Hari ni aku bermalasan sikit. Semalam dah sampai tengah malam kat hotel, so lepas subuh aku sambung tido sampai la dekat jam 1000 baru mandi dan kemas barang semua.
Sementara nak check out tu, sempat la usha sekejap Oak Zen Hostel.
Catatan kenangan dalam Zen Traveler's Book.
Deko menarik di laman dalam dan luar hotel.
Sudut maklumat dan banyak gambar penginap dari seluruh dunia.
Aku masuk dapur, ada sekumpulan foreigner tengah makan. Aku just ucap "Morning" sambil senyum. Pastu aku terus blah, malu la pulak kalau nak borak dalam group ramai camtu. Hihihi. Naik dorm, amik beg semua terus turun ke kaunter nak check out.
Bye bye katil yang empuk.
Oak Zen Hotel, kira kira 400 m daripada JR Uguisudani Station.
Uguisudani yang lengang dan jauh dari kesibukan kota Tokyo.
Lokasi pertama hari ini ke hotel baru sebab nak tinggalkan back pack. Hotel tu terletak di kawasan Asakusa.
JR Yamanote Line: Uguisudani - Ueno
change to
Subway Ginza Line: Ueno - Asakusa
Keluar dari stesen subways, aku berjalan dalam 15 minit terjumpa pintu masuk (Kaminarimon) menuju ke Sensoji Temple. Ok, mark kawasan dalam peta sebab nanti senang nak cari.
Tengah berjalan sempat jugak la menyinggah ke Family Mart (kedai favourite aku hahaha). Ini antara snek halal (bersumberkan fb Halal Foods in Japan) yang aku jumpa dalam kedai tu. Setiap satu berharga 200 yen.
Biskut roll cokelat.
Biskut cokelat (bola bola punya)
Kentang berperisa (pedas ke manis tak tahu la)
Ni biskut mewah (nama aku bagi) sebab topping pelbagai jenis kacang.
Kek keju Jepun.
Habis membeli, aku sambung menapak dan 5 minit sampai sudaa di depan hotel.
Tadaaaa.....
Khaosan Tokyo Laboratory.
Ceria betul sudut reception.
Hotel ni paling mahal dalam senarai hotel yang aku menginap di Jepun. Dalam RM 120 satu malam untuk 1 katil di dorm wanita. Receptionist kat sini semua fluently speaking in English, sorang mamat dan dua orang amoi Jepun.
Memandangkan aku datang awal dari waktu biasa check in, so katil aku belum sedia lagi tapi mamat Jepun tu bagitahu kalau nak lepak dulu boleh naik ke tingkat 7 (tak silap aku) yang ada pantri. Situ jugak ada shower dengan ruang rehat.
Lepas setelkan bayaran, aku tinggalkan back pack kat kaunter dan naik ke sana untuk rehat sekejap.
Keluar lif terus nampak tanda ni. Belok kanan dulu.
Waa, ada katil dengan bahan bacaan. Letak barang dulu tengok tengok kawasan takut ada orang lain. Nanti terbuat aksi pelik malu pulak.
Dapur kemas dan cantik. Luas pulak tu.
Ruang balkoni tetapi tertutup. Aku tak tahu camne nak adjust penutup tingkap putih tu, so tak jadi nak duduk sini. Ingat nak bersantai tadi. Pergi check tempat shower la.
Line clear, orang takdak.
Aku lepak atas katil empuk hijau tadi sambil bukak kasut dan berlunjur kaki macam mem besar. Perut dah berbunyi tak breakfast tadi, bukak plastik barang yang beli di family mart tadi.
Air teh, biskut mewah kacang dan kek keju. Sedap giler biskut dengan kek ni. Aku nekad, pasni nak singgah beli lagi.
Dah alang alang zuhur awal di Jepun, aku tunggu je zuhur masuk baru cadang nak keluar jalan jalan. Lepas bersiap dan solat jama' qasa' di ruang rehat tadi, dalam jam 1230 baru aku keluar hotel.
Hajatnya nak ke Sensoji Temple.
Kaminarimon with giant lantern.
Cuba teka sapa yang amik gambar aku ni. Hahaha. Ada sorang mamat Jepun ni, dia keje bawa beca depan Kaminarimon tapi yang peliknya dia fasih berbahasa Melayu slang Indonesia. Borak borak rupanya dia pernah kerja di Indonesia dekat 5 tahun. Tak sempat nak amik gambar dia tanda ucapan terima kasih sebab tolong snap gambar aku ni.
Oh, lupa nak bagitahu. Sebelum sampai ke Sensoji, korang boleh shopping souvenir murah di sepanjang gerai di Nakamise Street. Masa aku sampai tu, dah penuh manusia terutama orang tempatan.
Dikenali sebagai Nakamise-Dori Street, dipercayai adalah salah satu shitamachi (downtown) tertua di jepun.
Eh, budak ni tak gi sekolah ke? Aku intai intai dorang tengah main apa sebenarnya sebab nampak macam menyeronokkan pulak.
Rupanya dorang tengah mengusha mainan tradisional jepun. Mainan timbang bola dengan tukul bertali. Aku pernah tengok mainan ni dalam drama Jepun.
Ok, kita beralih kepada gerai makanan. Memang penuh kat sini tetapi halal ke tak je yang jadi masalahnya. So tengok tengok je la.
Burger aiskrim macam aiskrim roti Malaysia (telan air liur tengok banting tu).
Kekacang dan gula gula murah.
Biskut murah tapi aku tengok ramai orang beli (sedap la kot).
Biskut dan kuih tradisional Jepun premium.
(teringin nak rasa, mana la nak dapat yang halal punya ni)
Macam kuih bulan orang Cina.
Another one yang aku teringin nak merasa
(sama macam kat Kinkakuji hari tu, bentuk bulat seperti onde onde kuih kelantan).
Cukup pasal makanan sebab aku lapar balik dah ni. Korang tengok koleksi souvenir pulak.
Teru Teru Bozu Dolls
(comel giler pakai helmet, kalau murah dah lama aku rembat sebijik)
Hok ni pun comey jugok.
(patung budak pompuan berkimono dan berterompah)
Yang ni scary dengan tanduk tanduk, macam jin pun ada aku tengok.
Neko des..
(Ini kucing)
Kantung pewangi untuk sangkut kat handphone.
Yang ni jenis berkayu gambar Hello Kitty.
Keychain sushi (dan bila tengok bendalah ni, lapar kembali menghantui)
Sesape yang gila fridge magnet dengan pin badge kat Nakamise street banyak pilihan. Harga semua hampir sama setiap kedai bila aku survey. Pepandai la korang pilih nak yang murah atau yang mahal ke.
Ha, pilih je nak yang mana.
Kucing dan samurai, antara dua karakter utama fridge magnet.
Neko, sumo boy and kimono girl.
(tetiba Teru Teru Bozu terselit kat situ)
Pin badge kegilaanku (tapi satu pun tak beli kat sini).
Kalau mak aku datang sini, gerenti dia mintak aku angkut beli bendalah kat bawah ni untuk hiasan rumah. Mak aku kalau spesies hiasan berkaca memang la dia suka terutamanya pasu. Sayangnya pasu takde pulak aku jumpa.
Maneki Neko (patung kucing kaca).
Kimono Girl.
Samurai (BANZAI!!!!!!)
Koleksi sudu pun hade..
Mak ai, terompah je harga 1400 yen.
Woho, pedang samurai (kalau beli, sah kastam tak lepas punya hahaha)
Pedang saje harga 100k lebih
(for sure ini bukan cikai punya barang)
Aku intai intai jugak baju yukata (baju mandi) kanak kanak sebab teringin nak beli untuk anak buah. Ingat nak survey dulu harga, sebelum balik Osaka baru nak beli.
Yutaka dan kimono pelbagai saiz.
Lukisan hiasan kat dinding rumah.
Benda paling menarik aku jumpa di Nakamise Street, rambut palsu. Main jual terbuka camtu je. Hahaha.
Aku sampai di pertengahan Nakamise-Dori. Toleh sebelah kanan tetiba ternampak Tokyo Skytree.
Dah, kenapa pulak patung ini bagi warning. Aku nak amik gambar Tokyo Skytree je.
Close up: Tokyo Skytree.
(tak larat dah den nak menapak dekat lagi)
Ada restoran aiskrim kat situ. Larik cepat sebelum terliur.
Lorong sebelah kiri ada gerai yang lebih berusia dan lama sebab diperbuat daripada kayu, macam pondok je. Kat sini lagi banyak pilihan yutaka.
Barang lagi murah, penjual semua sebaya nenek aku tapi malangnya mereka tak pandai berbahasa Inggeris.
Takpe, takyah beli dulu. Patah balik ke jalan menuju Sensoji Temple.
Chiyogami (colour paper) and autumn leaves spotted.
Aku menapak 5 minit akhirnya sampai jugak ke pintu masuk Sensoji Temple.
Hozomon Gate.
Close up: Paper and iron lantern at Hozomon Gate.
100 yen untuk tilik nasib. "Akak, hari ni ada ong ke?"
Kertas doa tilik nasib (teringin nak buka baca tapi tak faham Jepun)
Wah, Tokyo Skytree dengan pokok autumn.
(Favourite photo for today)
Sensoji Temple.
Aku tak masuk pun dalam tu sebab bau asap kurang menyeronokkan. Nanti kalau lalu area situ, lekat la baunya kat baju. Ok, dah puas tengok dorang tilik nasib, semayang semua aku terus blah.
Comelnya anak beranak sepasang ni. Sporting je mak dia bila aku angkat kamera amik gambar, terus dia senyum. Aku tunduk lepas tu tanda ucap terima kasih.
Di Asakusa, ada jugak kedai yang berbumbung macam di Osaka.
Ramai jugak orang kat sini terutamanya pelancong asing berkulit putih.
Tujuan sebenarnya aku berjalan ke kawasan kedai berbumbung sebab aku nak mencari kedai kebab halal kat Asakusa. Tadi sebelum keluar hotel aku dah google. Kedainya berdekatan dengan hotel aku tapi waktu keluar tadi, takde pulak nampak.
Lepas merayau sekitar 10 minit, akhirnya jumpa jugak kedai yang dicari.
Saray Kebab.
Aku beli kebab ayam yang paling murah 500 yen, bungkus je sebab hajat nak makan nanti. Sekarang jadi tak lapar pulak. Hahaha.
Ok, ke mana kita selepas ini????
[bersambung....]