Assalamualaikum...
[Maaf, post ni tersadai lama dalam blog sebab kekangan masa and busy dengan keje sekolah sebab tahun ni kekal sebagai Setiausaha PBS lagi and Guru Tingkatan 4 Gigih dorang bagi aku, hohoho gigih la aku tahun ni nampaknyer]
Hari ni excited lagi sebab nak naik bot. Bangun je awal tapi memerap atas katil dulu. Hosmet 2 orang Malaysians dah chow pegi hiking katanya, yg Chinese Tanah Besar tu nak check out hari ni and lagi 2 orang minah saleh masih memerap atas katil sama macam aku.
Dalam resit booking tulis akan ada mini van datang pick up aku kat hostel jam 0830 am. So by 0800 am aku mula la menggagahkan kaki turun katil pegi mandi siap ala kadar. Oleh sebab menjangkakan akan balik bukan dalam keadaan kering, maka aku hanya pakai t-shirt and seluar trek saje tapi tetapi pakai shawl (dah ini je tudung yg aku bawak lagipun keayuan kena tetap maintain beb walaupun nak main air kejap lagi haha).
5 minit sebelum 0830 am, aku terkejar kejar turun dari bilik hostel and menunggu di lobi luar. Hurm, masih belum ada tanda tanda mini van datang. Tick tok tick tok, 5 minit berlalu....10 minit berlalu....Apakah??? Intai jam dah jam 0840 am. Ini tak boleh jadi. Maka dengan segala kudrat yang ada, aku berjalan dengan gaya lipas kudung menuju ke booth semalam di kawasan pantai Ao Nang. Adoi la, menjadi satu kerjaan pulak nak berjalan di tengah matahari terik. Dari kering segar dah berpeluh gaya baru mandi. Dari wangi dah jadi kurang wangi. Nasib badan la ko Ain.
15 minit berjalan akhirnya aku sampai. Cari cari akak semalam takde, akak lain pulak yang ada. Aku pun tunjuk la resit booking yang dorang bagi semalam. Akak ni pun call someone and bercakap dalam bahasa Thai. Hape benda akak ni cakap sepatah haram pun tak faham. Then dia suruh aku follow dia. Heh, nak pegi mana kak?? Belum sempat nak buka mulut bertanya, dah nampak mini van kat tepi jalan. Dia suruh aku naik duduk kat belakang. Dalam tu dah ada 2 orang mat and minah saleh. Then akak tu jadi driver. Mantap kak. Kitaorang dibawa masuk ke dalam kampung untuk pick up tourism lain yang akan join tour ni jugak.
Dalam 15 minit menunggu, tetiba akak driver mini van tadi bagitahu bot kami dah ready untuk bergerak. Apa lagi, kena mengarung air pantai la untuk naik ke bot. Nasib baik bot tu ada tangga besi, kira ada la jugak additional bantuan untuk wanita tambah tambah yang kecik macam aku ni. Hahaha. So of course la aku naik and duduk depan sekali kat tempat takde bumbung sebab nak tengok pemandangan. Dalam bot aku sorang je yang Muslim manakala yang lain omputih and orang Cina. Sebelum bergerak, juragan kami berpesan suruh pakai life jacket. Ada mamat omputih ni tolong hulurkan life jacket kat aku. Thank you Mr. Omputih.
Bismillah. Bot mula bergerak merentasi pantai hingga ke tengah laut. Fuh, nervous. Dalam hati bermonolog dengan Allah agar perjalanan ini selamat pergi dan balik. Ajal maut tiada sape yang tahu.
|
Juragan bot kami yang hensem and cekap. Aku duduk depan sambil usha dia hahaha |
|
Bot perlahan lahan tengah gerak dari kawasan pantai ke laut
(nampak tak pokok ru yang come come depan tu..) |
|
Bot membelah lautan yang membiru, masa ni dah gaya speedboat.
Banyak pulau/gua kecil kat tengah tengah laut |
Sepanjang perjalanan ke pit stop pertama, mata aku tak berkelip kelip melihat scenery yang begitu ohsem. Bermonolog sendirian memuji kebesaran Allah. Cantik tak terkata dengan lautan membiru, awan memutih dengan gua and pulau kecil di tengah tengah lautan. Patut la orang selalu kata kalau nak menambah rasa cinta pada Allah, mengembaralah ke ceruk ceruk BumiNya. Sempat jugak mulut ni merasa air laut sebab bot gerak laju, air pulak asyik terpercik je masuk dalam bot. Sape suh ko duduk depan. Pilihan sendiri, sendiri la tanggung tapi best jugak lama tak pekena air masin. Haha
Hampir 30 minit meredah lautan akhirnya sampai jugak ke pit stop pertama iaitu Phranang Island. Jom weh, turun main air. Ajak diri sendiri sebab forever alone hahaha. Orang lain dalam bot aku nih semua memang dari awal tadi lagi dah sedia. Lelaki dengan seluar pendek je and perempuan berbikini. Aku je yang berpakaian lengkap. Hahaha.
|
Bot No. 1 selamat berlabuh di Phranang Island (nombor 1 tu je yang aku paham, tulisan lain harap maaf) |
|
"Phranang, i'm here" (kata lelaki ini perhaps) |
|
Main air weh. Sejuk jugak air pantai even hari panas |
|
Main air tetap main air, aurat jangan lupa cover beb (stokin hitam untuk elak bayang kaki, dah habis basah lencun) |
|
Air laut memutih jernih tapi muka aku dah mula menghitam,
cap atas kepala macam takde function pun. Huhuhu |
Sudah sudah la main air tu Ain. Ko ada 3 lokasi lagi boleh main air. Baik manfaatkan masa 20 minit yang ada sekarang untuk amik gambar. Haha. Bermula misi mensnap gambar sendiri dan gambar sekitar Phranang Island.
|
Gaya sorang tauke bot bot kat belakang tu (berangan kejap) |
|
Cun kalau bergambar background gua nih. Testing..Testing |
|
Bersungguh setting cam timer bagai akhirnya dapat snap pic berlatarkan gua ni. |
[Korang nampak tak barang kat sebelah kiri gambar aku nih? Sebenarnya ada mamat and minah saleh seksi seksa kat situ, so terpaksa aku mengedit skit gambar supaya mereka hilang dari pandangan umum, hahaha]
|
Menikmati alam ciptaan Yang Esa. Tenang.
(Gambar kena edit lagi belah kanan sebab ada pose seksi seksa.
Arghh, habis gambar yang ohsem nih. Tak tenang mane dah) |
|
Gambar cover album satu (Justin Bieber kat depan pun aku tak pandang, hahaha) |
|
Macam macam gelagat manusia ada (wei korang main apa tu??) |
|
Bahagian darat pantai ada mini hutan (Jangan ko berani teroka Ain, ada MR U kang) |
|
Hutan menghijau meliputi batuan, gua and bukit.
Tenang balik jiwa kacau akibat gambar slack tadi |
|
Tengok laut (Tahap ketenangan on maximum) |
Lepas 30 minit kat Phranang Island nih, juragan hensem tadi dah standby berdiri depan bot cari kitaorang. Mesti dia dalam hati dah mengomen macam macam, "Hamboi korang bagi masa 20 minit, jadi 40 minit ye". Aku memang tak main jauh jauh, duduk berjalan area parking bot je. Amik gamba area situ sebab pulau ni takde la besar sangat. Lepas beberapa ketika, bot dah kembali penuh dengan ahli ahlinya termasuk la aku. Fuh, boleh tahan letih jugak duk panjat tangga besi nak naik bot. Bot mula gerak ke lokasi seterusnya di mana kitaorang akan lunch terus kat pit stop kedua ni. Yeay, makan. Perut dah mula lapar.
|
Laut biru and gua/pulau kecil lagi.
(Hilang terbang semua masalah yang semak dalam kepala) |
Kali ni nak sampai ke pit stop kedua pun lebih kurang setengah jam jugak. So lebih jam 1100 am dah mula nampak bayang bayang Poda Island. Pulau ni nampak macam lebih besar dari Phranang Island tadi. Kaki dah menggelepar tak duk diam nak main air lagi.
|
Poda Island dari kejauhan |
|
Bot kami selamat berlabuh di Poda Island
(warga bot no. 1 semua dah lesap entah ke mana hahaha) |
Juragan hensem tadi follow turun sekali dengan kitaorang sambil bimbit beg plastik besar berisi polisterine. Katanya, "eat, lunch". Hoho perut memang dah tahap lapar ni (tapi tahap tak kebulur lagi la). So dia bawa plastik tadi kat macam satu tempat duduk berkayu takde bumbung tapi teduh sebab ada pokok pokok. Separuh dari warga bot aku hilang dari pandangan, yang separuh ni je la tengah ready nak lunch sesama. Ah, ikut korang la. Masing masing dah besar panjang. Kalau lapar pandai pandai korang cari kitaorang kat bawah pokok ni nanti. Hihihi.
|
Alhamdulillah. Lunch pack. Nasi, telur goreng, ayam paprik, air (insyaAllah halal sebab dah tanya semalam kat booth tourism tu. Lunch Muslim yang sediakan, THUMB UP pengurusan tourism Krabi) |
Juragan hensem bagi masa lama skit untuk jalan jalan kat sini, 40 minit. Hihi. Boleh la usha usha amik gambar. Wait, syarat utama kalau 4 Islands kena main air dulu. Sape yang buat syarat ni??? AKU SENDIRI....Hahaha
|
Kaki dalam air lagi. Sejuk |
|
Papan tanda Poda Island |
|
Duduk di bawah rimbunan pokok ru. Redup and angin sepoi sepoi bahasa |
|
Pantai sangat bersih. Takde satu sampah pun aku tengok.
Hebat sungguh pengurusan tourism orang Krabi, lagi THUMB UP!!! |
|
Ha, aku jumpa nih. "Tsunami Hazard Zone". Tetiba nervous kejap. (mesti pulau ni antara yang tenggelam jugak waktu tsunami 2004 dulu) |
|
Arrghh aku frust lagi huhu
(minah mamat saleh seksi menodai kesucian gambar scenery Poda Island) |
|
HAHA dorang dah takde dalam gambar aku
(mohon maaf pose seksi seksa yang jauh jauh tu tak dan nak edit semua) |
|
Selfie sekeping berlatarkan batu setongkol tengah tengah laut tu
(tak terjangkau dek akal camne batu tu buleh ada tengah tengah laut, kuasa Yang Esa) |
|
Buat photo effect skit (konon kuat nak angkat batu besar gedabak tengah laut tu) |
|
Ada mini tokong tengah pulau ni |
Aku tengok semua mat minah saleh duk berjemur sakan. Ada yang duk main air tak habis habis. Aku??? Jangan ditanya sebab kalu dah forever alone tu memang termangguk macam orang hilang arah tujuan. Hahaha. Takde la. Aku enjoy je tengok kawasan sekeliling dengan laut, pokok pokok, bot. Entah, ada unsur unsur ketenangan di situ. Agaknya dah bersatu dengan alam kot jiwa aku nih. Hihihi. Kaki aku nih dah rasa sarat dengan pasir pantai je. Nanti orang bawa balik souvenir baju keychain sume tu, engkau Ain bawak balik pasir Krabi je banyak.
Dah agak cukup masa, aku tengok juragan hensem kitaorang dah panjang panjang tengkuk dia duk intai cari kitaorang. Aku takpe sebab main depan depan ni je, yang geng Chinese dengan Omputih entah mana dorang pegi. Menjadi satu kerjaan pulak duk tunggu bot nak penuh. Sebenarnya aku takde la kisah mana pun duk menunggu cuma aku rasa kulit muka dah membahang giler kepanasan. Entah entah balik nanti mak abah aku tak kenal anak dia sendiri sebab dah gelap sangat. Ha, tu la sapa suruh ko travel datang Krabi. Hampeh betul. Menyesal kemudian takde gunanya lagi =.='.
Sudah sudah berbincang pasal kulit muka ke apa ke, yang penting kita enjoy trip ni. Hihi. Bot dah cukup korum terus gerak. Katanya juragan hensem, pasni boleh snorkeling. Snorkeling? Tak rajin hayat aku try benda ni. Terasa macam excited je nak try tapi aku duk menimbang sebarang kemungkinan laut tempat snorkeling tu cetek ke dalam. Kalu dalam, sekian wassalam la snorkeling sebab aku memang fail bab berenang. Tak reti dan tak penah belajar. Kalu cetek, memang rezeki aku dapat tengok hidupan laut nanti.
[To be continue...]
No comments:
Post a Comment