Thursday, December 18, 2014

Pre Double-Dutch KLIA LOWYAT

Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari bersejarah. Of course bukan hari kemerdekaan, hari raya, besday aku ke apa ke. Hari ini sebenarnya aku bakal memulakan travel aku dengan kawan secara solo bermula hari ini, 3 hingga la 15 Disember.

So dengan berbekalkan baju 7 helai, seluar 4 helai, shawl 3 helai, sebotol nutella, sepaket kitkat dan beberapa harta karun aku yang lain telah selamat saya packing semalam dalam 1 backpack deuter and 1 backpack kecik. Flight KB-KL dalam jam 0955 am. Abah hantar aku ke airport dalam pukul 0900 am (rumah aku dalam 5-10 minit je dengan airport).

Tiket air asia tertampal kemas dalam journal

Alhamdulillah jam 1055 am flight selamat mendarat di KLIA 2. Bermulalah game 'The Running Girl Malaysia' yang dicipta khas oleh Nurul Syahira Mansor jv Nurul Ain Razali. Camne boleh terciptanya permainan nih? Baca sendiri captions fb kat bawah. 

        
Jangan tanya nape dua-dua macam bebudak. Hahaha. Kitaorang nih nama je DG41 tapi kadang-kadang perangai mengalahkan bebudak. Maybe dah terbiasa sebab most of our time bergaul dengan bebudak sekolah (ni semua budak sekolah punya pasal, hihihi).

So, dekat setengah jam jugak la aku duk pusing sekitar level 2, 2M cari budak Nurul nih (sampai aku sendiri pun dah sesat). Akhirnya, timing punya la baik sebaik je aku melangkah keluar dari eskeletor 2M tuh, tetiba dah nampak susuk tubuh kecik kecik duk menjerit sambil tuding jari ke arah aku. Aku pulak senyum kambing je la (konon jaga imej as kakak yang lebih tua la kan, hahaha).

Spent time dengan BC dekat sejam jugak. Kitaorang singgah makan KFC kat Level 2 dan borak-borak pasal travel dia di Vietnam and my upcoming travel (kalau korang nak tahu, dia je yang tahu aku pegi travel Thai sebelum hari kejadian). By 1230 pm aku hantar dia ke Balai Perlepasan untuk flight ke KB dan aku terus ke surau sebelahnya untuk solat jamak qasar terus zuhur asar. Plannya lepas nih aku nak naik bus ke KL Sentral dan monorel ke Lowyat untuk cari sebijik kamera.

Sampai KL Sentral, aku nak tukar RM ke Baht dalam 2000 Baht. Memula aku pening tengok kat papan elektronik money excharge tu ada column jual dan beli. Aish, yang mana satu ni nak kena rujuk. Last last, kena gelak kat pak cik jaga kaunter tu sebab tak paham. Hahaha. Beginner baru nak mula meneroka dunia luar. So, method paling senang, aku tanya je pak cik tu bape RM kalau nak tukar ke 2000 Baht. Dia laju-laju amik kalkulator tunjuk kat aku. Tanpa bersoal panjang lebar, aku pun setuju je. 

Lepas tukar duit, naik NU Sentral amik monorel ke Jalan Umbi untuk ke Lowyat. Dipendekkan cerita, aku balik semula ke KLIA 2 dalam jam 0900 pm dengan kesakitan pinggang, urat dan senggugut yang teramat. Hasil tangkapan aku dapat la beli sebijik kamera yang biasa-biasa je shoot and capture terus. Dapat jugak free toturial dari seller kid, Jordan tuh cara pakai kamera nih (aku kan beginner, bertambah la lagi koleksi harta gajet aku). Pastu beli jugak adapter plug untuk travel ke Thai nanti, adapter BC bagi aku tertinggal di KFC (thank you but so sorry BC).

Olympus E-PL3 yang senang dipakai
Adapter yang besar 2x dari yang BC bagi aku

Oleh kerana aku dah tak tahan dengan kesakitan yang mencengkam segala urat badan, maka aku pegi level 2M cari port untuk tido sampai la ke pagi besoknya. Sebelum tido tampal salonpas sesedap rasa (tip dari BC aku: salonpas always work! Thanks BC ^_^).

Hampar sleeping bag tido berbungkus dalam tu (sejuk jugak, ingat panas)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

No comments:

Post a Comment