Wednesday, August 5, 2015

Trans Java Solo Bacpacking: Chapter 7 - Cheng Ho Mosque and Taman Makam Pahlawan

Jam 0530 alarm phone berbunyi. Rasa nak tidur lagi tapi kena bangun jugak gagahkan diri. Mandi. Solat. Persiapkan diri. Pack barang. Jam 0630 aku check out Hotel Gubeng.

Hari ini motif satu je. Masjid Cheng Ho.



Semalam dah study. Kawasan masjid ni sejajar je dengan kedudukan Hotel Gubeng, kira kira 500 meter dari sini. Jadi tak perlu lintas jalan. Tahan je mana mana angkut depan Hotel Gubeng ni (sebab aku tak larat nak jalan daa…sakit urat hiking tak hilang lagi)

Angkut adalah sejenis pengangkutan awam termurah di Surabaya berbanding ojek. Harga cuma Rph 5k dan anda boleh ke mana mana tetapi AWAS!!!!! Kenapa???? Nanti aku sambung cerita pasal angkut sekejap lagi.

5 minit menunggu dah dapat tahan sebuah angkut. Bila aku cakap nak ke Masjid Cheng Ho terus driver angguk. Jalan masih lengang ketika ini. 5 minit perjalanan angkut berhenti di tepi jalan. Kata pak cik driver, Masjid Cheng Ho ada dalam  kawasan perumahan ni.

Aku turun angkut, buka Google Map cari kawasan sebenar masjid. Ada satu tugu dan kawasan perkuburan Islam tak dikenali tepi jalan masuk ke kawasan perumahan. Aku intai intai tetapi masih berkunci. Takpe singgah sekejap sebelum balik nanti.



(Balik Malaysia baru google rupanya ni tanah perkuburan prajurit Indonesia yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua kalau tak silap aku)


10 minit berjalan, akhirnya jumpa jugak Masjid Cheng Ho. Tu pun terpaksa tanya local. Masjid Cheng Ho terletak di dalam kawasan perumahan dan dewan masyarakat Kaum China Muslim Indonesia. 




Apabila aku masuk tengok secara dekat, masjid ni tak besar macam masjid masjid lain. Masjid terbuka dengan tiada pintu khusus. Sesuai untuk 5-6 saf solat sahaja. Tiada bahagian solat lelaki atau perempuan tetapi tempat wudhu dipisahkan dengan bahagian lelaki di sebelah kiri, bahagian perempuan di sebelah kanan.


When it's come to Holy Place of Muslim, it's always magnificently gorgeous about its architectures.


Simple design of mosque dome but yet so peaceful and lovely when observing it.


Aku letak beg bergerak ke tempat wudhu. Hajat ingin solat sebagai tanda menghormati ‘Rumah Suci Allah’. Selesai solat, aku ambil masa 15 minit meneliti kawasan masjid. 90% senibina masjid mempunyai pengaruh senibina China. Sentuhan bentuk pagoda. Rasa teruja tapi tenang bila tengok ukiran yang colourful.


Ada mural tentang Cheng Ho, dilukis pada sebelah kanan masjid.



Tetiba ada 3 budak lelaki datang bermain kat kolam bawah mural. Bila aku tanya buat apa, mereka kata tadika mereka sebelah masjid je. Comel comel pulak adik adik ni, besar sket dari anak sedara aku kiranya. Mula mula malu dengan aku, pastu bila aku angkat kamera terus posing nak bergambar. Hihihi...



Aku syak kanak kanak perempuan ini jeles sebab aku kacau kawan kawan lelaki dia. Muka garang semacam. Gerun akak tau.


 Souvenir di kedai sebelah masjid. Aku usha usha tengok je sebab belum dibuka.



Reddish songkok



Cheng Ho Mosque porcelain model



Mosque keychain

Jam 0730. Aku meninggalkan kawasan masjid. InsyaAllah panjang umo, berjumpa lagi kita.



Keretapi ke Yogjakarta jam 0815. Aku perlu sampai sekurang kurangnya jam 0800.  Usha tugu dan kawasan perkuburan tadi tanpa masih tutup (hari minggu tutup barang kali), jadi snap gambar dari pagar luar saje. Sekali tengok macam Tugu Negara kat Kuala Lumpur.




Lepas amik gambar tugu, nampak kedai. Pesen aku ni, nampak je kedai serbaneka 24 jam, mesti nak singgah. Asal nampak je singgah, asal singgah je nampak. Eh. Masuk dalam beli air mineral je pun. Keluar IndoMart tahan angkut. Bila bagitahu nak ke Stesen Baru Gubeng, driver bagitahu aku kena tahan angkut jalan seberang. Rupanya angkut hanya bergerak jalan sehala. Ini yang aku cakap tadi, AWAS mengenai angkut.

ANGKUT IN SURABAYA:
IT MOVES IN ONE-WAY ROUTE ONLY!!!!



Jam dah 0745. 10 minit ambil masa lintas jalan sebab kenderaan bertali arus tak putus putus.  Mujur ada angkut yang cepat berhenti bila nampak aku melintas jalan. Jalan sudah sesak, angkut bergerak perlahan.

Jam 0805. Angkut berhenti di Stesen Gubeng Lama. Driver cakap dia tak masuk jalan Stesen Gubeng Baru. Ah, masak aku lagi 10 minit keretapi. Berjalan sepantas yang boleh dengan bebanan beg di belakang dan hadapan.

Cun cun jam 0815 aku sampai di stesen malangnya staff bagitahu keretapi aku dah berlepas. Sadis. Berhuhuhu aku kat situ sekejap.

TRAINS IN INDONESIA:
MOST OF TIME, THEY ARRIVE ON STATION SHARPLY!!!!!

Burn tiket. Ini tak boleh jadi. By hook or by crook, aku kena ke Yogjakarta hari ni.
Aku masuk service office tanya jadual perjalanan keretapi seterusnya. Alhamdulillah ada tempat kosong keretapi jam 1200. Aku terus beli di kaunter pembelian terus. Kali ini tak boleh main main lagi dengan masa. By 1100 am aku kena pacakkan diri ada di stesen.

Sekarang ada baki 2 jam hasil rancangan kegagalan naik keretapi tadi. Jadi apa nak buat ye??? Nak gi Masjid Besar Surabaya agak jauh dari stesen, Kena pikir kos dan masa lagi. Ha, POSKAD!!!!!

So aku tinggalkan backpack besar di service office. Free je. Berjalan keluar stesen menguaha kawasan sekitar stesen kejap.


Masjid depan Stesen Keretapi Gubeng Baru.


Pasar yang jual pakaian dan cenderamata. Kesian dengar luahan penjual, pasar ni ibarat hidup segan mati tak mahu. Huhuhu. 





 Lepas pasar tadi, aku berjalan kaki sampai ke pejabat pos. Malangnya kat situ takde jual poskad. Hampagas betul. Penat penat aku jalan hasilnya tiada. Kata kerani, poskad hanya ada di Pejabat Pos Utama Pasar Turi, kira kira 2 kilometer dari sini.


 Aku berjalan keluar dan tanya guard camne nak ke Pejabat Pos Utama. Panjang lebar dia explain tapi apa yang aku faham, kena belok kanan, berjalan lurus 100 meter, jumpa simpang, tahan angkut N yang lalu di jalan seberang. Balik ke stesen keretapi pun kena naik angkut huruf N. Baru aku tahu setiap angkut ada label huruf tertentu menandakan laluan perjalanan yang berbeza. Angkut N bergerak ke laluan berdekatan Jambatan Merah, kawasan di mana pejabat pos terletak.

ANGKUT IN SURABAYA:
THERE IS SPECIFIC ANGKUT FOR SPECIFIC ROUTE!!!!!

Aku berjalan mengikut panduan pak cik guard tadi. Sampai simpang, jumpa penjual kereta di satu bangunan. Seorang pak cik. Baik hatinya membantu aku melintas jalan sebab tengok aku tegak tak bergerak gerak di tepi jalan tunggu kenderaan takde. Huhuhu.

Alhamdulillah 5 minit menunggu angkut N berjaya dinaiki. Waktu tu jam dah 0945.




Jalam jem tapi yang hebatnya angkut ni boleh menyelit sana sini. Cekap betul driver angkut di Surabaya. Aku yang duduk di belakang ni kadang kadang rasa nak semput nafas bila dia celok masuk kiri kanan jalan.

Aku buka Google Map. Kawasan pejabat pos dah dekat tapi hairannya kelibat bangunan tak nampak nampak. Aku turun dari angkut dan tanya local. Google Map kali ni tak boleh pakai. Haram makin sesat jadinya.

Bila tanya local, panduan yang dia bagi lagi pening.  Panjang. Separuh je aku paham sebab pakai bahasa Indon betul. Hadoi. Gimana ni dong??? Aku bukan Indonesian. Pejabat pos tu memang ada dekat kawasan sini cuma terselit celah bangunan bangunan je. Aku wander keluar masuk lorong kecil. Seram jugak sebab sunyi. Nasib baik pagi je.



Lega bila jumpa sekolah sebab tempat orang awam ramai. Cuci mata tengok mural kat pagar kawasan sekolah.


Ada gereja sebelah sekolah.


Budak budak tengah rehat kot sebab sekarang baru jam 1020.

Akhirnya jam 1040, aku berjaya jumpa Pejabat Pos Pasar Turi bersebelah gereja katolik dan 100 meter dari sekolah tadi. Aii la pejabat pos, punya jauh aku sesat dapat jugak ketemu dikau.




Ingat Ain, jam 1100 kena ada di stesen keretapi dah oiii. Kelam kabut aku beli, tulis dan poskan poskad. 10 minit dah setel sebab orang tak ramai. Lagipun beli poskad di kaunter pertanyaan bahagian depan je.



Sebelum keluar, aku tanya staff di situ nak confirmkan semula pasal angkut N tadi. Kali ni senang. Berjalan keluar pejabat pos, lintas jalan ke Bangunan Bank Mandiri dan tahan angkut N di situ. Macam biasa bab lintas jalan yang hazab lama sikit tu.



Jam 1100 baru aku dapat naik angkut. Jalan tak usah cerita. Dari tadi memang memanjang tak lengang dengan kenderaan. Agak agak bape juta la kenderaan di Indonesia ni ha???? Dari layan jem, amik gambar kandid sekeping dua.



Lagi mural di sekitar bandar Surabaya.


Om aka pak cik yang mencari sesuap rezeki yang halal.


Mahu tergolek aku jatuh dari angkut kalau driver cilok gerak kiri kanan.

Perjalanan yang asalnya 10 minit je jadi 40 minit angkara jem. Jam 1130 sampai di depan Stesen Gubeng Lama. Turun je ingat nak snap gambar angkut tapi tetiba datang pulak orang orang budak ni enter-frame.


Sibuk mintak aku amik gambar dorang. Ok, akak dah amik. Hmm, ada gaya. Besar nanti boleh jadi model yang depan sekali ni. Ok dah, pegi main jauh jauh. Hahaha.



Jam 1130 sampai di depan Stesen Gubeng Lama. Berjalan lagi 10 minit baru sampai di Stesen Gubeng Baru. Aku cepat cepat ambil beg besar di service office dan terus masuk ke dalam terminal. Keretapi dah sampai rupanya.  Cepat betul. Tepat. Tak hairan la aku buleh tertinggal keretapi yang pagi tadi.

Jam 1150 dah zuhur. Oleh sebab khuatir orang ramai dalam surau, aku naik terus keretapi. Ada surau di sebelah kiri dalam terminal. Takpe, solat dalam keretapi je. Musafir. Mujur wudhu dah ambil siap siap tadi sebelum naik keretapi.

Keretapi bergerak tepat pada waktu jam 1200. Sementara seat depan, kiri dan kanan takde orang, aku solat jama’ qasa. Kalau ada orang nanti, sempit pulak tempat duduk.



Keretapi ini dijangka akan tiba di Lempuyangan jam 1710. Lebih kurang 5 jam, pergh boleh kebas badan duduk lama lama ni. Selang sejam seat depan aku diisi dengan seorang gadis (sebaya adik aku kot) dan seorang pak cik. Seat tepi aku takde orang, buat letak backpack hijau. Hihihi.

Jam baru 1330….Apa lagi cabaran menanti aku lepas ini….Berpikir

Tik tok…Tik tok…Tik tok…

Sementara tunggu next post, layan la gambar gambar pemandangan keretapi Surabaya - Yogjakarta.











[bersambung…..]

No comments:

Post a Comment