Hari ni dah masuk hari ke-3 di Jepun. Tetiba kemalasan datang bertimpa timpa, mungkin sebab kaki sakit tak hilang lagi. Terus tampar diri sendiri untuk peringatan. Hahaha.
Osaka sudah, Kobe pun sudah semalam. Hari ni ke Kyoto pulak dengan destinasinya iaitu Arashiyama, UNESCO Kinkakuji Temple and Nijo Castle. Sebelah malam nak menapak balik ke Shinsekai untuk shot night view. Hari pertama dulu dah pergi waktu pagi.
Highlight hari ini, Arashiyama's Bamboo Grove.
Jam 0830 baru menapak keluar hotel selepas sarapan dengan segelas air kopi. Hari ni hari ke-2 guna Kansai Thru Pass.
Midosuji Line: Dobutsuenmae - Umeda
change to
Hankyu Kyoto Line (Ltd Exp): Umeda - Katsura
change to
Hankyu Arashiyama Line: Katsura - Arashiyama
Budaya rajin orang Jepun yang boleh dicontohi. Dalam train pun membaca buku.
Suasana dalam Hankyu Kyoto Line.
Okay, dah sampai Katsura.
Ni ramai ramai nak ke mana ha? Aku harap dorang tak hop in train yang sama dengan aku untuk ke Arashiyama. Kalau ramai memang tak best nak selfie dengan pokok buluh.
Selepas adegan naik turun tukar train tadi, jam 0930 selamat tiba di Arashiyama.
Aku agak orang kat depan aku tu mesti nak jenjalan sekitar Arashiyama jugak. Jom follow dorang.
Hankyu Arashiyama Station.
Menapak keluar skit dari stesen, jumpa papan tanda Arashiyama.
Waktu ni aku tak nampak sebarang peta kat mana mana papan tanda. So main ikut orang je dulu nak cari lokasi Jambatan Togetsukyo.
Togetsukyo Bridge, Arashiyama's most iconic landmark.
Sejarah menyatakan jambatan asal dibina sekitar 840 semasa Era Heian. Jambatan sekarang ni dibina semula pada tahun 1934.
Katsura River. Pergunungan Iwata di sebelah kiri.
Di Pergunungan Iwata sebenarnya ada Iwatayama Monkey Park. Mula mula taman ini dalam plan asal aku tapi selepas timbang tara semua, terpaksa skip je.
Ok, dah sampai seberang. Nak jalan lurus ke atau nak belok kiri ikut orang ramai ni? Lepas pikir kejap, aku ikut gerak hati jalan lurus je dulu. Tersnap gambar si penarik beca (Jinrikisha).
Sambil berjalan ni, meh aku story telling skit pasal Kyoto. Ehem, speaking konon.
Kyoto used to be the capital of Japan from 794 until 1868. Over the centuries, it was destroyed by many war and fires but survived from the bombing of World War II. Countless temple, shrine and other historical still well preserved until today.
Meanwhile, Arashiyama is one of touristy district in Kyoto. It's a popular destination since Heian Period (794 - 1185) when a lot of nobles enjoy its natural setting especially during the cherry blossom and autumn season.
Ok, cukup la story telling. Macam cerita aku tadi, Kyoto ni penuh dengan temple and shrine. So masa plan iti, aku pilih 1,2 yang terkenal je. Most importantly, UNESCO World Heritage Site.
Jadi, Tenryuji Temple menjadi pilihan di Arashiyama. Sebelum menapak ke sana, nak cari sesuatu dulu. Aku ada terbaca kat satu blog mana entah tak ingat, ada satu kawasan deretan japanese silk dengan kolam kecil ada bebola naga besar.
Lebih kurang 10 minit menapak, aku ternampak ada dua tiga orang keluar dari satu lorong kecil. Adakah ini tempatnya? Jom kita siasat.
Masuk lorong ada Tully's Coffee Cafe. Menapak 5, 6 langkah. Jeng jeng jeng.
Waa, colourful je jalan dengan deretan japanese silk yang dibaluti plastik keras lutsinar.
Hah, inikah naga lagenda Gragon Ball 7 biji tu???
Sebelah kiri sesuai untuk baju raya. Sebelah kanan, spooky. Sesuai jadi kain kapan je.
Di sebalik deretan japanese silk, dah nampak kelibat bamboo grove.
Dah, dah main kat situ. Cepat cari Tenryuji Temple. Bila dah berada di kawasan ni, mudah je nak cari sebenarnya. Tengok orang ramai kat situ, mungkin itulah tempat yang kita nak tuju. Hihihi.
Berjalan kaki lagi 10 minit akhirnya sampai ke destinasi pertama, eh kedua la jadinya lepas japanese silk tadi.
Welcome to Tenryuji Temple.
Story telling mood is on.
Tenryuji temple is ranked first among the city's five great Rinzai Zen temple. It was build in 1339 by Ashikaga Takauji and dedicated to Emperor Go-Daigo who has passed away at that time. In 1994, it was registered as UNESCO World Heritage Site.
Huk alo, ramai pulok orang kat kaunter. Tiket masuk, 500 yen.
Right: Dai-Houjou (Main Hall) of Tenryuji Temple.
Korang boleh masuk tengok Dai-Houjou dan Shoin (Drawing Hall). Aku tak masuk sebab nak cepat, lagipun malas nak bukak kasut.
"Hey si ikan kaloi. Aku kempunan telur tembakul". (monolog nyanyian)
Taman di Tenryuji Temple dengan Sogenchi Pond yang dikelilingi pokok pinus.
Sogenchi Pond feat the colourful of Arashiyama Mountain Forest.
Aku menapak mendaki anak tangga demi merasai suasana musim luruh yang sebenar di Arashiyama. Macam biasa, sumbat telinga dengar instrumental song dari OST "Autumn in My Heart". Hahaha.
Bumbung Tenryuji Temple sejemput je dari atas. Nampak samar samar pemandangan Arashiyama district.
Waaaaaaa...(panjang 6 harakat), cantik!!!
Pendakian anak tangga tadi sebenarnya menuju ke pintu belakang Tenryuji Temple dan Bamboo Grove. Ada souvenir shop sebelum pintu keluar, so aku singgah jap.
Amulet and chopstick.
Various type of amulets.
Aku terbeli poskad dengan penanda buku buluh, habis 450 yen.
Ada akak cantik jaga pintu belakang. Waktu ni dah jam 1040. Tak sabar dah ni nak selfie dekat deretan pokok buluh banyak tu. Sekali......
SESAK. Huh, putus angin aku nak amik gambar. Ke tepi semua, beta nak lalu....
Disebabkan kekecewaan melanda badai, aku amik gambar pokok buluh je. Gambar sendiri takde. Hahaha.
Okay, fine. Nah sekeping lagi gambar rakyat jelata beta.
Blah cepat cepat dari kumpulan manusia yang ramai tadi. Menapak sehingga sampai satu station.
Arashiyama Torokko Station.
Berjalan masuk nak tengok tuah masih ada ke tak untuk Sagano Romantic Train. Waktu di pejabat JR Kansai Airport hari tu, memang dah nampak papan tanda bagitahu tiket route ni dah habis.
Arashiyama's Sagano Romantic Train.
Mood story telling menjelma kembali. Kali ni versi bahasa melayu. Sagano Romantic Train merupakan kereta api laluan khas antara stesen Saga Torokko sehingga Kameoka Torokko. Anda akan menikmati pemandangan romantis selama 25 minit sepanjang landasan 7.3 km di tepi Sungai Hozugawa dengan bunga yang sedang kembang mekar (musim bunga) atau daun daun kekuningan (musim luruh).
Dengan muka manis bak susu cap teko, aku pegi tanya akak jaga tiket. "Miss, any available seat for next Sagano Romantic Train?" Speaking berhabuk.
Pong pang pong pang bercakap, dia bagitahu ada tapi stand seat. Huh, berdiri??? Nak beli ke tak, nak beli ke tak...(fikir 14 das) ok, beli je tapi satu hala cukup. 620 yen.
Dapat brochure sebijik. Train jam 1110.
Lagi 20 minit ada masa terluang, gi usha kawasan luar dulu.
Mesin pin badge berbentuk kepala kereta api di Kyoto.
Kedai cendaramata. Singgah dulu walaupun taknak beli pape. Hahaha.
Mainan kereta api romantis Sagano.
Aneka pilihan beg duit. Murah ada, mahal pun ada.
Lip balm jenama arnab.
Aneka fridge magnet.
Sagano Romatic Train keychain.
Bohsan!!! Aku keluar dari kawasan stesen nak tengok keadaan sekitar.
Grand entrance of Japanese lady, dengan beca hokey.
Tak main la jalan kaki macam kau tu Ain.
Masuk semula dalam stesen, dah hampir 1110. Akak jaga kaunter buka pintu bagi aku turun ke platform.
Sagano Romantic Train from Saga Station.
Sagano Kanko Tetsudo: Arashiyama - Kameoka
Bersesak dengan manusia yang ramai. Aku berdiri tepi tingkap di bahagian kiri kereta api. Pemandangan tak seromantis seperti yang dicanang canang.
Banyak daun pokok dah luruh. Ranting je tinggal. Ada dua tiga kerat pokok yang masih berwarna oren.
Ok, ini ada penuh daun warna warni tapi di seberang sungai.
Hozugawa River Boat Ride or Kyobasha.
(Kami saling melambai antara satu sama lain kahkahkah)
Kereta api hampir sampai di stesen Kameoka. Waaa, terkesima sekejap tengok pemandangan di Kameoka.
Rows of Tanuki sculptures, landmark of Kameoka Station.
(Hey, perut buncit tu tutup skit)
Keluar dari stesen bersama rakyat jelata yang ramai menuju ke JR Kameoka Station.
Bicycle renting shop to explore Arashiyama.
Waktu ni tengah hari jam 1200 tapi cuaca dingin je. Gunung dan rumput menghijau luas terbentang.
Toleh belakang.....Waaaaa (10 harakat) tengok gunung ganang.
Ok, dah sampai stesen JR Kameoka selepas 15 minit menapak tadi.
Beli one way JR ticket to Emmachi Station, 240 yen.
(Kansai Thru Pass not cover JR Line)
JR Sagano Line: Kameoka - Emmachi
Tunggu train tiba. Kelompak manusia dari Sagano train tadi. Ni pertama kali nak naik JR Train walaupun JR Pass tak guna lagi. Train sampai terus je naik tak sempat nak snap gambar.
Tak sampai 10 minit perjalanan, tiba di JR Emmachi Station.
Ternampak kedai 100 Lawson, aku singgah masuk balun beli gloves baru sebab harga 100 yen. Hahaha. Pastu beli mineral water habis semua sekali 324 yen.
Dari kedai, menapak ke seberang jalan ke perhentian Kyoto City Bus. Destinasi seterusnya adalah Kinkakuji Temple. Merasa naik bas pulak.
Kyoto City Bus No. 204/205: JR Emmachi - Kinkakuji-michi
Kelas kau bas dorang. Siap ada skrin tunjuk destinasi seterusnya.
Perjalanan ambil masa 30 minit. Jam 1300 baru aku sampai di Kinkakuji Temple.
Jalan ke pintu masuk.
Peta kawasan.
Papan tanda berkisarkan Kinkakuji Temple dan pengiktifannya sebagai UNESCO site.
Menapak dan menapak lagi sehingga nampak pintu gerbang.
Taman menghala ke bangunan kaunter tiket.
Beli tiket masuk dulu, 400 yen.
Ramai jugak rupanya manusia kat sini.
Hojo, the head priest's former living quarters.
Kinkakuji Temple or known as Golden Pavillion.
Story telling slot.
Saionji temple was built here in 1224 but it had fallen into ruin. Retired Yoshimitsu Ashikaga (1358-1408), the 3rd Shogun of Muromachi Govenment who got this site and he built this gorgeous villa. After his death, this villa was changed a Zen temple and the name "Rokuonji" was given. "Rokuonji" stand for "Deer Garden Temple". In 1994, it was listed as one of UNESCO World Heritage Site in Japan. Now it's known as Kinkakuji Temple or Golden Pavillion.
The building is topped with a bronze phoenix ornament.
Shot from another angle.
Each floor of this temple has different architectural style, the top 2 floors covered by pure gold leaf. GOLD????
Glowing in the day.
The fishing deck on the first floor of the temple.
Fishes in the pond.
Dah setel amik gambar. Gerak ke tempat lain pulak.
Mendaki anak tangga sambil menoleh ke Kinkakuji buat kali terakhir.
Patung phoenix atas bumbung tu seolah olah melambai lambai je pada aku ucap Selamat Jalan. Bye bye.
Terjumpa tempat memohon hajat (Coin toss).
(Kalau takde orang, dah lama aku kutip duit syiling ni buat beli keychain dah lepas hahaha)
Fudo Hall, a small temple hall which houses a statue of Fudo Myoo, one of the Five Wisdom Kings and protector of Buddhism.
(Kain terjuntai tu untuk bunyikan loceng)
Ada banyak japanese food stall sekitar Fudo Hall. Ada majlis makan makan ke meriah camni sekali?
Soju asli Japang.
Asam orang Jepun kot. Macam kulit kayu manis pun ada. Hahaha.
Kuih tradisional Jepun. Terliurnya nak rasa tapi gerenti tak halal.
Bulat bulat hijau macam kuih onde onde orang Melayu.
Turun semula ke bawah ada deretan vending machines. Hebat strategi pemasaran dia. Lepas dah letih panjat tangga, turun boleh beli air kat sini.
Souvenir shop.
Jam dah 1430. Aku terus gerak ke bus stop tadi. Lokasi seterusnya nak cari Kyoto Mosque and Islamic Cultural Center. Sakan melawat temple, jangan lupa solat zohor tu belum.
Kyoto City Bus No. 205: Kinkakuji-michi - Kojinguchi
Punya lah syok layan perasaan sampai terlepas Kojingunchi. Terpaksa la menapak jauh skit untuk ke Kyoto Mosque.
Terjumpa Kyoto Prefectural University of Medicine (KPUM).
Bersebelah universiti, ada hospitalnya sekali dengan Pusat Kanser.
Rose Cafe Restaurant, one of halal cafe in Kyoto.
Menapak 2 minit masuk ke satu lorong kecil baru la jumpa Kyoto Mosque.
Masjid or prayer room yang terletak di tingkat bawah tanah Islamic Cultural Center.
Ada ruang lelaki dan wanita. Tandas ada di dalam. Selesai solat jama', aku naik tingkat atas.
Masuk Islamic Cultural Center yang ada menjual makanan halal.
Terbeli la kek buah dan kurma untuk bekal hari mendatang, 1080 yen. Tak jadi la singgah Rose Cafe sebab dah habis duit. Huhuhu.
Tunggu bas ke Kyoto Subway Station sebab nak ke destinasi terakhir hari ni iaitu Nijo Castle, another UNESCO World Heritage Site. Tak tau la sempat ke tak ni, kira gamble je la.
Kyoto City Bus No. 205: Kojinguchi - Kyoto
Kyoto City Hall.
Dari stesen bas tadi, aku amik subway pulak.
Kyoto Karasuma Line: Kyoto - Karasuma-Oike
change to
Kyoto Tozai Line: Karasuma-Oike - Nijojo-mae
Sampai kawasan Nijo Castle dah jam 1630. Last admission jam 1600, jadi dorang tak benarkan dah pelawat masuk. Aiseman.
"Pilu, pilu sepilu pilunya..." (monolog nyanyian)
Dapat gambar tembok Nijo Castle pun jadi lah.
Ok, gerak ke Gion pulak tapi sesat tak jumpa jumpa. Alih alih balik Osaka terus sebab dah malam. Nanti seram pulak kalau nak jenjalan di Shinsekai.
Keihan Main Line: Kyoto - Yodoyabashi
change to
Midosuji Line: Yodoyabashi - Dobutsuenmae
Shot night view Shinsekai aku ambil kat tempat sama dengan day view hari pertama dulu.
Lengang takde orang.
Rakyat jelata, dari hang bazir duit main judi baik sedekah katku. Dapat jugak beli keychain Jepun.
Patung emas baby montel diserikan dengan cahaya lampu.
Restoran jual makan berasaskan sotong kurita kot. Ini takde jumpa masa hari pertama dulu.
Night view of Shinsekai Tower and fish lantern.
(Paling suka gambar ni)
Masa tengah berdiri amik gambar kat situ, aku perasan ada satu keluarga Jepun ni ralit tengok aku. Salah sorang uncle tu tegur aku, tanya datang dari mana dengan broken english. Pastu dia tanya pulak apa aku pakai kat kepala. Sesi taaruf la jadinya mengenai Islam. Hihihi.
Bergambar kenangan bersama keluarga uncle Yoshida.
Baik hati anak dia tolong amik gambar aku dengan Shinsekai.
Lepas bye bye dengan dorang, terus menapak balik ke hotel tapi singgah dulu Lawson beli nasi, 130 yen. Dah tak sabar ni nak makan nasi. Sampai je bilik terus buka rendang daging Brahim, panaskan sekejap kat dapur di tingkat bilik aku dengan kuali leper kecil yang dibawa dari rumah. Nasi tadi orang kedai Lawson dah panaskan dalam oven dorang.
Yeay, makan malam hari ini.
Lepas kenyang habis nasi 1 bekas (lauk simpan untuk esok), aku kumpul baju dengan jaket nak mendobi kat bawah. Habis 330 yen guna mesin basuh hotel tapi hasilnya menakjubkan. Pakaian wangi dan kering sebijik macam baru lepas jemur tengah panas.
Lepas mandi dan solat jama', study skit plan untuk esok. Jam 2230 selamat menidurkan diri.
Tamat Hari Ke-3.
No comments:
Post a Comment