask. TAKDE??? Alamak, tertinggal dalam backpack besar kat bilik. Terpaksa tutup mulut dengan kolar sweater.
BROMO CREATER: BRING
MASK!!!!!
Belum
sampai separuh tangga aku memanjat, angin bertiup kencang membawa gas sulfur.
Pedih, sakit tekak tak tahu nak cakap camne. Semua orang termasuk aku terbatuk
batuk mengalahkan orang batuk kering even orang tu pakai mask sekalipun. Pergh,
lagi hazab dari gas pemedih mata waktu demo dulu. Eh. Hahaha.
Bertahan. Panjat
tangga hingga separuh. Gas sulfur semakin tebal. Kolar sweater tak mampu nak
lindungi hidung dan mulut. Aku mengalah. Mengalah bukan bererti kalah. Mengalah
sebab pikir gas sulfur bahaya untuk manusia. Will, Mike dan Monica hilang di
sebalik asap gas sulfur. Kuat giler mereka, agaknya dah sampai ke puncak kot.
Selang 5 minit, nampak
kelibat mereka. Mike cakap, ‘It’s nothing you can see there. It’s too cloudy
and too much smoke”. Aku turun tangga bersama mereka. Sempat snap gambar pemandangan
sekeliling.
Kalau rasa nak panaskan badan, boleh la minum minuman panas kat gerai kecik kecik di kaki Bromo ni. Aku minum air mineral bekal sendiri je. Jimat bajet. Sob sob.
Mak cik ni jual bunga untuk upacara sembah Bromo kot. Orang Buddha Indonesia memang puja gunung ni.
Tenang je nampak kuda ni dengan pemandangan pergunungan dan savana yang luas. Nun jauh di atas pergunungan sana kawasan homestay aku.
Terasa macam berada di Arizona United State. The Sea of Sand in Bromo.
Jam 0730 kami meneruskan perjalanan pulang. Dari jauh aku lihat deretan jeep berwarna warni. Ah, tak larat aku nak berjalan amik gambar dekat. Jauh beb.
Mau pulang sudaa...
Berjalan melalui kawasan temple tertutup.
Sesekali menoleh ke belakang untuk melihat pemandangan savana yang luas dengan Gunung Batok dan Gunung Bromo tersergam indah. Masya Allah. SPEECHLESS!!!
Bromo dari kejauhan. Semeru warna hijau di sebelah kirinya.
This is Savannah of Bromo, not in United State but Indonesia.
How can you hold
yourself, not enjoying this magnificent view!!!!!
Every sweat is pay
off by looking at this view!!!!!
Will dan Monica jauh
meninggalkan aku dan Mike di belakang kerana kami berdua selalu berhenti untuk
snap gambar pemandangan. Hahaha.
Baru perasan short-cut pagi tadi tinggi giler.
Pergunungan rupanya. Pergh, hazab mendaki lagi. Takpe. Takpe. Ini last!!!!!
Will dan Monica
hilang dari pandangan. Aku dan Mike di belakang baru nak mendaki. Mike memintas
aku sebab asyik berhenti ambik nafas. Cover konon duk snap gambar. Hahaha.
Jumpa buah macam Beri tapi tak berani nak makan. Kang beracun, ada jugak yang berbuih mulut kat situ terus. Hahaha.
Bukan takat Mike, kuda pun dah pintas aku. Tinggal aku sorang sorang tengah mendaki naik. Bila la nak sampai ni.....
Gambar terakhir sebelum sampai puncak di kawasan home stay Setiakawan.
Jam 0830 aku selamat
menamatkan pendakian. Monica cheers up untuk aku. “Yeay, you made it!!!” Aku
senyum membalas “Yeay” sambil bertanya mana Mike dan Will. Rupanya Will dah
sampai bilik. Mike tengah snap gambar lagi.
Aku balik bilik untuk
mandi dan bersiap pack barang barang. Kena cepat kerana kebiasaanya mini van
yang terakhir akan bertolak keluar dari Cemero Lawang jam 0900. Ni jam bape
dah???
OUT FROM CEMERO
LAWANG:
TAKE MINI VAN AS
EARLY AS POSSIBLE (AROUND 0730 - 0830) OTHERWISE YOU WILL STUCK AND SPEND
ANOTHER DAY HERE!!!!!
Masa tengah packing,
aku dengar mereka tengah bising pasal mini van. Monica berkeras nak cari mini
van yang offer lagi murah bayaran. So mini van terakhir tadi mereka tolak. Aku
keluar tanya Will. Dia bagitahu kita takde transport untuk keluar dari Cemero
Lawang. Kami check out hostel dan keluar tengok kawasan kampung dah lengang
dari pendaki pendaki yang ramai semalam. Alamak, camne ni??? Aku tak boleh
stuck kat sini. Rosak plan asal.
Tik tok tik tok…amik gambar budak budak balik sekolah dulu...
Wajah wajah ceria generasi muda Cemero Lawang. Moga membesar menjadi manusia berjaya.
20 minit berlalu. Nampak
mini van. Mike tahan mini van. Driver tak nak bertolak keluar sebab hanya kami
berempat sahaja. Hadoiii, gawat nih!!!!! Masing masih sedikit cemas…
Jam dah 1030 waktu
tempatan….
[bersambung…..]