Wednesday, February 18, 2015

Day 2.2 Krabi Four Islands Tour

[Sambungan entri sebelum ini...]

Tengah perjalanan juragan hensem tunjuk sesuatu yang amazing. Batu besar yang bentuk dia sebijik sama macam ayam. No wonder la orang panggil tu Chicken Island. Pastu aku intai intai ada batu kecik sebelah Chicken Island tu, nampak macam bentuk kura kura. Asal dorang tak namakan batu tu Turtle Island hen? Mamat juragan ni takde pulak cakap apa apa pasal batu kura kura nih. Takpe, biar aku sendiri yang bagi nama batu tu Turtle Island.

Nampak tak batu tegak tu macam kepala ayam je?
Tepi tu pulak macam kura kura.
Chicken Island close shot
Terserempak dengan omputih dengan kayak
 (bestnyer kalau dapat kayak sekali)

Bot kitaorang berhenti kat satu spot tepi Chicken Island ni. Aku tengok mamat omputih dah mula gerak capai alat snorkel yang juragan hensem bagi. Aku biarkan dorang yang besar besar ni turun dulu. Malas aku nak menyibuk berebut rebut turun. Dah la aku tengah gabra tengok mamat omputih tu turun and berenang. Nampak sangat air tu tak cetek. Kalu dorang yang besar gedabak pun kena berenang, aku yang kecik nih apetah lagi. Adu la, gimana mau snorkeling kalau kaki tak jejak dasar laut ni. Aku still duduk diam atas bot konon konon berpikir sejenak nak turun ke tak.

Spot sesuai untuk snorkeling 

Finally, aku turun jugak tapi paling last. Pakai alat snorkel, betulkan shawl and baju seluar dulu sebelum turun sambil pakai safety vest. Baru je satu badan masuk air dah rasa unsecure weh. Kaki tak jejak dasar laut. Nak apungkan badan macam tak buleh pulak. Padahal badan aku takde la berat sangat, 37.5 kg je. Nyesal pulak tak belajar berenang awal awal. Dua minit je dalam air aku terus panjat tangga naik atas bot balik. Cabut sume alat snorkel hulur balik pada mamat jugaran bot. Dia sengih tengok aku sambil tanya, "not try?". Aku cepat cepat geleng kepala tanda tak nak. Biar la tak dapat snorkeling. Safety aku lagi penting sekarang, tambah tambah travel sorang sorang parents tak tahu menahu. So aku just tengok tengok la geng bot aku tu duk snorkeling, tengok ikan dalam air laut jernih dari atas bot sekadar nak isi masa yang ada.

Seronok sakan omputih duk snorkeling
Air jernih giler sampai ikan berenang pun buleh nampak

Dalam 20 minit jugak duk tersadai atas bot menunggu dorang setel snorkeling. Dah setel sume, bot gerak ke last pit stop, Tup Island. Kat sini aku ternanti nanti sebab kalau air surut ada satu laluan jalan berpasir yang hubungkan Tup Island dengan pulau kecik kat depannya. So bila sampai je, frust menonggeng sebab air tengah pasang. Jalan berpasir tu aku tak nampak, yang nampaknye cume manusia tengah duk main air pantai paras pinggang.

Bot No. 1 park di last pitstop 
Air tengah pasang tapi ada je manusia cross laluan nih
(maaf atas imej seksi seksa dalam gambar)
Papan tanda Tup Island atas bukit sikit


Tup Island paling best sebab first, pemandangan memang superb cantik tahap gaban and second, aku buleh main air sepuas hati siap duduk menyelam habis basah kuyup satu badan tahap tak hingat. 

I love this scenery so much.
Sumpah aku tak tipu Tup Island memang cantik weh.
(main air pantai pun pakai life jacket, sebenarnya aku tak nak baju
and shawl ni duk terapung apung kalau dah berendam dalam air)

Terjumpa satu Malaysian family. Dorang pelik tengok aku main sorang sorang (hahaha forever alone). So dorang tanya aku datang dengan sapa.

"Mak cik, ada tak manusia lain sebelah saya ni?"
[bermonolog dalaman sendirian]

Dah terang nyata dan jelas aku duduk sorang sorang buleh pulak dorang tanya. Hahaha. Tu la, orang pegi pantai dengan family, kawan ke. Engkau Ain sorang sorang, tak ke pelik. Biar je la. The most important things, aku dapat enjoykan diri sendiri. Dah lama tak pamperkan hati sendiri, keje 24 jam tahap tak hingat. Kalau dulu, aku suka perabihkan duit aku ni beli online gajet or apa apa benda yang aku suka. Sekarang ni dah jarang beli online sebab mak dah sound awal awal suh kurangkan beli benda benda yang tak patut. Nak buat camne mak, anak sorang ni gila gajet. Asal buka internet tangan duk gatal nak tekan tekan beli itu beli ini. Hahaha

Okay, enough pasal gajet gajet. Tunggu je nanti aku buat satu entry spesel pasal gajet. Berbalik pada Tup Island tadi. Kitaorang main air kat sini hampir setengah jam jugak. Dalam jam 0230 pm, bot bertolak balik semula ke Nopparat Thara Pier. So sampai darat, memang dah basah kuyup satu badan. MISSION ACCOMPLISHED!!!!


Dah lencun baju seluar

Pegi dengan mini van so balik pun agen pelancongan tu hantar kitaorang sampai ke hotel. Dah sampai hotel naik bilik fuh selamat roommates masih takde. Baru ada privasi sikit sebab aku nak mandi basuh baju lama lama dalam bilik air tu. Lagi pun sekarang masih awal lagi baru jam 0300 pm. Setel sume bersihkan diri hujan dah start turun kat luar hotel. Hurm, camne nih plan nak kuar cari money exchanger dengan cari dinner??? Dengan keadaan hujan yang lebat, aku postponed dulu keluar jalan jalan. Kang tak pasal pasal baru je kering naik darat tetiba basah balik. 

Tunggu punya tunggu dekat jam 0500 pm baru hujan dah tak heavy. Nak tak nak aku redah jugak hujan rintik rintik tu keluar ke destinasi pertama iaitu 7-E. Aku suka masuk sebab bagi aku ni pun dah macam supermarket, heaven sangat dapat tengok barang makanan air sume atas rak walaupun tak dapat nak beli sume. Sebenarnya masuk 7-E pun kali ni bertujuan jugak sebab memandangkan kat Krabi hujan, aku kena prepare awal awal raincoat. Takut takut naik North Thai nanti hujan jugak. Sambil sambil tu beli la air mineral and penyepit kuku (tak tahan tengok kuku sendiri panjang arrghh). Abih la dalam 95 Baht.

Small preparation for North Thai

Dah puas pusing and beli barang yang perlu, aku keluar round cari money exchanger kat tepi tepi jalan Ao Nang. Hujan masih lagi turun. Mujur pakai hoodie dapat tutup kepala, tak la kena hujan takut sakit kepala je nanti. Jalan jalan jumpa Miss semalam yang aku book pakej 4 Island. Tanya dia kalau private taxi pegi Tiger Cave Temple bape. Runding punya runding dia cakap paling cikai pun dia dapat bagi harga 1000 Baht. 1000??? Sekian, wassalam la Tiger Cave Temple, tak dapat la aku nak panjat tangga yang beribu ribu tu. So dengan Miss tadi aku tempah van 150 Baht ke airport untuk esok je dalam jam 0100 pm. Setel lagi satu hal untuk esok. 

Hari dah masuk maghrib masa ni tapi takde la takut sangat berjalan sekitar Ao Nang sebab mostly pelancong lain masih ada lagi tengah merayap. Ada yang keluar makan, pegi kedai souvenir, lepak kat bar, macam macam la. So kesimpulannya, masih selamat nak berjalan sensorang sebab first, ramai manusia walaupun dah malam and then second, tempat terbuka. Jalan punya jalan jumpa balik money excharger semalam yang kedai dia warna merah. Tanya rate dah turun jadi 9.40, semalam dia tawar 9.42. Hurm, takpe tukar je la. Itu je rezeki hari ini sebab money exchanger lain sume tawar lagi rendah rate. So aku tukar semua duit yang ada untuk travel aku ke Thai dalam RM 550. Dapat la dalam 5170 Baht je. Ini je la hidup mati duit aku untuk hari ini hingga la 13hb nanti. Sungguh dah takde back up lain. So kena guide duit ni ibarat guide harta kesayangan. Pandai pandai la ikut budget yang dah dibuat kalau tak nak kena tido tepi jalan, hahaha.

Lepas setel tukar duit terus jalan balik hostel tapi of course aku singgah beli dinner dulu kat tempat semalam, tepi jalan Masjid Ao Nang. Dalam tengah berjimat cermat pun beli dinner saje dah habis 100 Baht. Takoyaki, kebab and mango shake. 

Kata save bajet konon, hahaha
(maaf atas keterlanjuranku wahai duit)


Sampai lobi hostel tengok mamat and minah saleh lain layan bir. Aiyak, jangan korang mabuk kacau aku nak makan sudah la. Huhu. Trauma jugak dengan orang mabuk walaupun belum penah berdepan lagi dengan golongan camni. So aku duduk kat port paling hujung sekali dekat lobi jauh sikit dari dorang. Sambil makan sambil berdebar intai dorang minum tapi alhamdulillah tetap kenyang. Hihihi.

Setel makan naik bilik dapat roommates baru. Tina dari Indonesia, Janet from Brazil and another one tak sempat nak tanya nama sebab dia kalut ribut nak keluar bilik. Janet ni jenis curious sungguh. Dia sebenarnya stay kat bilik sebelah malam tadi tapi hari ni pindah masuk bilik aku. Dia macam pelik and excited pun ada sebab buleh tengok aku free hair, semalam dia tengok aku pakai tudung. Hahaha. Janet Janet. Aku suka ko Janet sebab ko jenis intellectual punya person tanya aku kalau curious about somethings. So ni la masa nak dakwah sikit. Apa yang tahu and mampu, aku cuba sebaik mungkin jawab sume soklan yang Janet tanya. Bestnye, dia memang positif je terima jawapan aku. Katanya dia jarang nampak orang bertudung kat Brazil. Mudah mudah ko dapat hidayah Janet. Amin.

Lepas borak dengan Janet, aku tulis journal kejap pastu mandi lagi untuk kesekian kalinya sebab tak sedap badan tadi keluar kena hujan. Lepas mandi terus tido sebab esok nak tinggalkan Krabi dah. 

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Total damage = 345 Baht

No comments:

Post a Comment