Assalamualaikum...
Hari bangun awal sebab nak check out and terus ke Stesen Keretapi Hualamphong untuk cari tiket special train ke Saraburi. Kenapa aku nak ke Saraburi??? Ada hape yang menarik sangat kat tempat sampai aku sanggup tak jelajah Bandar Bangkok dan pilih Saraburi ni??? Ha, meh sini nak cite sikit.
Saraburi ni satu daerah kecil di tengah Thailand yang penting sejak zaman King Chakkraphat of Ayutthaya lagi. Kiranya Saraburi ni di bawah jajahan takluk Old Kingdom of Ayutthaya. Banyak attractions kat sini especially temple and Buddha figures tapi itu bukan benda yang aku nak tengok. Dah puas tengok sume tu kat Sukhothai and Ayutthaya. So kat Saraburi aku nak hunting sunflower or bunga matahari (tetiba lagu 'Bunga Matahari' yang Maya nyanyi keep replaying in my head). Di Thailand, dua daerah je yang famous dengan sunflower iaitu Saraburi and Lopburi tetapi aku pilik Saraburi sebab lebih dekat dengan Bangkok. Satu lagi, timing aku travel ke Thailand memang CANTIK sebab sunflower bloom from November - January.
Hualamphong Train Station waktu pagi |
Asal ada banyak gambar Raja Bhomibol Adulyadej ni (Oh lupa pulak aku besday beliau beberapa hari lepas) |
Sampai je kaunter pertanyaan, usha kot kot pak cik semalam ada lagi. Fuh, selamat. Pak cik lain yang bertugas hari ni and this pak cik is so nice to me. Bila aku tanya pasal special train ke Saraburi, dia bagitahu train only departed at weekend. Okay hari ni hari Sabtu, ada can untuk aku. Sadly, dia bagitahu train hari ni dah pun departed jam 0630 am tadi and train for next day (Sunday) is fully booked.
Poster special train for special trip to Saraburi |
"Sedih lagi aku. Rezeki takde lagi di Bangkok. Huhuhu"
(Enought of this nonsense Ain, ko bukan sedih sangat pun)
Okay, cut off the crap. Let get back to my adventure story. Biasanya trip ini dibuat oleh State Railway of Thailand hanya pada weekend bulan Disember and Cuti Umum. Kalau dapat special train tu memang best giler sebab train memang lalu and berhenti tengah ladang bunga untuk penumpang amik gambar puas puas. Pastu train akan lalu landasan di tengah tengah Pasak Jolasid Dam untuk menikmati pemandangan yang camni ha.

Train akan exacly berhenti tepi ladang bunga matahari weyyy |
Best giler naik train yang camni, betul betul lalu tengah empangan |
Bila tengok gambar gambar Mr. Google kat atas ni nak menitik air mata lagi sekali sebab trip ni sangat ohsem and i missed it!!!!! Demmit!!!!! (Jangan marah dengan perancangan Allah, insyaAllah ada hikmah apa yang berlaku - ayat penyedap hati yang lara, huhuhu).
Wish list tetap perlu ditunaikan. Janji tetap janji Ain oooii. Sunflower hunting kena accomplish jugak selepas Queen Suriyothai Memorial gagal. Hurm, camne nak buat ni ye??? Aku nak jugak hunting sunflower so terpaksa buat plan sendiri la jawabnya. So aku terpikir nak beli je tiket common train ke Saraburi then bila sampai sana nanti pandai pandai ko Ain cari sendiri bunga tu. Ni baru orang kata backpacker sejati. Plan bidan terjun yang buleh tahan.
So aku pegi semula kat kaunter pertanyaan tadi nak beli tiket keretapi biasa ke Saraburi. Sambil sambil tu tanya jugak jadual perjalanan train ke Surat Thani sebab malam ni aku WAJIB turun ke Surat Thani. Surat Thani hub ke Krabi Town untuk aku balik ke Malaysia melalui Krabi Airport.
Sekarang jam dah 0900 am. Kepala aku tengah ligat berpikir nak plan on the spot untuk route hari ini sebab perubahan yang berlaku. So dekat 20 minit aku duk melangut di kaunter pertanyaan tu tanya macam macam soalan dekat pegawai train uncle tadi.

Jadual perjalanan Bangkok - Surat Thani melalui Southern Line |
Sekarang jam dah 0900 am. Kepala aku tengah ligat berpikir nak plan on the spot untuk route hari ini sebab perubahan yang berlaku. So dekat 20 minit aku duk melangut di kaunter pertanyaan tu tanya macam macam soalan dekat pegawai train uncle tadi.
Sekarang ni yang dah confirm boleh beli tiket Bangkok - Saraburi jam 1005 am dengan harga 40 Baht.
Selamat dibeli untuk sunflower hunting hari ni |
Lepas berpikir sedalam dalamnya dan menimbang tara pendapat pegawai train uncle tadi, so aku beli terus tiket train Bangkok - Surat Thani dan tiket bas Surat Thani - Krabi Town. Asalnya tiket ke Surat Thani aku nak amik yang ada bed, boleh la malam ni tido baring sedap sedap tapi masalahnya tiket tu terlalu awal iaitu jam 0730 pm. Tak sempat tu nak cari sunflower kalau balik semula Bangkok waktu tu. So nak tak nak aku beli tiket yang kerusi duduk, train paling last iaitu jam 2250 pm.
Tiket train tempat duduk kelas 2 = 608 Baht |
Selesai je beli tiket aku masuk KFC beli menu semalam just tambah fries satu lagi buat bekalan untuk travel hari ni. Roti masih ada beberapa keping je lagi tapi simpan untuk Surat Thani and Krabi Town in case emergency.
Tengah menunggu train sambil makan fries, tetiba dengar bunyi bising belakang tempat duduk aku. Toleh tengok kaget kejap aku. La, macam mana pulak dorang buleh tersesat sampai sini ni, hahaha.
Hey Darth Vader, ko tak bawak sekali Padme Amidala ke? |
Agak agak orang yang pakai kostum Darth Vader ni hensem macam Hayden Christensen tak? |
Hurm, tak dapat special trip ke Saraburi tapi dapat jumpa Darth Vader pun jadi la. Terubat sikit rasa kecewa. Tengah syok bergambar dengan Darth Vader, jenguk tengok jam kat tangan dah 1000 am. Weyyy, lagi 5 minit train ke Saraburi nak depart. Larikkk!!!!
[To be continue...]
No comments:
Post a Comment