Hari ini bakal berpindah hotel tapi hotel sebelah je la. So pepagi lagi aku pack barang. Semalam dah singgah hotel baru tu tanya, boleh tak check in awal pagi esok. Pak cik jaga kaunter tu kata boleh tapi bilik tak sedia lagi kalau waktu pagi. Kalau nak tinggalkan backpack besar gedabak tu dapat.
Jam 0800 aku check out hotel lama dan tinggalkan backpack di hotel baru. Destinasi hari ini adalah salah satu bandar yang menyimpan banyak khazanah di wilayah Kansai iaitu Nara. Highlight mestilah nak bermain main dengan rusa yang berkeliaran di Nara Park.
Story telling slot:
Nara is the first Japan Capital City established in the year 710 at Heijo, known for its historical temples and roaming deers. Many tourists flock to Nara as a glimpse of Old Japan.
Midosuji Line: Dobutsuenmae - Namba
change to
Kintetsu Nara Line: Osaka-Namba - Kintetsu Nara
Jam 0840 sampai Kintetsu Nara Station, keluar ikut pintu "Exit 3".
Ha, dah nampak signboard rusa kat tepi tu.
The fountain with famous monk statue, Gyoki Bosatsu.
Benda pertama nak buat sebelum melawat tempat tempat yang dirancang ialah beli Nara City Loop Bus Pass. Kansai Thru Pass tak cover kalau nak naik bas ini.
Nara City Loop Bus Map.
There are 5 colour (Yellow, Green, Blue, Orange, Purple) of buses which move in different routes and direction.
Sejak travel ni, aku kurang percaya bila tengok jarak tempat tempat dalam map. Nampak je dekat tapi sebenarnya jauh. Kalau nak menapak mahu pengsan aku. Lagipun target by 1500 kena gerak ke Kyoto cari Gion yang tak jumpa semalam. Jadi pas bas dibeli kira untuk mengurangkan penggunaan tenaga kaki. Hahaha.
Beli Nara City Loop Bus Pass kat sini. Lokasinya bertentangan dengan Kintetsu Nara Station tadi.
1 Day Nara City Loop Bus Pass, 500 yen.
Pass diperbuat daripada kayu keras, so boleh simpan buat souvenir.
Nara City Loop Bus (Yellow): Kintetsu Nara St. - Kencho-mae
Masa naik, tunggu je pas bas tadi kat driver.
Tak sampai 5 minit menapak dari stesen bas, sampai ke destinasi pertama hari ini iaitu Kofukuji Temple. Dah nampak 5, 6 ekor rusa berkeliaran di tepi jalan tapi yang peliknya takde pulak yang lari lari tengah jalan. Maksudnya rusa kat sini jinak, tak kacau orang sangat. Kau boleh sentuh, peluk cium lagi kalau nak la. Aku sekadar usap usap kepala je rusa tu.
Tengok, betapa rusa di sini dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Jalan raya pun ada simbol amaran perlahankan kenderaan takut nanti terlanggar dorang yang tetiba ada main main kat tengah jalan.
Ada seekor rusa ni gatal pulak mengikut aku ke pintu masuk Kofukuji Temple. Saje la tu nak suruh aku selfie dengan dia. Nah amik la sekeping je tau. Hahaha.
Beli tiket di kaunter.
Kofukuji Temple + Museum: 800 yen.
Slot Penceritaan.
Kofukuji Temple adalah salah satu tapak warisan dunia UNESCO di Nara yang diwartakan pada 1998. Dahulu ia adalah tokong milik keluarga Fujiwara, antara clan paling berkuasa di Nara semasa Era Heian.
Five story Pagoda (Stupa).
50 meters tall, Japan's second tallest pagoda.
Eastern Golden Hall.
(Central Golden Hall is under construction during my visit)
Aku naik atas amik beberapa keping gambar. Pastu masuk dalam dewan ni tengok ada la beberapa patung Buddha saiz biasa biasa je.
Pemandangan dari beranda Eastern Golden Hall.
Dah puas dengan koleksi gambar tadi, aku gerak ke muzium yang bersebelahan Eastern Golden Hall.
Kofukuji National Treasure Museum.
Tak boleh amik gambar kat dalam. So dapat amik bangunan je la sebijik kat luar. Aku pusing tak sampai 15 minit sebab kecik je. Lagipun seingat aku, penerangan tentang artifak dalam tu semua dalam bahasa Jepun. Sepatah apa pun tak faham. Takde feel langsung la belajar sejarah pagi ni.
Gerak tengok benda lain pulak.
Southern Octagonal Hall.
Limau tu aci tak kalau aku petik makan? Lapar!!!
Ralit duk belek kad ucapan kat luar dewan oktagon.
Ok, dah bosan kat sini. Jam 1045 aku gerak ke stesen bas nak ke destinasi kedua pulak iaitu Todaiji Temple.
Nara City Loop Bus (Yellow): Kencho-mae - Todaiji-Daibutsuden
Waaa, macam canvas lukisan. Singgah dulu sebentar.
Hampir sasau tengok pepohon warna jingga gini, macam orang tak pernah tengok pokok je. Mula la aktiviti selfie 14 das untuk koleksi peribadi. Ini kawasan Nara Park sebelum menghala masuk ke Todaiji Temple.
Oleh kerana mood tengak baik hari ni, nah akak payung satu selfie.
Gaya selfie aku tak boleh lawan akak cantik ni bergaya di pagi raya. Eh.
Excited tengok dorang kenakan kimono. Kalau kat Malaysia, cuba kau berjalan ke A Famosa pakai baju kurung. Mesti orang pandang semacam kan kan?? Rakyat Jepun ni relaks je pakai baju tradisional ke mana mana. Aku memang tabik kat pemimpin mereka sebab dapat tanam jati diri yang kuat dalam jiwa rakyat.
Amboi, seronok sakan korang santai. Kat sini lagi banyak rusa wey. Asal jalan je jumpa. Siap duk hidu jaket aku pulak. Ingat makanan ke hape???
Icon of Nara.
Populasinya mencecah kira kira 1200 ekor di sekitar Nara Park. Penduduk tempatan menganggapnya sebagai haiwan yang suci sehingga diiktiraf sebagai "The Messenger of Gods".
Shika senbei, sejenis snek berharga 150 yen untuk rusa Nara.
Perut sendiri pun tak terisi. Inikan pulak nak isi perut rusa beribu yang berkeliaran. Kadang kadang dorang ni boleh jadi agresif bila tengok manusia pegang snek tu.
Penarik beca (Jinrikisha) tengah tunggu pelanggan.
Aku menapak dalam 5 minit dari luar sampai la ke satu pintu gerbang besar.
Nandaimon Gate.
Fierce looking statue represents Nio Guardian Kings at Nandaimon Gate.
Dari jauh dah nampak tanduk Todaiji. Hoho, penuh orang. Terus rasa tak syok nak masuk dalam tengok patung Buddha gergasi. So aku main main kat luar.
Todaiji Temple with the view of lake and autumn leaves.
Story telling slot:
Todaiji Temple was constructed in 752 as the head temple of Buddhists temples of Japan. Daibutsuden (Main Hall) is the world's largest wooden building and houses Japan's largest bronze of Buddha statue (Daibutsu). It was listed as UNESCO World Heritage Site in 1998.
Lepas amik gambar di sekitar tasik tadi, aku patah balik ke deretan kedai menjual cenderamata dan snek tradisional Jepun. Saje nak melaparkan diri sendiri. Adoi adoi.
Alololo, cute pulak biskut bentuk rusa. Kalau beli, sayang ni nak makan.
Keychain untuk sangkut kat handphone.
Wah, koleksi fridge magnet Nara dan Daibutsu.
Dalam banyak koleksi, ada terjumpa satu yang cantik sebab ada castle, Fuji San sekali dengan wanita berkimono. So aku beli je la satu walaupun mahal, 435 yen.
Biskut dan snek bercorak rusa lagi.
Tshirt, topi dan yukata (pakaian mandi tradisional Jepun).
Biasa kalau tengok dalam drama Jepun, remaja dorang selalu pakai benda ni kat kepala. Ingat nak beli satu tapi mahal pulak, 300 yen.
White chocolate strawberry flavour.
Jus buah. Tak pasti ada kandungan alkohol ke tak.
Perfume bag collection.
Biskut berinti kastad, pergh telan air liur je tengok.
(Aku memang giler dengan apa apa yang ada kaitan dengan kastad)
Dari Todaiji tadi, aku tetiba rasa rajin nak berjalan ke Kasuga Taisha Shrine. So dalam 10 minit menapak ke sana. Memula ingat dekat la tapi jauh ke dalam rupanya shrine ni.
Rusa berjanggut macam Santa Clous. Hahaha. Agaknya mesti dah tua umur dia.
Seronok aje engkau bersantai bawah pohon ye.
Dah main sentuh si rusa, boleh la basuh tangan kat kolam ni.
Orang beli ais krim pun engkau nak jugak. 3 ekor yang belakang tu tengah buat muka kesian kot kot ada orang nak belanja makan. Hihihi.
Ramai jugak orang kat sini.
Comel budak Jepun sepasang ni. Parent dorang bawa untuk ucapara sembahyang.
Papan tanda Kasuga Taisha Srine.
Story telling slot.
Nara's most celebrated shrine. It was established at the same time the capital (around 768) by Fujiwara clan. So basically Fujiwara family own this shrine and Kofukuji Temple. Every 20 years, it was periodically rebuilt but discontinued at the end of Edo period. This shrine was listed as UNESCO World Heritage Site in 1998.
Are you lost my dear deer???
Fotogenik jugak rusa kat sini. Macam tahu tahu je aku nak amik gambar dia. Cun pulak jadi shot ni dengan tombol pelita, orang ramai, pintu gerbang sekali.
The old lantern made from stone, lit only twice (February and August) a year.
15 minit menapak ke dalam dan mendaki anak tangga, baru la sampai Kasuga Taisha Shrine. Deretan tombol pelita batu menyambut kedatangan pengunjung.
Papan tanda maklumat Kasuga Taisha. Skip dulu, baca pasni.
Nampak deretan pelita besi yang digantung di luar dewan sembahyang.
Heiden (a small area for house offering).
Sampai sini je aku masuk sebab kalau nak masuk dewan utama sembahyang tu kena bayar. Nampak ada pak guard tengah announce sesape nak masuk dalam kena beli tiket dulu kat kaunter.
Doa mencari jodoh. Hihihi.
Ni shot dari sudut lain, koridor pintu gerbang dan deretan tombol pelita batu.
Dekat jam 1230, aku gerak ke perhentian bas paling hampir dengan Kasuga Taisha untuk ke Naramachi.
Nara City Loop Bus (Yellow): Todaiji-Daibutsuden - Tanaka-Cho
Slot penceritaan mengenai Naramachi.
Bangunan rumah dan kedai panjang "machiya'' yang dibina pada zaman Edo. Ruang bangunan sengaja dibina pada lorong jalan untuk mengurangkan nilai cukai yang perlu dibayar oleh tuan punya kedai. Sekarang, banyak rumah kedai ini masih dikekalkan dan dijadikan muzium, kedai cenderamata dan restoran.
Lengang kat situ. Pelawat dua tiga kerat je jumpa.
Berjalan menyusuri bangunan di sini terasa seperti berada di zaman silam Nara. Kalau nak rasa syok lagi, boleh la sewa pakai kimono dan bergambar kat sini.
Kedai menjual sake or jus.
Naramachi Lattic House.
(Kalau nak tengok seni bina machiya zaman Edo, boleh berkunjung ke sini. Free je masuk, dari jam 0900 - 1700)
Memula aku mencari Gangoji Temple sebab itu pun antara tapak warisan dunia UNESCO di Nara tapi sesat tak jumpa jumpa. So aku patah balik berjalan ke perhentian bas tadi. Dalam perjalanan, jumpa kedai souvenir ini.
Ada seorang lelaki ni, dia jual cenderamata yang diukir daripada kayu.
Nampak comel patung tu berderet tergantung.
Keychain meow diperbuat daripada kayu.
Jam 1430, aku naik bas and seterusnya amik train ke Kyoto semula.
Nara City Loop Bus (Yellow): Kanaka-Cho - Kintetsu Nara Station
change to
Kintetsu Kyoto Line: Kintetsu Nara Station - Kyoto Station
Day view of Kyoto Tower.
Sampai je Kyoto station, aku naik bas ke masjid semalam untuk solat. Dah alang alang nak maghrib, aku terus stay situ solat maghrib isya' sekali. Abih solat, gerak balik ke Kyoto Station.
Kyoto City Bus No. 205: Kojingunchi - Kyoto Station
Night view of Kyoto Tower.
Kyoto Station.
Suasana malam bandar Kyoto dengan lampu yang dililit pada pohon.
Masa menunggu bas, ternampak la acik ni tengah berbaju tradisional jepun nak ke Gion. Aku pun gi beratur belakang dia amik gambar. Hihihi.
Kyoto City Bus No. 206: Kyoto Station - Gion
Sampai je Gion, entah macam mana pulak boleh tersilap jalan dekat Karawamachi Street. Nak keluar tak jumpa jumpa jambatan ke Gion.
Sesat!!!! Lastly, aku tanya orang di kedai money exchange.
Pontocho Alley.
Geisha is not spotted.
Pontocho alley's shops run alongside of Kamogawa River.
Modern building spotted before Gion-Shijo.
Pergh, ramai pulak manusia kat sini. Silap timing sampai sini waktu malam. Berselisih dengan a few Malaysians. Sekadar angguk senyum je la, takde nak bertegur sapa.
Hanami-Koji area.
Story telling slot.
Gion is like Naramachi in Nara. It is filled with machiya (wooden) shops, restaurant and ochaya (tea houses). The only different is you can spot woman entertainer dressed as Geisha in here. There are a few area which famous in Gion. Hanami-Koji is the most busiest, Shirakawa is more quiet.
I didn't spot a geisha because late already. Most of the machiya is closed.
Selepas kecewa tak jumpa geisha, jam 2100 aku naik bus dan train balik semula ke Osaka.
Kyoto City Bus No. 206: Gion - Kyoto
change to
Karasuma Subway Line: Kyoto - Karasuma
change to
Hankyu Kyoto Line: Karasuma - Umeda
change to
Midosuji Osaka Line: Umeda - Dobutsuenmae
Sampai Dobutsuenmae, singgah Lawson dulu beli nasi 1 paket dengan lip balm. Mulut ni dah pecah sebab sejuk sangat, so habis semua 635 yen.
Balik hotel, amik backpack kat kaunter terus naik bilik.
Ni la rupa bilik di Park Inn, harga 1 malam 1500 yen je (~RM50).
Lepas tu, aku turun ke tingkat nak ke bilik air. Sekali bilik air dia gaya onsen (bilik mandi awam). Siap terpampang kat pintu depan waktu bila slot orang lelaki dan perempuan boleh guna. Terus hilang mood aku nak basuh muka dengan mandi. Naik bilik terus kunci jam nak bangun awal. Harap esok pepagi buta takde la manusia bergelar lelaki yang mandi awal.
Tamat Hari Keempat.
No comments:
Post a Comment