[Sambungan entri terdahulu...]
Sebenarnya misi rahsia aku ialah mahu menjejaki Queen Suriyothai Memorial. Sape yang penah tengok movie The Legend of Suriyothai mesti kenal dengan watak dalam cite ni. Ok la, aku cite sikit satu perenggan who is this female historical figure ni.
Queen Suriyothai ni sebenarnya isteri kepada Raja Chakraphat, Raja Kerajaan Lama Ayutthaya ke-16 (1548 - 1564) yang sangat terkenal dengan tunggangan gajah putih. Masa pemerintahan tahun 1549, Raja Burma cabar Raja Chakraphat ni untuk berperang. Burma memang ada niat nak menawan Ayutthaya sebab kan tempat ni ibu kota Kerajaan Siam dulu. Waktu tu, wanita tidak dibenarkan untuk berperang tetapi sebab runsing akan nyawa suaminya, Queen Suriyothai menyamar sebagai lelaki and turun sekali berperang. Malangnya beliau terkorban kerana cuba menahan serangan tentera Burma yang nak membunuh suaminya. Oleh kerana keberanian beliau sehingga mengorbankan nyawa sendiri maka Queen Suriyothai dikenang sebagai seorang wirawati dan kisah beliau diangkat menjadi sebuah movie epik berdurasi asal kira kira 5 jam weyyy. Versi cite yang aku penah tengok just 3 jam je. Sampai sekarang aku tak jumpa movie versi asal yang 5 jam tu.
Now, korang paham kan kenapa aku beriya iya nak cari Queen Suriyothai Memorial ni. Perasaan kagum dan teruja kalau dapat jejak tugu peringatan wirawati Thailand. So aku kayuh beskal sambil sekali sekala berhenti rujuk map.
Sebenarnya misi rahsia aku ialah mahu menjejaki Queen Suriyothai Memorial. Sape yang penah tengok movie The Legend of Suriyothai mesti kenal dengan watak dalam cite ni. Ok la, aku cite sikit satu perenggan who is this female historical figure ni.
Queen Suriyothai ni sebenarnya isteri kepada Raja Chakraphat, Raja Kerajaan Lama Ayutthaya ke-16 (1548 - 1564) yang sangat terkenal dengan tunggangan gajah putih. Masa pemerintahan tahun 1549, Raja Burma cabar Raja Chakraphat ni untuk berperang. Burma memang ada niat nak menawan Ayutthaya sebab kan tempat ni ibu kota Kerajaan Siam dulu. Waktu tu, wanita tidak dibenarkan untuk berperang tetapi sebab runsing akan nyawa suaminya, Queen Suriyothai menyamar sebagai lelaki and turun sekali berperang. Malangnya beliau terkorban kerana cuba menahan serangan tentera Burma yang nak membunuh suaminya. Oleh kerana keberanian beliau sehingga mengorbankan nyawa sendiri maka Queen Suriyothai dikenang sebagai seorang wirawati dan kisah beliau diangkat menjadi sebuah movie epik berdurasi asal kira kira 5 jam weyyy. Versi cite yang aku penah tengok just 3 jam je. Sampai sekarang aku tak jumpa movie versi asal yang 5 jam tu.
Poster movie 'The Legend of Suriyothai' |
Now, korang paham kan kenapa aku beriya iya nak cari Queen Suriyothai Memorial ni. Perasaan kagum dan teruja kalau dapat jejak tugu peringatan wirawati Thailand. So aku kayuh beskal sambil sekali sekala berhenti rujuk map.
Singgah sebentar di Wat Thammikarat |
Patung patung yang ada kepala and headless pun ada |
Kayuhan 'Le Tour de Ayutthaya' diteruskan |
Dekat 45 minit berkayuh, aku masih belum jumpa jalan sebenar menuju Queen Suriyothai Memorial. Kebetulan tengah tengah jalan ada satu wat yang macam baru. So aku belok masuk ke wat ni dengan hati hati takut ada stray dogs lagi macam pagi tadi.
Ada Buddha besar tengah syok baring |
Jangkaan aku memang tepat. Aku turun je beskal ada dua ekor stray dogs mula berlari lari anak ikut belakang aku. Ah sudah. DANGER!!!!! Mana mau larik nih!!!!! Ah, tak kira dah. Run for your life!!!!!
Dekat kawasan ni aku keliling main lari lari dengan dorang. Aku pegi kanan, dorang ikut. Aku turun tangga, dorang masih ikut. Arghh, tension aku wahai anjing anjing sekalian!!!!! |
Last option, aku nampak ada local peeps tengah makan makan kat dalam temple. So apa lagi aku terus jalan laju laju buat buat nak tanya arah jalan. Padahal aku nak suruh dorang halau anjing anjing tuh. Actually 2 in 1 la. Nak suruh halau anjing and memang sebenarnya nak tanya jugak kat mana Queen Suriyothai Memorial. Nasib baik dorang macam paham walaupun aku tak suruh sebab bila anjing anjing tuh dekat, dorang halau je. Selamat aku. LEGA!!!!!
Ada sorang pak cik ni tunjukkan aku arah nak ke tempat yang aku nak tuju. Mula mula aku tak paham dengan arahan dia tapi bila aku rujuk map kertas and Google Map, baru nampak arah tujuan sikit. Dia kata senang kalau pakai jalan kampung.
So aku keluar dari kawasan temple tu, terus lintas jalan, lalu jambatan and jelajah masuk dalam kampung. Jumpa satu lagi wat baru yang cantik jugak sebab atap dia warna emas.
Banyak je tourists masuk temple ni. Aku malas masuk takut jumpa anjing dalam tu |
Wat Na Phramen |
Habis je amik gambar kat situ, aku teruskan kayuhan. Dalam kampung pun ada jugak wat lama sebenarnya.
Wat Hasadavas (macam tajuk cite hindustan, Devdas) |
Keluar jalan kampung, jumpa jalan raya balik. For now, aku dah tak tahu aku ni sebenarnya berada kat mana. Bila tengok papan tanda jalan tulis 'Ayutthaya' membelakangkan laluan aku, means that aku dah terkeluar dari Bandar Ayutthaya (aku agak agak la).
Relax and cool. Jangan gelebah. Biar pun aku rasa macam dah cuak giler and hati berdebar debar. Nak patah balik masih terlalu awal. Lagipun misi aku belum accomplished lagi. Tetiba sayup sayup dengar azan. ALLAH!!!!! Leganya rasa hati sebab dari kejauhan nampak masjid. Agaknya ni perkampungan Muslim kot.
Aku lupa hari ini hari Jumaat. Dengar azan lepas tu imam baca khutbah :) |
Rasa cuak tadi bertukar jadi semangat membara (POYO!!!!!). Belum tiba masa nak patah balik. Yeah, perjuangan perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan and selagi masa masih ada. Selang 30 minit kayuhan aku jumpa lagi satu masjid. Makin lega rasa. Hanya Allah je yang tahu perasaan ni betapa syukurnya sebab entah dari mana kekuatan tu datang tatkala keletihan dah hampir sejam lebih berkayuh tanpa henti dengan air setitik pun tak minum sebab belum jumpa kedai lagi.
Aku masuk masjid ni waktu jemaah baru selesai Solat Jumaat. Malu weh sume lelaki tapi apakan daya sebab nak solat punya pasal. Dah la dorang buat meeting depan pintu utama masjid pulak tu. |
Selesai solat, 'Le Tour de Ayutthaya' diteruskan. Mak ai, jauh giler Queen Suriyothai Memorial ni. Menakjubkan jugak walaupun sesat birat macam ni tapi dapat tengok scenery suasana kampung yang tenang dengan padi menghijau.
Dari kejauhan macam nampak Wat Phu Khao Thong yang uncle kat temple tempat aku kena kejar anjing tu cakap tadi |
Kayuhan diteruskan sebab kalau dah nampak Wat Phu Khao Thong tu maksudnya Queen Suriyothai Memorial dah semakin hampir (mengikut map kertas yang ada dengan aku sekarang). Hanya mampu memandang sayup dengan kerlipan mata yang redup (letih and mengantuk) sebab energy waktu ni dah depleted tinggal 30% je, tak dapat nak jelajah naik temple ni.
Dah sampai area Wat Phu Khao Thong. "Sungguh aku tak larat nak panjat tangga temple yang tinggi nih, kaki dah terasa kebas sebab berkayuh". |
Pusing pusing kayuh dalam kampung sekitar temple ni jumpa satu lagi monumen tapi bukan yang aku cari. Siapakah gerangan patung lelaki berkuda ini???
Belek belek peta ooo King Naresuan Monument rupanya. Ingat lagi tak beliau sape??? Aku kan penah tulis dalam entri lepas. Raja yang memerintah Kerajaan Lama Sukhothai (1569 - 1583) |
Jumpa sorang abang askar tengah jaga post kat monumen Raja Naresuan ni. Nak tanya tapi dia tak faham bahasa Inggeris pulak. Dia tengok aku macam gaya baru lepas marathon (walaupun naik beskal hahaha) so dia offer suruh amik air mineral dalam tong polisterin besar. Aku buka tengok memang banyak botol air mineral (aku agak air ni mesti untuk pelancong yang datang melawat kawasan sini), so aku amik je dua botol and ucap terima kasih.
Aku cepat cepat blah dengan energy yang tinggal nyawa nyawa ikan sebab waktu ni jam dah 0300 pm. Kayuh lagi and lagi.
Tengok padi menghijau tambah semula energy sikit |
Kayuh punya kayuh nampak highway besar and jalan masuk kampung lagi. Tetiba rasa tak sedap hati nak teruskan kayuhan.
My last pit stop before i decide to turn back to Ayutthaya (the highway route) |
The small road with no one here, CREPPY!!!!! |
"Ko ni dah sampai mana dah Ain ooo. Patah je balik. PATAH JE BALIKKK!!!"
[bermonolog sendirian]
Dengan rasa berat hati aku patah balik ikut jalan yang sama aku lalu tadi. Pikiran aku yang masih waras mengingatkan keutamaan menjaga keselamatan diri di tempat orang. Kecewa tetap tahap gaban weyy. Misi tak berjaya. Dah la sesat birat, pastu Queen Suriyothai Memorial tak jumpa. Allah je tahu perasaan aku waktu tu. Takpe la, ada hikmah di sebalik benda yang berlaku. REDHA.
Dalam perjalanan balik, aku singgah satu kedai runcit untuk beli air. Ada pak cik pak cik yang baru balik solat jumaat tengah bersembang. Sorang pak cik tegur aku tanya datang dari mana, apa aku buat sini, datang dengan sapa. Kagum dia bila aku cakap aku cikgu dari Malaysia, datang Thailand sorang sorang and aku pun turut kagum dengan pak cik ni sebab he can speak very well in English.
Salute to you uncle!!!!!
Lepas ucap salam to those uncles, aku kayuh beskal masuk balik Bandar Ayutthaya.
Baru perasan ada universiti kat Ayutthaya nih :) |
Ha, yang ni kolej perkapalan pulak :) |
Nak mengubat kekecewaan tadi, aku tengok balik map and perasan ada satu lagi tempat yang WAJIB pegi iaitu Wang Luang or Royal Palace. Tengok jam, masa masih ada. Bukan main laju lagi kayuh sebab tadi dah minum air 7-up beli kat kedai.
Laluan pejalan kaki and taman yang luas di kawasan sekitar Royal Palace |
Cantik kan Royal Palace. Free entrance (aku tak masuk dalam sebab nampak ada anjing melilau depan pintu tu) |
Aku jeling tengok jam. Alamak, dah jam 0350 pm. Kena balik stesen keretapi dah la weyy. Tiket keretapi pegi Bangkok tak beli lagi. Backpack aku tak ambik lagi. Dengan gaya kayuhan Lance Armstrong, aku pegi ke Masjid Thai-Pakistani untuk ambik backpack sebelum pulangkan beskal. Waktu ni budak baru balik sekolah memang busy giler jalan raya. Terpaksa aku kayuh hati hati nak elak kenderaan and manusia di jalanan.
Sampai masjid, alhamdulillah beg masih seperti keadaan sama waktu aku tinggal pagi tadi. Check check takde barang hilang. Sekali lagi dengan gaya kayuhan Azizulhasni Awang pulak aku pecut ke kedai kat lorong menuju jeti bot.
Berjaya pulangkan beskal tanpa sebarang kerosakan. Then bergegas kejar feri semalam untuk cross Pa Sar River dengan tambang 5 Baht.
Baru nampak jelas rupa feri aku naik pagi tadi. (subuh tak nampak sangat sebab gelap lagi waktu tu) |
Sampai je seberang sana, terus masuk stesen tanya pegawai kat kaunter tiket ke Bangkok. Alhamdulillah train yang sepatutnya tiba jam 0345 pm delay hingga ke jam 0425 pm. So aku beli je tiket waktu ni, tak perlu yang beli tiket yang jam 0600 pm. Tu dah lewat sangat.
So aku dijadualkan akan tiba di Bangkok area jam 0620 pm (alamak dah mahgrib and gelap waktu ni) |
Train sampai je aku terus naik and tido sambil duduk je sepanjang perjalanan. Penat weyy jalan and kayuh beskal dari pagi hingga petang.
[To be continue...]
No comments:
Post a Comment