[Sambungan entri terdahulu...]
Sekarang ni maklumat yang aku ada Stesen Bus Utama Sukhothai tu ada di New City. So memang kena naik bus mini or naik tuk tuk nak ke sana, tak dapat nak jalan kaki bagai sebab jauh. Mula mula ingat nak belasah naik tuk tuk je sebab kejar masa tapi ada mamat and minah saleh duduk tunggu kat mini bus station sama macam aku. Driver tuk tuk approach kitaorang cakap tambang 50 Baht seorang tapi dorang tolak cakap "No, mini bus is cheaper only cost 30 Baht each person". Thank you, Mr. and Mrs. Omputih. Korang secara tak langsung dah tolong aku save bajet. Dalam 10 minit menunggu, akhirnya mini bus yang second last trip for today sampai. LEGA!!!!
Last mini bus to New City at 0600 pm.
Last mini bus to New City at 0600 pm.
Jangan terkezuttt, ni la mini bus di Sukhothai. Open air gitu!!! |
Dapat jugak naik mini bus tapi berlaku pulak miss communication dengan driver. Ada ke patut dia ingat aku nak turun kat New City padahal aku nak turun kat stesen bas utama. Aku pun satu hal tak bagitahu awal awal. Both of us make mistake. So takde la aku nak marah marah uncle driver ni, nasib dia tak drop aku mana mana pun dah cukup baik.
10 minit nak jam 0600 pm, akhirnya sampai jugak aku kat Stesen Bas Utama Sukhothai. Ingat dah tak sempat nak kejar bas terakhir ke Phitnasulok. Kalau terlepas memang naye aku. Huhuhu. Abih duit 43 Baht beli tiket. Murahnya tiket bas. Hihihi.
Last bus to Phitsanulok at 0600 pm.
Sukhothai Main Bus Station |
Ada peta Sukhothai province depan bus station |
Melangkah masuk stesen bus dengan penuh gaya and yakin |
Tiket ke Phitsanulok beli kat open counter dengan harga 43 Baht |
Bus express dua tingkat yang akan bawa aku ke Phitsanulok |
Jam 0600+ pm, bas mula gerak. Dapat tengok sunset lagi. Comelnye tak terkata. Habih tengok sunset macam biasa pengsan tido tahap tak ingat, letih weyyy berkayuh beskal tadi.
Sunset di Sukhothai. Syahdu terharu sebab cantik sangat |
Sedar sedar bas berhenti isi minyak. Terus aku cakap kat mamat konduktor bas yang aku nak turun kat Stesen Keretapi Phitsanulok. Langkah berjaga jaga bagitahu dia awal awal. Kang naye kalau terlajak tido pastu bas gerak entah pegi sampai Bangkok. Sukhothai - Phitsanulok ni tak lama perjalanan, dalam 2 jam lebih kalau naik bas. Itu pun kalau bas tak banyak berhenti.
Dekat jam 0830+ pm camtu, mamat tu datang speaking dengan aku. Dia bagitahu kena turun kat satu mall sebab Stesen Keretapi Phitsanulok jauh kena berjalan kaki sendiri, bas tak lalu kawasan tu. Ni yang aku tak nak dengar ni. Aku ingatkan tepi jalan je. Dah la sekarang malam. Kang ada pulak penjahat sume tu adoi la jenuh pulak nak larikkan diri dengan backpack berat and besar gedabak camni.
Bas berhenti kat satu mall yang macam Berjaya Times Square kat Imbi. Aku tak tertarik pun nak masuk mall tu sebab sekarang fokus nak cari mana stesen keretapi dalam malam gelap gelita. Tengah aku jenjalan nak usha tuk tuk tetiba ada sorang kakak ni approach tanya aku dalam Thai. Adoi la kakak, saya bukan Siamese and saya tak paham sepatah haram pun apa yang akak cakap. Pastu dia tunjuk moto. Ooo, aku faham dah. Dia moto taxi punya biker. Selain moto dia, banyak lagi moto tersusun kat parking menandakan kat sini dorang lebih prefer naik moto dari kereta.
Ringan je mulut aku tanya akak ni kat mana stesen keretapi and bape tambang (ko ni Ain dah tahu dia tak faham omputih buleh pulak ko tanya lagi, hahaha). Waktu ni aku dah tak kesah kena naik moto ke hapa ke. Asal dengan perempuan, tak jalan dalam gelap sorang sorang and dapat sampai dengan cepat ke stesen keretapi itu pun sudaa cukup.
Memula kakak ni langsung tak faham apa aku tanya and aku pun tak paham apa yang dia cakap. Akhir sekali, kitaorang bercakap guna bahasa bunyi. Bila dia buat bunyi 'poon poon', aku terus angguk sambil buat bunyi yang sama. Teringat balik moment ni terasa kelakar pun ada. Macam itik and lembu bercakap sesama mereka. Totally in different world. Hahaha.
So aku membonceng naik moto dengan akak ni. Dalam 5 minit dah sampai stesen keretapi Phitsanulok. Takde la jauh sangat sebenarnya kalau jalan kaki tapi sungguh aku tak berani nak jalan sorang malam malam camni. Dah la ni bukan tempat sebarangan. Teringat jugak dulu aku selalu dimomokkan dengan sindiket penculikan jual organ oleh bangsa Thailand.
Seram wey!!!!!
Suasana malam Bandar Phitsanulok |
Train model in front of station |
Phitsanulok Train Station |
Masuk stesen terus pegi kaunter tanya tiket ke Ayutthaya. Phitsanulok - Ayutthaya tak jauh kalau naik bas tapi kalau naik keretapi amik masa 5 jam jugak. So aku memang bajet dari awal tak nak amik hotel sebab nak save duit. Plan aku, subuh esok dah sampai Ayutthaya and sebaik je cerah terus teroka kawasan situ. Bab mandi, gosok gigi, tukar baju camne???? Jangan ditanya. Hahaha. Takde la. Aku dah google awal awal before sampai Thailand lagi. Kawasan Bandar Ayutthaya memang ada beberapa masjid yang aku buleh solat and bersihkan diri. So bajet punya bajet amik je keretapi paling last jam 1139 pm bertolak and sampai Ayutthaya jam 0444 am. Tiket katil atas 605 Baht untuk save bajet. Kalu katil bawah mahal skit dalam 700+ camtu. Just nice i guess, belum overbudget lagi setakat ni.
My first train trip for this backpacking |
Aku amik port depan post pegawai keretapi untuk duduk betulkan urat tulang sume sementara tunggu train sampai. Port ni rasa selamat sikit sebab kalau ada apa apa buleh terus mintak tolong kat dorang. Tengah duduk duduk baru tersedar dari Sukhothai lagi aku tak makan hapa satu pun. Huhuhu ;(. Tahan betul perut ko Ain, ni sume berkat hasil usaha selalu berlapar kat UM dulu. Hihihi. So aku bawak keluar bekalan aku macam biasa, roti 2 keping and nutella. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk hari ni and dapat la alas perut buat seketika sementara nak jumpa nasi kat Ayutthaya (kalau la jumpa beb, kalau tak jumpa sekian wassalam nasi).
Keretapi memang sampai on time. Salute to Thailand Train!!!!! Hihihi. Masuk koc ada attendant lelaki sambut aku. Hemsem macam Anothai. Dia greet aku and mintak aku tunggu sekejap sebab dia nak prepare bed tu bagi kemas sikit. Dia cakap nanti dia akan kejutkan kalau dah sampai Ayutthaya. Lepas setel sume, aku terus naik letak beg and turun semula. Mata melilau cari port sebab nak solat maghrib isya. Takde port kosong. Koc pun sempit tak besar mana dengan tahap kesucian tak diyakini. Akhirnya, aku buat keputusan solat atas bed aku dalam keadaan duduk.
Setel solat, aku terus baring. Nak menulis journal dah tak larat, urat sendi lenguh lenguh lagi. Tido je la.
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Total damage = 1289 Baht
No comments:
Post a Comment