Hari ini nak bercerita tentang backpacking Jepun selama 12 hari Disember lepas. Memula Jepun ni bukan la dalam top list aku sebab impian aku sebenarnya nak ke Korea. Dah Allah bagi rezeki Jepun dulu, jadi kita on je. Tiket Air Asia berjaya dibeli pada awal tahun 2015 lagi, return KUL-Osaka Kansai RM700+. Itu pun beli terlambat 2 jam. Masa memula tengok harga promo RM500+ je. Huhuhu sadis.
Setelah hampir 10 bulan plan dan research (part study peta train di Jepun paling hazab), akhirnya masa yang dinantikan tiba jua. Sehari sebelum bertolak aku ke Bangunan JTB bersebelahan Plaza Low Yat untuk membeli JR Pass 7 hari, harga RM1063.
Brochure yang aku sempat rembat di JTB.
Kenapa beli JR Pass? Sebab aku nak merasa naik bullet train Shinkansen yang tersohor sangat tu. Then aku nak menjelajah ke Tokyo, nak tengok Fuji San. Adanya JR Pass ni memudahkan kerja aku untuk gerak sana sani serta boleh cover perjalanan jarak jauh dan hop in mana mana JR Line.
Setel urusan di KL Sentral, aku balik semula ke KLIA2 dan jumpa member aku Nurul. Dia ni the only travel mate yang aku selesa nak ajak backpacking ke mana mana. Kepala sengal sengal macam aku jugak. Dulu memang terbeli tiket flight sesama, cuma lepas tu plan itinerary masing masing.
By 2300 kitorang terus gerak ke International Departures sebab flight jam 0020. Urusan immigration lepas dengan jayanya.
Fuh, pertama kali aku naik flight Air Asia X. Seat tengah tapi yang aku punya dekat aisle. Sepanjang perjalanan kerja aku membuta je, cuma sekali je bangun untuk solat subuh.
Kira kira jam 0800 pagi flight selamat mendarat di Osaka Kansai Airport. Ok, kalau diikutkan sekarang ni Jepun tengah berada pada penghujung Autumn. Tak sabarnya nak tengok daunan pokok yang kekuningan sambil nyanyi lagu cite "Autumn in My Heart". Sekali....
keluar je arrival hall, air dingin menyerbu muka. Wait! Ini bukan dingin, tahap beku bagi aku. MENGGEGIL SEJUK. Check kat hanset pakai wifi airport, suhu belasan darjah celcius. Wey, macam mane aku nak survive dengan cuaca gini. Kalau kat rumah, adik aku balun bukak aircond semalaman pun aku dah bising kesejukan.
Kata impian nak main salji kat negera orang. Sejuk skit pun tak tahan. Ape cite nih!!! Bawak bawak bersabo okey. Kejap lagi tambah sarung baju selapis dua kat badan tu, setel keje.
Menapak ke tourism counter membeli Kaiyukan Nankai Version Pass 3010 yen. Pass ni dapat cover transport Nankai Line airport ke Osaka, unlimited ride of Osaka subway and bus serta tiket masuk ke Osaka Aquarium Kaiyukan.
Rupa pass Kaiyukan. Sampai kat autogate, ko sumbat je dalam lubang mesin nanti dia keluar balik. Jangan buat buat lupa tak collect balik.
Then, kitorang ke pejabat JR kat bangunan sebelah untuk tukar baucer JR Pass yang dapat kat JTB semalam kepada JR Pass sebenar.
Aku activate JR Pass dari 29 November (hari kelima) hingga 5 Disember sebab ikut plan nak ke Tokyo baru guna. Better activate awal even belum guna pun.
Kat ruang belakang, dorang akan cetak butiran kita dengan tarikh activation tadi. Dah dapat pegang benda ni jagalah dengan elok jangan bagi tercicir.
RM 1063 tuh.
Jam 1000 baru gerak tinggalkan airport nak gi Tennoji.
Nankai Line: Kansai Aiport - Techagaya,
change to
Saikaisuji Line: Techagaya - Dobutsuenmae
Dobutsuenmae, subway station terdekat dengan hostel yang aku tempah. Kawasan Tennoji ni memang bersepah dengan backpacker's hostel yang harganya bawah RM100. So korang godek godek je booking.com, takpun agoda.com bandingkan harga.
Sampai hotel jam 1115 aku dapat check in terus. Sempat solat jama' zuhur asar dulu dan bersiap ala kadar.
Sun Plaza 2 Hotel, my home for 4d3n (RM218).
Private Japanese room style with 2 sets of comforter.
Neat and tidy with small fridge and television.
Jam 1230 baru kitorang gerak ke Shinsekai.
Lorong lorong kecil Shinsekai terkenal dengan deretan kedai yang menjual cheap japanese food di Tennoji tapi takde yang boleh dikategori sebagai halal. Kalau waktu malam memang nice amik gambar dengan kerlipan lampu neon. Tunggu la malam esok ke, lusa ke aku ronda waktu malam pulak.
Tsutenkaku Tower dengan lantern ikan buntal gergasi.
Dah puas pusing Shinsekai, kami amik subways ke Umeda sebab nak tengok Umeda Sky Building. Bangunan yang ada observation deck tapi berbayar la. Huh, tak kuasa aku kalau berbayo mahal. Kalau free, okay. Hihihi.
Midosuji Line: Dobutsuenmae - Umeda
Umeda Sky Building. Nothing special from the bottom. Nampak ada jejantas yang menghubungkan 2 bangunan, macam jejantas KL Twin Tower.
Ada gerai menjual souvenir bertemakan Christmas. Hey, lagi sebulan kot nak sambut Christmas.
Loceng emas 2000 yen.
Suasana pagi Umeda, semua orang sibuk ke pejabat. Berjalan kaki je wey dengan kot yang smart. Jarang nampak kereta.
Deretan pepohon tengah menguning warnanya. Best je jejalan kat sini sensorang menghirup udara pagi. Oh, lupa nak cakap. Member aku tadi tu dah pegi tempat lain. Kitorang janji nak jumpa kat Kaiyukan je.
Nampak Yodobashi Umeda. Yodobashi ni seingat aku kedai menjual alatan elektronik. Aku memang suka kalau usha benda alah camni. Jom masuk.
Wah, mainan dalam telur. Dulu kecik kecik aku suka sangat kumpul mainan camni. Pernah tau aku kumpul duit sekolah sebab nak dapatkan mini brick-game yang harga RM10 dalam ni. Bila aku dapat, jaga macam menatang minyak yang penuh tapi masa belajar kat universiti jauh dari rumah, adik adik selalu selongkar dan main barang barang mainan aku. Akibatnya ada yang jahanam, ada yang hilang. Mengamuk sakan aku dengan dorang. Huh, durhaka punya adik adik.
Nak kata maju tak maju Jepun ni, produk kecantikan pun boleh beli melalui vending machine je.
Rambang mata tengok macam macam jenis handphone ada. Boleh godek godek main sekejap.
Laptop section. Tengok sepintas lalu sebab aku baru je beli laptop sebelum bertolak ke Jepun. Tengok harga lebih kurang je dengan Malaysia. Ok dah bosan, jom gerak ke Kaiyukan.
Midosuji Line: Umeda - Hommachi
change to
Chuo Line: Hommachi - Cosmosquare
Sampai je Cosmosquare station, hujan mencurah curah turun. Argh, sudah. Camne nak jalan ke Kaiyukan. Baju hujan tertinggal kat bilik. Merempat la dulu kat sini tunggu hujan reda skit. 15 minit lepas tu baru hujan reda.
Dari jauh dah nampak Tempozan Ferris Wheel tapi taktau cmne nak ke sana. Kaiyukan sebelah je dengan buai pusing ni. Bukak wifi kat Family Mart tepi jalan, google map dulu. 10 minit berjalan kaki baru sampai Kaiyukan.
Tempozan Ferris Wheel.
Ada snow globe kat tangga menghala ke pintu masuk Kaiyukan.
Hahaha, tak yah beli tiket. Cucuk Kaiyukan Pass terus je masuk.
Kaiyukan Aquarium. One of the biggest aquarium in Asia. Mempunyai 8 tingkat, 27 tangki dan menempatkan lebih 30000 hidupan akuatik dari 620 spesies haiwan berbeza.
Ini kali pertama dalam sejarah hidup masuk ke akuarium sebesar ni.
Setiap tingkat ada cop pelbagai jenis haiwan. So, sesape yang suka collect stamp, better sediakan notebook bila datang. Aku pakai flyer je cop, buku tertinggal dalam bilik.
Terasa seperti di dunia magik bila berjalan melalui terowong kaca dengan hidupan laut berenang renang atas kepala aku. Hahaha. Tetiba je terbayang kalau terowong ni pecah mati la aku kena kejar dengan jerung kat sini.
Acrylic Glass.
Kaca yang digunakan untuk membina aquarium. So tak perlu risau, solid and tough je tu.
Ada bayang bayang makhluk besar melintas atas kepala. Jenguk atas, singa laut rupanya. Hahaha.
Seolah olah tengah tengok adegan Finding Nemo. Berkilau kilau je ikan dengan terumbu karang.
Lokasi harta karun. Bersinar sinar macam ada emas di dasar akuarium.
Mak ai, spesies ikan apa ni. Hodoh bangat. Kalau tak tengok betul betul, ingat batu dalam laut tadi.
Hamboi hamboi, sedapnya beliau berenang. Papa Beaver!!!
Ketam apa ni. Lain macam aku tengok. Berjalan seperti jentik jentik.
Huh, bangga la tu dapat masuk gambar aku amik.
Ada trainer bagi makan pada haiwan yang jinak kat sini. Yang ni anjing laut.
Ni aku taktau spesies apa. Rakun kot, tengok ekor berbelang. Trainer duk tiup wisel nak tarik perhatian si rakun ni.
Ni pulak koleksi obor obor. Sambil ambik gambar, teringat adegan Spongebob dengan Patrick main obor obor kena renjatan elektrik. Hahaha.
Patut la orang kat Sarawak suka makan obor obor. Lemai gemalai je nampak. Lembut.
Ni antara spesies akuatik yang aku tengok kat aquarium paling besar. Ok, kita mula dengan ikan pari.
Ikan pari spesies yang dah biasa tengok. Zoom skit nak tengok muka dia.
ARGH!!! Terkejut den tengok mato dengan mulut engkau.
Yang ni sekilas pandang macam burung.
Macam kapal terbang pun ada aku tengok.
Pengganas laut. Shark.
Ni bikin aku gelak. Semacam je dia tengok aku gelakkan dia. Dah kenapa dahi kau tu benjol? Kelakar siot. Kau bergaduh dengan sape ha sampai benjol tu?
Paus Biru. Besar gedabak engkau. Jerung pun tak berani kacau.
Berani betul pekerja ni. Selamba badak kau masuk cuci tangki yang penuh dengan jerung dan paus.
Menghala ke showroom ikan pari. Korang boleh sentuh pari kat sini sebab haiwan tu dalam open aquarium je.
Spesies pari harimau.
Tahniah kepada member aku yang berani menyentuh pari. Aku??? Tak, GELI.
Ada sekumpulan penguin berbulu kening tebal kat sini. Jap, tu bulu kening ke rambut??? Konpius aku.
Pergh, garangnya beliau.
Pusing dalam Kaiyukan sampai jam 1800. Pastu masa keluar hujan turun lagi. Dah gelap waktu ni.
Night View Of Kaiyukan Osaka Aquarium.
Singgah masuk dalam bazaar Tempozan, nak tunggu hujan reda skit.
Banyak food stall dalam ni. Tengok aje la sebab meragui kesucian makanan yang dijual. Nak tanya pun tak boleh speaking Japanese.
Otaku mesti seronok nampak kedai sebegini. Abih cuci mata, keluar dari bazaar intai kot kot hujan dah berhenti. Ok, selamat dah berhenti. Jom ke destinasi sterusnya, Namba dan Dotonbori.
Lampu neon menghiasi pokok tepi jalan. Ni mood nak Christmas agaknya.
Nampak convenient store singgah lagi. Seronok aje cuci mata tengok barang yang dijual especially makanan la.
Tengok makanan makin berkeriut perut berbunyi. Ye la, dari pagi sampai malam dah ni belum makan. Plannya, nak makan kat restoran Turki kat Dotonbori. Dah dah, gerak ke subways station.
Chuo Line: Osakako - Hommachi
change to
Midosuji Line: Hommachi - Namba
Tujuan utama menjelajah Namba dan Dotonbori sebab nak tengok billboard gergasi yang bercahaya terlekat di bangunan bangunan tinggi. Malangnya sesat birat tak jumpa jalan ke sana.
Melalui lorong lorong belakang. Jumpa Family Mart, melangut depan tu guna wifi sebab nak cari jalan. Tengok google map pun macam pening sebab banyak sangat lorong jalan. Argh, main redah je la ikut firasat hati dengan Nurul. Terpaksa la melalui jalan berbumbung penuh dengan kedai kiri kanan sebab hujan tak berhenti dari tadi.
Ni ke pasar malam gaya Jepun??
Uniqlo sini besar giler. Banyak design yang takde pun kat Malaysia.
Cantiknya jaket putih tu tetapi memikirkan negara aku bukan 4 musim so simpan je la hajat nak memilikinya.
Lama menapak dekat 1 jam, akhirnya rezeki kitorang terjumpa jugak billboard gergasi yang tersohor di Dotonbori.
Ha, ni la billboard gergasi "Mamat Tengah Berlari".
Ok, dah jumpa kawasan ni. So mark dulu ingat jalan sebab nak gerak cari kedai makan yang aku dah save map ikut google map semalam.
Ali's Kitchen
1 Chome-10-12 Shinsaibashisuji, Chuo Ward, Osaka, Osaka
Kedai kecik je, macam warung dengan 6-7 buah meja. Nasib baik masa kitorang sampai ada meja kosong. Walaupun ada tertulis "Bar" di signboard tetapi penyediaan makanan halal.
Pilih punya pilih, congak bajet maka yang ni je la termampu dan termurah. Tu pun makan berkongsi dengan Nurul. 900 yen sorang bayar, dekat RM60 sepinggan la. Huhuhu. Jangan risau, portion nasi dengan kebab dia tu besar. Kalau perut macam kitorang ni, insyaAllah kenyang je walau sepinggan.
Habis makan, bersesak balik nak amik gambar skit lagi dekat billboard besar tadi. Energy pun dah restored lepas makan tadi.
Bersesak dengan mamat minah Jepun lagi dalam lorong kedai.
Pandangan sisi kanan dari Jambatan Dotonbori.
Pandangan sisi hadapan dari Jambatan Dotonbori.
Pandangan sisi kiri dari Jambatan Dotonbori.
Pandangan sisi belakang dari Jambatan Dotonbori.
Lepas puas dengan koleksi gambar yang agak banyak ni, baru la kitorang beransur balik ke hotel masing masing. So menapak semula ke Namba Station.
Midosuji Line: Namba - Dobutsuenmae
Sampai hotel dekat jam 2100. Sebelum naik bilik, ber bye bye dulu dengan Nurul. Esok masing masing bawak haluan sendiri. Panjang umur jumpa di Sagamiko hari ke-9.
Selamat Malam Osaka.
No comments:
Post a Comment