Thursday, January 28, 2016

Japan Day 5 - Himeji, Kiyomizudera ft Tokyo Arrival

Hari ini secara rasminya akan menggunakan JR Pass. So plan hari ni agak mudah tapi memakan masa perjalanan skit. Himeji di bahagian selatan Jepun, then naik semula ke Kyoto untuk Kiyomizudera dan akhir sekali ke Tokyo. 

Pertama kali dalam sejarah hidup jugak bakal menaiki Shinkansen, bullet train tersohor di Jepun. Shinkansen ada 3 jenis. Nozomi yang paling laju, Hikari kedua dan Kodoma paling lambat sekali sebab dia berhenti setiap stesen. Semalam aku dah belek belek jadual Shinkansen, tu dah cop masa nak naik Hikari sebab JR Pass tak cover Nozomi.

Midosuji Line: Dobutsuenmae - Shin-Osaka (370 yen)


Sampai Shin-Osaka Station, aku pegi kaunter JR untuk dapatkan seat tepi tingkap. Bayar mahal mahal mestilah nak tengok pemandangan kan. 


Pertama kali masuk ke stesen Shinkansen. Ada pak guard jaga kat pintu manual. Jadi tunjuk je JR Pass, dia bukakkan pintu untuk aku. Hihihi.

Tokaido-Sanyo Shinkansen (Hikari): Shin-Osaka - Himeji 


Shinkansen Hikari ke Okayama tetapi akan membuat perhentian di Himeji.


Shinkansen Hikari JR 700.


15 minit nak berlepas, pintu Shinkansen dibuka untuk penumpang. Pergh luas giler seat dia. Bawa barang banyak banyak pun takpe letak kat bawah.


Maklumat setiap gerabak Shinkansen. Senang nak cari toilet dan pegawai bertugas kalau ada kecemasan.

Shinkansen Hikari berlepas tepat jam 1105, tak lebih dan tak kurang even seminit pun.


Pergunungan Rokko yang memanjang membelah Kobe dari utara hingga selatan.


Pemandangan Kobe dari Shinkansen Hikari.


Jam 1142 seperti yang tertulis di tiket, aku sampai di Himeji. Aku cari loker untuk simpan backpack besar.


Menapak ke lokasi Himeji dari stesen JR Shinkansen tadi selama 25 minit. Sepanjang perjalanan kat sini, ada banyak patung di lorong pejalan kaki. Setiap patung ada maksud tersirat tapi tertulis dalam Bahasa Jepun. So aku cubalah bagi tajuk sendiri untuk patung patung ni.


Acik dan burung merpati.


"Bajuku dicuri orang".


"Aku miskin, pakaian takde".


Sepasang burung hantu.


Acik bertopi stylo.


Acik kesunyian.


Nakan (Naga ft Ikan) bermata emas. Hahaha.


Abang hensem.

Lepas berseronok snap gambar patung tadi, akhirnya perjalanan dah sampai ke destinasi pertama hari ini.


Himeji Castle. 0900 - 1600. Fee entrance 800 yen.


Keeps and bridge seen from the entrance.

Story telling slot:
Himeji Castle also known as White Heron Castle (Shirasagijo) due to its elegant, white appearance, is widely considered Japan's most largest and spectacular castle for its imposing size and beauty. It's start only with the construction of a fort on the top of Himeyama Hill in 1333 and then over century it undergo remodelling and renovation until completed with current structures in 1609. This castle gain recognition as UNESCO World Heritage Site in 1993. 


The right view of small river from the bridge.


The left view of small river from the bridge.


The guard and Otemon Gate.


Himeji and the pine tree. 


The complex structures of Himeji Castle. 
(It undergoes renovation during my visit)


Dua menara pada bahagian kanan Himeji Castle.


Mendaki anak tangga untuk dapatkan shot dari pelbagai sudut. Sambil tu, aku nak cari spot untuk solat.


The lady in kimono.
(Lepas amik shot ni, aku solat kat sudut kiri lorong sebab takde orang dah lalu lalang).


Daughter and mother under the autumn leaves.


 Himeji Castle Complex.


Close up shot.


Bokeh shot: Himeji Castle as background.


Himeji City Zoo.


Ada sekumpulan Meows yang gebus di perkarangan taman Himeji Castle.


Nampak comel tapi liar dan garang. 


Jam 1300 aku gerak keluar dari Himeji Castle.


Aunties with kimono and Himeji Castle.


Pesta street food Bandar Himeji.

Sampai stesen amik backpack terus tunggu Shinkansen seterusnya ke Kyoto. Kali ni naik yang paling lambat iaitu Kodoma.

Tokaido-Sanyo Shinkansen (Kodoma): Himeji - Kyoto

Dalam perjalanan balik, benda lucu berlaku bila aku tertidur dan terlepas stesen Kyoto. Adoi adoi mamai punya pasal. Dah keluar masa sampai stesen Kyoto tapi masuk balik Shinkansen.


Permandangan Kyoto - Nagoya. 


Another shot of paddy field and mountain.

Aku turun di stesen Nagoya dan amik Shinkansen patah balik ke Kyoto. 


Sempat snap Bandar Nagoya dari platform.


Ok, shinkansen dah sampai.

Sampai Kyoto Station dah hampir senja. Kiyomizudera yang disepatutnya dilawati waktu pagi bertukar ke malam. Takpe, cantik jugak tu plan tapi tak boleh lama lama sebab nak catch up Shinkansen terakhir ke Tokyo. Terpaksa la aku keluarkan duit beli Kyoto City Bus Pass, 500 yen.

Kyoto City Bus No. 100/205: Kyoto St. - Kiyomizu-michi / Gojo-zaka


Jam 1805. Waktu ni, Kiyomizudera baru je dibuka untuk lawatan waktu malam. Sepanjang perjalanan 20 minit mendaki jalan curam ke Kiyomizudera, ada deretan kedai dan restoran.


Wanita berpakaian kimono tengah shopping.


Kedai kipas tangan.


Ok, dah sampai Deva Gate selepas bersesak sesak dengan manusia tadi. Tiket masuk, 300 yen.


Satu masalah bila datang ke Kiyomizudera waktu malam hujung minggu, ramai giler manusia. Nasib baik la aku ni kecik, senang nak menyelit.


Pagoda and adjacent building, illuminated.


Pagoda, illuminated.


Another shot of pagoda area, illuminated.


Penuh manusia. Nasib semua wangi sebab cuaca sejuk. Takde la tercium bau peluh tak mandi ke hape. Hahaha. Satu nak puji orang Jepun ni. Walaupun ramai camne sekalipun, semua relaks takde adegan tolak dan berebut. Potong barisan pun takde. Respect betul aku dengan dorang.


Kiyomizudera Temple, illuminated with Kyoto City Night View.

Story telling slot:
Kiyomizudera was founded early Heian period in 778. The magical of this temple is there is no single nail on the entire structure. It was listed as UNESCO World Heritage Site in 1994. It was one of 20 finalists of New 7 Wonders of the World in 2007. 


Kiyomizudera view from the ground.


The night view of Kyoto City and Kyoto Tower from Kiyomizudera.


The autumn forest in Kiyomizudera, illuminated.

Jam 1945 aku terus blah dari Kiyomizudera dan amik bas untuk ke stesen Kyoto.

Kyoto City Bus No. 100/ 205:  Kiyomizu-michi - Kyoto St.
change to
Tokaido-Sanyo Shinkansen (Hikari): Kyoto - Tokyo


Tengah menunggu Hikari ke Tokyo. 

Perjalanan kira kira 2 jam lebih dan aku sampai Tokyo jam 2326. Pertama kali dalam sejarah travel, waktu paling lewat sampai hotel. Ish ish ish. Nasib baik Jepun selamat.

JR Yamanote Line: Tokyo - Uguisudani

Dalam kegelapan malam mencecah jam 0000 aku gerak keluar dari Uguisudani Station. Tanya pekerja kat Lawson, alhamdulillah akak cantik ni tunjukkan jalan sampai ke hotel. Nasib aku dah emel awal awal kat owner hotel cakap sampai lewat, kalau tak merempat la tepi jalan kat Uguisudani Kapet tu. Eh.


Cantik hiasan dalam Oak Zen Hostel.
 (RM90 satu malam)

Esok esok la pulak amik gambar. Sampai bilik, aku nampak katil bertingkat je sebab gelap gelita. Manusia lain dah tido semua. Aku whatsapp family update dah sampai Tokyo, tadi dah update masa kat Kyoto. Pastu pegi cuci muka, solat dan terus tidur jam 0040.

Selamat Malam Tokyo.

No comments:

Post a Comment