Jam 0500 aku bangun siap solat semua. Hajat nak keluar jalan cari street art sekitar Malioboro street. Kereta api ke Bandung lagi 3 jam nak bertolak, sempat la rasanya.
Homestay tempay aku menginap sepanjang di Yogjakarta
Malioboro street lengang pada pagi hari
Naik becak tapi hampes ankel tu tak nak berhenti pulak. Dia main kayuh je sampai satu galeri lukisan. Hadoi pak cik, pakcik. Aku bukan nak pergi sini. Aku suruh pak cik tu patah balik kat Malioboro street and aku berjalan je.
Ni je la hasil street art yang jumpa. Tak boleh lama lama takut tertinggal kereta api lagi macam kat Subaraya.
Jam 0700 aku balik semula hotel untuk amik
backpack, check out dan terus ke stesen keretapi.
Tugu kepala kereta api depan pintu masuk stesen
Stesen kereta api Yogjakarta
Nasib baik la dekat je. Sementara tunggu train sampai, pergi jelajah stesen dulu kot kot ada makanan best (asyik pikir makanan je travel kali ni hihihi)
Nampak menyelerakan je burger burger kat gerai ni, beli cheese burger
RpH 18k
Singgah warung ni beli cuppucino float RpH 18k

Jam 0800 selamat bertolak dari Yogjakarta ke Bandung. Aku tak naik legendary Argo Willis yang tersohor tu tau sebab window seat dah penuh. So semalam aku beli tiket train Lodaya Pagi je. Jangan risau sebab laluan sama je.
Sepanjang perjalanan aku tak tido langsung. Sempat la aku whatsapp tanya member katne scenery yang kau canang cantik sangat tu. Saje la nak alertkan diri dan camera. Kalau tak sia-sia je datang Java tapi tak enjoy scenery train Yogja-Bandung.

Wah akak petugas train, cantiknya!!!! Dorang datang amik order makanan. Aku tak beli apa apa sebab dah ada burger tadi.
Lodaya Pagi tengah memaju laju gerabak gerabaknya (gambar blur sket sebab cermin tingkap train)
3 jam pertama scenery sawah padi kiri kanan landasan. Sawah di tanah rata ada, di lereng lereng bukit macam di Bali pun ada.
Pergunungan di sebalik sawah padi terbentang luas
Sawah padi baru ditanam di lereng lereng bukit
Akhirnya 2 ½ jam sebelum sampai, train start mendaki gunung sebab aku perasan train bergerak slow je waktu tu.
Train lalu jambatan, shot memang nice
Waktu ni dah start rasa gayat tengok sawah padi bertingkat kat bawah hihihi
Train tengah melalui jambatan tinggi lagi, pergh kecut perut tengok bawah. Mula la datang imaginasi pelik aku. Kalau kereta api tergolek jatuh bawah camne ha??? Nauzubillah, mintak jauh la semua musibah.
Perkampungan, pergunungan dan sawah menghijau lagi
Tengok kat luar scenery memang masyaAllah cantik. 2 jam lebih tu rasa macam 10 minit je. Serius aku tak puas. Aci tak kalau nak patah balik Yogja naik sekali lagi train. Hahaha.

Train sampai Bandung jam 1610. Berjalan cari hotel Araya Huis, jam 1700 baru sampai sana. Bayaran 3d2n RpH 220k. Bilik air tak best sebab kat luar, pastu tv takde. Argh, mati kutu aku malam ni. Takpe, tido awal sebab esok nak angkut kain baju raya.
Katil single sebijik
Kipas meja sebutir
Meja kerusi tempat letak barang
Di bandung tiada motif nak lawat tempat lain kecuali nak shopping baju raya untuk family je. Lepas maghrib isya, keluar kejap pegi alfamart cari dinner dengan breakfast untuk esok.
Jam 1820 balik hotel rehat dan tidur awal sebab takde
aktiviti nak buat.
[bersambung....]
[bersambung....]
No comments:
Post a Comment