Hari ni kira officially bergerak secara solo. Misi pertama ke Kobe. Kenapa pilih Kobe? Satu, nak melawat masjid tertua di Jepun iaitu Mosjid Kobe. Kedua, nak tengok patung robot gergasi, Tetsujin 28-go. Ketiga, nak naik kereta kabel di Kitano Ijinkin. Keempat, nak jelajah kawasan Harborland.
Jam 0800 baru menapak keluar dari hotel. Belum sarapan apa pun pagi ni. Semalam ternampak ada deretan vending machines di luar hotel aku.
Harga air paling murah yang dijumpai setakat ini iaitu 100 yen. So aku beli la satu untuk basah tekak nak berjalan seharian hari ni.
Tropicana Coconut Water. Rasa fresh air kelapa.
Midosuji Line: Dobutsuenmae - Umeda
Tiket Osaka subways 1 hala ke mana mana destinasi, 180 yen.
Sebelum ke Kobe, aku ke Umeda Information Center di Umeda Station untuk membeli Kansai Thru Pass. Pass ini merangkumi unlimited subways train, private line (hankyu, hanshin, kintetsu etc), sesetengah tram and bus di region utama Kansai iaitu Osaka, Shiga, Nara, Wakayama, Hyogo dan Kyoto. Jadi sepanjang hari ke-2 hingga ke-4, aku akan guna pass ni.
Kansai Thru Pass. Tiga Hari untuk 5200 yen.
Pass disertakan sekali dengan peta laluan, discount coupon, dan maklumat attractions di Kansai region.
Sambil tunggu train, meh aku cerita sedikit mengenai Kobe. Bandar ke-6 terbesar di Jepun dan ibu negeri bagi wilayah Hyogo. Bandar ini pernah dibom bersama dengan Tokyo semasa Perang Dunia ke-II. Pada tahun 1995, gempa bumi "The Great Hanshin" berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan bumi Kobe mengakibatkan lebih 6000 angka korban. So Kobe Luminarie (light festival) diadakan pada setiap Disember untuk memperingatinya. Tahun ni dah genap 20 tahun tragedi tersebut.
Ok gerak dulu ke Kobe, train dah sampai. Kita sambung story-telling ni besok besok pulak. Jam 0940, train berlepas dari platform Umeda ke Kobe. Perjalanan mengambil masa kira kira 35 minit bergantung kepada jenis train yang diambil. Ada speed train, tak banyak berhenti. Ada yang slow train, berhenti di setiap station. So rancang dengan betul perjalanan anda.
Hankyu Kobe Line: Umeda - Kobe Sannomiya
Hankyu Kobe Line Train in dark magenta colour.
Sunyi sepi dalam train. Masing masing buat hal sendiri. Budaya orang Jepun, dalam kenderaan awam tiada yang bersuara lantang sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. Handphone in silent mood. Kalau nak jawab panggilan pun, bisik bisik je.
Selamat sampai di Hanshin Railway Sannomiya Station. Aku jadi blur tetiba. Penyakit biasa datang bila travel sensorang. Nervous skit tapi takde la sampai hilang pedoman.
Perkara pertama, keluar dahulu dari subways station ikut laluan yang betul. Aiseman, hujan jugak kat Kobe. Basah kuyup. So terpaksa pakai baju hujan. Nasib baik bawak hari ni. Bila hujan, cuaca jadi semakin sejuk melampau. Aku nak berjalan cepat cepat pun tak dapat, asyik kena tiup angin sejuk.
Suasana pagi Bandar Kobe.
Lokasi pertama hari ni, nak melawat Kobe Doll Museum. Cari punya cari tak jumpa.
Singgah di Flower Road nak baca map kat signboard.
Giant flower clock at Flower Road. Jam yang digerakkan menggunakan kuasa solar. Mesra Alam!!!
Masih hujan. Berjalan perlahan lahan dalam hujan di bawah rimbunan daun yang tunggu masa nak luruh.
Ber"Autumn in My Heart" lagi di Kobe. Berjalan sambil sumbat earphone kat telinga dengar lagu tema cerita tu, "Gido". Biarkan hujan itu turun. Hahaha.
Rumah agam lama yang dijadikan cafe.
Bunga bunga kecil ditanam sepanjang laluan pejalan kaki. Sejuk mata memandang, sesejuk cuaca pagi di Kobe.
Terjumpa tugu peringatan penulis berbangsa Portugis, Wenceslau Jose De Moraes yang mengkaji tentang budaya Jepun.
Stamp chop Jose De Moraes.
Renting bicycle port. Boleh cuba kalau tak nak jalan kaki. Bayaran tak pasti.
Kobe City Museum, fee entrance 600 yen. Aku tak masuk pun. Sekadar berteduh kat luar dari hujan. Kihkihkih. Hujan dah beransur ansur berhenti. So teruskan perjalanan lagi.
Dekorasi di bulatan jalan. Semangat nak sambut Christmas jugak ni.
Iron carving alongside the road. "The Couple".
"Boy and Flying Bird".
Small shrine in Kobe city.
Kad ucapan selamat hari raya. Eh bukan. Kad doa or ucapan orang Buddha.
Skip plan ke Kobe Doll Museum sebab dah letih cari tak jumpa. Gerak terus ke kawasan Harborland sebab situ ada Kobe Earthquake Memorial Park, Kobe Tower, Kobe Maritime Museum, Kobe Ferris Wheel.
Kaki dah mula kebas berjalan. Sedikit keletihan. Amik nafas jap pastu sambung berjalan. Hari ini cuaca betul betul mencabar fizikal mental aku.
Yeay, dah nampak Kobe Merikan Hotel (bangunan putih separa sfera bawah flyover). Maknanya dah nak sampai Harborland.
Perjalanan sangat colourful sebab di tembok laluan pejalan kaki, banyak lukisan dihasilkan dari kepingan mozek.
Macam lukisan kolaj zaman sekolah rendah dulu.
Merentasi flyover. Kolaj mozek berderet sampai ke hujung.
Merikan Park.
Pada timur taman ini terdapat Kobe Earthquake Memorial Park. Puas aku pusing cari tapi tak jumpa. Bila dah balik Malaysia, baru tahu lokasinya.
Tips: Bila sampai Merikan Park macam gambar aku di atas, jangan belok kanan terus ke Maritime Museum. Jalan lurus sampai dekat dengan kawasan laut.
(aku dulu silap terbelok kanan terus =.=')
Ni rupanya kesan peninggalan "The Great Hanshin". Memang sengaja tidak dibaiki tetapi dijaga untuk tatapan dan peringatan orang ramai.
(photo credit to japan-guide.com).
Bangunan pencakar langit Bandar Kobe dari Merikan Park.
Menapak 10 minit dan akhirnya sampai di Kobe Maritime Museum jam 1115. Jom masuk, tak tahan sejuk dah ni.
Kobe Maritime Museum (bentuk kapal)
Pintu masuk (aiii, sunyi sepi macam tutup je).
Fee entrance: 500 yen.
Bangunan ni sebenarnya gabungan 2 mini museums iaitu Maritime and Kawasaki Good Times World.
Bahagian Maritime ada model kapal layar dan pameran tentang perkembangan pengangkutan di Kobe. STRICTLY NO PHOTO TAKEN!!!
Tak excited sangat la nak tengok sebab tak boleh berphoto. Pusing sekejap pastu masuk ke Kawasaki Good Times World. Baru aku tahu rupanya jenama Kawasaki ni berasal dari Kobe, bukan Tokyo.
Sumbangan Kawasaki dalam industri permotoran dan pengangkutan Jepun.
Siap dengan model terawal jet ski yang dihasilkan Kawasaki.
Tahun 1960, dah dapat bina kenderaan untuk rakyat. Malaysia masa tu baru 3 tahun merdeka. Sob sob.
Melalui bilik tayangan yang terpasang dengan dokumentari mengenai perkembangan Kawasaki dalam industri permotoran Jepun.
Keluar je, menggelupar terkejut sebab banyak sangat model motosikal Kawasaki. Pelbagai warna pulak tu.
Kawasaki model moden.
Kawasaki model lama.
Aku yang perempuan pun dah excited. Kalau orang lelaki yang suka motor, memang meloncat tak habis la datang sini.
Kawasaki KR350 yang digunakan dalam kategori 250cc World Championship Series.
Macam model motor peronda polis trafik Malaysia.
Yang ni warna maroon.
Model motor Kawasaki yang boleh ditunggang pelawat untuk sesi bergambar.
Ada pekerja yang jaga bahagian situ, dia pelawa tolong aku amik gambar dengan motor motor. Waa, arigato gozaimas. Kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Maka bermula la sesi berangan menunggang motosikal di sini untuk orang tak berlesen motor macam aku. Hahaha.
My favourite kawasaki model, Green Z1000.
Alololo, comel je Kawasaki KRS Pro. Bila tunggang, terasa macam kanak kanak pulak.
Habis sesi selfie dengan motor, tengok jenis pengangkutan lain.
Model jet ski ultra260x.
Sesape yang tak pernah merasa naik jet ski, boleh try game ni. Aku try sekali je. Kalau jet ski betul, memang remuk habis dan aku pulak masuk hospital sebab langgar sana sini. Hahaha.
Sempat merasa jadi pilot dalam flight simulator.
"Attention passenger, this is Captain Nurul Ain. Please put on your seat belt because we'll be landing in Kobe shortly." Hohoho.
Papan interaktif maklumat. Tak kuasa nak baca sampai habis. Hohoho.
Model Kawasaki KV-107.
Model train yang dibina Kawasaki.
Smaller train, more like tram.
Boleh berselfie jadi pemandu tram.
Ini permainan interaktif mengawal kereta api. Uncle ni boleh speaking English. Dia ajar aku main sebab arahan permainan dalam Bahasa Jepun.
Industri robotik yang diceburi Kawasaki. Ralit aku tengok robot ni angkut barang. Hihihi.
Agak agak dah bosan, aku keluar dari muzium dekat jam 1200 dan snap gambar Kobe Tower dan pemandangan Harborland yang lain.
Shot dari sudut kiri Merikan Park.
Seram pulak tengok batu tertanam kat situ, macam batu nisan je.
Shot from another angle of Kobe Tower and Kobe Maritime Museum.
Model pesawat ringan. Langit dah cerah selepas hujan tadi.
Unik giler benda ni. Taktau la apa fungsinya tengah tengah balai tu, papan tanda pulak dalam Bahasa Jepun. Dalamnya ada loceng besar.
Aku menapak ke kawasan kanan muzium untuk ambik gambar lebih dekat Kobe Tower. Nak naik ke observation deck, berbayar. So snap gambar dari luar pun jadi la kan.
Day View of Kobe Port Tower.
Menapak jauh skit ke kawasan pelabuhan untuk ambil shot kat bawah ni.
Last shot of Kobe Tower and Kobe Maritime Museum.
Kelihatan Mosaic (shopping mall complex) dan Ferris Wheel dari jauh.
Patah balik ke Kobe Tower dan turun ke bus stop.
Terjumpa satu Singaporean family kat sini. So dorang tolong snapkan gambar aku dengan Kobe City Loop Bus.
Jam 1300 aku blah dari Harborland untuk ke lokasi seterusnya iaitu Tetsujin Street.
Kaigan Line: Harborland - Shin Nagata
Poster Tetsujin 28-go dalam train.
Menapak 10 minit dari subways station baru jumpa.
Berdebo nye nak jumpa Tetsujin 28-go. Lagi berdebo daripada jumpa bakal mentua. Hahaha.
Mempersembahkan...
Tetsujin 28-go statue stand with 18 meter high.
Pembinaannya diilhamkan daripada karya manga tahun 1956, "Tetsujin 28-go". Ia dilaksanakan selepas 15 tahun gempa bumi "The Giant Hanshin" bagi menggambarkan semangat juang warga Kobe selepas tragedi tersebut.
Bagi yang tak dapat gambaran betapa gergasinya robot ni, nah aku snap gambar beliau dengan warga Kobe yang kebetulan keluar bersiar siar kat situ. Terbuat perangai jakun. Aku pegi kat kaki robot ni, tengok orang lain dah blah aku ketuk ketuk tengok aci tumbang ke tak. Hahaha.
Last shot of Tetsujin 28-go.
Sebelahnya ada Tokyu Plaza, shopping mall complex.
Selesai berhiburan kat sini, aku nak gerak ke Kobe Chinatown pulak.
Kaigan Line: Shin Nagata - Minato Motomachi
Train dah sampai. Pom pom.
Sila berdiri di belakang garisan kuning!!!
Keluar subways station, singgah masuk Kobe Motomachi dulu dah alang alang sampai kat situ.
Pintu Gerbang. Malam mesti bercahaya punya.
Memang shopping mall di Jepun ni lebih kepada deretan kedai berbumbung. Bagus sebenarnya sebab kalau hujan tak basah nak bershopping sakan.
Chang 'an Gate (east entrance) to Chinatown.
Another Gate: Xian (West), Nanlou (South).
Deretan kedai menjaja street foods dari makanan Jepun hinggalah ke makanan Cina.
Terliur pulak aku tengok kuih muih dorang. Dah macam lepat pisang yang dalam kukusan buluh tu. LAPAR!!!!!
Pau dan kuih bom. Kecur lagi air liur den.
Turkish ice cream stall.
Kedai daging premium, Kobe Beef.
Maskot kedai ni adalah Spiderman.
Center of Kobe Chinatown.
Ular Si Penjaga Tokong.
Kobe Chinatown Signboard.
Jam 1530 habis teroka Chinatown. Kitano Ijinkin terpaksa skip sebab dah terlalu lewat. So next destination is Kobe Mosque. Punya susah nak cari masjid ni sebab bukan tepi jalan tetapi dalam kawasan perumahan. Sejam sesat dengan berjalan kaki.
Kobe Mosque.
The first ever mosque in Japan, founded in October 1935.
Ruang solat wanita di tingkat atas.
Ops, ternampak longgokan jaket aku pulak.
Nasib baik sempat jumpa dan solat jama' zohor asar. Dah alang alang nak maghrib tunggu je la kat sini, boleh rehat kejap betulkan urat kaki.
Ruang solat lelaki di tingkat bawah.
Kalau berkunjung ke kawasan kejiranan di sini, memang mudah untuk mencari makanan halal sebab banyak kedai dan restoran halal. Ni sebahagian kedai yang aku jumpa semasa perjalanan pulang dari Masjid Kobe.
Kitano Groceries yang menjual barangan runcit halal.
Ni satu lagi kedai runcit yang menjual barang halal. Jurujualnya seorang student Malaysia yang belajar di University of Kobe.
Mee sedap pun ada tapi harga mahal berganda ganda daripada harga di Malaysia.
Ni pulak Naan Inn, restoran halal yang menyediakan Indian cuisine.
Keluar ke jalan besar, masih jauh lagi Sannomiya Station.
Higashimon Street. Pergh, senarai pub ke tu? Berderet panjang. Larik!!!!!
Suasana malam sekitar Bandar Kobe.
Christmas Tree Decoration.
Memula aku menapak nak ke Kobe City Hall tengok pemandangan Bandar Kobe dari free observation deck. Lastly, aku patah balik sebab tak larat nak berjalan. Urat kaki rasa membengkak lagi. Waktu tu jam dah 2000. So aku amik keputusan naik private line train (cover by Kansai Thru Pass) ke Akashi Kaikyo Bridge.
Sanyo Electric Railway Line: Sannomiya - Maiko-Koen
Ok, dah sampai Maiko-Koen Station.
Lintas jalan dulu ke satu bangunan bersebelahan train station.
Akashi Kaikyo Bridge or Pearl Bridge.
The World Longest's Suspension Bridge, with length 4 km which links the city of Kobe on the Japanese mainland of Honshu to Iwaya on Awaji Island. Its taken 10 years to be completed, from 1988-1998. It's not damaged during "The Great Hanshin" but the foundation of the bridge is moved slightly from the origin place because of the earthquake.
P/S: Tak terbayang aku betapa kuat gegaran "The Great Hanshin" even jambatan besar gedabak camni pun boleh teralih.
Ok, selesai dah misi hari ini di Kobe. Seberang jalan ke Maiko-Kokien station semula.
Tunggu train nak balik ke Sannomiya Station.
Pilih Hanshin Line untuk balik ke Osaka.
Hanshin Line: Sannomiya - Umeda
Hanshin Line train in orange colour.
Tips: Lebih bagus naik Hankyu Line sebab lebih jimat masa, tak banyak berhenti di train station berbanding Hanshin Line.
Sampai Umeda, naik subway terus balik Dobutsuenmae.
Midosuji Line: Umeda - Dobutsuenmae
Sampai Dobutsuenmae dekat jam 2200. Lewat benar. Report dulu kat family dah sampai hotel. Hampar comforter, sarung stoking dengan jaket terus tidur. Takyah mandi, sejuk. Hahaha.
Tamat Hari Kedua di Jepun.
No comments:
Post a Comment