Thursday, February 19, 2015

Day 4.1 Chiang Mai - Sukhothai Historical Park

Assalamulaikum...

Hari ini bangun awal (kononnya). Asalnya plan nak gi Arcade cari tiket bas paling awal ke Sukhothai jam 0600 am. Last last jam 0630 am baru keluar hotel dengan nak belit belit shawl ni pun jadi satu kerjaan tah pape. Hampeh betul ko Nurul Ain, janji dicapati. Ko kan tak suka orang yang tak tepati janji (marah pada diri sendiri for about 5 seconds, hahaha). Takpe la, dah namanya backpacking solo buleh sesuka suki buat plan ikut kepala sendiri. 

Aku memang sebulehnya nak amik tiket bas seawal mungkin sebabnya Chiang Mai ke Sukhothai tu amik masa 5 jam beb. Dah la aku tak penah jejak Sukhothai, kalu sesat pun ada masa nak kembali ke pangkal jalan. Eh, nak cari jalan sebenar la. So better gerak awal. Kalau dapat, nak sampai Sukhothai tengah hari. Dapat la usha historical city ni dalam 4-5 jam sebab by 0500 pm dah tutup.

So jarak Baan Sabai Guesthouse ni lebih kurang 5 minit jalan kaki je. Memula sampai Arcade ingat dah boleh beli tiket bas tapi rupa rupanya Arcade ni ada dua terminal. Terminal nak ke Chiang Mai kat seberang jalan. So berjogging la aku cross the road ke seberang sana dengan backpack yang berat ni.


Terminal 2 Arcade dari kejauhan. Lelah wey pikul beg sambil 
berjalan gaya 10000 m jalan kaki Olimpik.

Dah sampai pun lokasi yang dituju

 Kaunter tiket ke Chiang Mai kat bahagian belakang terminal. So kena jalan lagi and lagi. Nasib baik tadi dalam bilik sempat makan roti 2 keping dengan nutella, kalau tak memang takde tenaga and kebulur aku. Dari semalam aku tak makan apa apa kecuali roti and nutella. Huhuhu.

Mencari kaunter tiket bas ke Sukhothai di hujung Terminal 2


Dapat beli tiket bas ke Sukhothai jam 0700 am dengan harga 239 Baht. Yes, bas memang dah sampai cuma standby nak naik je sekarang. Syukur, di pagi hari ni Allah permudahkan. Hohoho.


Beli tiket di kaunter bas ye
(jangan beli dengan ulat tiket yang tak sah)
Bas ekspres ke Sukhothai

Bas bertolak jam 0700+ am. So aku menjangkakan dalam jam 1200+ pm aku akan sampai kat Sukhothai tu. Before datang sini, aku dah godek my Mr. Google. Sukhothai ada dua bandar, Old City and New City. Sukhothai Historical Park ada kat Old City and bas memang berhenti betul betul kat depan park ni. Memang nice sangat la tu. Tak perlu nak sesat bagai nanti nak cari tempat ni.

Almost all the time aku tido je dalam bas. Nak tengok pemandangan cantik cantik memang ko jangan harap la. Jalan nak ke Sukhothai macam jalan Kabong - Kuching, bersimpang siur and berbukit bukit. Mujur la kepala aku ni jenis tahan lasak tak pening and tekak pun takde nak loya ke muntah ke. Sekali sekala bila terbangun just tengok hutan pokok kayu kayan buat hilang bosan tahap gaban dalam bas.

Bas berhenti kat kawasan mana entah aku tak tahu untuk penumpang and driver makan makan. Aku stay je dalam bas minum sikit untuk tahan rasa dahaga. Lapar tu biar la dulu. 


Orang lain usha makanan. Aku usha mamat saleh yang hensem. Hahaha

Nak dipendekkan cite, bas yang aku naik akhirnya sampai jugak kat Old City Sukhothai Historical Park. Dari kejauhan dah nampak sign board tempat ni. Ingat korang, naik bas tu jangan lupa bagitahu konduktor nak turun kat Old City. Takut bas terlajak bawak korang pegi New City jadi satu kerjaan pulak nak patah balik. Kang buang duit, buang masa sekali.


Signboard dengan bendera negara negara Asia Tenggara

Meh aku cite sikit pasal Sukhothai ni. Dulu, Sukhothai or nama lamanya Sukhodaya dikuasai orang Mon Lavo (sekarang Lopburi) but then diambil alih oleh dua orang adik beradik, Pho Khun Bangklanghao and Pho Khun Pha Mueang pada tahun 1239. Sejarawan lama Thailand percaya yang Sukhothai ni merupakan titik tolak permulaan Negara Thailand sekarang. Sepanjang wujudnya Kerajaan Sukhothai, empat raja berjaya memerintah iaitu King Sri Indraditya (1249 - 1257), King Ramkhamhaeng (1279 - 1299), King Ramesuan (1463 - 1488) and the last one is King Naresuan (1569 - 1583).


So sekarang all the ruins and ancient Buddha figures in Sukhothai Historical Park are declared as one of UNESCO World Heritage Site.


Okay, enough of history facts. Kalau nak tahu lebih lanjut sila la rujuk Mr. Google. Sambung balik cite adventure aku ni. So sebaik je turun bas, matlamat aku nak cari tandas sebab sekarang hampir masuk waktu zuhur. Dari semalam aku google memang takde masjid terdekat kat Sukhothai. So target aku memang kena solat jamak qasar dalam park ni tak kira la macam mana sekalipun. WAJIB!!!!!  

Ok, beli tiket masuk and cari beskal dulu. So abih la duit aku 100 Baht untuk fee entrance and 90 Baht untuk pass berbasikal dalam park. Ingatkan 90 Baht ni buleh dapat beskal, sekali bila pegi kat pondok beskal kena bayar 150 Baht lagi untuk sewa beskal. Hampeh sungguh. Takpe, yang penting aku nak jugak naik beskal. Lagipun masih belum overbudget lagi. Hahaha.


Admission ticket and pass for cycling in the park
Pintu masuk utama main area of Sukhothai Historical Park

Lepas dapat beskal, aku tinggal backpack kat kaunter tiket and masuk tandas amik wudhu sume tu. Then, aku terus kayuh sekeliling park tu cari tempat tersorok and diyakini suci untuk menunaikan kewajipan sebagai Muslim. Dekat sejam lebih jugak aku duk cari tempat and tentukan arah kiblat dengan guna macam macam apps dalam ipad. Rasanya for next travel, aku kena beli kompas yang maujud as preparation senang nak tentukan arah kiblat. Aku nak travel lama lagi ni, bukan berhenti takat Thailand je (unsur kepoyoan di situ). Akhirnya, tepat jam 0230 pm aku selamat menunaikan solat. LEGA!!!!!


Sekarang ni aku ada lebih kurang two and half hours untuk explore Sukhothai Historical Park. Tadi bukan main cakap 4-5 jam konon. Hahaha, biarkan je. Aku lambat bukan sebab apa pun, sebab solat weyyy. Dalam keadaan yang panas menggila memang tak tahan, so aku blah dulu keluar park cari air kat 7-E.



Usha majalah Thai kat 7-E ada hero pujaan, Anothai yang hensem

Setel beli, terus patah balik dengan senang hatinya. Park ini besar la jugak sebab ada 3 bahagian iaitu main area, south wing and west wing tapi oleh sebab masa suntuk and nak save budget (setiap area/wing kena bayar fee), aku just explore main area je. Wat yang paling besar ada kat main area ni. Mula mula, memang terasa berserabut sebab aku tak tahu nak start dari mana dulu. Ni la akibatnya kalau lack of preparation, datang datang gaya macam dah penah travel Thailand. Huhuhu.


Peta Sukhothai Historical Park yang sempat aku print and study ala kadar

Aku malas nak layan serabut kat kepala ni, so aku main kayuh je sesuka suki. Asal jumpa wat, aku singgah amik gambar. The first wat yang aku singgah, terpisah dengan tasik. So kena lalu jambatan mini kalau nak tengok wat ni.



Wat Sa Si (macam bunyi air sarsi je, opsss)
I wonder mana peginya atap wat ni
(ke zaman dulu wat memang takde atap hen?)
Selfie pertama di Sukhothai
Ha, ada mini bridge lagi depan Wat Sa Si ni.
Sesuai sangat nak buat scene tarian cite hindustan. Hohoho

Tengah main area park ni ada tasik besar. Pemandangan dari jauh memang superb comel tahap gaban. Hilang segala lelah and serabut kepala otak kalau tengok scenery macam ni tiap tiap hari. 



Kalau la datang pagi, mesti teratai ni kembang. Huhuhu ;(

Then aku jelajah masuk Wat Mahathat, tinggalan seni bina paling luas kat main area Sukhothai Historical Park. Aku tak reti sangat nak menilai seni bina ancient macam ni tapi nampak macam menarik je dengan tinggalan tiang tiang and patung Buddha kat tengah tengah. Aku teringin nak amik gambar di sebalik tiang tiang tu tapi arghh nak suruh sape. Biar je la, amik gambar pemandangan cukup sudaa.



Signboard Wat Mahathat
Pintu masuk Wat Mahathat (ada Don't dari Pengurusan Historical Park
untuk preserve senibina supaya tidak rosak or to respect The Buddha) 
Sesuai giler nak buat scene kejar mengejar and tari menari cite Hindustan.
(arghh aku teringin nak amik gambar gaya sorok sorok kat celah celah tiang)
Kalau bawak geng datang, tak habis main sorok sorok dalam ni (luas giler tahap gaban)
Tak terkerlaluan kalau nak cakap senibina agama lain yang paling magnificent penah
 aku tengok sepanjang hidup 27 tahun.
(I wonder camne orang zaman dulu yang limited technology boleh bina bangunan 
yang kompleks, besar gedabak and luas giler ni)
Ada taman rumput carpet yang luas (terasa nak buat scene tari menari lagi kat sini)
Wat Mahathat dari kejauhan macam miniature lego je

Memula aku sesaje try pakai jugak monopod nak amik gambar tapi haram tak jadi. Asyik blur je background. Last last aku cabut je cam dari monopod cari spot yang buleh letak cam atas batu batu, amik je gambar sekadar yang buleh.


Second selfie for today (thanks to batu batu and cam self timer) 
Third selfie for today (maaf terduduk atas tinggalan sejarah, hihi)

Sempat jugak aku terbeli poskad sebab ada uncle ni offer kat aku. Mula mula dia tawar 10 keping dengan harga 100 Baht. Tawar punya tawar aku dapat beli dengan harga 40 Baht je. Hahaha rezeki. Buleh la aku post kat Geng Obes kat Kelantan tu.

Dekat setengah jam round Wat Mahathat ni aku dah buleh rasa kulit muka dah macam gelap tahap tak hingat. Giler habis terbakar jadi macam Michael Jackson asli. Camne la nak putihkan balik macam Michael Jackson tiruan ni. Hampeh betul.



Berteduh sekejap and terjumpa patung mini yang dah takde kepala
Korang jangan main suka suka cross taman ni sebab dah memang
tersedia laluan jalan kaki untuk pelancong kat setiap ceruk tinggalan
Agak agak pokok besar ni berhantu tak tengah malam? (hahaha)
Sebelum keluar selfie sekeping lagi. See kulit muka dah tan giler waktu ni
Tak tahu ni selfie kali ke bape dah. Berlatarkan tasik and Wat Mahathat

BFF aku komplen asal la aku pakai topi sudu kat tepi la, kat belakang la. Aku cakap sebenarnya topi ni bukan nak cover muka dari panas pun tapi saje nak suruh nampak ganas sikit baru orang lain tak berani dekat. Hahaha.

Habis pusing Wat Mahathat, aku kayuh beskal masuk satu area. Ada patung Raja Siam dulu kala. Aku tilik tilik ooo rupanyer monumen King Ramkhamhaeng, raja kedua yang memerintah Kerajaan Sukhothai Lama. Beliau ni kira pemerintah hebat and berjasa besar jugak la sebab berperanan dalam penciptaan tulisan Thailand yang diadaptasi dari skrip Khmer and tulisan India Devanaragi. Jajahan takluk waktu beliau memerintah dari Laos, Burma hingga ke Tanah Melayu weh.


Ada kolam kecik depan monumen
The Great King Ramkhamhaeng monument
Selfie lagi dan lagi, hihihi (maaf sebab korang asyik tengok gambar muka aku je)

Tak larat nak tengok map and yang lain, so aku main pusing pusing dalam park ni sambil berseronok dengan beskal. Main pusing pusing sampai la jam 0430 pm. 


Ada gerai makanan, minuman and souvenir.
Alalala, lemah gemalainyer Buddha ni. Macam gaya nak menari
Wat Tra Kuan
Wat Na Phra Meru dalam preservation
Tak dapat masuk kawasan wat, dapat amik gambar signboard pun jadi la
Wat Mai dari kejauhan

Dah puas pusing, keluar lagi pegi beli air kat 7-E sebab air sebotol yang beli tadi dah habis. Hahaha. On the way balik singgah kejap dekat satu wat yang masih baru and cantik sebab aku terpandang sesuatu yang mengujakan di situ. Just cross the bridge and masuk sekitar wat amik gambar. 


Wat Traphang Thong di luar main area Sukhothai Historical Park
Ada mom tengah feed ikan sebab nak tunjuk ikan yang banyak to her son
Buleh masuk ke tak ni? (Redah je la)
Matahari nak hampir terbenam di Sukhothai. So magnificent!!!!!
(ni la benda yang mengujakan aku tadi, matahari terbenam!!!!!
Teringat kat mak di rumah. Huhuhu
Hey, my blog motto la

Nak duduk lama lama tak dapat sebab before jam 0500 pm kena pulangkan balik beskal. Lagipun nak kejar bas ke Phitsanulok jam 0600 pm dengan stesen bus Sukhothai pun aku tak tahu kat mana lagi exact location. 


Last before pulangkan beskal, final selfie di depan signboard utama

[To be continue...]

No comments:

Post a Comment