Monday, February 23, 2015

Day 5.3 Welcome to Bangkok

[Sambungan entri terdahulu...]

Tido tahap tak hingat. Mujur la train ni memang last pit stop di Bangkok. Sedar sedar train dah berhenti kat Stesen Keretapi Hualamphong Bangkok. 



Yeay, i made it to Bangkok
Papan tanda 'Bangkok' di Hualamphong Train Station (gambar ihsan Google)

Dalam keadaan mamai and lapar menggila, aku turun train nak cari kedai makan kot kot ada jumpa nasi. Dah 2 hari aku tak jumpa nasi ni, makan bekalan roti and nutella je yang aku bawak dari Malaysia.



Omputih ni berkelah ke hape depan ruang legar stesen...

Sebelum cari tempat makan singgah dulu kaunter pertanyaan tanya pasal special trip ke Saraburi esok.



Kaunter pertanyaan stesen keretapi (gambar ihsan Google)

Tanya sorang pegawai lelaki pangkat uncle pasal special trip ke Saraburi. Ai, uncle ni tak paham paham. Dia just bagi aku timetable for common train route je. Adoi, sakit hati pun ada. Dah la aku tengah lapar ni. Pulak tu tak mesra pelanggan langsung, bagi instruction macam nak makan orang je.

Northeasthern Line for common train 

Ah, malas la layan uncle ni. Cari makanan dulu lagi baik. Lagipun sekarang dah jam 0700 pm. Kat luar tu gelap, maghrib tadi lagi dah masuk waktu.


Pak cik ni baik. Jom masuk dalam :)

Walaupun ni KFC tapi aku masih berhati hati dalam bab makan minum sejak dari hari pertama lagi jejak Thailand. Nak beli ayam takut sembelih cara tak halal. Intai intai logo halal tak jumpa pulak. Last option, aku beli je set burger ikan and air je. Abih lagi duit aku riban riban, 69 Baht. Duit kena catu betul betul supaya selamat keluar dari Thailand tanpa jatuh muflis. Hahaha.

Ok, pasal tiket train esok pagi aku tanya balik. Putus angin aku jumpa uncle tadi. So sekarang misi nak mencari hotel yang dah aku booked online, 'At One Service' hotel. Kalau rujuk Google Map, jarak perjalanan dalam 400 m je dari stesen keretapi. Buleh tahan dengan jalan kaki je ni. Ada banyak local taxi yang offer nak bawa aku ke hotel ni tapi aku tolak dengan berhemah. Save budget uncles. Ada sorang uncle ni baik hati tunjukkan jalan ke hotel and siap bawa aku lintas jalan lagi. Ada sifat kebapaan di situ. THUMP UP to this uncle!!!!!

Hualamphong Train Station in night. Bye, see you tomorrow :)

Aku teruskan berjalan kaki dengan cepat sepanjang jalan raya besar Bangkok yang agak sibuk waktu malam, tak toleh kiri kanan dah. Satu, takut penjahat. Dua, takut stray dog. Huhuhu. Sekali sekala terpaksa buka ipad rujuk Google Map sebab tersalah masuk jalan, kena u-turn balik. Last tengok Google Map bagitahu dah sampai tapi mananya hotel nih??? Nampak ada satu lorong gelap kat depan aku. Ipad pulak tunjuk hotel tu area kawasan gelap ni. Aku memberanikan diri masuk tapi dengan gaya jalan kaki 10000 m Olimpik la. 



Alhamdulillah sampai jugak kat 'At One Serivce' Hotel (gambar waktu pagi)

Masuk lobi terus jumpa Miss yang jaga meja depan. Aku tunjukkan booking form yang dah diprint siap siap untuk booked single room satu malam. Dia check untuk confirmkan and aku terus buat bayaran sebanyak 700 Baht. Bye bye duit :(

Masuk bilik terus landing kejap sambil online nak check balik kejadian yang berlaku di Ayutthaya tadi. Memang betul ke tak sebenarnya aku sesat sebab aku dari tadi lagi konfius.

Bilik sempit je tapi mujur private bathroom (gambar ihsan Google)

Godek godek Google Map tengok balik mana sebenarnya lokasi Queen Suriyothai Memorial, kawasan mana yang aku dah sesat tadi and preparation sikit untuk hari esok in case kalau aku tak dapat beli tiket special trip to Saraburi.



Kawasan Ayutthaya Sesat Birat Edisi I sebab banyak lorong and jalan nak cari 
Wat Mahathat. Kawasan hijau adalah kawasan sebenar Ayutthaya Historical 
Park yang diwartakan UNESCO.

Kawasan major Sesat Birat Edisi II dalam usaha mencari Queen Suriyothai Memorial.

A = Kedai tempat aku rent beskal di lorong jalan menuju jeti bot
B = Kawasan aku kena salak dengan anjing waktu subuh semalam
C = Masjid Thai-Pakistani tempat aku solat subuh and tinggalkan backpack
D = Masjid pertama yang aku jumpa lepas sesat masuk kampung
E = Masjid kedua yang jumpa and kat sini jugak aku solat zuhur asar
F = King Naresuan Memorial
G = Last pit stop kat highway sebelum decide patah balik masuk bandar Ayutthaya
H = Kedai runcit beli 7-up and jumpa uncles Muslim yang baru balik dari solat Jumaat
1 = Jalan highway sunyi sepi yang boleh sampai Queen Suriyothai Memorial
2 = Jalan kampung berhutan rimba yang boleh sampai Queen Suriyothai Memorial

Setelah buat analisis lengkap begini, rupanya aku takde la sesat pun and sebenarnya berada di jalan yang BENAR serta NYATA. Cuma yang menjadi permasalahan aku patah balik sebab khuatir dengan highway yang besar sunyi tu and jalan kampung dengan hutan rimba. Kang tak pasal pasal kena culik ke hape ke. If la, if la aku ikut jalan 1 (highway sunyi sepi) aku perlu berkayuh lebih kurang 3.0 km lagi or jalan 2 (jalan kampung berhutan rimba) pulak dalam 3.5 km untuk sampai ke Queen Suriyothai Memorial. Giler jauh lagi merupanya tempat ni.

So kalau nak dihitung sebetul betulnya bicycle tour plus Sesat Birat Edisi I and II, aku telah berbasikal hampir 15 km pegi balik. 15 km??? Aku sendiri pun tak percaya yang aku buleh berkayuh sejauh tu hampir tanpa air and makanan secukupnya. 

So untuk menutup entri kali ni meh aku kongsikan beberapa gambar marvelous Queen Suriyothai Memorial dari Mr. Google. Credit to owner of this photos. Memang sampai sekarang masih berbekas rasa kecewa tak dapat sampai tempat ni tapi insyaAllah kalau ada rezeki ke Ayutthaya lagi, akan ku jejak sampai jumpa monumen ni.


Monumen Queen Suriyothai di atas gajah tunggangannya
Tangga menuju ke tasik 
Kawasan tasik yang marvelous di sekeliling taman 
Waktu senja kawasan taman Queen Suriyothai Memorial

Total damage = 949 Baht

Saturday, February 21, 2015

Day 5.2 Lost in Ayutthaya

[Sambungan entri terdahulu...]

Sebenarnya misi rahsia aku ialah mahu menjejaki Queen Suriyothai Memorial. Sape yang penah tengok movie The Legend of Suriyothai mesti kenal dengan watak dalam cite ni. Ok la, aku cite sikit satu perenggan who is this female historical figure ni.


Queen Suriyothai ni sebenarnya isteri kepada Raja Chakraphat, Raja Kerajaan Lama Ayutthaya ke-16 (1548 - 1564) yang sangat terkenal dengan tunggangan gajah putih. Masa pemerintahan tahun 1549, Raja Burma cabar Raja Chakraphat ni untuk berperang. Burma memang ada niat nak menawan Ayutthaya sebab kan tempat ni ibu kota Kerajaan Siam dulu. Waktu tu, wanita tidak dibenarkan untuk berperang tetapi sebab runsing akan nyawa suaminya, Queen Suriyothai menyamar sebagai lelaki and turun sekali berperang. Malangnya beliau terkorban kerana cuba menahan serangan tentera Burma yang nak membunuh suaminya. Oleh kerana keberanian beliau sehingga mengorbankan nyawa sendiri maka Queen Suriyothai dikenang sebagai seorang wirawati dan kisah beliau diangkat menjadi sebuah movie epik berdurasi asal kira kira 5 jam weyyy. Versi cite yang aku penah tengok just 3 jam je. Sampai sekarang aku tak jumpa movie versi asal yang 5 jam tu.



Poster movie 'The Legend of Suriyothai'

Now, korang paham kan kenapa aku beriya iya nak cari Queen Suriyothai Memorial ni. Perasaan kagum dan teruja kalau dapat jejak tugu peringatan wirawati Thailand. So aku kayuh beskal sambil sekali sekala berhenti rujuk map. 

Singgah sebentar di Wat Thammikarat 
Patung patung yang ada kepala and headless pun ada
Kayuhan 'Le Tour de Ayutthaya' diteruskan

Dekat 45 minit berkayuh, aku masih belum jumpa jalan sebenar menuju Queen Suriyothai Memorial. Kebetulan tengah tengah jalan ada satu wat yang macam baru. So aku belok masuk ke wat ni dengan hati hati takut ada stray dogs lagi macam pagi tadi. 

Ada Buddha besar tengah syok baring

Jangkaan aku memang tepat. Aku turun je beskal ada dua ekor stray dogs mula berlari lari anak ikut belakang aku. Ah sudah. DANGER!!!!! Mana mau larik nih!!!!! Ah, tak kira dah. Run for your life!!!!!

Dekat kawasan ni aku keliling main lari lari dengan dorang.
Aku pegi kanan, dorang ikut. Aku turun tangga, dorang masih ikut.
Arghh, tension aku wahai anjing anjing sekalian!!!!!

Last option, aku nampak ada local peeps tengah makan makan kat dalam temple. So apa lagi aku terus jalan laju laju buat buat nak tanya arah jalan. Padahal aku nak suruh dorang halau anjing anjing tuh. Actually 2 in 1 la. Nak suruh halau anjing and memang sebenarnya nak tanya jugak kat mana Queen Suriyothai Memorial. Nasib baik dorang macam paham walaupun aku tak suruh sebab bila anjing anjing tuh dekat, dorang halau je. Selamat aku. LEGA!!!!!

Ada sorang pak cik ni tunjukkan aku arah nak ke tempat yang aku nak tuju. Mula mula aku tak paham dengan arahan dia tapi bila aku rujuk map kertas and Google Map, baru nampak arah tujuan sikit. Dia kata senang kalau pakai jalan kampung. 

So aku keluar dari kawasan temple tu, terus lintas jalan, lalu jambatan and jelajah masuk dalam kampung. Jumpa satu lagi wat baru yang cantik jugak sebab atap dia warna emas.

Banyak je tourists masuk temple ni.
Aku malas masuk takut jumpa anjing dalam tu
Wat Na Phramen 

Habis je amik gambar kat situ, aku teruskan kayuhan. Dalam kampung pun ada jugak wat lama sebenarnya.


Wat Hasadavas (macam tajuk cite hindustan, Devdas)

Keluar jalan kampung, jumpa jalan raya balik. For now, aku dah tak tahu aku ni sebenarnya berada kat mana. Bila tengok papan tanda jalan tulis 'Ayutthaya' membelakangkan laluan aku, means that aku dah terkeluar dari Bandar Ayutthaya (aku agak agak la).

Ceruk kampung mana la aku sesat birat nih!!!!!

Relax and cool. Jangan gelebah. Biar pun aku rasa macam dah cuak giler and hati berdebar debar. Nak patah balik masih terlalu awal. Lagipun misi aku belum accomplished lagi. Tetiba sayup sayup dengar azan. ALLAH!!!!! Leganya rasa hati sebab dari kejauhan nampak masjid. Agaknya ni perkampungan Muslim kot.

Aku lupa hari ini hari Jumaat. Dengar azan lepas tu imam baca khutbah :)

Rasa cuak tadi bertukar jadi semangat membara (POYO!!!!!). Belum tiba masa nak patah balik. Yeah, perjuangan perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan and selagi masa masih ada. Selang 30 minit kayuhan aku jumpa lagi satu masjid. Makin lega rasa. Hanya Allah je yang tahu perasaan ni betapa syukurnya sebab entah dari mana kekuatan tu datang tatkala keletihan dah hampir sejam lebih berkayuh tanpa henti dengan air setitik pun tak minum sebab belum jumpa kedai lagi.

Aku masuk masjid ni waktu jemaah baru selesai Solat Jumaat.
Malu weh sume lelaki tapi apakan daya sebab nak solat punya pasal.
Dah la dorang buat meeting depan pintu utama masjid pulak tu.

Selesai solat, 'Le Tour de Ayutthaya' diteruskan. Mak ai, jauh giler Queen Suriyothai Memorial ni. Menakjubkan jugak walaupun sesat birat macam ni tapi dapat tengok scenery suasana kampung yang tenang dengan padi menghijau.

Dari kejauhan macam nampak Wat Phu Khao Thong yang uncle
 kat temple tempat aku kena kejar anjing tu cakap tadi

Kayuhan diteruskan sebab kalau dah nampak Wat Phu Khao Thong tu maksudnya Queen Suriyothai Memorial dah semakin hampir (mengikut map kertas yang ada dengan aku sekarang). Hanya mampu memandang sayup dengan kerlipan mata yang redup (letih and mengantuk) sebab energy waktu ni dah depleted tinggal 30% je, tak dapat nak jelajah naik temple ni. 

Dah sampai area Wat Phu Khao Thong.
"Sungguh aku tak larat nak panjat tangga temple yang tinggi nih,
kaki dah terasa kebas sebab berkayuh".

Pusing pusing kayuh dalam kampung sekitar temple ni jumpa satu lagi monumen tapi bukan yang aku cari. Siapakah gerangan patung lelaki berkuda ini???

Belek belek peta ooo King Naresuan Monument rupanya.
Ingat lagi tak beliau sape??? Aku kan penah tulis dalam entri lepas.
Raja yang memerintah Kerajaan Lama Sukhothai (1569 - 1583)

Jumpa sorang abang askar tengah jaga post kat monumen Raja Naresuan ni. Nak tanya tapi dia tak faham bahasa Inggeris pulak. Dia tengok aku macam gaya baru lepas marathon (walaupun naik beskal hahaha) so dia offer suruh amik air mineral dalam tong polisterin besar. Aku buka tengok memang banyak botol air mineral (aku agak air ni mesti untuk pelancong yang datang melawat kawasan sini), so aku amik je dua botol and ucap terima kasih. 

Aku cepat cepat blah dengan energy yang tinggal nyawa nyawa ikan sebab waktu ni jam dah 0300 pm. Kayuh lagi and lagi.

Tengok padi menghijau tambah semula energy sikit

Kayuh punya kayuh nampak highway besar and jalan masuk kampung lagi. Tetiba rasa tak sedap hati nak teruskan kayuhan. 



My last pit stop before i decide to turn back to Ayutthaya 
(the highway route)
The small road with no one here, CREPPY!!!!!

"Ko ni dah sampai mana dah Ain ooo. Patah je balik. PATAH JE BALIKKK!!!"
[bermonolog sendirian]

Dengan rasa berat hati aku patah balik ikut jalan yang sama aku lalu tadi. Pikiran aku yang masih waras mengingatkan keutamaan menjaga keselamatan diri di tempat orang. Kecewa tetap tahap gaban weyy. Misi tak berjaya. Dah la sesat birat, pastu Queen Suriyothai Memorial tak jumpa. Allah je tahu perasaan aku waktu tu. Takpe la, ada hikmah di sebalik benda yang berlaku. REDHA.

Dalam perjalanan balik, aku singgah satu kedai runcit untuk beli air. Ada pak cik pak cik yang baru balik solat jumaat tengah bersembang. Sorang pak cik tegur aku tanya datang dari mana, apa aku buat sini, datang dengan sapa. Kagum dia bila aku cakap aku cikgu dari Malaysia, datang Thailand sorang sorang and aku pun turut kagum dengan pak cik ni sebab he can speak very well in English. 
Salute to you uncle!!!!! 

Lepas ucap salam to those uncles, aku kayuh beskal masuk balik Bandar Ayutthaya. 

Baru perasan ada universiti kat Ayutthaya nih :)
Ha, yang ni kolej perkapalan pulak :)

Nak mengubat kekecewaan tadi, aku tengok balik map and perasan ada satu lagi tempat yang WAJIB pegi iaitu Wang Luang or Royal Palace. Tengok jam, masa masih ada. Bukan main laju lagi kayuh sebab tadi dah minum air 7-up beli kat kedai.

Laluan pejalan kaki and taman yang luas di kawasan sekitar Royal Palace
Cantik kan Royal Palace. Free entrance
(aku tak masuk dalam sebab nampak ada anjing melilau depan pintu tu) 

Aku jeling tengok jam. Alamak, dah jam 0350 pm. Kena balik stesen keretapi dah la weyy. Tiket keretapi pegi Bangkok tak beli lagi. Backpack aku tak ambik lagi. Dengan gaya kayuhan Lance Armstrong, aku pegi ke Masjid Thai-Pakistani untuk ambik backpack sebelum pulangkan beskal. Waktu ni budak baru balik sekolah memang busy giler jalan raya. Terpaksa aku kayuh hati hati nak elak kenderaan and manusia di jalanan.

Sampai masjid, alhamdulillah beg masih seperti keadaan sama waktu aku tinggal pagi tadi. Check check takde barang hilang. Sekali lagi dengan gaya kayuhan Azizulhasni Awang pulak aku pecut ke kedai kat lorong menuju jeti bot. 

Berjaya pulangkan beskal tanpa sebarang kerosakan. Then bergegas kejar feri semalam untuk cross Pa Sar River dengan tambang 5 Baht.

Baru nampak jelas rupa feri aku naik pagi tadi.
(subuh tak nampak sangat sebab gelap lagi waktu tu)

Sampai je seberang sana, terus masuk stesen tanya pegawai kat kaunter tiket ke Bangkok. Alhamdulillah train yang sepatutnya tiba jam 0345 pm delay hingga ke jam 0425 pm. So aku beli je tiket waktu ni, tak perlu yang beli tiket yang jam 0600 pm. Tu dah lewat sangat.

So aku dijadualkan akan tiba di Bangkok area jam 0620 pm
(alamak dah mahgrib and gelap waktu ni)

Train sampai je aku terus naik and tido sambil duduk je sepanjang perjalanan. Penat weyy jalan and kayuh beskal dari pagi hingga petang. 

[To be continue...] 

Friday, February 20, 2015

Day 5.1 Ayutthaya Historical Park

Assalamualaikum...

Ha, masih ingat entri aku yang lepas??? Kalau tak ingat meh nak bagitahu. Last entri aku menjadi gelandangan tido dalam train dari Phitsanulok ke Ayutthaya. Finally jam 0445 am waktu tempatan, aku selamat tiba di Stesen Keretapi Ayutthaya dalam keadaan mamai baru bangun tido. Hohoho. 


Ayutthaya Train Station lengang di waktu pagi buta

Sebaik je kaki jejak lantai stesen, mata melilau cari pegawai keretapi yang bertugas. Ingat nak tanya dorang the best way to go to the mosque sebab menurut research aku, mosque terdekat ada tapi kena cross sungai. Jumpa pegawai dia just bagi map Ayutthaya and direct aku pada local tuk tuk driver untuk further information.

Ada sorang pak cik ni. Baik. Dia driver tuk tuk tapi aku suka dia sebab dia jenis tak push and paksa aku naik tuk tuk. Dia siap give advise lagi sebab dia kata sekarang masih awal. Better stay kat guesthouse terdekat katanya. Dia buleh tolong tunjukkan jalan. 

"Guesthouse???" Tidak, aku nak save budget!!!!!

Memang masih awal, subuh pun belum masuk lagi waktu. So memula aku ingat nak ikut je advice pak cik ni untuk stay kat guesthouse tepi lorong nak ke jeti feri sebab dia cakap guesthouse tu buka jam 0600 am. Aku berjalan menyusuri lorong gelap tapi tak takut sangat sebab dah ada orang tempatan meniaga. Macam meniaga pasar pagi je tapi apesal awal giler hen? Tetiba opss, stray dogs weh. Larikkkk!!!!!!

Keadaan lorong menghala ke jeti feri waktu Matahari dah naik
(sekarang ni belum sunrise lagi so korang buleh bayang 
la 

betapa seram nak lalu lorong ni dengan stray dogs lagi)


Aku menyorok dalam satu kedai makan depan guesthouse ni. Tunggu punya tunggu sampai jam 0600 am guesthouse tak bukak bukak. Ini sudah membazir masa. So aku proceed je ke jeti feri, bayar tambang 5 Baht cross Sungai Pa Sar untuk ke Bandar Ayutthaya.

Map yang sempat diprint and study ala kadar jugak


Turun jeti aku berjalan tepi jalan sebab berdasarkan Mr. Google, mosque terdekat dalam 1.3 miles dari jeti. Okay, 1.3 miles takde masalah punya kalau pepagi buta ni tapi kalau convert dekat 2 km jugak jauh. Takpe, energy kan dah restored semalam tido dalam train. Sekali ada lagi stray dogs (lagi ramai dari tadi) siap menyalak betul betul depan mata macam gaya nak gigit aku je, terus aku patah balik melilau cari tuk tuk. 

"Giler punye anjing. Aku takde pun kacau korang"
[bermonolog dalaman]

Nasib baik ada tuk tuk melintas and berhenti betul betul depan aku. Cepat cepat aku naik supaya anjing anjing tadi tak nampak dah aku. So sesape yang nak travel ke Ayutthaya, korang kena beware dengan stray dogs yang banyak giler di jalanan especially waktu Subuh.

Tetiba aku terperasan, pak cik ni tak faham english pulak. Gimana nih??? Think Nurul Ain, think!!!!. Last last pakai bahasa tangan dan guna ipad untuk tunjuk lokasi and gambar masjid baru dia faham. So, kalau travel lain kali kena sediakan gambar tempat yang nak dituju sekali dengan tulisan nama tempat tersebut dalam bahasa tempatan in case kalau jumpa local driver yang tak fasih berbahasa english.

Alhamdulillah lepas 10 minit perjalanan dengan tuk tuk, akhirnya sampai jugak aku di rumah Allah. Intai intai ah sudah masjid berkunci pulak. Gimana mau masuk ni??? Aku dengan pak cik ni siap panggil panggil kot kot ada orang kat tingkat atas masjid. Tingkap bukak tapi pintu berkunci. Aku mundar mandir cari jalan penyelesaian. Kalau la pak cik driver ni blah nanti, aku panjat jugak tingkap masjid dengan backpack besar gedabak ni. Semuanya sebab nak solat subuh. Malangnya pak cik driver ni tak blah blah. Huhuhu.

Tetiba aku terpandang pintu bahagian muslimat masjid. Cuba nasib pulas tombol pintu. Tadaaa, Alhamdulillah pintu tak berkunci. Aku ucap thanks kat pak cik driver tadi, Uncle Payom namanya, bayar tambang 50 Baht and terus cepat cepat masuk masjid untuk solat subuh.

Lepas je solat tadi, aku bersihkan diri ala kadar. Tukar pakaian sume. Jam waktu ni dah 0730 am. Ingat dalam jam 0800 am camtu nak gerak mulakan tour di Ayutthaya pulak. Backpack baju cadang nak tinggal je dalam masjid ni. InsyaAllah selamat. Keluar masjid nak berjalan semula ke tempat jeti sebab kat situ ada tempat rent basikal murah. Senang nanti jumpa stray dogs buleh pecut kayuh beskal je.

Bye backpack, see u in the evening :)
"Hai Si Cantik Manis, buleh tolong jagakan backpack akak?"
Mysterious cat dalam masjid, dia lari bila aku nak dekat.
Tadi tak sempat nak snap gambar masjid sebab kalut kejar waktu Subuh
Cantik Masjid Thai - Pakistani ni. My favourite color, GREEN!!! :)

Sekali check bateri cam low pulak dah. Aku masuk semula masjid charge bateri cam dalam sejam. Tergendala sekejap plan aku nak keluar awal. Last last jam 0900 am baru gerak dari masjid. Sepanjang jalan asyik larikan diri dari stray dogs je. Mujur dah terang benderang ni tak banyak macam Subuh pagi tadi.

Ayutthaya Post Office
Chantharakasem National Museum (Tengok ada fee terus tak jadi masuk) 
Snap gambar je dua keping buat kenangan
Old skool punya kedai sepanjang jalan menghala ke jeti Sungai Pa Sar
Temple apa aku tak tahu nama tapi bumbung dia cantik warna emas

30 minit berjalan sampai jugak akhirnya dekat kedai di lorong menghala ke jeti feri. Rent bicycle only 40 Baht for the whole day. Cantik!!!!! Owner kedai muda, kind and generous. Siap bagi postcard book, information book and cadangkan pada aku tempat menarik yang boleh pegi dalam map yang dia bagi.

Lepas say thanks to him, aku kayuh ikut route yang owner kedai tadi cadangkan. Mula mula tengok map nampak macam senang tapi sebenarnya satu satu kawasan susah nak cari and jauh giler antara satu sama lain. Jenuh aku kayuh beskal cari tak jumpa jumpa.

Arghh, stray dog lagi. Larikkk!!!!! (Eh, lupa pulak aku dah ada beskal sekarang)

Lepas setengah jam sesat birat masuk segala jenis jalan, akhirnya bayangan Ayutthaya Historical Park mula kelihatan. Ha, dah nampak tu seni bina wat yang biasa aku tengok kat Sukhothai semalam.

Berkayuh selama setengah jam di jalan besar Bandar Ayutthaya
(mengelirukan sebab banyak sangat jalan and lorong kecil)

Dah jumpa one of the ruins in Ayutthaya Historical Park that is Wat Mahathat. Aik, asal nama wat ni sama macam largest wat kat Sukhothai ye??? Hurm, sampai sekarang aku masih belum jumpa jawapan pada persoalan ni.

Okay, lets introduce our Ayutthaya Historical Park first. This UNESCO World Heritage Site diwartakan pada tahun 1991 meliputi tinggalan The Old Kingdom of Ayutthaya. Kerajaan ini dijumpai oleh Raja Ramathibodi I pada tahun 1350 and menjadi ibu kota Kerajaan Siam tapi kemudiannya telah dimusnahkan tentera Burma pada 1767. So this ruins telah berjaya dipreserved oleh kerajaan Thailand untuk generasi sekarang. Kalau nak aku senaraikan nama nama wat yang diwartakan UNECSO kat Ayutthaya ni banyak je tapi better korang google sendiri je la.

So aku park beskal depan Wat Mahathat and dengan berbekalkan admission fee sebanyak 50 Baht (takde la murah sangat kalau convert duit Malaysia dalam RM6.00 camtu), aku mula jelajah masuk dengan penuh gaya macam koboi masuk bandar. Waktu ni orang masih belum ramai lagi.

Tiket masuk yang aku preserve and lekat dalam journal, hihi
Ada groups of tourists mostly Japanese and European peeps
mula membanjiri Wat Mahathat

Tumpuan utama kalau ke sini of course la nak tengok the famous Buddha Head in the tree trunk kan. So, macam mana kepala Buddha ni buleh terperangkap dalam akar akar pokok besar??? Takde siapa yang tahu. Aku dah try google tapi takde jawapan konkrit untuk kejadian aneh ni.


The famous Buddha head in the tree trunk 
Took about 20 minutes to take only this photo because it's
start getting too crowded with tourists but it's worth a wait :) 

Lepas setel bergambar dengan kepala Buddha, aku round sekitar Wat Mahathat. Patut la sejarawan gelar wat ni Temple of the Great Relics sebab keluasannya lebih kurang sama besar dengan Wat Mahathat di Sukhothai.

Cuaca makin membahang tapi selfie tetap menjadi keutamaan

Aku masih tertanya tanya why ada susunan batu batu tegak macam ni. Ada jugak papan tanda larangan yang mana tourists tidak dibenarkan mengalihkan batu batu yang telah disusun. I wonder why??? And sape yang susun batu batu ni??? Ke sebab batu batu ni berpuaka??? Seramnye, so ko Ain jangan sesuka hati sentuh tau. 


No concrete explanation for this stack of stones
Lebih kurang sama macam kat Sukhothai, ada the headless Buddha
Ruins yang ni tak buleh panjat
(best woo kalau buleh panjat pacak bendera Malaysia kat atas tu)
Ni sisi hadapan ruins kat atas tadi. Ada Buddha tercongok bersila kat depan 
Mana yang buleh dipanjat aku naik je siap duduk selfie, hihihi
(thanks to batu batu and cam self timer)
Gaya silang tangan jadi gaya WAJIB pulak sejak kat Sukhothai lagi
(tanda aku dah jejak UNESCO World Heritage Site)

Dekat jam 1130 am aku keluar Wat Mahathat nak memulakan misi rahsia mencari sesuatu yang membuatkan aku teruja datang ke Ayutthaya. Aku perlu gerak sekarang sebab timing aku by 0530 pm, kena patah balik ke stesen keretapi beli tiket untuk train ke Bangkok jam 0600 pm. 


[To be continue...]