[Sambungan entri terdahulu...]
Tido tahap tak hingat. Mujur la train ni memang last pit stop di Bangkok. Sedar sedar train dah berhenti kat Stesen Keretapi Hualamphong Bangkok.
Dalam keadaan mamai and lapar menggila, aku turun train nak cari kedai makan kot kot ada jumpa nasi. Dah 2 hari aku tak jumpa nasi ni, makan bekalan roti and nutella je yang aku bawak dari Malaysia.
Sebelum cari tempat makan singgah dulu kaunter pertanyaan tanya pasal special trip ke Saraburi esok.
Tanya sorang pegawai lelaki pangkat uncle pasal special trip ke Saraburi. Ai, uncle ni tak paham paham. Dia just bagi aku timetable for common train route je. Adoi, sakit hati pun ada. Dah la aku tengah lapar ni. Pulak tu tak mesra pelanggan langsung, bagi instruction macam nak makan orang je.
Tido tahap tak hingat. Mujur la train ni memang last pit stop di Bangkok. Sedar sedar train dah berhenti kat Stesen Keretapi Hualamphong Bangkok.
Yeay, i made it to Bangkok |
Papan tanda 'Bangkok' di Hualamphong Train Station (gambar ihsan Google) |
Dalam keadaan mamai and lapar menggila, aku turun train nak cari kedai makan kot kot ada jumpa nasi. Dah 2 hari aku tak jumpa nasi ni, makan bekalan roti and nutella je yang aku bawak dari Malaysia.
Omputih ni berkelah ke hape depan ruang legar stesen... |
Sebelum cari tempat makan singgah dulu kaunter pertanyaan tanya pasal special trip ke Saraburi esok.
Kaunter pertanyaan stesen keretapi (gambar ihsan Google) |
Tanya sorang pegawai lelaki pangkat uncle pasal special trip ke Saraburi. Ai, uncle ni tak paham paham. Dia just bagi aku timetable for common train route je. Adoi, sakit hati pun ada. Dah la aku tengah lapar ni. Pulak tu tak mesra pelanggan langsung, bagi instruction macam nak makan orang je.
Northeasthern Line for common train |
Ah, malas la layan uncle ni. Cari makanan dulu lagi baik. Lagipun sekarang dah jam 0700 pm. Kat luar tu gelap, maghrib tadi lagi dah masuk waktu.
Pak cik ni baik. Jom masuk dalam :) |
Walaupun ni KFC tapi aku masih berhati hati dalam bab makan minum sejak dari hari pertama lagi jejak Thailand. Nak beli ayam takut sembelih cara tak halal. Intai intai logo halal tak jumpa pulak. Last option, aku beli je set burger ikan and air je. Abih lagi duit aku riban riban, 69 Baht. Duit kena catu betul betul supaya selamat keluar dari Thailand tanpa jatuh muflis. Hahaha.
Ok, pasal tiket train esok pagi aku tanya balik. Putus angin aku jumpa uncle tadi. So sekarang misi nak mencari hotel yang dah aku booked online, 'At One Service' hotel. Kalau rujuk Google Map, jarak perjalanan dalam 400 m je dari stesen keretapi. Buleh tahan dengan jalan kaki je ni. Ada banyak local taxi yang offer nak bawa aku ke hotel ni tapi aku tolak dengan berhemah. Save budget uncles. Ada sorang uncle ni baik hati tunjukkan jalan ke hotel and siap bawa aku lintas jalan lagi. Ada sifat kebapaan di situ. THUMP UP to this uncle!!!!!
Hualamphong Train Station in night. Bye, see you tomorrow :) |
Aku teruskan berjalan kaki dengan cepat sepanjang jalan raya besar Bangkok yang agak sibuk waktu malam, tak toleh kiri kanan dah. Satu, takut penjahat. Dua, takut stray dog. Huhuhu. Sekali sekala terpaksa buka ipad rujuk Google Map sebab tersalah masuk jalan, kena u-turn balik. Last tengok Google Map bagitahu dah sampai tapi mananya hotel nih??? Nampak ada satu lorong gelap kat depan aku. Ipad pulak tunjuk hotel tu area kawasan gelap ni. Aku memberanikan diri masuk tapi dengan gaya jalan kaki 10000 m Olimpik la.
Alhamdulillah sampai jugak kat 'At One Serivce' Hotel (gambar waktu pagi) |
Masuk lobi terus jumpa Miss yang jaga meja depan. Aku tunjukkan booking form yang dah diprint siap siap untuk booked single room satu malam. Dia check untuk confirmkan and aku terus buat bayaran sebanyak 700 Baht. Bye bye duit :(
Masuk bilik terus landing kejap sambil online nak check balik kejadian yang berlaku di Ayutthaya tadi. Memang betul ke tak sebenarnya aku sesat sebab aku dari tadi lagi konfius.
Bilik sempit je tapi mujur private bathroom (gambar ihsan Google) |
Godek godek Google Map tengok balik mana sebenarnya lokasi Queen Suriyothai Memorial, kawasan mana yang aku dah sesat tadi and preparation sikit untuk hari esok in case kalau aku tak dapat beli tiket special trip to Saraburi.
Kawasan Ayutthaya Sesat Birat Edisi I sebab banyak lorong and jalan nak cari Wat Mahathat. Kawasan hijau adalah kawasan sebenar Ayutthaya Historical Park yang diwartakan UNESCO. |
Kawasan major Sesat Birat Edisi II dalam usaha mencari Queen Suriyothai Memorial. |
A = Kedai tempat aku rent beskal di lorong jalan menuju jeti bot
B = Kawasan aku kena salak dengan anjing waktu subuh semalam
C = Masjid Thai-Pakistani tempat aku solat subuh and tinggalkan backpack
D = Masjid pertama yang aku jumpa lepas sesat masuk kampung
E = Masjid kedua yang jumpa and kat sini jugak aku solat zuhur asar
F = King Naresuan Memorial
G = Last pit stop kat highway sebelum decide patah balik masuk bandar Ayutthaya
H = Kedai runcit beli 7-up and jumpa uncles Muslim yang baru balik dari solat Jumaat
1 = Jalan highway sunyi sepi yang boleh sampai Queen Suriyothai Memorial
2 = Jalan kampung berhutan rimba yang boleh sampai Queen Suriyothai Memorial
Setelah buat analisis lengkap begini, rupanya aku takde la sesat pun and sebenarnya berada di jalan yang BENAR serta NYATA. Cuma yang menjadi permasalahan aku patah balik sebab khuatir dengan highway yang besar sunyi tu and jalan kampung dengan hutan rimba. Kang tak pasal pasal kena culik ke hape ke. If la, if la aku ikut jalan 1 (highway sunyi sepi) aku perlu berkayuh lebih kurang 3.0 km lagi or jalan 2 (jalan kampung berhutan rimba) pulak dalam 3.5 km untuk sampai ke Queen Suriyothai Memorial. Giler jauh lagi merupanya tempat ni.
So kalau nak dihitung sebetul betulnya bicycle tour plus Sesat Birat Edisi I and II, aku telah berbasikal hampir 15 km pegi balik. 15 km??? Aku sendiri pun tak percaya yang aku buleh berkayuh sejauh tu hampir tanpa air and makanan secukupnya.
So untuk menutup entri kali ni meh aku kongsikan beberapa gambar marvelous Queen Suriyothai Memorial dari Mr. Google. Credit to owner of this photos. Memang sampai sekarang masih berbekas rasa kecewa tak dapat sampai tempat ni tapi insyaAllah kalau ada rezeki ke Ayutthaya lagi, akan ku jejak sampai jumpa monumen ni.
Monumen Queen Suriyothai di atas gajah tunggangannya |
Waktu senja kawasan taman Queen Suriyothai Memorial |
Total damage = 949 Baht
No comments:
Post a Comment