Assalamulaikum...
Hari ini excited sebab nak teroka Bandar Hilir dan menunaikan wish list naik Taming Sari Tower. Hihi. So dalam jam 0800 pagi aku dah gerak keluar hotel. Masih lengang Bandar Hilir pepagi camni, best sikit aku jalan-jalan tak payah kalut dengan orang ramai.
|
Belum ada bas-bas pelancong yang memenuhi ruang tepi jalan |
Lama jugak aku duk pusing dalam muzium ni, dekat sejam lebih. Aku ni jenis minat sejarah (no wonder buleh dapat 1A even aku selalu tido dalam kelas hahaha). Dalam banyak-banyak tajuk belajar dulu, part Melaka memang yang paling aku nantikan. Mungkin sebab aku lahir kat negeri ni. Tambahan sejarahnya sangat menarik sebab Melaka adalah kawasan di antara laluan pedagang Timur dan Barat. Segala-segalanya berpusat pada Melaka dari sudut perdagangan, laluan lautan dan penyebaran agama Islam. Sebab tu ramai penjajah Barat nak menakluk Melaka macam Si Alfonso apa tah namanya.
|
Kisah pelanduk putih dan anjing Parameswara maka wujudlah tempat bernama Melaka |
|
Deligasi pedagang yang datang ke Melaka : Siam or now Thailand |
Hampir setiap genap muzium aku rasa nak amik gambar sebab excited dapat tengok benda-benda baru kan. Banyak maklumat yang selama ni aku baca kat buku teks tapi sekarang aku dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Lepas rasa macam dah segenap inci muzium nih dah tawaf, aku pun keluar tanpa hala tuju. Hahaha.
|
Selfie sekeping depan muzium (macam fail je, first selfie of today) |
Aku terus berjalan ikut jalan belakang jumpa kubur Belanda (tak diamik gambarnya), then jumpa rumah kedai lama macam selalu aku tengok dalam cite Kopitiam (hanya 80's kids je yang tahu cite Kopitiam nih).
|
Bangunan macam usang tapi sangat nostalgik |
Pusing-pusing belakang jalan nih sampai la jumpa deretan kedai jual souvenir tapi aku tengok-tengok je. Malas nak beli apa-apa. Pastu jumpa bangunan merah nih iaitu The Stadthuys, bangunan yang dibina semasa penjajahan Belanda ke atas Melaka.
|
Menara jam di depan dan fancy beca yang tersusun di tepi jalan menanti pelanggan |
Aku usha-usha tengok depan Christ Church. Eh, buka la. Jom masuk. Seumur hidup tak penah aku masuk church, memang teringin sangat nak tengok rumah ibadat agama lain. Siap ada tempat koir dan segala instrument.
|
Exactly sama macam yang aku selalu tengok dalam cite omputih |
Sebelah church nih aku tengok ada satu lagi muzium iaitu Muzium Seni apa tah, tak ingat nama penuh. Waktu nak masuk kebetulan ada satu rombongan macam students universiti/kolej kot, so maybe semua orang ingat aku geng bebudak ni. Dalam tempat ni penuh dengan arts dari pelukis-pelukis tempatan. International aku rasa ada kot, tak perasan pulak. Dalam banyak arts, aku pilih 3 ni yang menjadi favourite aku (sejak bila minat art ni, seni pun ko asyik dapat C je zaman sekolah hahaha).
|
Truefaces: hide behind a mask |
|
Hear No Evil, See No Evil, Speak No... |
|
Penjajahan melalui pedang dan pistol (tajuk yang aku letak sendiri) |
Habis je tawaf tengok arts, aku keluar panjat jalan tangga berbukit. Waktu ni memang manusia dah mula membanjiri Bandar Hilir ini sebab jam dah 1100 pagi.
|
Melaka Town dari pandangan atas bukit |
Tengok scenary dari atas bukit. Terjumpa satu lagi church tapi yang ni runtuhan je, bukan macam Christ Church tadi yang masih tersergam kukuh.
|
Runtuhan St. Paul Church |
|
Bahagian dalam yang agak creepy kalu masuk waktu malam |
|
Terjumpa Chinese couple tengah wedding photoshoot |
|
Ada uncle tengah nyanyi oldies songs (sedap suara dia) |
Rata-rata pengunjung dari kalangan parents yang bawa anak-anak musim cuti sekolah dan ada la dua tiga kerat foreigners. Hanya aku je yang sorang-sorang forever alone, hahaha. Takpe forever alone apanye, Allah kan ada (ayat penyedap hati).
Turun dari St. Xavier aku aim ke kawasan A'Famosa. Ya Allah panasnya. Tekak minta nak diisi dengan air (kalau ais lagi syok). Nasib baik pada setiap corner tangga ada gerai-gerai menjual souvenir dan air (bijak korang meniaga tempat strategik). So aku singgah kat satu gerai mak cik tu beli air tin teh bunga dalam harga RM 1.60 dan duduk minum kat situ sampai la habis (thank you mak cik bagi pinjam kerusi). Alhamdulillah, nikmat rasanya boleh minum air sejuk dalam keadaan Matahari semakin meninggi tegak atas kepala.
Jeng...jeng...jeng..
Waktu yang dinantikan telah pun tiba.
A'FAMOSA
|
Kubu Portugis yang dibina semasa penjajahan Melaka pada tahun 1511 |
Ya Allah ramai pulak manusia depan A'Famosa ni. Camne nak selfie supaya aku sorang je ada dalam gambar (tak suka ramai manusia dalam gambar, huduh nanti hihihi). Peliknya, ada keluarga Muslim semua ni tak pegi solat Jumaat ke??? Jam sekarang ni orang duk tengah baca khutbah dah tau. Takpe la, bersangka baik. Maybe dorang pun musafir macam aku. Oleh sebab manusia masih lagi ramai, aku pun duduk berteduh di sebalik beca-beca depan A'Famosa.
Agak-agak dah lengang sikit manusia (dah masuk jam 0100 pm) dengan bateri cam dah start warning low battery, aku pun selfie la sekadar yang boleh dengan gaya muka duk menahan terik Matahari.
|
Apa beca-beca buat kat belakang aku nih? [Spoilt gambar]
Manusia masih ada tapi tak seramai sebelum ni... |
Urat kaki rasa macam dah nak terputus. So aku amik keputusan balik hotel untuk charge bateri cam, rehat dan sebenarnya sebab aku dah lapar (satu apa pun tak makan sejak pagi tadi). Masuk Dataran Pahlawan singgah A & W sebab tak lama tak jumpa restoran ni kat Kelantan. Beli set burger je dengan air float gelas besar tapi habis RM 17.45. Wah, belanja sakan ye ko Ain. Aku sendiri pun terkejut bila tengok bil. Hahaha. Lapar sampai tak boleh berpikir dengan betul.
Bimbit makanan tadi terus berjalan balik hotel. Dekat jam 0200 pm sampai hotel, aku charge bateri cam dan makan. Nasib badan, burger beli tadi pedas tahap gaban. Makan berulam air la aku. Burger habis separuh je, tak tahan pedas. Rasa macam makanan dah turun perut aku pun landing je atas katil tido tak kaba ingat.
Total damage (setakat jam 0200 pm) = RM 21.05
No comments:
Post a Comment