Yeay, masa untuk ke UNESCO World Heritage Site.
Jam 0615 group aku mula bertolak ke
Borobudur. Dekat sejam lebih kemudian selamat sampai sana. Driver dah pesan awal awal sila jalan jalan sendiri sampai la jam 0930. Lambat kena tinggal. Hahaha. Takdelah.
Tiket masuk combo
Borobudur dan prambanan RpH 375k dibeli oleh driver van, pastu dia bagi kat aku dan yang lain untuk simpan.
Peta kawasan Borobudur
Sedikit sejarah tentang Borobudur. Temple ni mula dibina semasa Dinasti Sailendra pada kurun ke 7 dan siap sepenuhnya pada kurun ke 8. Ia merupakan Tokong Buddha terbesar di dunia dan diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1982.
Menapak sekitar 10 minit dari pintu utama ke pintu masuk kawasan temple
Penjaga 'gua'. Singa ke Naga ni??? Hihihi
Kat bawah ni merupakan close up photos ukiran pada wall temple.
Ni gaya duduk...
Ni pulak gaya berdiri....
Kambing tu ada dalam ukiran ni
Gaya rock + tradisional mengayakan sweater dengan kain batik yang diikat pada pinggang hahaha
Melayan perasaan sorang sorang tengok pemandangan
Pemandangan syok aku layan kat atas tadi, ada perkampungan sekitar Borobudur
Alam Ciptaan Tuhan vs Patung Buddha buatan manusia
Tengah check ukiran, ada gaya arkeologist tak???
Seronok pulak ada tour guide yang boleh explain satu satu maksud ukiran kat wall tu...
Energy dah restored!
So sambung memanjat anak tangga lagi sebab tadi baru separuh jalan. Kawasan kemuncak area kubah kubah banyak tu.
Akhirnya dengan kudrat tulang empat kerat, sampai jugak aku kat kemuncak temple ni. Buat muka gaya bangga sebab tak nak malu dengan adik adik kat bawah ni. Dorang budak sekolah rendah boleh sampai atas dengan gagah perkasa, takkan aku semput kot.
Tengok betapa bergayanya rombongan geng bas sekolah adik adik
Kubah temple di kemuncak dengan latar pergunungan
Ni pulak berlatarkan pokok pokok menghijau
Last sekali berlatarkan langit membiru
Rasa curious yang tinggi menyebabkan aku duk tilik tilik apa sebenarnya yang ada dalam kubah kubah ni. Akhirnya persoalan aku terjawab.
Aku turun tangga Borobudur pegi gerai2 souvenir kat kawasan
belakang temple. Bukan main berdesup laju lagi turun tangga. Kikiki.
Kalau mak aku datang, mesti rambang mata tengok kraf tangan Indonesia ni..
Kerepek dan biskut tempatan yang dijual...
Sapa yang giler pakai aksesori tu, ha ni syurga anda...
Baju batik dan tshirt corak Borobudur penuh sepanjang gerai...
Usha2 fridge magnet sebab member aku kirim. Beli la keychain dengan
fridge magnet abih 40k lepas puas tawar menawar dengan ankel tukang jual.
Lawa tak fridge magnet aku beli ni???
Jam 0940 baru group kitaorang gerak ke Candi Prambanan. Perjalanan tak sampai satu jam (tak silap aku) sebab tak sempat pun nak membuta dalam van.
Candi Prambanan atau Candi Rara Jongrrang adalah tinggalan kuil Hindu yang dibina kurun ke-9 dengan menara utama kuil setinggi 47 meter. Another UNESCO
World Heritage Site conquered!!!
Cuaca dah panas membahang giler giler waktu ni...
Kalau tadi Borobudur berkaitan dengan Buddhist. Prambanan pula dibina bagi menunjukkan ketaatan dan dedikasi penganut Hindu pada Konsep Ketuhanan Trimuti iaitu Brahma (Pencipta), Vishnu (Pemelihara) dan Shiva (Pemusnah).
Kat bawah ni merupakan close up photos ukiran Tuhan dalam agama Hindu kat kuil utama, cuma aku tak tahu mana satu Brahma, Vishnu atau pun Shiva.
Aku tengok ramai je orang masuk dalam ni. Apa benda istimewa sangat dalam ni. Jom usha.
Dalam ni sebenarnya ada patung Tuhan Hindu tapi sebab gelap sangat, gambar langsung tak clear. Huhuhu
Lagi-lagi gambar menarik Prambanan.
Pintu setiap tingkat dalam menara kuil...
Kawasan Prambanan ni takde besar pun, dalam 20 minit sempat nak acah acah ambik gambar tapi sebab panas masa jadi lama. Kejap jalan, kejap berhenti berteduh.
Berteduh sebentar di sebalik tembok pagar...
Shot ni paling aku suka dalam banyak banyak gambar. Prambanan vs Langit Biru. Marvelous.
Shot dari luar kawasan utama Prambanan...
Tinggalan menara kuil yang dah roboh...
Selamat la sudah Prambanan tour secara solo...
Aku berjalan sekitar kawasan luar Prambanan. Ada camping site sebab nampak khemah budak pengakap ke hape ntah tengah berkumpul.
Terjumpa pulak mini playground siap ada kereta api untuk budak budak naik.
CLEAR! Orang takde boleh naik...buaian la
Laju, laju..Buai ku laju
Sewa Sepeda pun boleh tapi berbayar la
Ada mini zoo kat area Prambanan. So aku usha la kejap binatang apa yang ada.
Nak tergelak baca caption kat signboard. Binatang lucu dan cantik??? cantik tu ye la tapi lucu??? Kikiki
Lucukah saya ini???
Jam 12 lebih baru kitaorang gerak balik semula ke Malioboro Street.
Aku mintak driver turunkan kat stesen keretapi. Nak beli tiket ke bandung esok.
Route ni excited sebab member aku cakap scenery dia marvelous. Akhirnya dapat
beli tiket window seat sebelah kanan, 320k.
Singgah pejabat pos beli poskad dan pos untuk diri sendiri
lagi. Hihihi.
Singgah kedai makan semalam beli lunch tapau nasi ayam
goring mentega dgn strawberry milkshake 275k. Sape tak lapar weh berjalan dari
pagi buta turun naik panjat bukit pastu tangga tokong, jelajah kuil lagi. Balik bilik solat zuhur asar pastu makan and membuta kejap sebab penat.
Then aku teerjaga untuk solat jama maghrib isya dalam jam 1740 camtu (macam biasa waktu solat awal di Indonesia ni). Jam 1800 baru keluar bilik nak shopping skit kat Malioboro Street untuk family. Gelap dah waktu ni macam malam.
Then aku teerjaga untuk solat jama maghrib isya dalam jam 1740 camtu (macam biasa waktu solat awal di Indonesia ni). Jam 1800 baru keluar bilik nak shopping skit kat Malioboro Street untuk family. Gelap dah waktu ni macam malam.
Nak naik kereta kuda malam malam pun boleh kat sini
Malioboro Street ini kira macam lokasi shopping kaki lima je tapi orang ramai wey. Nak jalan pun asyik terlanggar bahu orang kiri kanan.
Kira souvenir kalau nak beli kat Yogjakarta, baik beli kat sini je la sebab murah and kau boleh tawar menawar dengan orang kedai.
Shopping sakan abih la 80k beli baju anak sedara, tshirt abah and adik dengan keychain. Tetiba lapa lagi.
Pergi restoran sama beli nasi ayam bakar macam semalam dengan air manga. Agaknya
aku dah jatuh cinta kot dengan masakan kedai ni. Itu yang 3x makan tempat sama.
Lupa pulak nak kenalkan restoran yang dah kali ke-3 aku masuk ni.
Mempersembahkan....
Mempersembahkan....
Ayam Pedas Wong Jowo Restaurant. Lokasi betul betul kat simpang nak masuk ke hotel aku menginap. Dua tingkat, kali ni makan kat tingkat atas sambil tengok gelagat manusia di Malioboro Street.
Antara menu menarik ayam kampung dan kota
Stesen sambal pun hade tapi kena topup la RpH 2k je kalau nak sambal lebih...
Dah kenyang makan, dekat jam 2100 terus balik hotel, bukak tv and setengah jam kemudian dah pengsan. Penat...
[Bersambung....]
No comments:
Post a Comment