Thursday, August 13, 2015

Trans Java Solo Backpacking: Chapter 11 - Pasar Baru Bandung

Hari ni sedikit kemalasan. Jam 1000 baru keluar hotel setelah kira duit untuk shopping saje. Aku ulang sekali lagi, SHOPPING SAHAJA!!!!


Kaya tak aku??? Hahahaha

Aku pergi cimb niaga dulu cucuk duit tambahan sebab adik kirim duit minta beli kain dengan telekung. So menapak la dulu cari bank.


Suasana pagi area Pasar Baru. Waktu ni masih lengang


Lalu depan kedai buah. Terliur pulak tengok makanan pepagi ni. Breakfast pun belum.

Setel pergi bank, baru la berjalan ke Pasar Baru.


 Sesapa hantu shopping memang akan rasa seronok jelajah Pasar Baru. Aku pulak so-so je la sebab shopping bukan favourite aku and tak reti mana nak tawar menawar dengan orang kedai. Sebelum pegi kedai kain baju, aku round dulu sampai tingkat atas pasar.


Jumpa kasut comey comey


Jubah and tracksuit banyak giler pilihan


Cantik pulak dress putih tu. Boleh la pakai untuk majlis tunang ke, kawin ke.


Kain, tudung, shawl, beg. Syurga bagi orang perempuan but NOT ME. Ok dah, balik ke agenda asal iaitu beli kain baju raya. Ini la cabaran terbesar di Java selain panjat Ijen dengan Penanjakan hari tu. Hahahah. Ko ingat senang nak pilih kain dengan corak, pastu colour pulak macam macam. Racau aku sekejap kat situ.


Mari adik akak, pilih pilih mana yang berkenan. Bayar sendiri punya. Tanya punya tanya adik dengan mak akhirnya berjaya buat pilihan kain baju raya tahun ini.


Cuba teka mana satu pilihan hati aku dan family???

Lepas setel pilih dan beli kain baju raya, aku pegi bahagian telekung solat. Macam macam jenis sulaman and jahitan ada. Sekali lagi racau aku datang dengan orang bising duk tawar suruh beli. Rasa nak bersilat kat depan kedai tu suruh orang senyap.


Last last, aku beli telekung sulam bunga merah untuk pesanan adik aku semalam. Lantak la cantik ke tak. Janji selesa pakai waktu solat. Aku ni memang hopeless sket kalau bab memilih corak kain ke hape ke. So next time, jangan la kirim beli lagi. Habis beli semua, baru menapak balik hotel.


Petang yang macet di Bandung. Aku berjalan je ke hotel dengan semua barang dalam 1 beg plastik besar. Sungguh, penat giler pikul barang. Dah rasa macam buruh kasar pulak angkut batu bata. Tetiba teringat ankel ankel angkut berbakul bakul sulfur turun naik kat Ijen. Huhuhu. 

Sampai hotel ni je yang aku makan, tak larat nak keluar. Sakit satu badan bawak kain berat berat.


Then keluar pegi stesen kereta api kejap je beli tiket untuk ke Jakarta esok pagi.

Ingat nak singgah Jalan Dago tapi ramai pulak manusia kat reservation ticket counter. Sampai gelap baru aku dapat beli tiket dengan harga RpH 120k. Akhirnya jam 1800 aku terus balik bilik je lepas beli makanan sket kat alfamart. Alfamart memang wajib singgah kalau jumpa. Hahaha. 

Malam, sesi packing barang.


Hasil tangkapan kain baju setelah setengah hari di Pasar Baru 


Baju for my dad..


Antara souvenir yang sempat dibeli sepanjang Trans Java. Fridge magnet getah yang ada lambang hard rock cafe tu aku belasah beli kat Pasar Baru tadi.



Baju untuk dua orang anak buah aku

Lepas siap pack barang semua, terus tido jam 2000. Esok nak bangun awal sebab train jam 0500. Hihihi.

[bersambung....]

No comments:

Post a Comment